Now you can Subscribe using RSS

Submit your Email

Monday, 31 August 2015

Doodle sempena hari kemerdekaan ke-58

Ummul Azkee








             
           Kalau ada yang tak perasan..gambar di atas nilah doodle yang dipaparkan oleh google sempena hari kemerdekaan ke-58 ..hari ini..cantikkan kan.Memang kreatif kan.ringkas tapi masih bercirikan Malaysia.
          UA pun baru sahaja berminat dengan doodle ini.Baru-baru je belajar,dan semalam adalah cuba-cuba buat doodle sempena hari kemerdekaan.Tak lah cantik mana,baru nak belajar..lagipun lama tak melukis,keras dah tangan.Rasa doodle dalam gambar di bawah ni tulisan itu tengelam.kecl sangat agaknya.tapi tak apalah masih.belajar lagi.Harap nanti makin oklah design doodle UA.Boleh lah buat doodle nama untuk semua orang.setakat ini baru jer buat doodle nama sendiri.huhuhu..






Sunday, 30 August 2015

First impression | tanggapan pertama manusia

Ummul Azkee

First impression | tanggapan pertama manusia apabila berkenalan,berjumpa,ataupun memandang.

        Pernah tak alami keadaan di mana apabila kita sudah bertahun-tahun berkawan tiba-tiba kawan kita katakan pada kita begini "mula-mula aku kenal kau dulu aku ingat kau ni sombong..,tapi bila dah kenal rupanya kau ni peramah sangat".Pernah tak alami?
        Tapi rasanya itu memang sifat biasa manusia,pasti akan ada pandangan pertama akan ada dalam pemikiran tentang seseorang yang baru dikenali samada pandangan yang positif ataupun negatif.kalau positif oklah kan,kalau tak agak mengecewakan juga kan.Jadi mari kongsi apa pandangan pertama kawan-kawan pada anda semua.nak tahu apa pandangan pertama kawan-kawan pada UA.tu..cuba baca yang di bawah itu..





    Erm..mungkin sebab muka nampak garang agaknya.Nak kata tak suka senyum kadang orang tak kenal kalau berselisih senyum je.Kadang orang tak balas pun senyuman kita.Hm..sedih juga rasanya.huhuhu..
     Walaupun ada orang kata first impression itu penting,UA tak rasa itu buat UA tak selesa dengan diri sendiri.Semua dari kita adalah berbeza.Tak kenal maka tak tahu.Jadi berkenal lahh.huhuhu...
    Selalunya kalau tak berapa kenal,UA akan ambil pendekatan senyum dulu,dan tak ada lah nak terjah terus macam sudah bertahun kenal,macam pelik pula kan orang tengok.huhuhuhu..Mana tahu tak sesuai dan orang tak selesa dengan kita.Bukan nak kata apa ada pernah jumpa orang baru jumpa sekejap semua hal dan masalah keluarga dicerita,tak berapa sesuai rasanya.
   Mesti ada kan pengalaman pandangan pertama orang tentang diri kita,mari kongsi sikit.Nak juga tahu...




 

PENULISAN | Antara bakat dan minat,yang mana lebih penting?

Ummul Azkee

PENULISAN | ANTARA BAKAT DAN MINAT

menulis
google image



     UA baru sahaja berjinak-jinak dengan dunia penulisan,sebelum ini tak pernah terfikir pun akan terlibat dalam dunia penulisan.Dunia UA hanya tertumpu pada Seni sahaja sebelum ini.Zaman universiti pun mengambil jurusan Seni Halus,jadi ilmu tentang penulisan itu memang tiada.
    Baru-baru ini adalah mencuba menulis cerpen.Saja mahu mencabar diri,mencuba samada berbakat ataupun sebaliknya.Waktu mahu memulakan penulisan cerpen itu barulah nak baca nota bimbingan berkarya yang UA ambil dari laman web penerbitan buku mengenai penulisan cerpen.
    Disitu ada lah tulis tentang ciri-ciri cerpen dan tentang sifat-sifat penulis dan bagaimana mahu menjadi penulis.Dalam penulisan itu terbaca satu percanggahan pendapat  yang pada pandangan UA menarik.Ia mengenai pandangan oleh mereka yang berpengalaman dala dunia penulisan tentang ciri-ciri yang perlu ada pada seorang penulis,antara bakat dan minat mana yang lebih penting.Jadi UA rasa mahu berkongsi dengan semua..

"SN Keris Mas menyebutkan bakat sangat penting sementara SN A. Samad Said menyatakan bakat kurang penting tetapi usaha dan minat lebih penting."


 Jadi apa pandangan  semua?Minat atau bakat?mana yang lebih penting?Pada UA dua-dua perlu ada dalam diri penulis.bakat adalah satu bonus,anugerah dari Allah Swt dan jika diiringi dengan minat mampu menghasilkan karya yang terbaik.Namun jika kita tiada bakat tapi mempunyai minat,dengan usaha insyallah kita pun mampu menjadi penulis yang hebat.Penulisan bagi UA seperti seni lukis juga,Ada orang punya bakat melukis namun tak semua yang berminat untuk meneruskan bakat yang mereka ada.Ada pula yang tak punya bakat,namun berminat untuk berkarya dan berusaha mempelajarinya dengan belajar atau mengikuti kelas.Dengan bimbingan dan latihan,juga usaha ada yang lebih berjaya lebih dari mereka yang mempunyai bakat.Pada mereka yang rasa diri mereka tak berbakat,jadi jangan berputus asa,jika ada ada minat dan usaha,apapun tak mustahil untuk dikecapi.Nak tahu apa yang perkara penting yang perlu ada pada seorang penulis?baca di bawah..


PERKARA PENTING YANG PERLU ADA PADA SEORANG PENULIS

: mesti peka dengan keadaan sekeliling,keadaan yang dilalui oleh manusia setiap hari dan berusaha 
  menzahirkan keadaan mereka melalui penulisan.

:mestilah suka pada kata-kata supaya setiap bait tulisan yang ditulis mampu mengharukan pembaca.

:mestilah meminati dunia penulisan,dan mengasingkan diri dengan tulisannya agar dapat melihat apa yang baik dan buruk tulisannya.

:harus ada sikap yang teliti.

:mestilah menjadikan tulisannya sebagai amalan harian,bukan sekali sekala.

:mestilah menulis kerana mahu menulis,bukan kerana tujuan lain,misalnya kewangan.

:mesti berani menghadapi cabaran.Tidak berputus asa apabila karya ditolak tetapi menjadikan ia sebagai dorongan untuk terus menulis.

BAGAIMANA MAHU JADI PENULIS


:ada bakat dan juga minat.

:ada keinginan untuk menulis.

:rajin membaca 

"Pembacaan akan melibatkan penamatan dan akan menimbul idea pertama. Hal ini diakui oleh ramai penulis seperti Anwar Ridhwan dan Khadijah Hashim.  Pembacaan akan memberi idea untuk berkarya."

:Ada cita-cita mahu jadi penulis

:mempunyai hasrat atau harapan yang akan menjadi pendorong untuk menulis.


Jadi sudah tahu tip...mari teruskan..menulis dan terus menulis..


Saturday, 29 August 2015

Langkah pertama tanamkan semangat cintakan negara pada anak-anak kecil

Ummul Azkee

    Selamat petang semua..selamat bercuti,lusa kita akan menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-58 yang bertemakan #SehatiSejiwa.Kemeriahan sambutan Kemerdekaan makin terasa apabila di televisyen ditayangkan drama-drama yang menyemarakan kecintaan kita pada negara.Semangat cintakan negara sepatutnya wujud dalam hati semua sebagai rakyat Malaysia.
  Makna dan erti  kemerdekaan sebenar sepatutnya kita tanamkan dalam diri anak-anak kita sejak dari kecil lagi.
  Tindakan pertama yan kita boleh ambil untuk menanamkan semangat cintakan negara adalah memperkenalkan identiti kita sebagai rakyat Malaysia terutama sekali identiti kita sebagai bangsa melayu yang kaya dengan budaya kesopanan dan adat ketimuran.
  Kini kita lihat akhlak anak-anak zaman ini makin di luar kawalan.Pelbagai masalah tentang anak-anak muda kita yang ketandusan akhlak terpampang di akhbar juga di televisyen.Langkah awal patut di ambil sejak dari kecil,bak kata pepatah melayu "melentur buluh biar dari rebungnya".Jadi ibubapa berperanan penting bagi memastikan anak-anak kita mempunyai jati diri sebagai rakyat Malaysia dan apa yang penting lagi sebagai bangsa melayu yang penuh adat kesopanan.
  Dengan adanya pelbagai media elektronik masakini kita sebagai ibubapa perlu bijak memilih bagi memastikan segala kemudahan yang ada ini tidak merosakkan moral anak-anak kita.
  Pengaruh televisyen amat kuat,jadi ambil perhatian apa yang anak anda tonton hatta walaupun kartun sekali pun,kerana melalui pemerhatian UA terdapat kartun yang tidak bersesuaian dengan umur anak-anak kita.Walaupun kartun tetapi unsur kedewasaan masih ada.sebagai contoh terdapat adegan "loving"dan "kissing".Jadi pantau apa yang anak anda tonton.Selain dari itu kekasaran yang keterlaluan dalam cerita aksi patut dielakkan.Anak-anak belajar dari apa yang di lihat,jadi hati-hati.
 Jadi UA mahu kongsikan langkah pertama yang boleh lakukan untuk tanamkan semangat cintakan negara pada anak-anak kecil.


google image

1.Kenalkan Bendera Malaysia pada mereka.

  Bukan setakat kenalkan sahaja,tetapi ceritalah yang kita sekarang ni tinggal di negara Malaysia.
Bendera ini bendera negara kita.Berbual-bual la dengan anak-anak tentang perihal negara kita,
katakan mengapa perlu sayangkan negara,walaupun mungkin mereka tak berapa faham.Jawab setiap pertanyaan anak-anak kecil sekiranya mereka ada perasaan ingin tahu sesuatu.Beri jawapan yang jujur agar mereka tidak terkeliru.Kalau anak UA,apabila nampak bendera Malaysia,dia tak kata bendera,tapi dia kata."ibu..Malaysia."bolehlah tu kan.



2.Pilih bahan bacaan yang mengambarkan negara Malaysia.

    Perkara pemilihan bahan bacaan mungkin nampak mudah bagi kita sebagai ibubapa tapi sebenarnya ia turut memainkan peranan penting pada anak-anak kita.Melalui pembacaan anak-anak mempelajari tentang perkara disekelilingnya.Contoh bahan bacaan yang baik bagi perkenalan budaya,cara hidup dan perkara berkaitan Malaysia adalah seperti buku-buku #Projek100buku.
Antara buku yang UA rasakan mengambarkan masyarakat kita adalah seperti buku-buku di atas.UA dapat lihat kesan pembacaan buku "Cempaka di taman bunga" pada Afrina apabila dia kenal jenis bunga yang di lihat di sekeliling dia selepas UA membacakan buku itu pada dia.



google image

3.Menonton kartun Upin Ipin bersama anak-anak

     Pada pandangan UA kartun Upin Ipin amat  bagus unutk anak-anak kita.Ia mengambarkan tentang kehidupan masyarakat melayu.Syukur yang kartun ini menjadi fanomema di Malaysia.Setiap kanak-kanak di Malaysia mengenali mereka.Menonton kartun ini menambahkan ilmu anak-anak tentang apa yang terdapat di Malaysia.tentang buahan-buahan tempatan,perbezaan budaya antara melayu dan cina,tentang permainan yang dahulunya popular padan zaman lalu,UA suka menonton cerita ini dengan anak-anak,sambil tengok UA akan bercerita tentang permainan zaman kanak-kanak UA,aktivit megaji di surau seperti yang ditunjukkan dalam cerita ini,bercerita lanjut tentang ketupat,wau dan macam-macam lagi yang di tonton di dalam cerita itu.Sekaligus membuatkan anak-anak suka dengan kehidupan di kampung da aktivitinya.Apa yang paling mengujakan anak-anak tahu apa itu pantun.



google image
4.Bawa mereka ke tempat bersejarah

   Bawa mereka ke tempat bersejarah,sebagai contoh Tugu negara,,Dataran Merdeka,Muzium Negara dan banyak lagi.Ceritakan peristiwa yang berlaku di situ dahulu,ceritakan juga kesusahan orang dulu sebelum mereka lahir.Cara hidup mereka agar mereka lebih mengerti kemerdekaan yang sebenar.
Kenalkan pada mereka pemimpin-pemimpin yang berperanan penting sebelum dan selepas merdeka.
Dengan ilmu -ilmu itu sedikit sebanyak akan menanamkan semangat cintakan negara pada anak-anak.

 Rasanya banyak lagi cara untuk kita tanamkan semangat cintakan negara pada anak-anak kita tetapi rasa nya ini lah 4 langkah yang paling mudah untuk kita lakukan agar dapa kita tanamkan semangat cintakan negara pada mereka.

  Sekian,Moga perkongsian ini memberi manfaat pada ibubapa di luar sana.Selamat Hari Kemerdekaan yan ke-58.



Merdeka!Merdeka!Merdeka!

                                     
  






                                                                                                         





Friday, 28 August 2015

Mengapa 'Si Dia" juga yang ditunggu setiap petang...

Ummul Azkee

Menunggu "si dia"




       Setiap petang mesti anak-anak menunggu "si dia"  ini..
  Kadang-kadang ibu pun tertunggu-tunggu juga.....hehehe..
ada hari dia cepat,ada hari dia lambat..macam bercinta pula..huuhu
                   Nak tahu tak apa yang kami tunggu??Jeng.jeng..jeng..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
"Si dia" di bawah ni yang kami tunggu...
.
.
.

hehehe...
.
.
ya!bai roti..hehehe..

.
.

anak-anak menunggu sebab nak beli yang di bawah ini
.
.

.

.
.
.

Ibu pula sebab mengidam di bawah ini..hehehe..di kedai mana ada kan roti kelapa begini..
.
.

roti manis kelapa


cuba tengok inti dia di gambar bawah ni..bukan jem tau!memang sedap sangat..

bai roti
.
.
sebab itu "Si Dia" Abang bai roti  juga yang kami tunggu..hahaha..

Selamat minum petang semua..

Hantu Durian VS Anti Durian

Ummul Azkee


Durian |   Hantu durian VS anti Durian





     Di Malaysia ni memang kaya dengan pelbagai jenis buah yang sedap.Ada pelbagai jenis buah-buahan tempatan yang tak kurang hebatnya kesedapannya dengan buah-buahan dari  luar negara.Ada mangga,rambutan,manggis dan yang paling popular sekali buah durian.Durian lah raja segala buah,bila tiba musim durian,berlambak lah orang jual duiran sana sini.
     UA suka durian tapi tak adalah hantu sangat makan sampai berbiji-biji  sekali makan,boleh pening kot kalau makan banyak-banyak.Tapi En.Suami memang hantu durian,tiap-tiap hari makan durian pun boleh.Selalu dia ajak UA pergi makan durian,Nak tak nak ikutkan saja,kalau tak merajuk pula.huhuhu..Kadang-kadang UA risau juga sebab orang kata durian makan banyak sangat pun tak elok.Boleh buat panas badan katanya.
       Sejak ada Afrina yang memang berhantu bab makan durian ini lagi la En.Suami semangat membeli durian.Ada geng katanya.hehehehe..Afrina dari umur setahun lebih dah layan makan durian dengan babah dia.Dia memang banyak mengikut selera babah dia,suka durian,suka makan nasi kandar,suka kari.Selalu mengusik dia "anak babah ".hehe..
      Berbeza pula dengan Adriana.Adriana dengan Afrina sangat berbeza.Adriana ni anti durian.Dia tak suka makan durian,Kalau bawa pergi makan durian memang dia takkan makan langsung.
 Melanguk la dia seorang tengok orang makan..Kadang dia ada juga cuba nak makan tapi mesti tak habis,lepas tu buat muka pelik,muka macam tak suka.haha.
     Selalu babah dia mengusik"adik nak durian?sedap tau!,"tapi memang tak mudah tergoda Adriana ni,laju jer kepala dia menggeleng.Jadi siapa yang tak suka makan durian bolehlah geng dengan Adriana.heheehe..Sebelum tu mari layan gambar Afrina masa pertama kali makan durian.

HANTU DURIAN




.

nyum..nyum sedapnya..

  VS


ANTI DURIAN


    SAYA TAK SUKA DURIAN!!!!!!!!


Pintu yang mana akan ku tuju?

Ummul Azkee


     Syurga..Dari situ asalnya kita.Semua orang boleh bermimpi ke sana,Tidak kira lah banyak mana salahmu pada Tuhan.Tidak kiralah besar mana dosa yang telah kau lakukan.Kasih sayang Allah SWT pada hambanya melebihi segalanya.Jika tidak masakan begitu banyak pintu ke syurga di sediakan oleh Nya.Namun untuk ke syurgaNya memerlukan usaha.Jangan pernah jemu meraih cintaNya dengan pelbagai cara.
   Cuma jangan merasakan diri kita paling mulia,sehingga dengan mudah kita memandang rendah pada orang lain,menghukum setiap kesalahan yang mereka lakukan.Ketahui lah yang  kita ini hanya hamba,yang boleh menghukum hanya Dia.
 

 

Thursday, 27 August 2015

Selepas kehilangan MH370..

Ummul Azkee





  Sedar tak sedar selepas kehilangan pesawat MH370,banyak juga perubahan yang berlaku di Malaysia ni..Lebih-lebih lagi pekerja Malaysia Airlines.Hidup dalam kebimbangan tentang nasib jika di buang kerja.Mana tak nya sumber rezeki untuk menyara keluarga.Kakak saudara dan sepupu UA bekerja di Malaysia Airlines,memang mereka ini berdoa sentiasa agar perkara buruk tak terjadi pada mereka iaitu di buang kerja.Alhamdulilah rezeki masih memihak pada mereka.Namun masih juga perlu berpindah ke tempat baru dan suasana baru.
   Ingat lagi UA pada pagi kejadian itu berlaku,kami anak-beranak baru sahaja bangun dan En.suami pula malam sebelumya baru sahaja pulang dari bekerja di luar kawasan ke Sabah.Ke Sabah tentulah menaiki kapal terbang kan.Memang UA terkejut sangat waktu itu,mana tak nya baru sahaja En.suami pulang sudah terima berita buruk itu.


Ini gambar yang En.suami whsapp 3hari sebelum  pesawat MH370 hilang..masa itu baru je mendarat di Sabah.


    Sebelum En.suami ke Sabah pun UA risau,maklumlah naik kapal terbang kan.Walaupun dekat,apa sahaja kemungkinan boleh berlaku jika sudah Allah SWT takdirkan.Risau selagi En.Suami belum selamat sampai.Awal-awal sudah berpesan dengan En.suami.."Dah sampai terus telefon tau!".
    Sejak kejadian itu En.Suami pun tak berapa seronok kalau ditugaskan ke luar kawasan yang memerlukan dia menaiki kapal terbang,lebih-lebih lagi selepas kejadian satu lagi pesawat,MH17 terhempas setelah ditembak jatuh.Hm..begitulah impak nya dari kejadian MH370 dan juga MH17.
   Satu lagi yang UA perasan selepas kejadian kehilangan pesawat MH370 itu ,setiap hari pasti ada kapal terbang lalu kawasan rumah kami.Kalau bangun pagi mesti dengar bunyi kapal terbang lalu atas rumah..kuat pula bunyinya itu.Jadi trauma dan terbayangkan  macam-macam pula.
   Hm..mungkin bulan depan En.Suami akan ke Dubai.Risau sebenarnya..apapun kalau jadi En.Suami jadi ke sana doa sahaja yang mampu UA lakukan,Moga EnSuami selamat pergi dan balik,tak ada buat tangan dari sana pun tak apa,janji En.Suami selamat balik.Hm...

Ragam anak di waktu pagi..

Ummul Azkee




       Tahun ini masuk tahun ke dua Afrina belajar di Pra sekolah.Tahun lepas awalnya agak susah juga mahu kejutkan dia bangun pagi untuk ke sekolah.Selalunya pagi dia akan moody.muka masam,monyok je.Setiap pagi memang En.Suami yang akan kejutkan Afrina.Kalau UA yang kejut mahu sampai sudah dia tak bangun.Anak-anak lebih takut pada ayah dia walaupun ayah dia tak selalu marah.
  Tapi tahun ini berbeza,bangun pagi tak adalah moody,cuma kalau bab mandi itu bukan main lama.
Nak kata mandi tak juga,dia lebih termenung.pening juga dengan perangai satu ini.Setiap berapa minit kena meninjau dan cakap.

''Afrina,mandi...jangan termenung dalam bilik air..nanti lambat".

  Setiap pagi itu lah ayat wajib UA pada Afrina.huhuhu..Nak marah setiap pagi mahu nanti ibu dia yang stress..jadi sabar je lah..Disebabkan habit suka termenung dalam bilik air,Suami setiap pagi akan kejutkan dia bangun awal.Itu belum bab pakai baju lagi,kalau ibu dia tak meminjau mahu dia tidur balik.Anak-anak..sabar jelahhh..tahun depan adik dia,Adriana punya ragam pula nak kena hadap,huhuhu Adriana lagilah banyak drama sebab antara dua orang ni Adriana lah "Drama queen".muahahaha..bertabahlah jadi ibu ni.

Wednesday, 26 August 2015

Siapa Georgia O'Keffe ?

Ummul Azkee

Georgia O'Keffe




      Mungkin ramai yang tak mengenali Georgia O'Keffe,tapi kalau pelajar jurusan seni tak kenal Georgia O'Keffe mahu kena ketuk dengan pensyarah.huhu..Georgia O'Keffe merupakan  salah seorang pelukis wanita yang menjadi inspirasi UA dalam seni lukis.Nama sebenar beliau adalah Georgia Totto O'Keffe.Dilahirkan pada November 15,1887 dan merupakan pelukis Amerika.Georgia O'Keffe mula dikenali dengan stail lukisan bunga yang berskala besar atau 'close up'. 
Antara lukisan beliau yang paling UA suka adalah seperti dibawah.Sejujurnya karya seni UA banyak dipengaruhi dari lukisan Georgia O'Keffe..mungkin kerana kami perempuan dan UA sukakan bunga.




Red poppy


Red Canna



  Berikut antara luahan kata-kata  Georgia O 'Keffe tentang hasil lukisanya.Luahan kata-katanya tentang kehidupan menjadi sumber inspirasi buat diri UA..













Apa yang sepatutnya kita lakukan sebelum tidur..

Ummul Azkee


Tidur dan adab-adabnya dalam Islam


tidur


         Selamat malam semua...UA pasti mesti ada antara kita yang tengah nak bersiap-siap nak tidur kan.Jadi mari UA kongsikan amalam-amalan dan adab-adab sebelum tidur yang sepatutnya kita amalkan setiap hari.Lepas baca amalan kan ya!tak rugi..ia nya sebagai pendinding untuk diri kita.

Perkara yang digalakkan oleh Islam sebelum tidur


1.Menutup lampu sebelum tidur.

2.mempercepatkan tidur selepas isyak jika tiada perkara yang akan dilakukan.

3.sebaiknya membacakan kepada ahli keluarga kita kisah-kisah para sahabat Rasulullah SAW atau kisah orang saleh.

4.membaca 10 ayat Al-Quran.jika membacanya dan meninggal dunia maka akan tidak akan digolongkan dikalangan orang-orang yang lalai.

5.membaca Surah Al-Mulk menghindarkan diri dar azab kubur.

6.membaca  Surah Al Waqiah.sesiapa yang membacanya di setiap malam hari akan terhindar dari kelaparan selamanya.

7.membaca Surah Yassin.sesiapa membacanya maka dosa-dosanya akan diampuni dan akan dijaga para malaikat sehingga syaitan pun tidak akan mendekatinya.


Adab-Adab Tidur

1.Berwudhu',sebelum tidur kita disunatkan berwudhu dahulu sebagaimana wudhu' ketika hendak solat

2.Membaca surah Al-Ikhlas,surah Al-Falaq,surah An Nas,kemudian tiupkan ke telapak tangan dan diusapkan ke seluruh anggota badan.lakukan sebanyak 3kali.

3.disunatkan juga baca surah Al Kafirun.Barangsiapa yang membacanya sebelum tidur maka akan terhindar dari sifay syirik.

4.Sebelum tidur dianjurkan membaca istighfar sebanyak-banyaknya.minimal 3kali.

5.Dianjurkan agar mengibaskan alas tidur dahulu sebelum dihamparkan.

6.dianjukan membaca tasbih fatimah ;- subhannallah 33kali,Alhamdulilah 33kali,Allahu Akbar 33kali sesiapa yang membacanya sebelum tidur akan bangun dalam keadaan segar bugar.


7.Posisi tidur yang disunnahkan adalah dengan tulang rusuk kanan berada pada posisi di bawah,muka dan badan menghadap ke arah kiblat dan telapak  tangan di bawah pipi.


8.Menghisab diri sebelum tidur,menilai amal perbuatan kita pada hari itu dan berniat untuk beramal lebih baik untuk hari berikutnya.

9.Sebelum tidur berniat akan bangun tahajud.



Apa yang DIBOLEHKAN dan YANG DILARANG dalam Islam ketika tidur.


1..Rasulullah SAW melarang tidur dengan terlangkup/menyiarap,kerana ia adalah cara tidur yang dibenci Allah.SWT.

2.Tidur telentang dibolehkan tetapi dengan meletakan kaki yang satu di atas kaki yang lain.

3.Rasulullah SAW melarang tidur melunjurkan kaki ke arah kiblat.

4.Wanita dianjurkan agar selalu memakai selimut apabila tidur.

5.Tidak dibolehkan bagi lelaki tidur berdua dalam satu selimut,dan tidak dbolehkan bagi wanita tidur berdua dalam satu selimut.

6.Tidak dibolehkan tidur hanya memakai selimut,tanpa memakai apa-apa.


Sumber dari Buku PETUNJUK SUNNAH DAN ADAB-ADAB SEHARI-HARI

Tuesday, 25 August 2015

Cerita di Sebalik Nama Ummu/Ummul

Ummul Azkee
Stacy peluk islam
google image
     Semalam kita dikejutkan dengan berita yang Stacy telah memeluk agama Islam,benar atau tidak kita tunggu kesahihan nya hari ini dalam sidang media.Dengar kata nama islam Stacy adalah Ummu Syaikhah Stacy Abdullah.Hampir sama dengan nama UA..Nama UA Ummul Azkee.Ia itulah nama sebenar UA tau!bukan nama samaran seperti tanggapan sesetengah orang.Sebab apa UA kata begitu,sebabnya ada orng ingat itu bukan nama sebenar UA..sedihh..
   Bagi yang tak tahu makna Ummul dalam bahasa arab bermaksud Ibu.Ummu atau Ummul maksudnya sama,Ibu..Hanya ejaan sahaja yang berlainan menurut kata Umi UA la.
   Menjadi pemilik nama ini agak mejadi perhatian sebenarnya.Waktu UA masih di awal persekolahan dalam tahun 1990,memang tiada langsung orang nama Ummul selain adik beradik UA.Jadi apabila di awal persekolahan,apabila cikgu minta perkenalkan diri.pasti orang akan pelik dengan nama Ummul,lebih-lebih lagi nama UA..Ummul Azkee..Pelik sebab tak ada orang nama macam tu agaknya.hm...memang tak jumpa lagi orang bernama Azkee.Ada orang kata macam nama lelaki..lagi la UA stress masa itu.
   Nama UA ini diberikan oleh arwah ayah saudara UA,pak teh.Pak teh memang fasih bahasa arab,dia pernah jadi guru bahasa arab secara sambilan di rumahnya.Dimana dia belajar dahulu UA pun tak pasti.
    UA ada 5 orang adik perempuan.dan nama kesemua mereka dimulai dengan nama Ummul..ada seorang sahaja nama bermula dari Ummu,diberikan sempena nama sahabat Nabi kalau tak silap iaitu Ummu Hani.Disebabkan semua nama awal sama,kalau di sekolah memang senang cikgu nak tahu yang kami ini adik beradik.Jadi selalulah diingati dan jadi perhatian.Ya,perhatian!Salah satu sebab UA rasa tak berapa selesa sebenarnya apabila jadi pemilik nama Ummul tapi lama kelamaan jadi lali pula.
   Lagi satu cerita yang mungkin agak lucu adalah apabila kawan sekolah menghubungi kami berlima di rumah,Mana tak nya,apabila mereka kata mahu bercakap dengan Ummul mesti yang menjawab akan bertanya "Ummul apa?Ummul yang mana?" hehehe..kebanyakan dari kawan-kawan kami berlima memang panggil Ummul di sekolah.Jadi mereka akan jadi terpinga-pinga sekejap sebab ada yang tak tahu dan ada lupa nama belakang kami.hihihihi..
   Kalau benarlah Stacy memilih nama Ummu,harap selepas ini tak adalah orang rasa pelik kan apabila dengan nama Ummul/Ummu tapi Azkee itu memang tak dapatlah nak buat apa..tak apa lah,janji ada makna yang baik.Redha!
 

Monday, 24 August 2015

Kerana Dia Aku Menulis..

Ummul Azkee


ahmad ammar
google image


      Kerana dialah aku menulis..kerana dialah aku sedar makna dan tujuan sebenar hidupku di bumi Allah S.W.T ini.Kerana dialah aku temui tujuan aku menulis di sini.Dialah Ahmad Ammar,anak muda yang hadirnya di muka bumi telah  dipersiapkan oleh ibu dan ayahnya untuk berbakti pada umat namun dijemput oleh Allah ke sisi-Nya ketika dalam perjalanan untuk menuntut ilmu di Turki.

    Benar seperti yang diperkatakan kematiannya menghidupkan banyak jiwa termasuk diriku.Moga kau tenang di sisi-Nya.Sepanjang 20 tahun hidupnya dipenuhi hanya untuk mencapai keredhaan Allah.S.W.T.Cemburunya apabila mengetahui yang usia mudanya di penuhi dengan kebajikan,
sedangkan aku waktu itu masih mentah mengenal erti hidup.Moga kau menjadi ikutan pada anak-anak muda di luar sana.



ahmad ammar
google image




google image






Sesiapa yang mahu lebih mengenali anak muda ini bolehlah dapatkan buku di bawah ini







Sunday, 23 August 2015

Akibat tak minum susu..

Ummul Azkee


  Akibat tak minum susu


google image


            Minggu ini UA tak berapa sihat,entah kenapa dengan badan asyik sakit-sakit,badan macam masuk angin pun ya.Apabila diurut sendawa memanjang dan semalam pinggang mula rasa sakit.
Pernah jadi sebelum ini pinggang sakit yang teramat sampai apabila baring dan nak mengerengkan badan punyalah sakit,nak baru dari duduk pun begitu.Seksa betul rasanya.Semalam terjadi lagi sakit pinggang itu sehinggalah sekarang.Puas fikir kenapa jadi macam ni,akhirnya teringat yang UA sudah lama tak minum susu,dari bulan puasa hari itu memang tak minum susu langsung.Kalau dulu ok je kalau tak minum susu tapi lepas sudah ada anak dua ini dengan usia menginjak ke 30an susu itu jadi keperluan buat UA.Kalau tak minum ini la jadi nya,sakit badan lah,sakit pingganglah,sakit lutut lah.da macam nenek tua rasanya.Nampaknya lepas ini kenalah amalkan balik minum susu setiap hari,walaupun hanya sekali.
       Waktu anak-anak masih bayi,memang UA tak pernah tinggal minum susu setiap hari,tapi sekarang rasa nak mengelat je,sebab UA memang tak suka susu.Kalau minum pun campur dengan Milo atau serbuk koko macam vico.
       Susu memang penting kan untuk tulang sebab ada kalsium,pernah mak mertua UA cerita dia dulu masa mengandung tak minum susu langsung,akibat dari itu semua gigi dia jadi rapuh dan patah.Tahu tak kenapa?sebab semua kalsium pada badan dia telah diserap oleh anak di dalam kandungan.Jadi pada siapa yang mengandung itu amalkan lah minum susu ya!Kalau tak nanti belum tua dah rongak.hehe..Kalau masih juga tak mampu nak minum susu,gantikan khasiat klasium dengan vogurt,air yogurt atau tempe.Ya,tempe..tempe mengandungi kalsium tau!Doktor pun tak nafikan khasiat tempe yang kaya dengan kalsium.
       Jadi pada siapa yang memang tak suka susu,amalkan mulai hari ini sebab ia sangat penting untuk kekuatan tulang kita disamping mencegah kita dari terkena penyakit Ostreoporisis..
       

Saturday, 22 August 2015

Contest Mini Cerpen

Ummul Azkee

CONTEST MINI CERPEN

 Rupanya contest mini cerpen ini berakhir hari ini,lagi berapa jam sahaja mahu berakhir.Sempat lagi nak menulis ni.huhuhu..
Bagus contest macam ini untuk mengasah bakat penulisan..kredit pada mieza..







Contest Mini Cerpen | Assalamualaikum. Hari ni berpeluang nak update contest. Join ramai - ramai. Kasi meriah. 

SYARAT - SYARAT : 



Follow Blog :




Follow IG :




Follow Google + :




CARA NAK MASUK CONTEST MINI CERPEN :

  1. Follow syarat - syarat di atas.
  2. Buat 1 entri (copy paste sebijik macam aku buat).
  3. Hantar link entri copy paste tadi yang korang dah buat dalam entri ini.
  4. KALAU TAK ADA BLOG, boleh terus ikut syarat di ATAS dan di BAWAH. 


SYARAT - SYARAT UNTUK CERPEN :

  1. Tema : Hilang, Tinggal, Bayang  **(pilih salah satu)
  2. Genre : Cinta, Triller, Komedi, Seram, Psikotik, Misteri, Fiksyen, Aksi, Penyiasatan, Islamik, Retro, Sukan  **(Tema yang korang pilih tadi boleh diganbungkan dengan mana - mana genre untuk lebih nampak menarik).
  3. Dalam word sebelum tulis cerpen tu jangan lupa tulis nama korang (nama betul dan nama pena, blog, tajuk cerpen, tema yang korang pilih, genre yang korang pilih. 
  4. Tiada maksimum atau minimum patah perkataan yang nak digunakan. 
  5. Hantar cerpen dalam word dekat email : kekapas@gmail.com ( Subject : Contest Mini Cerpen)
  6. Cerpen yang dah disah kan, akan dimasukkan ke dalam entri aku. Setiap orang akan diberi satu link berkaitan cerpen yang korang dah buat. 
  7. Korang kena mintak kawan - kawan komen cerpen korang. 


PERINGATAN :

  1. Contest ni bukan semata - mata sebab hadiah. Kalau boleh aku tak nak pun pakai hadiah. Tapi sebab nak hargai apa yang korang buat, ada lah sikit hadiah yang tak seberapa kepada yang bertuah.
  2. Pemenang akan dipilih berdasarkan komen paling banyak dalam entri,cerita paling menarik, dan menggunakan random
  3. Pencarian sponsor masih lagi diteruskan. Sesiapa berminat boleh PM difacebook : Mieza Suhaini. (Sponsor tidak dibenarkan mengambil bahagian)
  4. Habis je contest ni, aku akan berbincang dengan mana - mana syarikat terbitan underground untuk mencetak cerpen korang yang berbentukZINE. Selain dari penulisan korang diterbitkan, secara tak langsung orang juga akan terpanggil nak tengok blog korang bila dalam ZINE tu ada tertulis link blog masing - masing. (mengambil masa yang lama untuk terbitan, insyaallah tercapai matlamat)
  5. Contest ni dianjurkan adalah untuk mencungkil bakat blogger dan anak - anak muda yang bukan hanya reti berblogging dan update status mengarut di facebook. Tapi juga berbakat dalam penulisan ^_^
  6. Tak faham boleh tanya di facebook : MIEZA SUHAINI atau whatsapp : 017-3574719


Semoga bermanfaat. Kasi viral dan share dengan kawan - kawan tau. Biar ramai yang join | Contest Mini Cerpen



Resepi Mudah Apam Polka Dot

Ummul Azkee


RESEPI MUDAH APAM POLKA DOT


apam polka dot


 Entri hari ini di petang-petang yang hening UA nak kongsi resepi minum petang yang sangat sedap dan ceria,Apam polka dot yang berwarna warni.Ini kegemaran anak-anak UA.katanya sedap dan cantik.huhuhu..mari tengok bahan-bahan dan cara buat ..memag mudah!


BAHAN-BAHAN

Telur 4biji
Santan kotak 200ml  (UA guna santan M&S sbb umi kata guna santan ini lebih sedap)
Gula castor 250g  (kalau tak berapa suka manis sangat boleh kurangkan)
Tepung Superfine 250g (ada jual juga di tesco)
Ovelette 2sudu kecil
Baking powder 2sudu kecil
esen vanila 1 sudu
pewarna makanan

CARA-CARANYA

1.Telur dan gula pukul sampai kembang,
2.kemudian masukkan ovelete.
3.Masukkan santan pula,diikuti esen vanila
4.akhir sekali masukan tepung dan kacau rata


5.untuk warna dan cara buat corak polka dot...

asingkan adunan di atas pada 2bahagian pada dua mangkuk jika mahu buat dua warna berbeza.
contoh 1.pink dan 2.putih)kalau mahu lebih warna asingkan mengikut pilihan masing.
masukkan pewarna pada adunan dan kacau.
setelah itu,masukan adunan pada piping bag.Gunakan dua piping bag yang berbeza untuk dua warna aduan diatas.


google image



sebelum pam adunan.susun mangkuk kertas di dalam tray.gunakan mangkuk kertas yang kecil. 
untuk langkah seterusnya pam adunan warna pertama pada mangkuk kertas setengah dr mangkuk kertas tersebut seperti gambar di atas.
Kemudian pam adunan warna kedua sedikit di atas aduanan dlm mangkuk kertas tadi.pam sedikit sahaja seperti titik.(sederhana,jgn terlalu kecil.)secara rawak seperti polka dot.

6.kukus selama 15-20minit.

siap..apam polka dot ini sesuai untuk minum petang atau untuk parti hari jadi mahupun piknik..Jadi,selamat mencuba...mesti anak-anak suka..Kalau libatkan mereka dalam membuat apam polka dot ini pun seronok tau!..









Friday, 21 August 2015

Tips Pemilihan Warna Hijab Mengikut Tona Kulit

Ummul Azkee



Pelajari Pemilihan Warna Hijab Mengikut Warna Kulit |  Pernah tak anda perasan kekadang ada sahaja yang memerhati cara penampilan anda. Terutamanya bila anda memakai hijab yang agak kurang sesuai dengan anda. Bagaimana ingin membuat pemilihan dalam berhijab mengikut tona warna.   
dreams fairy boutique, dreams fairy hijab boutique




Peristiwa penting di Hari jumaat

Ummul Azkee

HARI JUMAAT,PENGHULU SEGALA HARI


             Kerap kali kita mendengar kata-kata dari mereka yang berilmu bahawa hari jumaat itu penghulu segala hari,tapi tahukah kita mengapa hari jumaat dikatakan penghulu segala hari dalam Islam.Jadi UA mahu kongsikan.Hari jumaat sangat istimewa dalam islam kerana terdapat peristiwa penting yang berlaku pada hari tersebut.Antaranya adalah..

1.Hari jumaat merupakan hari dimana Allah S.W.T menciptakan Adam,manusia pertama.

2.Pada hari ini jumaat jugalah Allah mengusir Adam dari syurga ke bumi setelah Adam terpedaya   dengan bisikan syaitan.

3.Pada hari jumaat juga Allah S.W.T  mematikan Adam.

4.Pada hari jumaat,ada satu saat yang mana apabila kita sebagai hambaNya meminta atau berdoa,pasti akan dimakbulkan oleh Allah asalkan pada saat tersebut.Saat yang mana kita sendiri pun tidak ketahui.

5.Dikatakan akan terjadinya Hari kiamat(HR Ahmad,Abu Daud

   Begitu istimewanya hari jumaat sehingga adanya amalan yang disarankan oleh islam yang mana apabila dilakukan akan memperolehi pahala dari Allah S.W.T.Mari baca dan amalkan adab-adab di hari jumaat di bawah ini dan diamalkan dalam kehidupan.Pahala ini,umpama kita menabung,
walaupun sedikit tetapi jika berterusan melakukannya semakin lama akan makin bertambahlah tabungan kita.Semua adab dan amalan disunatkan bagi mengingati bahawasanya hari jumaat adalah hari raya bagi umat muslimin yang harus dihormati


AMALAN DI HARI JUMAAT

1.Bagi menghormati hari jumaat,kita mulakan langkah dan mempersiapkan diri pada hari khamis dengan seperti memotong kuku dan juga memotong rambut.

2.Disunatkan memakai wangi-wangian(HR bukhari)

3.dianjurkan memakai pakaian yang terbaik.(HR bukhari)

4.Dianjurkan membaca surah Al-Kahfi sebelum atau sesudah jumaat

5.dianjurkan agar memperbanyakkan berselawat ke atas Rasullullah S.A.W




  Moga perkongsian ini bermanfaat buat semua.Sekiranya ada  amalan lain yang mungkin UA tertinggal disini..bolehlah kongsi dengan komen di bawah ya..sama-sama kita berkongsi ilmu..

Salam Jumaat buat semua.











Thursday, 20 August 2015

Matlamat aku jadi blogger

Ummul Azkee

Matlamat aku jadi blogger

blogger menaip
google image


Entri denda dari Puan pengetua ExchangeFeedsGroup

   Sebelum UA menulis tentang matlamat UA jadi blogger,UA nak beritahu ini adalah entri denda dari puan pengetua exchangefeedgroup sebab tak cukup 31 entri bulan lepas.Ya,ada denda..Ini satu cara untuk menjadikan semua ahli efg lebih fokus dan berdisplin dalam penulisan blog.Jadi UA dengan tangan terbuka menulis entri ini.Tajuk pun sesuai sangat,buat kita terfikir apa matlamat kita jadi blogger.Sekarang,UA nak bongkar rahsia hehehe..


  Sebenarnya UA sudah lama di dedahkan dengan dunia blogger,sejak dari sebelum kahwin lagi.En.suami dulu ada menyatakan pendapat dia supaya UA bina satu blog sendiri untuk mempromosikan karya seni UA.tapi pada masa itu UA kurang ilmu dan keyakinan dengan blog ini.sebab masa itu blogging belum lagi menjadi satu gaya hidup yang dikenali seperti sekarang.
Sebelum ini UA ada juga menulis blog,tapi tak konsisten seperti sekarang kerana tiada matlamat yang jelas mengapa menulis blog.Bermula tahun ini baru UA bersemangat menulis,dan ambil keputusan untuk serius menulis blog walaupun ilmu blogging kosong.sehinggalah UA ambil keputusan
menyertai Exchangefeedsgroup dan ilmu UA pun bertambah hari demi hari.Jadi mengapa UA jadi blogger?apa matlamatnya..

MATLAMAT AKU JADI BLOGGER..

pertama : mestilah mahukan pendapatan atau income.Oleh kerana UA suri rumah,dengan menjadi seorang blogger,UA boleh menambahkan pendapatan dari rumah hanya dengan mempromosikan produk melalui pengiklanan melalui blog dan media sosial.


 kedua : berkongsi cerita tentang pengalaman hidup sebagai isteri,ibu dan anak seni juga mempromosikan karya seni dan ilustrasi buku kanak-kanak UA.


ketiga : UA mahu tingkatkan skill penulisan,dengan menulis kita boleh memperbaiki gaya penulisan kita dari masa ke semasa.Menjadi penulis ini juga seperti pemikir,ia  membuatkan kita sentiasa berfikir dan mencari jalan tentang bagaimana mahu  menarik orang membaca hasil penulisan kita.


 keempat : sebarkan ilmu yang bermanfaat dan memberikan kesedaran pada setiap
 pembaca tentang sesuatu perkara yang UA fikirkan patut diperbaiki bersama.


 kelima  : sebagai satu cara menambah pahala sebagai saham akhirat dengan penulisan yang bermanfaat.







          Itulah matlamat UA jadi blogger,ada pula apa matlamatnya ya???tepuk dada,tanya hati...


                      Siap sudah entri denda...Mummy irra jangan lupa baca..huhuhu.




         



                

Wednesday, 19 August 2015

Kisah Orang Sebelah

Ummul Azkee
 


         "Hei Orang sebelah!kau tak ada otak ke..apa yang kau bising pagi-pagi buta ni ha 
Kau tak ingat ke orang sebelah ni nak tidur ke apa.."


        Ha,siapa tahu dialog ini dari cerita apa...?mesti semua tahu lah.ala,cerita P.ramlee,cerita apa?cuba teka?Apa pula tiba-tiba cerita pasal orang sebelah UA ini kan.Siapa yang tengok tahu lah macam mana kelakar dan melampau nya pergaduhan 2 orang yang  tinggal bersebelahan ini atau jiran lah senang.

       Ua pasti semua orang pasti ada jiran kan.Jiran ini ada macam-macam jenis kan.Yang jenis senyap sunyi,ada yang riuh sekampung,ada yang suka bergosip..ada yang pemurah bagi macam-macam juadah,dan tak kurang juga yang suka melawat kawasan.hehehehe..jadi jiran awak-awak semua kategori yang mana?




     Saja je UA mahu berkongsi cerita tentang jiran ini,sebab kadang-kadang ada juga kes pergaduhan antara jiran disebabkan oleh salah faham dan juga kerana kurangnya kesedaran tentang hak jiran.
Macam dalam cerita P.Ramlee itu lah tapi dalam dunia realiti pun ada juga.

   Semua ini terjadi kerana sikap pentingkan diri sendiri dan juga kerana tak menghormati orang lain.
Jadi pada pendapat,UA Sebagai seorang jiran,sepatutnya kita peka dengan keadaan dan orang di sekeliling kita.Jangan ikut suka hati sendiri sahaja.Sebagai contoh,kalau kita berjaga lewat malam atau pulang lewat jangan lah kita terlalu bising sehingga mengganggu jiran kita yang sedang tidur.
   Lagi satu bab berkaraoke,memasang radio di rumah atau pun menonton perlawanan bola juga satu masalah.Peka lah dengan situasi jiran kita,janganlah terlalu kuat dan bising sehingga mengganggu.

    Akhir kata,jadilah jiran yang disenangi,sebab jiran ini orang yang terdekat dengan kita selain keluarga.Sekiranya ada permasalahan atau kejadian yang tak diingini berlaku di rumah kita,pasti merekalah orang yang paling dekat untuk kita pohon pertolongan.






Coprights @ 2016, Blogger Templates Designed By Templateism | Templatelib