Now you can Subscribe using RSS

Submit your Email

Wednesday, 30 September 2015

Segmen Blogwalking Ceria Bersama Anizz Annisa

Ummul Azkee


Segmen Blogwalking Ceria Bersama Anizz Annisa 






                                          Segmen Blogwalking Ceria Bersama Anizz Annisa

Syarat-syarat : 

1) Follow blog Anizz Annisa **kalau yang masih belum follow**

2) buat tajuk " Segmen Blogwalking Ceria Bersama Anizz Annisa "

3) copy banner dan baclink ke entry ini.. dah siap copy banner, tinggalkan url blog korang di entry ini sahaja.. letak link dekat tempat lain tak dilayan taw..

4) Nyatakan nama korang dan jenis blog anda contohnya blog anis adalah blog personal..

5) tarikh tutup : 30 September 2015 jam 6 petang

**senarai peserta blogwalking akan diupdate dari masa ke semasa..


jom semua kita blogwalking !

INKtober,bermula esok!

Ummul Azkee


INKTOBER |BERSAMA MR JAKE PARKER





   
 Mulai esok bermula lah Inktober,Mesti ramai yang tahu mengenai Inktober kan?Ni UA nak bercerita panjang.heheehe..


APA ITU INKTOBER?

 Inktober adalah cabaran 31hari melukis pada bulan oktober yang dianjurkan oleh Mr Jake Parker.Setiap tahun pelukis seluruh dunia akan menyertai cabaran melukis setiap hari dengan menggunakan dakwat selama 31 hari di bulan oktober.Cabaran ini telah dimulakan oleh Jake Parker pada 2009 dengan tujuan untuk memperbaiki skill melukis dirinya sendiri dan membina habit melukis yang positif.Namun tanpa disedari cabaran ini berkembang dan telah menjadi ikutan ramai pelukis di luar sana setiap tahun.
Google image


PERATURAN  INKTOBER 

1.hasilkan lukisan menggunakan dakwat(boleh juga kalau mahu lukis dengan pensil terlebih dulu)

2.pos kan lukisan anda itu pada blog,atau tumbr,instagram,twitter,facebook,pinterest atau pin pada wall/dinding.

3.letakkan juga hastag #inktober

4.ulangi langkah di atas setiap hari.

Ps: boleh melukis setiap hri atau lakukan pada hari tertentu mengikut kesesuain dan kelapangan masing-masing.dan pos kan sekali setiap minggu di media sosial.cumanya perlu pastikan kita konsisten kerana inktober berperanan untuk mengembangkan,memperbaiki dan membentuk habit positif.Jadi jika kita konsisten,itu lebih baik.


Contoh Cabaran 31hari inktober tahun 2014..sempena halloween rasanya ni..

Inktober
Google image

 Peralatan yang digunakan oleh Jake Parker untuk INktober..UA ingat nak sertai juga cabaran ini.tapi nak kena cari semua pen di bawah ini yang masalah sikit sebenarnya.
heehehe..

Image from jake parker website


   Siapa berminat?Jom sertai...siapa nak tahu siapa Jake Parker,lepas ini UA akan buat satu entri khas tentang dia,ok..


Tuesday, 29 September 2015

4 tahun lalu..

Ummul Azkee


KENANGAN


Google image



  Gambar Afrina yang diambil 4tahun lalu...


Ngapp....hehehehe...

Pertama kali Afrina makan burger sebiji.sedapnya...hehehe...


Monday, 28 September 2015

Kembali pada kehidupan rutin,fokus dan matlamat.

Ummul Azkee

FOKUS PADA MATLAMAT DAN IMPIAN



google image


   Setelah bercuti dan bermalas-malasan selama beberapa hari sewaktu cuti raya haji,sampaikan mahu menulis untuk entri blog pun tak ada semangat.Maka hari ini kita mulakan kembali dengan semangat!
yea!semangat!!!semangatlah sangat kan,pukul 4 lebih baru nak tulis entri.huhuhu..
   Jadi fokus nya untuk minggu ini adalah untuk siapkan lukisan di bawah ini.lama sudah tergendala.
Ini la jadinya kalau sudah mula berhenti,nak mulakan balik mood tak datang-datang dengan kerja rumah tak sudah-sudah memang tak sempat nak pegang berus dan berkaryalah jawabnya.hikhik..
  Tapi kan apabila sudah mula dan fokus rasa tak nak berhenti.Habis semua benda lain tak buat.Habislah rumah jadi tunggang langgang kalau UA sudah layan melukis.Banyak perlu siapkan lagi ini.Oklah nak mulakan sekarang ok..tunggu ya hasilnya nanti dan UA akan terangkan tentang lukisan ini.Ok bye.





google image




Thursday, 24 September 2015

Pengertian korban

Ummul Azkee


PENGERTIAN KORBAN

     Bersempena sambutan hari raya korban hari ini,UA ingin kongsikan pengertian korban dari sudut bahasa dan juga dari sudut ilmu fiqh.


Korban dari Sudut bahasa

Nama bagi sesuatu binatang yang akan disembelih pada hari raya adha.

Korban dari sudut fiqh

Menyembelih binatang tertentu dengan tujuan untuk mendekatkan diri dan bertakwa pada Allah pada masa-masa tertentu.

Ibadah korban telah disyariatkan pasa tahun ke dua hijrah.Demikian juga dengan solat sunat hari raya dan ibadat zakat.

Rasulullah s.a.w bersabda,
"Tiada suatu amalan anak adam yang lebih disukai oleh Allah selain dari kurban.Pada hari kiamat kelak dia akan datang dengan segala tanduk,kuku da bulunya.Darahnya menitik di suatu tempat di sisi Allah sebelum dia menitik ke bumi.Oleh itu,elokkanlah diri kamu dengan melakukanya.(H.R Hakim&Ibn.Majah)


Wednesday, 23 September 2015

Petua Merawat Batuk,Selsema dan Sakit Tekak tanpa Ubat

Ummul Azkee

PETUA MERAWAT BATUK,SELSEMA DAN SAKIT TEKAK

google image

   Dalam bulan september ini negara kita dilitupi dengan jerebu yang sangat teruk hingga menyebabkan sekolah-sekolah ditutup oleh kerana IPU yang tinggi.Jerebu menyebabkan ramai diantara kita mengalami sakit tekak,batuk,selsema,sakit dada,sakit kepala,sesak nafas ataupun demam.Lebih teruk lagi,jerebu juga menyebabkan serangan asma terjadi pada mereka yang sememangnya ada penyakit itu.Golongan yang paling mudah terdedah pada sakit ini adalah kanak-kanak dan orang tua,golongan dewasa pun apa kurangnya.UA pun tak terlepas mengalami sakit tekak,selsema,batuk dan juga sakit kepala minggu yang lalu,tapi tak mahu ke klinik untuk dapatkan rawatan dan ubat.UA lebih selesa memilih rawatan tanpa ubat.
   Bukan apa,selama ini,beberapa tahun hidup UA banyak bergantung pada ubat kerana sakit kulit Enzema dan juga resdung.Rasa sudah terlalu banyak makan ubat sampaikan satu tahap UA tersedar yang makan ubat bukan satu cara yang baik untuk menyembuhkan kerana ubat mengandungi dadah walaupun bukan dalam dos yang membahayakan.Jadi UA bertukar pada rawatan dan juga amalan pemakanan yang lebih baik.

google image

    Petua yang UA amalkan pada diri dan juga anak-anak jika mengalami sakit tekak,batuk dan selsema adalah dengan meminum air madu suam dan kadangkala kalau ada limau kasturi UA akan perahkan pada air madu,memang akan lebih segar dan sedap di minum,rasa lega.Madu berperanan untuk memgeluarkan kahak dan air suam berperanan untuk melegakan tekak yang sedang sakit.UA kalau tengah selsema,batuk atau sakit tekak satu hari akan minum 2-3kali sehari.Memang lega sangat lepas minum.Dan dalam masa seminggu akan beransur pulih selsema,batuk ataupun sakit tekak yang UA alami.Alhamdulilah!

google image


   Sebenarnya meminum madu suam ini walaupun tak sakit,sangat elok diamalkan setiap pagi,kerana ia akan membuatkan kita lebih segar dan bertenaga.Sememangnya madu antara yang wajib UA beli tiap bulan kerana UA amalkan minum setiap hari.Madu itu kan makanan sunnah dan memang banyak kebaikannya.
Amalan minum air madu suam bersama perahan limau kasturi dua kali sehari(pagi dan malam) juga dikatakan bagus untuk mereka yang mahu menurunkan berat badan.Pada yang belum pernah mencuba bolehlah amalkan,insyallah akan nampak kesan dan perubahan,namun jangan lupa pada Allah juga kita meminta kerana hanya Dia yang berkuasa memberi kesembuhan. :)


     

Tuesday, 22 September 2015

Terima kasih,Dumex Mamil dan Woop

Ummul Azkee


BAG GALAS DUMEX MAMIL SAMPAI AKHIRNYA



   
    Setelah berminggu menunggu abang penghantar barang dari Nationwide,akhirnya sampai juga beg galas Dumex Mamil yang UA tebus dari laman web WOOP.hehehe..Kali ini lambat pula sampai,ke UA tak dengar masa dia datang.hm...tak tahulah.huhuhu..Semalam petang sampai.
   Ini hasil dari menjawab soalan mudah dari woop beserta cabaran mudah yang disediakan di Woop.Beg galas ini barang ke 4 yang UA dapat dari beberapa bulan lepas.Macam-macam barang ada unutk dipilih,cuma kena pastikan mata cukup.
    Kalau berminat boleh sahaja berdaftar di laman web woop.WOOP singkatan untuk Women Of Opinion,jadi faham-faham lah untuk siapa ya.Hehehe..Terima kasih Woop,terima kasih Dumex Mamil.anak-anak suka beg galas ini.Bolehlah digunakan untuk letakkan barang-barang mereka semasa berjalan-jalan cuti raya haji nanti.huhhuhu..

HALWA ATTIRE :Only The Best Stylish Maternity Attire

Ummul Azkee
HALWA ATTIRE :Only The Best Stylish Maternity Attire

Assalamualaikum..

HALWA ATTIRE adalah sebuah butik online yang menjual pakaian mengandung untuk wanita dengan pelbagai pilihan warna dan rekabentuk yang menarik dan pastinya menepati citarasa anda. HALWA ATTIRE adalah milik penuh bumiputera yang telah berkecimpung dalam perniagaan online sejak Ogos 2015.Sebuah butik online pakaian untuk ibu mengandung yang dipercayai oleh ramai pembeli pembeli online diluar sana.


HALWA ATTIRE diwujudkan adalah untuk membantu menyediakan pakaian mengandung terutamanya kepada ibu-ibu yang bekerjaya.Di zaman serba moden dan canggih ini,biasa kita dengar keluhan dan keinginan ibu mengandung :


❤ SUKAR mencari pakaian mengandung yang cantik
❤ DESIGN pakaian mengandung yang sama dikebanyakan tempat
❤ WARNA pakaian mengandung yang mebosankan
❤ Ada yang memilih design ala-ala KOREA tetapi MATERIALnya tidak sesuai dengan SUHU Malaysia
❤Ada yang CANTIK tetapi lengan tiga suku


Menyedari MASALAH dan KELUHAN yang dihadapi oleh mereka,HALWA ATTIRE tanpa untuk MEMBANTU ibu-ibu MENYEDIAKAN pakaian mengandung yang mempunyai:
❤ Design yang cantik
❤ Breastfeeding friendly
❤ Wudhu friendly
❤ Patuh syariah
❤ Material yang bersesuaian dengan suhu Malaysia.


HALWA ATTIRE bukan sahaja menyediakan pakaian mengandung yang boleh dipakai SEMASA MENGANDUNG, tetapi juga anda boleh memakai kembali pakaian dari Halwa Attire SELEPAS melahirkan anak. Selain itu DESIGN yang disediakan sangat EKSKLUSIF dan sesuai dengan cita rasa masakini.InsyaAllah


HALWA ATTIRE sangat sangat mengutamakan kepuasan pelanggan mereka.Mereka telah memberi jaminan 14 HARI (Return Policy https://www.facebook.com/notes/halwa-attire/14-days-return-policy/1450265261967923 ) untuk memulangkan semula pakaian yang telah dibeli sekiranya anda tidak berpuas hati.Apalagi yang kita mahu.Sesungguhnya HALWA ATTIRE sangat mementingkan kepuasan hati para pelanggan mereka.Inilah yang kita cari jika kita ingin membeli belah secara online.Sistem ini membuatkan kita lebih berminat untuk membeli belah bersama HALWA ATTIRE.


MISI Dan VISI Halwa Attire


MISI
❤ Membantu wanita diluar sana untuk BERJIMAT dengan menyediakan pakaian yang BUKAN hanya boleh dipakai semasa MENGANDUNG tetapi juga BOLEH DIPAKAI selepas MELAHIRKAN anak

VISI
❤ - Membantu ibu-ibu untuk kelihatan cantik,anggun dan bergaya walaupun sedang mengandung.
❤- Menyediakan pakaian mengandung yang stylish dan sesuai dengan suhu Malaysia.

Halwa Attire

HALWA ATTIRE adalah pilihan TEPAT untuk anda membeli belah secara online.Tak rugi membeli belah di sini kerana pakaian yang dijual adalah pilihan pakaian dengan fesyen terkini.


Produk Terbaik Dari Halwa Attire 


Baju Mengandung Halwa Attire
Code: CN07
Material: Mixed Cotton
Thickness: Medium
Colour: Pink
Price: RM68.00

Baju Mengandung Halwa Attire
Code: CN07
Material: Mixed Cotton
Thickness: Medium
Colour: Blue
Price: RM68.00

Baju Mengandung Halwa Attire
Code: CN08
Material: Stretchable Cotton
Thickness: Thin - Normal
Colour: Black
Price: RM69.00

Baju Mengandung Halwa Attire
Code: CN08
Material: Stretchable Cotton
Thickness: Thin - Normal
Colour: Pink
Price: RM69.00

Baju Mengandung Halwa Attire
Code: CN03
Material: Cotton + Polyester
Thickness: Medium
Colour: Yellow
Price: RM58.00

Baju Mengandung Halwa Attire
Code: CN04
Material: Mixed Cotton + Lace
Thickness: Thin - Normal
Colour: Red
Price: RM59.00

Baju Mengandung Halwa Attire
Code: CN04
Material: Mixed Cotton + Lace
Thickness: Thin - Normal
Colour: Dark Blue 
Price: RM59.00

Baju Mengandung Halwa Attire
Code: CH04
Material: Chiffon
Thickness: Thin - Normal
Colour: Yellow
Price: RM69.00

Selain pakaian yang telah dipamerkan di atas terdapat banyak lagi pilihan pakaian mengandung yang menarik terdapat di HALWA ATTIRE.Jom kita usha lagi pakaian yang cantik di FACEBOOK PAGE HALWA ATTIRE .


Maklumat Lanjut Mengenai Halwa Attire

Instagram : halwa attire
WhatsApp: 0168011174
Email : halwaattire@gmail.com


Halwa Attire Stylish Maternity Attire !!!Anggun Bergaya Walaupun Mengandung
•► ••► ••► HALWA ATTIRE :Only The Best Stylish Maternity Attire


Resepi sarapan mudah | scrambled eggs(ala malaysia) untuk memikat suami

Ummul Azkee

RESEPI SARAPAN MUDAH | SCRAMBLED EGGS ALA MALAYSIA UNTUK MEMIKAT SUAMI


        Selamat pagi semua,oleh kerana sekarang waktu pagi dan waktu macam ini mesti ramai yang sedang bersarapan atau sedang fikir mahu masak apa untuk sarapan kan.Maka UA mahu kongsikan resepi sarapan yang sangat mudah.Tak sampai 5 minit pun boleh siap.Resepi mudah  scrambled eggs ala malaysia untuk memikat suami.Terpikat ke?ahahaha..cubalah dulu ya..Scrambled eggs ini resepi umi UA,sejak dari kecil kalau sarapan selalu makan scrambled eggs ini dengan roti,memang sedap makan panas-panas.Scrambled eggs umi UA ini tak macam scrambled eggs mat salleh tu ya.
Scrambled eggs ini ala malaysia tau!Pedas dan dimasak dengan bawang merah,bawang putih dan juga cili giling.Pedas!memang kena dengan selera orang melayu gitu.huhuhuhu..
     Cara nak masak dia senang sahaja tau..jom terjah resepinya.mudah sangat!


RESEPI SARAPAN MUDAH |SCRAMBLED EGGS ALA MALAYSIA


  BAHAN-BAHAN

  2 biji telur
  1biji bawang besar
  3ulas bawang pitih
  3 sudu cili giling
  garam
  gula



CARA-CARA

 1.Panaskan minyak,kemudian masukkan bawang merah dan bawang putih ke dalam kuali,masak hingga keperangan.
2.Masukkan cili giling dan kacau hingga garing.Setelah itu masukkan gula dan garam.kacau rata.
3.masukkan telur dan kacau rata.Siap,

hidangkan panas-panas untuk di makan bersama roti kosong,memang mudah!menyelerakan dan ringkas untuk sarapan.


Selamat mencuba..




Monday, 21 September 2015

Tip mengemas beg pakaian untuk pulang ke kampung.

Ummul Azkee


  TIP MENGEMAS BEG PAKAIAN CARA UA


google image


      Cuti Hari Raya Aidiladha akan tiba tak lama lagi kan?lagi beberapa hari sahaja,UA pasti ibu-ibu di rumah itu sedang mengemas beg pakaian untuk pulang ke kampung masing-masing.Mengemas beg pakaian ini nampak sahaja mudah kan,tapi hakikatnya selalu orang ada masalah nak mengemas kan,selalunya sebab tak cukup ruang atau terlalu banyak pakaian atau beg yang mahu dibawa.UA pun hadapi masalah yang sama.Kalau untuk seorang lagi ok bab mahu mengemas kan.UA perlumengemas 4 orang punya pakaian dan barang keperluan bukan mudah,bab menyusun tu yang selalu tak kena.hihihi.
      Sebelum mahu mengemas pakaian selalunya apa yang perlu kita fikirkan agar kita tak terkurang bawa pakaian atau keperluan,juga bagaimana nak elakkan bawa barang yang tak perlu.




google image

1.TEMPOH PERCUTIAN
    Selalunya soalan UA pada suami sebelum mengemas pakaian adalah "berapa hari kita tinggal di sana?balik bila?hehehehe..senang lah nak kira berapa banyak baju nak bawa kan..tak ada lah satu almari nak bawa.huhuhhuhuhu..




google image

2.BARANGAN KEPERLUAN
    Mula-mula sekali UA akan sediakan barang keperluan asas dulu,tuala mandian,barang mandian UA akan simpan dalam satu beg berasingan.Barangan mandian memang wajib bawa sebab UA dan anak-anak tak boleh gunakan sebarang mandian dan tak suka lah nak minta-minta orang punya kan.berus gigi itu paling penting.hihihi.Semua ini memang penting untuk keselesaan diri sendiri.



google image

3.JENIS PAKAIAN DAN WAKTU
     Apabila sudah tahu berapa hari di sana,barulah kira berapa pasang baju mahu bawa..selalu UA bahagikan jenis baju ikut waktu macam PAKAIAN PAGI dan PAKAIAN MALAM,kalau ada rancangan untuk ke pantai atau berjalan,PAKAIN BERJALAN,PAKAIAN BASAHAN pun termasuk dalam senarai.huhuhuhu..Selalunya pakaian anak lah yang di bahagi macam ini.mak ayah dia pakai apa pun ok.hihihi




google image

4.BEG PAKAIAN 
  Selesai pilih pakaian,tiba pula untuk susun pakaian pulakan.ini yang paling payah,takut tak cukup ruang.huhhuhu...Ada orang dia akan gunakan satu beg besar untuk satu keluarga,tapi UA tak buat macam itu,sebab suami kata gunakan terlalu banyak ruang pada bonet kereta.Maka UA pun menurut perintah,maka kami gunakan beg pakaian kecil sahaja.Itu yang lagi pening nak menyusun lagi-lagi baju UA.hehehe..tapi ada kelebihannya.
    Kami 4beranak gunakan 4 beg untuk pakaian masing-masing,tapi UA lah jadi tukang susun dan kemas ya.hihihihi..Memang nampak banyak kan..tapi mudah apabila mahu cari baju masing-masing.
tak payah nak selongkar satu beg besar.huhuhuhu..



google image

5.SUSUNAN PAKAIAN
   Apabila beg pakaian itu kecil dan perlu disusun untuk muat-muat untuk pakaian masing-masing memang masalah juga kadang-kadang.Jadi susunan dan lipatan baju itu main peranan.Cara lipatan kenalah betul dan tak mengambil ruang yang banyak.Cara nya adalah dengan lipatan secara gulungan seperti gambar diatas..huhuhuhu..

google image

6.BEG TAMBAHAN
   Selain itu UA juga ada sediakan beg tambahan yang kecil,seperti beg sekolah untuk letak keperluan anak-anak seperti buku cerita,botol minuman,snek,tisu basah,mainan dan pakaian tebal,stokin yang diletakkan di ruang tempat duduk.Beg ini gunanya untuk memudahkan UA.Maklumlah apabila dalam perjalanan yang jauh dan memakan masa ini anak-anak manalah reti duduk diam kan,apabila bosan macam-macam pula perangai nya nanti.laparlah,hauslah,sejuklah,boringlah katanya.huhuhu..


 Moga bermanfaat untuk ibu-ibu di luar sana.Selamat mengemas beg :)



Sunday, 20 September 2015

Masakan ala kedai | Mee hitam kata Adriana,pun boleh!

Ummul Azkee

MASAKAN ALA KEDAI -MEE GORENG MAMAK




mee goreng mamak


     Selamat petang semua,mesti semua sudah makan kan.Hujung minggu biasa UA masak masakan yang ringkas sahaja.Menu hari ini Mee goreng mamak,masakan ala kedai gitu.huhu..Disebabkan memang kami memag sukakan masakan ala kedai,maka UA rasa lebih baik UA cuba masak sendiri di rumah kan,lebih jimat,msg pun tiada.Mee goreng mamak ini atas permintaan Adriana.Adriana memang sukakan sangat mee goreng mamak ini,dia panggil MEE HITAM.ehehehehe..
      Kalau sudah kata masakan ala kedai mestilah ada cili merah potong,bawang goreng,limau kasturi dan juga telur goreng.Telur goreng mestilah kuning nya cair di dalam.meleleh masa makan,memang sedap.Nak tahu resepi Mee goreng mamak yang sedap,boleh baca di bawah ok..


RESEPI MEE GORENG MAMAK -MASAKAN ALA KEDAI

BAHAN-BAHAN

  2biji bawang merah
  5ulas bawang putih
  5sudu besar cili giling
  2biji telur
   isi ayam
   kicap manis
   sos tiram
  2 bungkus mee
  1 ikat sawi

  CARA-CARA

 1.kisar bawang merah dan bawang putih.Kemudian tumis kedua bahan tersebut hingga garing.

 2.Setelah garing masukkan cili giling.kacau hingga garing.kemudian masukkan ayam.kacau sehingga ayam masak.

 3.Setelah ayam masak,masukkan kicap manis,sos tiram secukupnya dan kemudian masukkan sayur sawi.diikuti dengan telur dan gaul rata

 4.Akhir sekali masukkan mee dan gaul rata.siap untuk di makan.




  
  





Posted via Blogaway

Saturday, 19 September 2015

Kelas memasak chef cilik ibu di Smart Junior Chef

Ummul Azkee

KELAS MEMASAK DI SMART JUNIOR CHEF


     Selamat malam semua,selamat berhujung minggu.Hari ini hujung minggu UA diisi dengan membawa anak-anak ke kelas masak percubaan di Smart Junior Chef.Bersempena ulangtahun pertama penubuhan kelas memasak ini hari ini,Smart Junior menawarkan kelas memasak percuma untuk 100 orang.Jadi ibu tak lepaskan peluang untuk Afrina dan Adriana berseronok dengan kelas ini memandangkan mereka berdua ini memang berminat dengan dunia masakkan,selalu di rumah kalau ibu mahu buat donut,cupcake,pizza dan macam-macam lagi memag beria-ia mahu membantu.
     Buat pengetahuan semua ini kali kedua Afrina sertai kelas memasak,sebelum ini Afrina sertai kelas memasak ini bersama rakan-rakan sekolah,pada rombongan sekolah yang lalu.boleh baca di sini.
     Buat Adriana ini merupakan pengalaman pertamanya.Mari lihat gambar-gambar mereka khusyuk membuat kek bulan hari ini.Seronok Afrina dan Adriana hari ini,walaupun Adriana mulanya takut-takut,maklum lah pertama kali berdikari sebab selama ini berkepit sahaja dengan ibu.huhuhuhu..Nasib ada kakak Afrina yang menemani dan ajar adik dia.Hari ini akan jadi kenangan yang manis buat Afrina,Adriana,ibu dan babah.Insyallah nanti akan hantar kamu berdua ke kelas memasak ini akan datang.
      Terima kasih Smart Junior Chef untuk kenangan manis ini.Pada sesiapa yang ingin tahu maklumat lanjut mengenai Smart Junior Chef boleh ke halaman facebook Smart Junior Chef.



Friday, 18 September 2015

GIVEAWAY Ketiga : HARI RAYA AIDILADHA by Yaya Cendana

Ummul Azkee

  GIVEAWAY Ketiga : HARI RAYA AIDILADHA by Yaya Cendana 







"SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA"

"hayati kisah Nabi Ibrahim dan anakndanya Nabi Ismail,dengan itu kita akan lebih memahami
erti pengorbanan sebenar sebagai seorang hamba,demi ketaatannya pada yang Esa.


Adab mendengar khabar angin

Ummul Azkee

ADAB MENDENGAR KHABAR ANGIN

media sosial
google image

  Zaman kini terdapat pelbagai medium yang membolehkan kita mengetahui pelbagai berita dan maklumat seperti media sosial.contohnya facebook,twitter,instagram.Tak lupa juga televisyen,akhbar dan juga blog.Lambakan maklumat  yang sangat mudah di akses tidak semuanya benar dan boleh kita percaya dengan mudah.Oleh itu,pentingnya untuk kita tahu adab menerima berita atau khabar angin tentang sesuatu perkara.UA mengetahui tentang adab mendengar khabar angin ini dari artikel  dari satu ruangan akhbar,agama mega yang ditulis oleh Umar Muhammad Noor.Moga boleh jadi panduan buat semua sebelum mempercayai khabar angin.

berbisik
goggle image

ADAB MENDENGAR KHABAR ANGIN


1.Abaikan,jangan pedulikan.Sebagai seorang muslim kita dianjurkan agar tidak mengambil peduli tentang berita-berita yang tidak diketahui kesahihannya.Masa sepatutnya digunakan untuk perkara yang bermanfaat sahaja.Rujuk surah Al-Maidah ayat 51 tentang celaan Allah swt tentang sifat yahudi yang suka mendengar dan mengedarkan tentang cerita dusta.Sifat kita sebagai muslim sepatutnya berbeza dengan sifat yahudi.

2.Tahan diri dari bagi komen ataupun kenyataan tentang berita tersebut kerana setiap kenyataan yang kita keluarkan akan dipersoalkan di akhirat kelak.

   Allah swt berfirman :

          "Janganlah engkau ikuti perkara yang tidak kamu miliki ilmu tentangnya.Sesungguhnya pendengaran,penglihatan dan hati suatu hari nanti akan dipersoalkan".(Al-Isra:26)

3.Jangan ikutkan prasangka buruk,jangan hanya khabar angin kita membenci dan terus mempercayai .Suka memperturutkan prasangka, adalah salah satu sifat orang kafir yang Allah cela dalam firmanNya :
             
                 Mereka tidak lain hanya memperturutkan prasangka belaka.(al-Najm:28)


4.Wajib mengkaji berita dengan sempurna,jangan mudah percaya sebelum mendengar pelbagai versi berita itu dari pelbagai pihak.

5.Jangan menceritakan kembali khabar tersebut kepada orang yang belum mengetahuinya.Sebaiknya usahakan agar berita itu hanya diketahui pada orang tertentu iaitu pihak yaang bertanggungjawab untuk melaksanakan hukuman.Semakin sedikit orang yang tahu,semakin sedikit impak buruk yang terhasil darinya.Menceritakan suatu khabar tanpa usul periksa adalah sikap yang sangat dibenci.
Rasullullah saw bersabda:

    Cukuplah dosa bagi seseorang apabila ia menceritakan semua berita yang ia dengar(tanpa ditapis terlebih dahulu) RIWAYAT MUSLIM




  Moga kita semua sentiasa beringat setelah mengetahui adab-adab mendengar khabar angin dari prespektif islam.

Thursday, 17 September 2015

Pesanan buat Haters

Ummul Azkee

SIAPA DIRIKU



    Siapa yang selalu dengar radio dan sukakan muzik atau pernah menonton drama Maid mesti tahu lagu yang dinyanyikan oleh Ayda Jebat.Rupanya lagu Siapa diriku itu dinyanyikan oleh Ayda Jebat ditujukan pada haters.Baru tahu semalam lepas dengar radio.huhuhu..UA sebenarnya sukakan lagu ini sebab muziknya rancak,boleh digunakan untuk senaman aerobik atau zumba.hihihihi.lama-lama dengar lirik dia macam ada makna.Tak pernah tengok drama Maid itu dan tak pernah tahu lagu tema nya dinyanyikan oleh Ayda Jebat.Ok gak dia nyanyi..hehehehe..
 Jom baca lirik Siapa diriku yang ditujukan oleh Ayda Jebat pada hatersnya..Ada juga betulnya kalau tak kenal maka tak cinta.dan jangan semudahnya kita menafsir orang tanpa kita kenal hati budinya,apatah lagi nak terus membenci.Betul tak?Setuju tak?Renung-renungkan..peringatan buat diri UA juga.

lirik lagu siapa diriku
google image


LIRIK LAGU SIAPA DIRIKU -AYDA JEBAT


Jangan-jangan kau terburu
Jangan-jangan pandai kau menghukumku
Kau tak tahu siapa diriku
Hanya tuhan yang tahu

Ku bukan primadona
Bukan juga diva
Aku..

Ku bukan superstar
Sampai nak mengada-gada
Tunggu,yang nak melabelku

Biarkan mereka berkata-kata
Apa saja.

 Jangan-jangan kau terburu
Jangan-jangan pandai kau menghukumku
Kau tak tahu siapa diriku
Hanya tuhan yang tahu

Jangan-jangan senyum-senyum saja
Jangan marah tak kenal maka tak cinta
Kau tak tahu siapa diriku
Hanya tuhan yang tahu

Kau cuba jatuhkan aku
Tinggalkanku seribu batu
Aku,masih dihadapanmu

               

Nutella brownies Dari BAKEwithNEKO

Ummul Azkee

NUTELLA BROWNIES dari BAKEWITHNEKO


    Siapa suka makan brownies?hah,ni nak beritahu sesiapa yang teringin nak makan brownies tapi tak pandai buat atau tak ada masa,atau tak ada resepi yang sedap,bolehlah order brownies dari kawan UA..Tengok gambar di bawah ni pun da terliur kan..gulppp..
    


 Kalau mahu beli brownies ini,boleh buat pilihan topping mengikut kesukaan kita.Samada mahukan topping almonds flakes,almond nibs atau crushed oreo.





   Brownies ini di jual mengikut saiz tray 12"x 9" dengan harga RM50.Penghantaran juga di buat sekitar Putrajaya,Cyberjaya,Puncak Jalil,Equine Park,Bandar Baru Bangi,juga di semua Lrt Station(Star dan Putra)kecuali KTM.Sebarang pertanyaan atau tempahan boleh SMS/Whspp :Yuz di no.012 3087853.Jangan lupa ikuti Instagram BAKEwithNeko untuk lebih testimoni nutella brownies dari BAKEwithNeko.



Antara testimoni brownies dari BAKEwithNeko..

 

Coprights @ 2016, Blogger Templates Designed By Templateism | Templatelib