Now you can Subscribe using RSS

Submit your Email

Saturday, 28 November 2015

doodle nama Afrina

Ummul Azkee


Doodle Nama


Doodle Nama Afrina


       Mood melukis UA sudah datang, hihi...sekarang ini UA terasa berminat seni doodle ini, terasa mahu jadikan hobi pula. Gigih UA tonton Utube cari tutorial doodle. Dari paten doodle sehinggalah rekaan doodle UA tonton untuk belajar dan tambah ilmu doddle ini. Kalau mahu tambah ilmu masak kita tonton rancangan masakan, mahu belajar doodle kita tonton tutorial doodle, hehe..

       Jadi beberapa hari lepas, UA mulakan dengan mengumpul dan melukis corak doodle terlebih dahulu. Lepas sahaja siap 30 paten doodle itu hari seterusnya UA mulakan rekaan doodle UA dengan mencari font dan melukis font yang UA suka. Sudah lama niat mahu buat doodle nama anak-anak , jadi UA mulakan dengan doodle nama Afrina. hihi..bukan main seronok lagi dia tengok ibu doodle nama dia, sampaikan dia kata mahu warnakan, tapi tidaklah bagi kan..lain kali ok! ini  pertama untuk awak Afrina, hihihi.. selepas siap doodle ini ibu buat yang lain untuk awak. huhu..

 Jadi langkah pertama UA lukis font dahulu guna pensel mengikut font yang UA pilih di dalam WORD , kemudian rasa sudah ok baru UA melukis kembali menggunakan pen.hasilnya sila lihat di bawah.




      Kemudian setelah itu baru UA fikirkan rekaan apa lagi mahu dilukis di doodle nama Afrina ini. Disebabkan UA baru berjinak-jinak dalam dunia ilustrasi kanak-kanak, UA fikir UA adalah lebih baik UA lukis karakter kanak-kanak pada doodle ini.Jadi UA cuba lukis Afrina dalam bentuk ilustrasi. Kenapa UA kata cuba, jujurnya UA agak sukar mahu menggambarkan wajah kanak-kanak dalam bentuk kartun yang comel sebab selalu nya UA melukis dalam bentuk sebenar. Faham tak? hehe.. Selepas mencuba beberapa kali terhasil lah ilustrasi Afrina seperti di bawah ini, Ada tak macam Afrina? Cuba komen sikit.hehe.. Sebelum itu UA lukiskan paten yang UA suka pada nama Afrina dan jadilah seperti didalam gambah dibawah.
   



    Selepas siapkan warna doodle nama Afrina ini, semestinya UA akan melukis doodle nama Adriana pula, barulah adil kan. hehe.. Lagipun Adriana sudah bertanya"ibu,bila ibu nak lukis untuk adik pula?,'' Hm..Cemburu dengan kakak la tu!hahaha.. oklah sampai jumpa di entri akan datang.Tata.

Tuesday, 24 November 2015

IKEA Flush Toy drawing competition 2015

Ummul Azkee

IKEA  FLUSH TOY DRAWING COMPETITION




       Ahad lalu UA dan suami bawa anak-anak ke IKEA, bukan untuk shopping perabot atau barangan rumah tapi untuk Afrina dan Adriana menyertai pertandingan melukis.  Sebenarnya tahun 2015 adalah tahun kedua Flush toy drawing competition ini diadakan dan merupakan pertandingan melukis sedunia,yang disertai oleh kanak-kanak lain dari seluruh dunia. Baru tahun ini UA tahu adanya pertandingan ini dari adik UA yang terbaca surat dari IKEA FAMILY. Sebenarnya UA hampir terlupa selepas itu buka laman web IKEA ahad hari terakhir maka dengan pantas UA galakan Afrina dan Adriana untuk menyertai. Selepas sahaja UA ceritakan tentang pertandingan ini, mereka berdua sangat teruja dan mula melukis di rumah Flush toy yang mereka impikan.






      Ini pertama kali mereka sertai pertandingan melukis. Afrina dan Adriana memang sangat suka melukis, boleh dikatakan setiap hari mereka ini akan melukis. Jadi UA bagi galakan untuk mereka menyertai pertandingan melukis ini.Insyallah selepas ini akan ada pertandingan lagi akan UA sarankan untuk mereka sertai. 

KEISTIMEWAAN IKEA FLUSH TOY COMPETITION


   Istimewanya pertandingan IKEA flush toy competition ini adalah 20 lukisan flush toy impian yang dilukis akan dipilih dari setiap negara dan dihantar ke Almuhlt ,Sweden yang mana disana produk IKEA dihasilkan dan lukisan-lukisan ini akan diadili oleh panel dari pakar pembuat produk kanak-kanak di sana.

   10 pemenang akan dipilih berdasarkan keunikan dan potensi komersial pada awal januari 2016. Dan Flush toy akan dihasilkan dan dilancarkan sebagai koleksi terhad di IKEA.Setiap hasil pembelian flush toy ini, 1 euro akan disalurkan untuk tujuan kebajikan yang dipilih oleh IKEA untuk 
membiayai keperluan kanak-kanak yang memerlukan.

   Gambar  di bawah ini adalah salah seorang pemenang pada tahun 2014 dan tahu tak yang ia adalah hasil lukisan kanak-kanak berusia 5 tahun dari Malaysia bernama Terrance/wan. Comel kan? dan pasti seronok kanak-kanak ini apabila lihat flush toy impiannya jadi kenyataan. UA tunjukkan pada Afrina dan Adriana sebagai pembakar semangat, dan mereka teruja sangat dan terus melukis flush toy impian mereka berdua.


FLUSH TOY IMPIAN AFRINA DAN ADRIANA


     Nak tahu apa flush toy impian Adriana? cuba tengok gambar di bawah.. tahu tak apa?hehe..dia lukis arnab dan warna dengan warna kegemaran dia,Pink. Flush toy impian mereka ini harus dinamakan, Maka Adriana namakannya Mimi.hehe..


  Dan Afrina pula lukis kucing, yang dinamakan Rosie, hihi..mula-mula dia nak warna kan warna kegemaran dia ungu,tapi ungu tak ada jadi dia pilih pink dan merah. hehe..lukisan yang sudah siap tak sempat ambil gambar sebab Afrina dan Adriana hilang fokus lepas tengok badut buat belon.Haha.


 Selasai sahaja melukis,UA tuliskan maklumat pada lukisan Afrina dan Adriana dan mereka pun dapat diploma di bawah ini sebagai bukti menyertai IKEA flush toy drawing competition.


HADIAH JIKA MENANG FLUSH TOY DRAWING COMPETITION


  - sijil penyertaan "diploma"
  - 1 pemenang dari malaysia akan memenangi sebuah trofi dari sweden
  - 10 pemenang antarabagsa akan menerima flush toy sebenar dari hasil lukisan mereka yang 
    dihasilkan dan terdapat di Sweden.



 Tengok tu, belon pun pink ..Heart lagi tu.hihi.. lepas dapat belon ibu belanja makan aiskrim.sempat ambil gambar Adriana sahaja sebab di makan lambat habis, Afrina laju  makan nya.ibu tak habis lagi makan dia dah habis.Ya,ibu pun makan aiskrim juga.hehe..





  Senyum sampai ke telinga dapat makan aiskirm Adriana ni. Suka lah kan!hehe..

Buat pengetahuan semua pertandingan ini sudah tamat penyertaannya, hari ahad 22november itu hari akhir penyertaan.Almaklum UA pun lupa,nasib sempat ke sana,tapi jangan risau tahun depan ada lagi.Siapkan anak dengan melatih mereka melukis dan berimaginasi ya!Pertandingan ini hanya untuk kanak-kanak bawah 12 tahun sahaja..untuk maklumat lanjut bolehlah layari laman web IKEA di http://www.ikea.com/my/en/

Monday, 23 November 2015

Graduation day 2015 | Afrina dan kawan-kawan

Ummul Azkee

BRAINYBUNCH GRADUATION DAY 2015



    
     Entri basi..ehehehe..Sebenarnya majlis graduasi dan konsert tahunan Afrina sabtu minggu lepas,
14 November2015 tapi baru hari ini sempat dibebelkan.hehe.. Buat pengetahuan semua tahun ini tahun kedua dan tahun akhir Afrina belajar di Brainybunch. Tahun lepas tiada majlis graduasi untuk dia sebab pelajar 5 tahun. Ya,di BrainyBunch memang konsepnya begitu,ala-ala universiti gitu,habis belajar baru grad.

     Majlis Graduasi ini diadakan di Akademi Malaysia Airlines menggabungkan 4 kampus (Kelana Jaya,Damansara,Klang,Gombak) dan dimulakan dengan persembahan anak-anak syurga ini memang menghiburkan hati. Dari kanak-kanak dari Playhouse yang berumur 3-4 tahun  hingga kanak-kanak prasekolah 5-6tahun,memang comel-comel belaka. Dari persembahan hafalan doa dan ayat-ayat al-quran,tarian,perbarisan,pertunjukan fesyen dan macam-macam lagi. Ragam pun macam-macam.hihi..tengok sahaja gambar di bawah tu..hehehehe..belum mula lagi persembahan da nangis.
Dalam gambar di bawah ini Afrina tak ada sebab dia berdiri di belakang.tinggi sangat.hihi..





  Selepas persembahan hafalan doa dan ayat Al-Quran barulah persembahan lain dijalankan.
tahun ini Afrina buat persembahan tarian.hehe..Cuba cari mana Afrina dalam gambar di bawah..hihihi..jumpa tak? Sebenarnya banyak sangat persembahan tapi UA fokus pada persembahan dari kampus Afrina sahaja untuk entri ini.hihihi..tapi semua menyeronokkan untuk di tonton. comel dan menghiburkan lihat gelagat kanak-kanak ini..huhu..








     Ini gambar di belakang tabir,terima kasih pada yang upload di laman facebook.Selepas habis semua persembahan barulah Majlis graduasi bermula.Penat juga nak tunggu.hihihi..dari tengahari ke petang menunggu. :") sampai ada orang itu sempat selfie lagi hehe..






   Majlis graduasi dimulakan dengan semua pelajar menuruni tangga ke pentas bersama pengetua Brainybunch diiringi bunga manggar.Masa ini teringat pula waktu hari graduasi sendiri.Selepas itu barulah penyampaian sijil..Dengan satu keluarga dia suruh naik pentas.segan kita..hehehe...









Afrina dengan Pia,kawan sejak tahun lepas lagi...





Yang berdiri itu semua aunties dia.di Brainybunch pelajar tak panggil cikgu atau teacher tapi auntie, untuk hubungan lebih mesra antara cikgu dan anak murid.






YEAHHH!!!!!!!!!!grad sudah,baling topi..hihihi..


Untuk maklumat lanjut mengenai Brainybunch boleh klik dibawah ini





Tuesday, 17 November 2015

ADRIANA | Dulu dan sekarang..

Ummul Azkee


MENGIMBAU KENANGAN

 SEMPENA HARI LAHIR ADRIANA


  12 november, minggu lepas genap lah Adriana 4tahun. Maka macam biasalah budak-budak seronok apabila menyambut hari lahir.UA sambut sederhana sahaja dengan keluarga di rumah,kek pun buat sendiri.huhu..Apabila menyambut hari lahir anak-anak ini,mestilah terkenang masa dia baru lahir kan.hehehe..Maka UA pun belek-belek lah gambar hari pertama dia dilahirkan.Nak tengok boleh scroll ke bawah hehehe..sama jer rupanya..nak tahu apa yang sama?tengoklah sendiri.hihi..sebelum itu layan dulu gambar sambutan hari lahir Adriana tahun ini.











DULU

Hari pertama lahir dia dah pandai cebik..



SEKARANG

sekarang pun kaki cebik juga.hahahaha..




Harap terhibur dengan entri tak seberapa ini :)

Saturday, 14 November 2015

GIVEAWAY RYSYA SKINCARE CANTIK MACAM CHE TA BERSAMA AZLINDA ALIN

Ummul Azkee

GIVEAWAY RYSYA SKINCARE CANTIK MACAM CHE TA BERSAMA AZLINDA ALIN 



   UA sertai giveaway rakan mummy blogger Azlinda alin ini sebagai tanda sokongan pada rakan-rakan blogger tapi kalau menang pun apa salahnya kan,Amin!boleh cantik macam che ta.hehe..Jom sertai,mana tahu rezeki.

   Nak tahu tentang produk Rysya? hadiah dan syarat-syaratnya?bolehlah baca di bawah ya.Semoga 
berjaya.


RYSYA SKINCARE


Rysya Skincare adalah set penjagaan muka premium di mana set kecantikan ini setaraf dengan kualiti dan mutu set premium yang sudah ada lama di pasaran.

Diasaskan oleh pengasas Rysya Skincare, Puan Noorazlina Mohd Noor dan Rozita Che Wan (Che Ta) adalah duta kepada produk ini. Che Ta juga telah menggunakan produk ini selama dua bulan. Dan beliau dapati produk penjagaan kulit Rysya mampu menyerlahkan seri wajahnya. Malah beliau menasihati kaum wanita yang berusia 40an sepertinya jangan asyik sebuk dan tidak menjaga penampilan diri.

“Siapa kata bila dah masuk 40an dah nampak tak cantik. Persepsi macam itulah yang membuat ada wanita lari dan menyorok bawah katil sebab rasa dah tak cantik. Malah ada yang baharu 30 tahun tapi gigi pun dah tak ada sebab abaikan soal penjagaan kecantikan,” kata-kata Che TA sewaktu perasmian produk Rysya Skincare baru-baru ini.

Menurutnya, beliau menggunakan kesemua lima rangkaian produk Rysya seperti cleanser, toner, serum, krim magik dan sabun sarang burung dimana produk berkenaan mampu mencerahkan kulit serta melambatkan proses penuaan.


“Saya syorkan semua wanita menggunakan produk Rysya Skincare ini kerana dengan kandungan vitamin C dan 24 karat emas serta sarang burung boleh menyerlahkan seri wajah anda,” kata Che Ta yang sudah mempunyai tiga orang anak.

Rysya Skincare memasarkan produk halal untuk memenuhi permintaan dan keperluan industri produk Halal malah berkualiti tinggi mengikut piawaian antarabangsa.

Mendapat kelulusan  Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), rangkaian produk Rysya Skincare meliputi lima jenis iaitu  Cleanser,  Toner, 24K Gold Serum, 24K Gold Miracle Cream dan Bird Nest Body Scrub.

PRODUK RYSYA SKINCARE YANG DITAWARKAN UNTUK GIVEAWAY INI




RYSYA SKINCARE - LY Toner  

Direka untuk melindungi kulit, menjadikan kelihatan berseri, lembut dan licin. Menegangkan kulit dan mengecilkan liang roma. Menjaga kelembapan kulit, memastikan ia terhidrat dan memelihara kulit daripada menjadi kering. Sesuai untuk sensitif dan semua jenis kulit yang lain.

Arahan: Gunakan dua kali sehari. Sapukan pada waktu pagi dan malam selepas mencuci muka dengan RysyaPenjagaan Kulit Pembersih Muka. Elakkan sentuhan dengan mata.

 
Kelebihan LY Toner
 


Toner ini bersifat lembut dan perlahan-lahan membersihkan kulit. Formula yang sangat efektif dapat menegangkankulit wajah. Diperbuat dengan kacang soya dan ekstrak Phyto Placenta. Memberikan kesegaran kulitkeseimbangan pH lembut, rasa bersih dan sangat selesa.





 
 

RYSYA SKINCARE - LY Pembersih Muka



Bersifat lembut untuk menanggalkan solekan. Komponen yang menyediakan ciri-ciri kebersihan yang sangat baik, kulit lembut sempurna dan segar "Natural Moisture Barrier"Selepas membilas, ia akan menjadikan kulit licin bersih tanpa mengeringkan kulit. 

Arahan: Gunakan dua kali sehari pada waktu pagi dan malam. Letakkan cleanser pada tapak tangan yang basah. Bila berbuih, perlahan-lahan urut seluruh muka, elakkan bahagian mata. Bilas sehingga bersih. 

Kelebihan LY Pencuci Muka
Kulit dilindungi, kelihatan berseri, dan terasa lembut dan tenang. Mengimbangi kelembapan kulit, membantu mengekalkan penghidratan dan mengelakkan kulit dari kekeringan .Sesuai untuk semua kulit, termasuk kulit sensitif. 


Syarat- syarat GIVEAWAY RYSYA SKINCARE CANTIK MACAM CHE TA BERSAMA AZLINDA ALIN :-
1. Terbuka kepada penduduk di Malaysia.
2. Buatkan satu entri bertajuk -  GIVEAWAY RYSYA SKINCARE CANTIK MACAM CHE TA BERSAMA AZLINDA ALIN 
3. Follow blog www.azlindaalin.com
4.Follow Instagram http://www.instagram.com/rysyaskincareselangor
5. Setelah siap, jangan lupa letakkan di ruangan komen butiran ini :-- URL blog entri - Saya nak menangi  GIVEAWAY RYSYA SKINCARE CANTIK MACAM CHE TA BERSAMA AZLINDA ALIN ( nama produk - pilih satu dari produk ini - RYSYA SKINCARE LY Pembersih Muka / Toner- Instagram akaun anda- dan alamat email .

Tarikh berlangsungnya GIVEAWAY ini : 31 OKTOBER 2015 - 30 NOVEMBER 2015

2 pemenang akan di pilih. Semoga berjaya !!



Thursday, 12 November 2015

BB Cream Nurrull's beauty | mencantikkan dan merawat kulit wajah

Ummul Azkee

BB Cream Nurrull's Beauty | mencantikkan dan merawat kulit wajah



      Selamat petang semua. Entri kali ini UA nak berkongsi produk BB Cream dari Nurrull's Beauty yang UA gunakan setelah diperkenalkan oleh blogger www.rianalittlecuties.blogspot.com. Mulanya ingatkan BB cream ini seperti BB cream yang biasa ada di pasaran.rupanya tak.Setelah dirisik dan bertanya rupanya BB cream ni sangat istimewa, bukan hanya boleh digunakan sebagai asas solekan sahaja tapi mempunyai kebaikan lain juga untuk kulit wajah tahu!.Nak tahu apa kebaikan dia?ini nak beritahu...

   - formula bb cream ini dibuat  bukan hanya untuk mencantik sahaja,tapi  juga untuk merawat wajah
   - bertindak sebagai rawatan kulit wajah, pencerahan wajah dan juga melembap
   - ia boleh menyelesaikan masalah tona warna kulit tidak sekata.
   - boleh menyelesaikan masalah jerawat dan jeragat
   - mengandungi stemcell untuk anti penuaan dan kekal awet muda.

  Yang bagusnya BB cream ini bagi UA setelah mencuba, ia tidak terlalu cair dan mudah diratakan ke seluruh muka. juga dengan sapuan nipis mampu menutup cela di muka.BB cream ini didatangkan hanya dengan satu warna sahaja,warna natural yang sesuai untuk semua jenis warna kulit. UA sudah gunakan nya memang selesa sangat guna BB cream ini, kalau suri rumah macam UA pun boleh juga gunakan setiap hari untuk kelihatan cantik dan sambil itu merawat kulit wajah. Sebagai isteri cantik bukan hanya apabila keluar rumah sahaja, di rumah lagi kena cantik. Cantik untuk suami.hehehe..

  Gambar UA di bawah ini selepas pengunaan BB cream Nurrull's beauty.UA gunakan sebagai asas solekan lepas itu sapu bedak compact.Itu sahaja.Siap..





abaikan pipi pau ini.hahahaha..






 Satu botol BB cream ini 15ml, berharga RM55 sahaja dan boleh digunakan sehingga 2 bulan lamanya.dan setiap pembelian juga menerima hadiah percuma. Siapa yang berminat boleh lah hubungi Riana di 0123756461 atau ikuti instagram @norhafizahalwi untuk testimoni lain produk BB cream dari Nurrull's Beauty.


   


Monday, 9 November 2015

Tips menulis dari Andrea Hirata,Penulis Laskar Pelangi

Ummul Azkee

TIP MENULIS NOVEL



google image


Tip menulis dari Andrea Hirata


  Semalam UA  belek-belek buku nota tip penulisan kepunyaan UA, waktu itu sedang mencatat nota tentang langkah dan tip menulis buku kanak-kanak dari sebuah buku yang UA pinjam dari perpustakaan. UA terjumpa satu catatan tip penulisan dari Andrea Hirata,penulis buku Laskar pelangi,sebuah novel yang telah difilemkan dan menjadi sangat popular.

  Seingat UA catatan tips itu UA tulis selepas menonton video satu temubual bersama Andrea Hirata di stesen televisyen di indonesia yang dikongsikan di laman facebook Yusof gajah tahun lepas.Buat pengetahuan semua Pak yusof banyak berkongsi tips penulisan di lamannya dan sangat memberi inspirasi pada UA untuk menulis.Nak tahu tak apa tipnya?jom baca..



1. KARANGAN SENDIRI

      Penulisan yang kita hasilkan perlulah hasil karangan dan kreativiti kita sendiri. Idea dan buah fikiran kita sendiri,dan bukan ditulis melalui pembacaan penulisan lain. atau copy dan paste karya orang lain.



2. CERITA UNIVERSAL

     Cerita dan penulisan kita itu perlulah tahan lama,tidak basi atau dalam erti kata lain tidak lapuk di makan zaman.Selain itu penulisan kita haruslah seperti kita melihat gambar, harus jelas dan terperinci. Contohnya, jika seseorang menaiki kereta.perlulah di jelaskan nama kereta,model,pandangan kiri kanan,muzik yang diputarkan.



3. KEGHAIRAHAN DAN MINAT

     Sentiasa tanya dalam diri kita, mengapa kita menulis?Adakah kerana cintakan dunia penulisan atau ada sebab disebaliknya kerana menulis memerlukan komitmen yang tinggi dan tak mudah untuk menulis sesuatu yang mampu menarik hati dan diterima oleh masyarakat.



4. TULIS SESUATU YANG BERMAKNA

      Tetapkan dalam diri untuk menulis sesuatu yang bermakna,sesuatu yang boleh membuatkan orang bersemangat.Tulis sesuatu yang memberi impak pada orang lain, kerana penulisan mempunyai kuasa yang boleh membuatkan persepsi seseorang tentang sesuatu berubah. Selain itu pastikan juga penulisan kita di tulis secara sederhana, realistik dan memberi impak semudah mungkin.



   Harap perkongsian tentang tips menulis dari Andrea Hirata ini bermanfaat buat semua.teruskan menulis dan pastikan ia memberi impak positif pada semua.








   




Friday, 6 November 2015

Festival sastera kanak-kanak 2015 | tahun depan mesti pergi lagi!

Ummul Azkee

FESTIVAL KANAK-KANAK 2015

PENGALAMAN KE FESTIVAL SASTERA KANAK-KANAK 2015


  Ok,seperti yang dijanjikan kali ini UA mahu bercerita tentang pengalaman UA sekeluarga ke Festival Sastera kanak-kanak 2015. Seronok pergi sini, macam-macam aktiviti untuk kanak-kanak ada, dah tentunya yang paling seronok ke sini anak-anak lah, tapi UA pun seronok juga. Hehehe..
Tengok sahaja gambar Afrina di bawah ini sudah tahu seronoknya dia ke sini.hihi..



    Pukul 10 pagi kami sudah berada di sana kerana UA daftarkan anak-anak untuk bengkel mewarna bersama Abg Uneh, Raja Pensel Warna Malaysia. Dalam bengkel ini Abang Uneh ajar dan bagi tips mewarna menggunakan pensel warna dengan cara yang betul. Bengkel ini diadakan secara percuma,
semua peralatan melukis dan mewarna disediakan dan yang seronoknya sesiapa pun boleh sertai, tak mengira usia. Mak,ayah,kakak abang semua boleh sertai.Seronok kan? Jadi masa ini memang ada  pakcik dan makcik yang sertai untuk tambah ilmu mewarna menggunakan pensel warna. UA sekadar lihat dan dengar sambil itu serap ilmu sebab kena anak berdua ini perlukan bantuan ibu dia ini.hehe...













Dan inilah hasilnya hehehe...


    Selepas selesai bengkel kami ke Ruangan Nami Island. Tahu kan Nami Island? Ala lokasi yang dalam cerita korea Winter Sonata tu. Hihihi.. Mesti semua pelikkan apa kena mengena Nami Island dengan sastera kanak-kanak. Ada kaitan nya, kerana setiap tahun di Nami Island pun ada menganjurkan Festival buku dan setiap dua tahun sekali mereka ada menganjurkan pertandingan ilustrasi buku kanak-kanak iaitu Nami Concours.Nanti UA cerita lebih lanjut tentang pertandingan ini di entri akan datang beserta ilustrasi yang pernah memenangi pertandingan ini.Buat pengetahuan semua,Pelukis Naif Malaysia, Yusof gajah juga pernah memenangi pertandingan ini.Jadi mari cuci mata gambar Afrina di ruangan Nami Island,cantik dan kreatif ruangan ini,anak-anak pun teruja apabila ke sini..UA pun sama.hihihi..Gambar di bawah ini adalah menara buku,juga bangku dari majalah terpakai.Kreatif kan..







    Punyalah seronok Adriana baca buku sampaikan begini.macam rumah sendiri dia buat.hihihi..
Ada wishing tree juga, bab ini seronok lah Afrina menulis.. apa sahaja yang dia suka ditulisnya pada daun maple yang diperbuat dari kertas kemudian tampal pada dahan.hehe..dan juga orang salji atau snowman.








    Selain dari itu Projek100buku pun ada di sini.yang menampilkan mini zoo...Ini pun kanak-kanak suka kan..Anak-anak UA pun suka juga tengok arnab,kucing,burung,hamster,ular dan banyak lagi.










  Terlalu banyak aktiviti dan perkara menarik di sini untuk anak-anak,memang tak rugi ke sini.ada pameran tokoh sastera kanak-kanak malaysia,permainan tradisional seperti congkak,jualan buku-buku dengan potongan harga yang menarik dan maskot kartun Chichi dan ChaCha. Seronok tak terkata Afrina dan Adriana hari itu..Insyallah tahun depan mesti mahu ke sini lagi!!




Coprights @ 2016, Blogger Templates Designed By Templateism | Templatelib