Now you can Subscribe using RSS

Submit your Email

Wednesday, 6 January 2016

Cabaran tahun 2016

Ummul Azkee

 

CABARAN 2016

    Selamat petang semua.Diam tak diam, tanpa UA sedari rupanya sudah hampir sebulan lebih UA tak mencoret di sini. Sepanjang dua bulan lepas macam-macam dugaan UA hadapi menjadikan UA hilang semangat  untuk menulis di sini. Maaf..terutamanya pada rakan blogging UA, Aishah K sebab tak dapat tunaikan janji untuk sertai giveaway Aishah yang berakhir pada bulan disember lepas, juga pada rakan-rakan blogger EFG yang lain. Maaf sangat.

    Dikala ini UA sedang buat dua kerja,masak rendang sambil mencoret di sini.hehe..
 Sebenarnya hari ini sudah tiga hari Afrina memulakan persekolahan di Sekolah rendah, tahun ini Afrina darjah satu. Jadi nya dua hari lepas UA dan suami sibuk menguruskan hal persekolahan dia. Esok Adriana pula memulakan hari pertama dia di Sekolah Tadika. Entah macam mana lah esok .huhu..

   Hari ini sudah hari ke enam di 2016, tahun ini cabaran utama bagi UA adalah menguruskan masa dengan baik. Walaupun UA ini suri rumah tapi bukan mudah mahu uruskan rumah dan persekolahan 2 anak ini.Lebih-lebih lagi Afrina sekolah di waktu pagi dan petang dan Adriana pun akan bersekolah jadi, agak kelam kabut sebab pertama kali dua anak sekali akan bersekolah. Tunggu esok pagilah macam mana suasananya di rumah. Hehe.. Bertabahlah ibu!  

   Dan satu lagi cabaran untuk UA pada tahun 2016 ini adalah melakukan satu perkara yang paling UA takutI dan sebolehnya UA cuba elakkan tapi nampaknya kali ini takkan mampu ditolak lagi dan perlu juga hadapi juga.Huwaaaa... Kalau nak tahu nanti UA cerita di entri akan datang ya. 

   Sebelum itu,mari layan gambar Afrina di hari pertama persekolahannya di tahun 2016.Sambil-sambil membebel di sini, siap sudah rendang UA.hehe..kejap lagi Afrina nak balik sekolah,maka tamatlah entri pertama 2016 UA.huhu..


ini waktu hari orientasi pada 31hb Disember,nak balik da masa ini


hari pertama di sekolah agama,Afrina yang sengih di belakang tau!bkn depan,hehe..








Ummul Azkee / Author & Editor

"A self motivated women with hundreds of challenge. Its all about how to get strength to face the challenge of life and to make dream come true. Arts is the way I motivate myself to be a strong women, remind me to stay positive in all challenge that will come in my life.Learning about realities of life that might comes and never give up."

6 comments:

  1. Saya faham perasaan seorang ibu sepenuh masa (home maker) di rumah untuk menguruskan anak-anak. Bukan kerja mudah..semoga terus cekal dan tabah menghadapi hari-hari mendatang! Good luck!

    ReplyDelete
  2. Takpe UA...nanti biasa la tuu..hehe..si kakak tu nampak seronok jer dapat jumpa kawan baru.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la kan..mula2 je klam kabut sikit..sbb xbiasa kn.heehee...aah kakak tu seronok nk sekolah...xsabar jumpa kawan baru katenya..

      Delete
  3. wah kak Ummul mengikut saranan menteri buat 2kerja r..hehehe
    moga dipermudahkan urusan kak Ummul.. peace yoo

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebelum saranan kerajaan lg I da buat dua keje dlm satu masa ok..hahaha..ate kte suri rumah,gitu la hendaknya...kihkih

      Delete

THANKS FOR THE LOVELY COMMENT. SO APPRICIATE IT..

Coprights @ 2016, Blogger Templates Designed By Templateism | Templatelib