Now you can Subscribe using RSS

Submit your Email

Friday, 30 October 2015

Anugerah FSK | Tahniah kak Emila Yusof !

Ummul Azkee


SIAPA EMILA YUSOF ?



  UA pasti mesti ramai yang masih tak mengenali siapa Emila yusof kan, buat pengetahuan semua kak Emila yusof ini penulis buku dan ilustrator buku kanak-kanak di Malaysia yang makin dikenali di malaysia.Beliau telah meghasilkan lebih dari 50 buah buku kanak-kanak dan aktif meluaskan pasaran buku nya di luar negara. UA amat kagumi bakat serta perjuangan kak Emila meluaskan bakat melukisnya dalam bidang penulisan buku kanak-kanak.

  Semalam bermulanya Festival Sastera kanak-kanak 2015, dan satu Anugerah telah diadakan bagi menghargai mereka yang terlibat dalam bidang penulisan dan ilustrasi buku kanak-kanak dan ia telah disampaikan pada majlis perasmian Festival Sastera Kanak-kanak semalam.Antara yang menerima Anugerah festival sastera kanak-kanak 2015 adalah kak Emila Yusof.

Antara Anugerah Festival Sastera Kanak-kanak 2015 yang dimenangi oleh kak Emila Yusof adalah..


 PEMENANG PERTAMA : kategori Buku Awal Kanak-Kanak Terbaik 

                                 Karya : My Father's Farm



 PEMENANG KETIGA : kategori Buku Awal Kanak-Kanak Terbaik 

                              Karya  :  My Mother's Kitchen



PEMENANG PERTAMA : kategori Buku Bergambar Kanak-Kanak Terbaik

                                  Karya : Lagendary Princesses of Malaysia


 Buku kak Emila Yusof  yang bertajuk My Father's Farm juga terpilih dalam kategori Buku Pilihan Ibubapa.

  Kak Emila terpilih sebagai Ilustrator Buku Kanak-kanak Terbaik bagi Anugerah Festival Sastera Buku Kanak-Kanak 2015.Tahniah kak Emila yusof !Semoga menjadi sumber inspirasi pada kanak-kanak dan pada mereka yang baru berjinak-jinak dalam dunia penulisan serta ilustrasi buku kanak-kanak seperti UA.Moga terus Sukses!!!

 Pada yang ingin mengenali kak Emila dan melihat karya beliau boleh lah ikuti instagram kak emila di @emilayusof atau boleh kunjungi blog kak Emila di Emilatopia





    
   

Thursday, 29 October 2015

Apabila iman senipis kulit bawang

Ummul Azkee

APABILA IMAN SENIPIS KULIT BAWANG

google image

   Baru dua,tiga hari lepas kita dikejutkan dengan penemuan gadis berumur 17tahun yang dikelar , menurut  maklumat dari berita, motif pembunuhan adalah kerana perasaan cemburu seorang lelaki apabila gadis tersebut berkawan dengan lelaki lain. Apa hubungan antara suspek dan gadis tersebut pun tidak diketahui.

   Semalam, sekali lagi kita dikejutkan dengan penemuan bayi baru lahir yang di temui di dalam mesin basuh dipercayai ditinggalkan oleh ibunya secara sembunyi. Jika seorang ibu sanggup meninggalkan anaknya , besar kemungkinan ia dilakukan kerana ingin menyembunyikan kelahiran bayi tersebut.

   Di zaman moden dan teknologi kini yang dianggap bertamadun dan maju masih terdapat masalah sosial begini berlaku, malahan lebih teruk dan berleluasa. Kita boleh lihat bagaimana begitu mudah satu-satu tindakan itu dilakukan oleh kerana nafsu amarah, cemburu ,malu atau terdesak tanpa memikirkan impaknya di masa hadapan. Mengapa ya semua ini terjadi? Ada orang kata kerana kurang didikan agama, ada juga kata kerana teknologi yang makin mudah diakses menyebabkan ramai yang terpengaruh dengan sesuatu tindakan yang salah.

   Walauapapun apa orang kata, bukan masalah itu yang patutnya kita fokuskan tapi apa tindakan sewajarnya kita lakukan untuk membendung masalah ini dari berleluasa. Ya,mungkin ada yang kata kita sudah diakhir zaman tapi sebagai manusia yang prihatin rasanya kita memikirkan semula mengapa semua ini terjadi.

  Semuanya kerana iman, iman yang menipis senipis kulit bawang. Ramai yang mementingkan pemakanan yang sihat untuk anak-anak, sekolah yang bagus,tempat tinggal yang selesa,tapi ramai yang lupa makanan rohani juga penting untuk pembentukkan sahsiah. Mungkin akan ada yang kata, nak kata tak bagi didikan agama, kita hantar sekolah agama,belajar tentang halal haram, tetapi terjadi juga masalah ini.

  Tindakan menghantar anak sekolah agama, belajar selok belok agama itu memang tindakan yang wajar dan betul,Cumanya lumrah kita sebagai manusia memang kadangkala akan lalai.


MAKANAN ROHANI


   Hati manusia sememangnya sentiasa  perlukan makanan harian agar kita tidak lapar dan kebuluran. Cuba kita fikirkan kalau kita tengok mereka yang kebuluran di negara yang susah.Apa pun mereka sanggup makan,asalkan perut terisi.Begitu lah juga hati, hati kita ini perlu sentiasa diisi dengan makanan rohani agar kita masih boleh menentukan tindakan kita,samada betul atau tidak, halal atau haram.Makanan rohani ini penting agar kita sedar segala tindakan yang kita dan dapat mengelakkan kita dari bertindak di luar batas kemanusiaan.

  Tapi bagaimana mahu dapatkan makanan rohani ini?Ada banyak cara untuk kita dapatkan makanan ini,paling mudah adalah melalui pembacaan, sebulan sekali selain bacaan kesukaan,pastikan kita beli buku tentang kerohanian, untuk anak,carilah bahan bacaan berbentuk keagamaan,sekarang terdapat banyak bahan bacaan sebegini untuk anak-anak. Sentiasa dedahkan mereka pada pembacaan sebegini agar mereka sentiasa ingat tanggugjawab mereka sebagai seorang muslim.

  Selain itu luangkan masa kita untuk mendengar syarahan atau ceramah agama di masjid atau surau, bawa anak-anak agar mereka dapat mendengar sekali. Di rumah wujudkan suasana yang baik dengan pembacaan a-quran bersama-sama,solat berjemaah. Rumah yang selalu dibacakan dengan ayat-ayat al-quran akan menenangkan hati penghuninya.

  Elakkan dari tontonan cerita yang bertentangan dengan ajaran islam kerana anak-anak paling banyak belajar dari apa yang dilihatnya. Jika tidak dapat dielakkan,pastikan tontonan itu di bawah pengawasan kita,terangkan pada mereka mengapa kita tidak boleh mengikut sesuatu tindakan yang bertentangan. Jika anak bertanya tentang sesuatu kekeliruan, jawab dengan jujur walapun mungkin mereka tidak faham.

  Bagi anak remaja, jadikan lah mereka seperti sahabat kita,sesekali berborak dengan mereka, berbincang dan layan mereka seperti orang dewasa. Hormati mereka, tanyakan pendapat mereka sebelum mengambil sebarang keputusan mengenai jalan hidup mereka. Jangan berkuasa vato pada mereka kerana remaja lebih cenderung memberontak apabila dipaksa dan menjauhkan diri sekiranya mereka diprotes.Ambil tahu tentang aktiviti seharian mereka, sekali sekala keluar berhibur dengan mereka agar mereka rasa disayangi dan rasa dihargai oleh ibubapa. Wujudkan hubungan yang rapat antara ahli keluarga agar mereka tidak berasa sunyi dan bertindakan mencari hiburan di luar.

  Moga sedikit sebanyak coretan UA panjang lebar ini boleh membantu kita sama-sama menyelesaikan permasalahan sosial yang berleluasa kini.Kalau rasa ada nak tambah boleh je komen ya.

  


   

Wednesday, 28 October 2015

Festival Sastera Kanak-kanak 2015 - Untuk kanak-kanak & Ibubapa

Ummul Azkee

FESTIVAL SASTERA KANAK-KANAK 2015


google image



   Siapa tahu tentang festival Sastera kanak-kanak ?Kalau tak tahu..UA mahu ceritakan serba sedikit tentang festival tahunan ini. UA pun baru sahaja tahu tentang festival ini tahun lepas.Bagus tau
festival ini, sesuai untuk dikunjungi keluarga yang mempunyai anak-anak, banyak ilmu boleh kita perolehi di sini.

  Sebelum bercerita lebih lanjut UA , sebenarnya Festival Sastera Kanak-kanak atau FSK ini dianjurkan oleh Kota Buku dengan kerjasama kementerian pendidikan, Petrosains,juga agensi kerajaan dan organisasi swasta. Tujuan Festival ini diadakan adalah untuk mengetengahkan sastera kanak-kanak dan memupuk budaya membaca di kalangan kanak-kanak.

   Festival Sastera kanak-kanak ini akan bermula esok ,29 Oktober 2015 sehingga hujung minggu ini,1 November 2015 bertempat di Dataran Underground, Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Tema bagi festival Sastera Kanak-kanak pada tahun ini adalah "One World, Many Stories".

  Seronok tau festival ini, ada macam-macam aktiviti untuk kanak-kanak dan juga seminar untuk ibubapa mendalami dunia sastera kanak-kanak .Ilmu ini berguna untuk ibubapa menambah ilmu tentang dunia buku kanak-kanak dan kepentingan nya pada anak-anak mereka. 


 Berikut adalah jadual seminar dan bengkel yang akan dijalankan sepanjang festival ini.



    JADUAL PENUH AKTIVITI FESTIVAL SASTERA KANAK-KANAK 2015


dari laman web fsk

  
  Jom ke sana.UA insyallah akan bawa anak-anak menyertai aktiviti menarik di sana hujung minggu ini.Mesti mereka seronok...


 Untuk maklumat lanjut bolehlah  bolehlah kunjungi laman web Festival Sastera Kanak-kanak di www.fsk.my atau hubungi no.yang terdapat di gambar.





Tuesday, 27 October 2015

Resepi mudah | ikan bilis goreng kantan

Ummul Azkee


RESEPI MUDAH | IKAN BILIS GORENG KANTAN




  Lama rasanya tak kongsi pasal resepi mudah yang UA suka dan selalu masak di rumah. Tapi resepi kali ini sebenarnya sudah lama UA tak makan. Apabila hari-hari masak, UA kadang rasa jemu masak lauk yang sama, tiba-tiba dua tiga hari lepas terfikir resepi mudah ini. Resepi ikan bilis goreng kantan ini UA mula-mula makan waktu umi masak dulu. Lama tak makan masakan umi,tiba-tiba terimbau pula umi selalu masak resepi ikan bilis goreng kantan ini. Jadi dapat idea masakan yang berbeza dari selalu.

   Resepi ini mudah sangat tau!Bolehlah cuba untuk kelainan masakan di rumah.UA suka sangat lauk ringkas ini sebab ada bunga kantan.UA suka sangat bunga kantan. Selalu umi masak asam pedas pun letak bunga kantan. UA siap makan lagi,memang sedap. Rasa pelik?tak cuba tak tahu lah..

   Sebenarnya tak tahu nama resepi ini apa.Tanya umi,dia pun tak tahu.hihihi..sebab resepi ini umi dapat dari kawan dia. Jom terjah macam mana nak masak. Resepi ini mudah dan boleh dicuba untuk mereka yang baru mahu belajar masak.


RESEPI MUDAH | IKAN BILIS GORENG KANTAN


BAHAN-BAHAN

1 Biji bawang merah 
2 ulas bawang putih
4 biji cili padi
1 batang bunga kantan.
Segenggam ikan bilis

1. Goreng ikan bilis hingga garing.

2. Hiris kesemua bahan di atas.

3. Panaskan minyak, tumis bawang merah dan bawang putih.Kacau hingga garing dan lembut.

4. Kemudian masukkan hirisan bunga kantan dan cili padi,dan kacau rata.

5. Akhir sekali,tutup api dan masukkan ikan bilis.Siap!


   Mudah kan? Cubalah. Pasti tak mengecewakan! mesti makan bertambah-tambah punyalah walaupun dengan nasi kosong.Selalu nya UA makan dengan kicap dan lauk ini sahaja.Memang menyelerakan!  






Tunggu punya tunggu,rupa-rupanya...

Ummul Azkee


MENUNGGUMU


google image

   UA pasti antara perkara yang selalu diperhatikan blogger di luar sana dalam blog mereka adalah jumlah followers. Kan?kan? Berapa ramai followers dan ada penambahan tak dari hari ke hari..lagi-lagi kalau sudah hampir ke angka genap seperti 100,200 ke 300. Betul tak? Tolong jangan nafikan ya. huhu..

   Seperti UA juga memang selalu perhati siapa followers terbaru, kalau ada UA akan blogwalking ke blog mereka dan follow back. Jadi, followers UA makin bertambah dari hari ke hari sehingga mencecah ke angka 100, lama juga mahu dapatkan 100 followers ini. Mahu ke angka ke-100 ini makan berbulan juga, hingga tertanya-tanya siapalah followers ke-100 ini

  Tunggu punya tunggu,akhirnya semalam UA perolehi followers ke-100.Nak tahu siapa?tu.. cuba baca komen di gambar di bawah..





  Rupa-rupanya Mummy irra,hehehe..Ingatkan siapa lah followers ke-100.Punyalah rasa misteri.kihkih..Selepas ini tertunggu-tunggu followers ke-200 pula.hihi..Tak tahu lah bilanya :P



Monday, 26 October 2015

Giveaway irrayyan | Kalau Dah Jodoh

Ummul Azkee


Giveaway irrayyan | Kalau Dah Jodoh



Giveaway irrayyan | Kalau Dah Jodoh


    Sebagai tanda sokongan pada mummy irra,pengetua Efg.Ua sertai giveaway ini.Mana tahu ada rezeki boleh dapat novel kak Elee Mardiana,Kalau Dah Jodoh.huhuhu..sesiapa yang mahu sertai giveaway ini bolehlah klik link dibawah gambar tu ya.Baca syarat dia.mudah je syarat dia.ikut dan sertai ok..

Tips Mulakan Hari dengan dengan Positif

Ummul Azkee


 Tips Mulakan Hari dengan dengan Positif




     Selamat pagi semua!Harap semua ceria dan bersemangat di pagi Isnin ini.Disebabkan hari Isnin selalu dianggap permulaan hari bagi kebanyakkan orang,jadi UA mahukan kongsikan tips bagaimana mahu menjadikan kita bersemangat dan mulakan hari dengan positif.Mungkin selepas ini kita boleh amalkan,insyallah setiap pagi kita akan dimulakan dengan penuh positif,dan hari-hari yang kita lalui akan berkualiti dengan pelbagai perkara bermanfaat.

1.Rancang kerja dan catat perkara yang mahu dilakukan malam sebelum masuk tidur.

2.Tidur awal,seawal 10 atau 11 malam.Ini untuk memastikan kita tidak mengantuk di pagi hari.

3.Bangun sebelum subuh dan mandi,badan yang segar menjadikan kita terasa segar dan bersemangat,

4.Mulakan hari dengan solat,mengaji dan doa agar segala yang dirancang dan dilakukan pada hari itu berjalan dengan lancar.

5.Lakukan senaman ringan setiap setiap pagi,agar tubuh kita rasa lebih sihat.

6.Jangan tinggalkan sarapan,sarapan penting untuk berikan tenaga di permulaan hari.Sebelum memulakan setiap pekerjaaan,minum secawan air kopi atau teh panas.pasti kita rasa lebih nyaman.

7.Mulakan kerja yang di rancang awal pagi,suasana yang tenang,sunyi dan nyaman di pagi hari memberikan aura dan semangat pada kita.Diwaktu ini juga minda kita lebih tenang.

8.Elakkan perasaan marah di waktu pagi,jika rasa begitu tenangkan diri dengan mendengar radio atau lagu-lagu yang menceriakan.Perasaan marah boleh membuatkan diri kita kurang produktif melakukan setiap kerja.

9.Fikirkan perkara yang positif setiap hari.Fikiran yang negatif dan perasaan sangka buruk boleh membuatkan mood bekerja kita tidak begitu baik.


  Itu antara tips yang UA fikirkan baik untuk diamalkan yang telah UA cuba amalkan kan setiap hari ,walaupun  kadang-kadang terlepas juga mahu lakukan.Namun sekiranya kita cuba sedaya upaya untuk buat insyallah ia akan jadi rutin harian berkualiti dan positif.



.

Friday, 23 October 2015

Jus Orlin | Jus awet muda khas untuk wanita

Ummul Azkee


Jus Orlin | Minuman kesihatan untuk wanita



    Pantas betul waktu berlalu kan,sekejap sahaja dah petang rasanya. Ua pasti semua ibu-ibu yang bekerja apabila tiba hari jumaat sibuknya tak terkatakan, balik kerja mahu uruskan anak-anak pula,
 memasak untuk keluarga dan mengemas rumah. Tak terkecuali juga suri rumah seperti Ua ini,
walaupun duduk di rumah kerja rumah sememangnya tak pernah habis. Sampaikan satu tahap apabila malam belum pukul 8 lagi sudah keletihan. Ini mungkin disebabkan masalah dalaman badan kita yang kita alami tanpa sedar setelah melalui fasa kehamilan dan kelahiran.

   Jadi untuk memastikan kita sentiasa bertenaga dan mampu menjalankan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu yang sibuk kita sememangnya memerlukan suplemen atau makanan tambahan untuk memulihkan segala permasalahan dalam badan kita yang mana dalam masa yang sama boleh memberikan kita tenaga yang berpanjangan. Terdapat pelbagai produk makanan tambahan kini wujud di pasaran, antaranya adalah Jus Orlin.

  Jus Orlin adalah minuman kesihatan keluaran ALLUDRA INTERNATIONAL yang diformulasikan khas untuk kaum wanita.Minuman ini diproses dari 100% bahan semulajadi seperti kurma,madu,
serapat,Sireh dan habbatussauda.Ua telah mencuba Jus Orlin ini dan setelah mengamalkan minuman jus ini selama seminggu dan merasai sendiri kesan positifnya,Ua ingin kongsikan bagaimana Jus Orlin ini boleh membantu kaum wanita.

Khasiat dan Kebaikan Jus Orlin
   - meningkatkan tenaga dalaman
  - meningkatkan keinginan seksual
  - menaikkan,menegangkan dan menganjalkan payudara
  - mencantikkan pinggul
  - mengetatkan otot faraj
 - menstabilkan masalah hormon wanita
 - mengecutkan rahim
 - mengurangkan keputihan
 - awet muda
 - meremajakan kulit dan berseri
- menghasilkan bentuk badan ideal

  Jadi pada sesiapa tercari-cari minuman kesihatan, boleh mencuba dan rasainya sendiri kesan jus orlin ini.Untuk pembelian produk Jus Orlin ini bolehlah hubungi ; 017 676 7966 @ email di sales@alludrainternational

untuk maklumat lanjut tentang Jus Orlin bolehlah layari laman web :www.alludrainternational.com
                                                                                          laman fb : facebook.com/alludrainternational
                                                                                         instagram : @allundrainternational
                                                              
                                                             

                     

Cerita cinta yang tak sempurna

Ummul Azkee

CERITA CINTA YANG TAK SEMPURNA


google image


      Selamat pagi semua. Pagi ini Ua nak bercerita tentang cinta. mood romantik pula tiba-tiba selepas mendengar dan menghayati lirik lagu SETIA nyanyian Faizal Tahir ft Elizabeth Tan di akhir rancangan Wanita Hari Ini (WHI) semalam. hehe.. Ua memang gitu, kalau dengar lagu suka hayati lirik, sebab adakalanya ada makna dalam kehidupan kita. Sebelum ini, dengar gitu-gitu je semasa intro drama MENCINTAIMU dalam slot akasia di TV3.Lambat Ua ni kan. hehe..

     CINTA. Ua pasti anda semua kalau sebut sahaja tentang cinta mesti yang dibayangkan adalah perkara yang indah-indah belaka sahaja. hehe.. tapi hakikatnya dalam indah-indah itu ada juga pahitnya.

     Ua pasti adik-adik gadis mahupun teruna di luar sana kalau melihat orang bercinta, diri pun mula rasa nak bercinta juga. Apabila lihat pasangan yang sudah berumahtangga dah kelihatan sangat sweet, diri pun mulalah rasa mahu berumahtangga juga kan. Tapi tidak mengapa kalau ada feel begitu. Itu lumrah perasaan seorang manusia.Ua faham :)

    Cumanya Ua mahu cerita, di sebalik cerita cinta yang indah belaka itu pasti ada pahitnya. Pasti ada cacat celanya ya! Jangan ingat setiap masa kita akan bergembira dan berbahagia. Jangan ingat yang cinta itu bahagianya sentiasa. Kalau rasa perkahwinan dan cinta itu akan indah-indah sahaja, anda silap! Setiap jalan yang kita pilih dalam hidup ini pasti ada dugaan dan masalahnya. 

    DUNIA , kalau diamati sedalam-dalam ia adalah satu tempat yang diibaratkan seperti sekolah yang mana setelah kita belajar, kita akan menghadapi peperiksaan atau ujian. Kita perlu menyelesaikan segala soalan yang diberikan, adakalanya kita mampu menjawab soalan tersebut, dan kadangkala sebaliknya. Kalau kita cuba sehabis daya memberikan jawapan yang terbaik pun adakalanya tidak tepat. Adakalanya kita berjaya, adakalanya kita gagal. Itu lumrah.

  Begitu jugalah dengan cinta! Cinta pun sesekali akan diuji , lebih-lebih lagi di alam perkahwinan. Dalam perkahwinan akan ada cabarannya. Itulah hakikatnya, apa yang kita hadapi bukan hanya kegembiraan sahaja. Kadangkala dalam perkahwinan kita akan diuji dengan pelbagai masalah, Adakalanya kita akan membuat kesalahan , adakalanya kita sedih,kecewa. Adakalanya berlaku berselisihan pendapat dan sebagainya, 

  Namun begitu cara kita menghadapinya menentu kan kebahagian cinta itu sendiri. Matlamat cinta dan perkahwinan itu sendiri perlu kita cari dan kita ketahui. Adakah semata-mata kerana kebahagian atau kerana Nya. Tiada cinta yang sempurna melainkan cintaNya. Cinta yang berpaksikan redhaNya insyallah mampu mengharungi apa sahaja. Terimalah kelebihan dan kekurangan pasangan itu seadanya. Dalam usaha mengekalkan rasa cinta, akui kesilapan kita, sabar, terima dan redha dengan setiap dugaan yang tiba dan apa yang paling penting dalam cinta dan perkahwinan adalah SETIA dan usaha untuk mengekalkan kasih sayang agar berpanjangan selamanya sehingga ke syurga.
   
  Jadi mari sama-sama hayati lirik lagu Setia nyanyian Faizal Tahir dan Elizabeth Tan. Selepas ini kalau dengar lagu, hayat liriknya. Lirik yang bagus akan memberikan impak positif dalam hidup dan satu lagi kalau ada kita berselisih faham dengan pasangan kita dan sukar nak menyebut kata maaf bolehlah bagi lirik  dan lagu ini. Confirm terharu, cair dan berbunga-bunga hati si dia.liriknya sangat bermakna. :)

LIRIK LAGU SETIA | FAIZAL TAHIR ft ELIZABETH TAN


Selamat pagi sayangku
Apa khabar dirimu
Maafkan andai mengganggu lenamu

Andai pernah melukakan 
Maafkan ku tak sengaja
Harus kau dan aku selalu bicara

Kau tahu kau satunya
Ku mahu kita selamanya

Kau dan aku
Mungkin tak sempurna
Kau dan aku
Tahu takkan mudah

Kau dan aku 
Mahukan sempurna
Kau dan aku 
Mengharap bahagia

Setia aku
demi dirimu
setia aku
Hanya padamu

Andai hatimu berubah
Pastiku cuba fahami
Tetap ku melangkah terus berani

Ku tahu kau satunya
Ku mahu kita selamanya

Kau dan aku
Mungkin tak sempurna
Kau dan aku tahu tak semudah

Kau dan aku
Mahukan sempurna
Kau dan aku
Mengharap bahagia

Setia aku
Demi dirimu
Setia aku
Hanya padamu

Terima seadanya
Perbezaan kau dan aku
Biarpun apa saja
Ku percaya kau setia

Kau dan aku
Mengharap bahagia

Setia aku
Demi dirimu
Setia aku
Hanya padamu

Setia ku demi dirimu
Setia ku hanya padamu

Selamat pagi sayangku
Apa khabar dirimu




Thursday, 22 October 2015

Menulis buku untuk yang tersayang?

Ummul Azkee

Simpan kenangan dengan menulis buku



  Buku! Siapa yang suka baca buku? Sila angkat tangan!hehe.. Ua sememangnya pencinta buku. Dari zaman belajar hingga kini kalau nampak buku feel dia memang lain. Sanggup tak makan asalkan dapat beli buku. Kalau pergi kedai buku jangan cakaplah, rasa nak borong semua. huhu..
  Teringat waktu zaman belajar,sanggup pinjam buku tebal-tebal dan pikul buku banyak-banyak walaupun kolej nuh jauh berkilo meter.hihi..

   Apabila membaca isi kandungan sesuatu buku dan tertarik dengan kulit buku yang kreatif, Ua rasa kagum dengan mereka yang terlibat dalam dunia penulisan dan penerbitan buku. Selalu terdetik di hati "bagaimana ya proses menghasilkan sesuatu buku?". Bagaimana ya mahu menulis buku?". Perasaan ingin tahu tu dari hari ke sehari makin membuak-buak gitu.


 Semenjak ada anak, setiap bulan pasti Ua akan belikan buku cerita untuk anak-anak. Pantang ada jualan buku, pasti Ua tak ketinggalan untuk membeli sehinggakan kini banyak juga koleksi buku kanak-kanak di rumah ini. Ada lebih dari 50 buah.

  Melihatkan buku bergambar kanak-kanak yang berwarna warni dan ilustrasi yang comel keinginan menulis dan melukis ilustrasi buku kanak-kanak datang tanpa disedari. Ada sesuatu yang terdapat dalam buku itu yang membuatkan Ua terfikir untuk menghasilkan buku kanak-kanak hasil buah tangan sendiri. Tahu apa dia?Cuba lihat gambar di bawah...



    Kebanyakkan buku bergambar keluaran luar negara di muka surat hadapan pasti akan ada tulis tulisan pada siapa buku ini didedikasikan. Melalui mesej di atas Ua ketahui yang kebanyakkan penulis menulis buku-buku bergambar kanak-kanak ini sebagai tanda kasih dan ingatan mereka pada yang tersayang. Sememangnya sesuatu perkara yang sangat sweet untuk dilakukan kerana bukan mudah nak menghasilkan sesuatu buku walaupun buku cerita kanak-kanak.

  Jadi Ua pun simpan hasrat yang sama. Mahu hasilkan buku untuk didedikasikan pada insan tersayang dalam hidup Ua..
Buat masa ini teringin mahu hasilkan buku untuk didedikasikan pada Afrina dan Adriana sebagai tanda sayang Ua pada mereka berdua. Ua tahu pasti tak mudah nak capai hasrat ini. Doakan ya moga-moga impian Ua yang satu ini tercapai.

    Ada sesiapa yang mahu lakukan perkara ya sama tak? Kalau ada yang mempunyai hasrat begitu tak mustahil tau! Kita boleh hasilkan buku buah tangan kita sendiri asalkan kita ada niat dan usaha. Nanti di entri akan datang Ua kongsikan cara dan langkah-langkah menghasilkan buku bergambar kanak-kanak yang Ua pelajari dari sifu Ua, Yusof Gajah.






 

Tuesday, 20 October 2015

TOLONG KOMEN SIKIT..

Ummul Azkee


  Template Menarik dari gooyaabitemplates.com




     Sebenarnya kan,sesiapa yang selalu melawat blog UA,mesti perasan blog UA sudah bertukar wajah.UA tukar templates baru dari gooyaabitemplates demi Google Adsense.hehehe..Semalam gigih UA edit templates ni sampai pukul 5pagi,tapi tak habis lagi edit.Malam ini nak masuk kelas tanya cikgu Amysyeera pasal edit blog ini lagi sebab UA bukannya pandai sangat.Selalu try and error sebab rasa minat nak belajar.
     Jadi UA mahu la juga tahu komen pembaca blog UA ini tentang templates terbaru ini,ok ke?Tulisan senang ke nak baca,Kalau nak cari apa-apa senang ke..Loading blog ini ok ke tak..Lambat ke..atau laju.Komen tau!UA hargai sangat pendapat pembaca semua.
     Pada siapa yang rasa bosan dengan templates blog dan rasa nak berubah angin bolehlah cuci mata di https://gooyaabitemplates.com/.Memang design templates di sini menarik dan terbaru tau!Rambang mata nak pilih,heheehe..tapi satu je kalau lepas kita replace code di blog,blog kita akan tunggang terbalik.Jadi jangan terkejut dan stress ya!hihihi.Kita perlu edit satu-satu dengan sabar tanpa stress,tu yang UA edit sampai pukul 5 semalam.Hehehe..Selamat mencuba!dan jangan lupa komen templates blog UA tau!

Monday, 19 October 2015

JEREBU | Bacaan IPU 19hbOktober 2015

Ummul Azkee

JEREBU | indeks bacaan IPU terkini





     Sejak semalam catatan indeks ipu jerebu meningkat kembali sehinggakan beberapa sekolah di kawasan tertentu ditutup hari ini termasuklah sekolah anak UA.Jadi Afrina duduk rumah sahajalah hari ini.
     Mengikut maklumat yang UA ketahui dari Buletin1.30,bacaan ipu terkini tertinggi sehingga jam 11 pagi tadi adalah di seremban iaitu 197,dan kemudian diikuti oleh Tawau sebanyak 160.
     Lain-lain kawasan pula adalah Bukit Rambai sebanyak 159,Banting mencatat indeks ipu sebanyak 158,Bandaraya Melaka dan Batu Muda pula 157, dan diikuti oleh Port Dickson.Jadi pada yang berada dikawasan yang disebutkan tadi elakkan aktiviti luar ya,jika terpaksa pastikan pakai penutup muka/topeng.Jangan lupa juga,minum banyak air ya semua.
     
     

Friday, 16 October 2015

LAZADA MALAYSIA – DESTINASI PALING MENAKJUBKAN UNTUK MEMBELI BELAH DI MALAYSIA

Ummul Azkee


LAZADA MALAYSIA – DESTINASI PALING MENAKJUBKAN UNTUK MEMBELI BELAH DI MALAYSIA


 Lazada Group merupakan salah satu perniagaan dalam talian yang terkemuka di pasaran global yang menjual aksesori,kasut,pakaian,peralatan elektronik,produk kecantikan dan banyak lagi produk lain untuk lelaki dan juga wanita.Walaupun ibu pejabatnya terletak di singapura ,tetapi ia mempunyai laman web di Malaysia,Indonesia ,Filipina,Thailand,Singapura dan Vietnam.Lazada menawarkan produk dalam negara dan juga produk antarabangsa.Lazada Group ditubuhkan pada 2011 oleh Rocket Internet dengan matlamat untuk menjadi setanding Amazon.com di Asia tenggara.

  Lazada Malaysia menawarkan lebih daripada 300 jenama untuk wanita mahupun pakaian lelaki,ini termasuklah aksesori,barangan elektronik,produk kecantikan,Kasut dan banyak lagi produk lain.Dengan pelbagai produk yang ditawarkan diatas ia menjadi sangat mudah untuk pembeli membeli produk pilihan mereka.Lazada sentiasa memahami dan bersedia untuk memenuhi keperluan dan permintaan pelanggan dengan sentiasa mengemaskini kepelbagaian produk mereka seperti yang diperlukan.Dengan cara ini,ia dapat memenuhi keperluan pembeli di tahap paling memuaskan dan juga dapat membantu mereka mengetahui tentang sesuatu produk terkini dan bergaya.


 GEDUNG FESYEN 

 Selalunya kita dengar daripada mereka yang pergi membeli belah di sesuatu tempat untuk membeli produk yang berlainan mengalami masalah oleh kerana ia memakan masa dan memilih aksesori juga boleh menjadi sesuatu yang sangat mengelirukan kerana terlalu banyak pilihan kedai.Di Lazada Malaysia ia adalah lebih selesa untuk membeli belah,kerana dengan hanya di rumah dan dengan satu klik,produk yang kita inginkan akan terus dihantar ke rumah.Selain itu,terdapat juga pek barangan atau kombo barangan berkembar dijual di Lazada ,yang mana ia lebih menguntungkan pembeli memandangkan mereka boleh mendapatkan beberapa produk dalam satu masa dengan harga yang menarik.


 KEPELBAGAIAN PRODUK DAN JENAMA 

 Lazada Malaysia adalah satu tempat di mana kita boleh lihat pelbagai produk dan jenama .Dengan 20,000 produk daripada pelbagai jenis barang seperti pakaian,aksesori,kasut,alat elektronik,jam,beg dan peralatan sukan untuk lelaki mahupun wanita yang menjadi sangat mesra pengguna.Terdapat pelbagai jenama terkemuka seperti Dorothy Perkins,Calvin Klein,United Colors of Benetton,Adidas,Corder London dan banyak lagi.Dengan kepelbagaian dan lambakan ini ia menjadi sangat mudah bagi pelanggan untuk mendapatkan produk pilihan mereka.Adalakalanya pembeli agak sukar mendapatkan produk tertentu yang ingin mereka miliki di pasaran dan jika memperolehinya pun pasti akan timbul masalah,akan tetapi di Lazada Malaysia masalah ini dapat di atasi dimana pembeli akan dapat melihat pelbagai produk.


 MUDAH DAN MENJIMATKAN PEMBELI

 Lazada Malaysia merupakan kedai dalam talian yang membolehkan pembeli mendapatkan sesuatu produk mengikut bajet mereka.Ia memudahkan kerana pembeli boleh memilih produk mengikut kemampuan kewangan mereka.Mengikut dari ulasan(review) di kalangan pelanggan,ramai yang mengatakan bahawa harga produk di Lazada Malaysia jauh lebih rendah daripada di oulet yang tersedia.Sebagai contoh,seorang pelanggan memberitahu yang dia membeli pakaian dari Dorothy Perkins di Lazada Malaysia adalah jauh lebih murah berbanding di outlet Dorothy Perkins .Selalunya di Lazada akan ada diskaun besar-besaran untuk beberapa produk yang selalu menjadi perhatian penggemarnya.Ada sesetengah jenama menawarkan sehingga 50%diskaun yang mana agak sukar untuk diperolehi di pasaran luar.

 Anda boleh juga boleh dapatkan diskaun terkini dengan mendapatkan Lazada Vouchers online di Savingmart dan Flipit .

 Lazada Malaysia adalah satu tempat yang selamat untuk anda membeli belah.Ada yang mendapatkan produk mereka dalam waktu yang diperuntukkan oleh penjual daripada Lazada Malaysia.Dan ada juga yang mengadu mereka telah membuat tempahan dan pembayaran tapi tidak dapat memiliki produk tersebut kerana ketiadaan stok pada waktu itu.Walaupun terdapat aduan sebegini,bahagian perkhidmatan pelanggan dari Lazada Malaysia akan menghubungi pelanggan tersebut melalui email atau khidmat pesanan ringkas(sms)dan bertanyakan samada mereka mahu memperbaharui tempahan atau mahukan wang mereka kembali.Jadi tidak akan ada masalah memandangkan wang pembeli selamat dengan pembelian dalam talian ini.Semasa membuat tempahan ia akan diproses dengan cepat dan mudah,tanpa memerlukan anda bersusah payah ke halaman yang lain untuk tempahan. Lazada Malaysia telah dikunjungi dan digunakan oleh pelbagai golongan,di mana mereka boleh membeli produk mengikut keperluan dan bajet mereka.Kadangkala memang sukar untuk mempercayai yang ada produk terkini dan bergaya pada harga yang rendah.Anda pasti akan sukakan sesuatu produk yang ditawarkan saat anda melawat kedai dalam talian ini.Lazada Malaysia bukan hanya kedai dalam talian yang mempunyai produk dalam harga berpatutan tetapi juga mempunyai pelbagai barangan yang meluas dan pelbagai untuk dipilih.

Thursday, 15 October 2015

Tentang Azam,cita-cita dan matlamat hidup

Ummul Azkee

AZAM DAN CITA-CITA


google image

AZAM BARU

   Baru semalam kita menyambut tahun baru dalam bulan Islam.UA pasti ada dikalangan kita akan meletakkan azam,cita-cita mahupun matlamat untuk dicapai di masa hadapan.Semua orang mahukan kehidupan yang lebih baik,yang terbaik.Dan semua orang mampu dan mudah mengatakan azam,cita-cita mahupun matlamat,namun untuk mencapai setiap yang diimpikan bukan semudah mengatakannya.Ramai yang gagal dalam mencapai matlamat yang ingin mereka capai kerana tidak mempunyai ilmu tentang cara memajukan diri atau kurang semangat mahupun keyakinan dalam diri.UA pun tak terlepas dari kegagalan itu.tapi itu bukan alasan untuk kita berputus asa untuk mengubah diri kita mahupun kehidupan.

  Bermacam-macam azam yang kita semua impikan bukan?Bukan sahaja dari segi ingin meningkatkan taraf hidup seperti mahu beli rumah, tetapi juga dari segi sikap kita,mahu jadi manusia yang lebih baik ataupun mahu  meningkatkan ibadah kita demi menjadi seorang hamba yang taat padaNya.Semuanya tidak mustahil asalkan kita ada kesedaran dalam diri.Itu lebih baik dari kita hidup bertahun-tahun tanpa punya matlamat dan cita-cita.Saban tahun berlalu namun tiada perubahan yang kita lakukan,Alangkah sia-sianya hidup.Lebih sedih lagi jika kita tidak tahu matlamat atau tujuan kita hidup di dunia ini.


CITA-CITA

   Dari kecil lagi kita diasakkan dengan persoalan cita-cita hinggakan kita tidak tahu apa dan mengapa kita perlu ada cita-cita,hinggakan matlamat untuk mencapai cita-cita itu pun kita tak tahu,kalau ada pun semuanya hanyalah kerana kesenangan hidup.


Selalu kita dengar orang kata..

   "Dah besar nanti jadilah doktor,gaji banyak..senang lenang hidup nanti."


Jarang kita dengar orang kata..


   "Jadilah doktor,boleh beri manfaat pada orang lain,bantu orang..Allah pun sayang."


  Jujur UA katakan UA pun pernah terlepas pandang tentang ini.Menulis cita-cita sekadar kerana minat dan impian,tanpa niat untuk apa cita-cita itu ingin dikecapi.Adakah hanya untuk kemahsyuran dan kesenangan hidup atau memberi manfaat pada orang lain.
 Namun kini UA sedar yang setiap apa yang kita mahukan,yang kita azamkan seharusnya diiringi dengan niat untuk memberi manfaat pada orang lain dan mencapai redhaNya.Sebolehnya UA ingin terapkan ini dalam diri anak-anak.
 Tak salah jika kita mempunyai cita-cita,tapi fikirkan kembali niat hati kita untuk mencapai cita-cita kita itu..samada untuk kemahsyuran hidup ataupun demi redhaNya.


 


Tuesday, 13 October 2015

Buka lembaran baru dengan doa.

Ummul Azkee


DOA AKHIR TAHUN DAN DOA AWAL TAHUN

    Assalammualaikum semua,sedar tak sedar hari ini kita sudah berada di hari terakhir untuk tahun hijrah.Insyallah mari kita akhiri hari terakhir tahun ini dengan doa,moga-moga segala amalan kita tahun ini diterima Allah Swt.Dan semoga awal tahun hjirah esok iaitu awal muharam  kita mulakan lembaran baru dengan mengingati Allah Swt.Moga-moga kita dapat memperbaiki keperibadian kita menjadi lebih baik dan melaksanakan tanggungjawab kita sebagai hamba,anak,ibubapa dan rakyat yang sentiasa dalam rahmat Allah Swt.Amin

DOA AKHIR TAHUN

    Jangan lupa baca doa akhir tahun di bawa ini selepas asae dan perbanyakkan istighfar sehingga masuk waktu maghrib.


DOA AWAL TAHUN

  Selepas  soalt maghrib baca pula doa awal tahun dan perbanyakkan berselawat sehingga masuk waktu isyak.

  Mari kita sama-sama lakukan doa amalan di akhir dan awal tahun ini demi mendapatkan keredhaanNya.Amin..Salam Maal Hijrah semua

Monday, 12 October 2015

Aktiviti hujung minggu apabila jerebu melanda..

Ummul Azkee

Aktiviti hujung minggu di kala jerebu melanda

   Apabila jerebu melanda beberapa bulan ini,segala aktiviti luar yang anak suka seperti ke tasik dan taman permainan terpaksa ditanggungkan.Maka,UA dengan suami agak buntu mahu bawa anak  ke mana untuk berjalan-jalan hujung minggu.
  Jadinya tempat yang selalu tertumpu apabila masalah jerebu pastilah shopping complex.Rasa macam tak seronok kalau bawa anak-anak ke shopping complex kalau hanya jalan-jalan window shooping kan.Nak shopping selalu bukan orang kaya.hikhik..Jadi nya kalau aktiviti paling utamanya mestilah makan.anak-anak UA memang seronok kalau bab makan di luar walaupun ibu dia ni selalu je masak di rumah.Mungkin apabila sesekali makan di luar mereka seronok,lagi-lagi kalau pergi restoran kegemaran mereka.Nak tahu restoran kegemaran kami sekeluarga?Nanti UA cerita pada entri akan datang ya..



   Lepas perut sudah kenyang,bagilah mereka main mainan yang ada dalam shopping complex seperti di bawah ini.Itupun sudah membuatkan mereka gembira.huhuhu..Sebenarnya gambar waktu makan dan mainan mesin hello kitty ini waktu hujung minggu lepas,masa UA balik rumah umi UA.Kami jalan-jalan di Setia City Mall.memang dekat sangat dengan rumah umi.
  Waktu itu suami UA ada ajak bawa anak-anak menonton wayang,tapi cerita macam tak berapa sesuai untuk anak-anak,maka tak jadilah menonton wayang hari itu.




   Lepas dari minggu ke minggu tak dapat ke taman permainan,anak-anak nampak macam bosan sangat,sudah macam meroyan duduk rumah.Dari hari sabtu sampai lah semalam ajak ke taman permainan,dan tak jadi pergi sebab UA lihat kabus jerebu masih kelihatan.Takkan nak pergi juga,kalau bahayakan anak-anak kan.Lagi pula minggu lepas balik dari Setia City Mall Afrina sesak nafas,lagilah UA tak berani mahu bawa anak-anak ke taman permainan yang selalu kami pergi berdekatan dengan tasik rumah.Makanya semalam UA ajak lah suami bawa anak-anak ke Taman permainan indoor di Giant Mall,Kelana Jaya.Seronoklah anak-anak semalam.Main sakan.huhuhu..
  Harapan dan doa UA agar jerebu akan hilang dan udara makin baik untuk bawa anak-anak beriadah ke tasik dan taman permainan.Kasihan tengok anak-anak terperuk dalam rumah,kalau keluar pun
boleh jalan-jalan dalam bangunan sahaja,tak boleh nikmati udara yang sihat dan pemandangan ciptaan Allah Swt yang indah.








Saturday, 10 October 2015

Tips Mudah Menjadi Orang Kaya

Ummul Azkee

TIPS PALING MUDAH UNTUK MENJADI ORANG KAYA.

google image


  Hari ini UA ada terima Tips terbaik untuk jadi orang kaya melalui whatsApp group. UA rasa bagus juga tips ini.Tergerak hati ingin berkongsi di sini.Insyallah bolehlah diamalkan selepas ini.huhu..cuba baca..


1. Lepas makan kat restoran / gerai makan, tinggalkan shj duit balance yg seringgit dua/sen tu sebagai tips kpd mereka yg serve kita. Tak luak pon duit kat dalam poket. Jutawan pun belum tentu boleh buat.

2. Time isi minyak kereta, lepas attendan pam tlg kita cuci cermin atau isikan minyak, ringankan tangan bagi token. Tak kiralah apa bangsa sekalipun,kita tidak tahu doa yg mana akan makbul. Mereka yg berkereta mewah dan pakai driver, belum tentu ada peluang utk buat camtu.

3. Jika kita singgah solat kat mana2 surau atau masjid,jgn lupa lepas solat seluk poket carik note yang paling BESAR utk disedekahkah ke tabung masjid. Manalah tau, mungkin sumbangan terakhir kita. Hanya orang yg betul-betul kaya mampu berbuat demikian.

4. Cuba ubah tempat kita shopping barang keperluan harian. Selalunya kita ke pasaraya besar spt Tesco/Giant, cuba shopping kat pasar tani pulak kali ni. Sambil tolong penjual/petani. Tak perlu berkira sgt mintak tawar menawar sayur atau lauk mentah tu.

5. Time nak belikan mainan anak, bawak je diorang ke pasar malam. Bagi duit RM10, macam2 toys boleh beli kat sana. Sambil boleh bantu peniaga pasar malam. Daripada duk gi Toys r Us, RM10 buat bayar parking je.

6. Bila naik teksi, genapkan ajer tambang tu. Dengan niat utk sedekah. Jika mereka diberi peluang, mungkin mereka tak nak jadi pemandu teksi.Tak semua orang berpeluang naik teksi & jd penumpang.

7. Adakala kita tgh queue di kaunter bayaran mini market, jumpa budak2 merengek nak beli jajan or gula2, apa salahnya tolong amikkan dan bayarkan. Buat diorang tersenyum.

8. Time travel balik kampung, singgah di mana-mana RNR, liarkan pandangan kita. Tengok2 la orang sekeliling. Ada yg singgah dgn family ramai, naik kereta lama siap berhimpit anak ramai. Makan pon mcm kena kongsi. Apa salahnya belikan air atau bayarkan makan walaupun mereka mampu.

9. Masa kita minum di kedai kopi/kedai makan,sekali sekala tu apa kata kita cuba bayarkan makan atau minum utk meja sebelah. Usha dulu la meja, tengok yg mana yg patut dibayar. Tak perlu sebab dan alasan.

10. Jika ada peluang pi melawat org sakit kat wad, time nk belikan buah tangan, apa kata beli extra 1 pack. Pass kat jiran dia katil sebelah. Doakan ksejahteraan mereka.Besar nilainya bg org yg tgh sakit dpt ingatan sebegitu. Orang kenamaan shj biasanya ada peluang buat camtu.

Kita tidak memerlukan masa dan saat yg sesuai utk menjadi orang kaya. Kita juga tak perlu sebab dan alasan tertentu utk menjadi seperti orang kaya. Apa yang penting adalah KEIKHLASAN.

Cubalah, saya yakin insyaAllah anda akan menjadi seperti orang kaya dan usah khuatir kerana anda tidak akan menjadi seorang yang papa kalu buat perkara di atas. Hari ini mungkin tangan kita yg memberi, mana tahu esok lusa kita pula yg akan menerima?

SHARE utk semua dgn harapan kita semua menjadi orang KAYA.

     Kaya memberi,insyallah kaya kita di sana nanti.Amin.

Friday, 9 October 2015

Set Dapur baru dari Ann

Ummul Azkee


SET DAPUR DIY UNTUK AFRINA DAN ADRIANA


      Minggu lepas balik rumah umi,adik UA,Ann makcik Afrina dan Adriana buat kejutan untuk mereka.Tak tahu lah berapa lama dia buat projek ini.Tiba-tiba je bawa turun dari bilik satu set dapur DIY untuk anak dara UA.Seronok Afrina dan Adriana,bukan budak berdua ni sahaja yang teruja,ibu dia sekali terharu.Huhuhuhu..comel sangat dapur ni.Macam dapur betul siap ada dapur gas,sinki,
oven,kabinet bagai.Ibu pun nak juga dapur macam ini.Lengkap semuanya.hehehe..



  Habis itu apa lagi,teruja betul mereka berdua ini main masak-masak.Macam-macam di masaknya sampaikan tak ingat nak tidur,makan,mandi semualah.Masak jer 24jam.Ibu dengan makcik-makcik dia lah jadi mangsa makan masakan mereka.hihihi..





               




Bukan setakat dapur sahaja,kek pun auntie An buatkan.Semuanya dibuat menggunakkan kotak,tengok dalam inernet katanya.Untunglah Afrina dan Aadriana ada makcik yang rajin melayan kan.kita dulu curi periuk nenek di dapur jer lepas itu masak bawah rumah..hihihhiihi..Mengimbau pula ibu dia.hihihi...



   Gambar atas itu table setting anak dara Adriana.huhuhu..untuk birthday party Laith katanya.Bawah ini pula kek untuk ibu makan.berpuluh kali dia hidangkan kek ini untuk kami semua.Layankan sahaja lah.hehehe..


Thursday, 8 October 2015

CABARAN 7HARI | gadjet tercinta

Ummul Azkee

CABARAN INSTABLOG 7HARI EFGKBBA


Gadjet tercinta

    Bercerita tentang gadjet ,UA pasti kini kebanyakkan orang memilikinya.Gadjet kini menjadi satu keperluan memudahkan segala urusan.Contoh paling mudah adalah urusan pekerjaan seperti menghantar e-mail.Kini melalui telefon pintar kita boleh menghantar dan menerima email dengan mudah.Tak perlu nak on pc atau komputer riba.

    UA pun tak terlepas dari memiliki gadjet.Gadjet pertama yang UA miliki adalah telefon pintar Blackberry Torch hadiah dari suami.Pada mulanya memang tiada keperluan untuk memilikinya,namun setelah khidmat aplikasi percuma seperti whatsapp diperkenalkan.nyata ia lebih menjimatkan dari khidmat pesanan ringkas.Dengan serendah rm20 sebulan,UA boleh berjimat dengan menggunakan perkhidmatan internet blackberry.Sudah hampir 4tahun UA menggunakan telefon pintar blackberry ini.dan jujurnya amat sayang dengan telefon ini.



   Walaupun sudah bertukar kepada telefon lain,telefon ini tetap menjadi kesayangan UA kerana hadiah dari suami dan banyak berjasa pada UA.Paling UA sukakan tentang telefon ini adalah kameranya yang menghasilkan gambar yang berkualiti.Kamera memang salah satu krateria terpenting bagi UA apabila ingin memiliki sesebuah telefon.kerana UA sukakan fotografi.Gambar di bawah ini adalah salah satu gambar yang UA ambil menggunakan telefon blackberry kesayangan UA.Baguskan kualitinya.
  Namun ada kekurangannya juga,biasalah tiada benda yang sempurna di dunia ini kan.Telefon ini bukan telefon android,jadi tak bolehlah nak muat turut aplikasi dari google play,Itulah antara sebab UA bertukar pada telefon lain.Walaubagaimana pun telefon ini tetap jadi gadjet tercinta UA sampai bila-bila.
 


   



Wednesday, 7 October 2015

Sambutan hari lahir Laith Rizqi Yang pertama!

Ummul Azkee

SELAMAT HARI LAHIR LAITH!!!!!!!!!!




         Hujung minggu lepas,hari sabtu sambutan hari jadi laith,anak saudara pertama UA disambut kami sekeluarga di rumah umi.Dengan tema hari superhero.
Seronok Afrina dengan Adriana hari itu,
budak-budak kan memang sukalah sambut hari lahir..ada kek,belon,lepas itu dengan kostum bagai.semuanya mummy laith yang buat sendiri.Anak pertama biasanya begitulah kan,ibu-ibu yang seronok mahu buat segalanya untuk anak.betul tak,ibu-ibu?hehehe..
    Kek umi UA yang buat dan hiasan semua bersama dengan mummy laith..dan menu lain spaghetti dan laksa.yummy...lama tak makan masakan umi.umi masak laksa dan mummy laith masak spghetti.Seronok je kan kalau bab makan.hihihi.
Biarpun sederhana tapi meriah dan yang penting gembira dapat berkumpul bersama.





Selamat hari lahir Laith Rizqi.jadi anak soleh tau!




Coprights @ 2016, Blogger Templates Designed By Templateism | Templatelib