Now you can Subscribe using RSS

Submit your Email

Tuesday, 30 June 2015

#Cabaran20hari Menu wajib bulan puasa

Ummul Azkee

MENU WAJIB BULAN PUASA

  Menu wajib bulan puasa?hm...sebenarnya banyak menu yang UA suka makan apabila tiba bulan puasa.Kuih muih untuk berbuka puasa dan juga lauk-pauk untuk bersahur.Untuk berbuka UA biasanya akan makan makanan yang ringkas sahaja seperti kuih muih,jarang makan nasi untuk berbuka sebab sudah terbiasa berbuka puasa dengan kuih muih dari kecil lagi.Antara kuih-muih dan makanan yang selalunya wajib ada apabila tiba bulan puasa ialah




1.Jemput-jemput

     Jemput-jemput ini memang kesukaan UA,walaupun ringkas UA suka sangat!Dulu umi selalu masak jempu-jemput ini untuk berbuka puasa.Yang istimewanya jemput-jemput ini ia rangup di luar.Itu yang sedap itu.Gambar di atas itu UA ambil beberapa hari lepas,UA masak untuk berbuka puasa.Kalau rajin selalunya UA akan buat sos nya sendiri menggunakkan cili giling,bawang putih yang ditumbuk,asam keping dan sedikit gula,juga garam.panaskan atas api sehingga masak dan tambah tepung jagung untuk memekatkan sos.Memang sedap!nyummm..terliur sudah..





2.karipap

    Suka karipap sangat,walaupun masa bukan bulan puasa selalu jer beli,kalau bulan puasa lagi lah mencari.hihihihi.Tapi tahun ini bulan puasa UA buat karipap sendri.Puasa hari kedua sudah selamat menu wajib ini ada waktu berbuka puasa







3.Ayam percik

  Ini pun suka!memang tiap tahun akan mencari di baazar ramadhan dan beli.aduhai tergoda tengok gambar ayam percik ini.Menyesal tak update cabaran20hari ini malam tadi.










4.Sambal goreng

  Ha!Menu ini paling wajib apabila bulan puasa sebagai penambah selera waktu bersahur.Lauk ini sahaja pun sudah cukup untuk UA








5.Tempe goreng

Ini pun wajib ada kalau bersahur,makan dengan nasi berlauk dengan tempe goreng rangup...memang terbaik..


itulah antara menu wajib bulan puasa UA,Sebenarnya ada banyak lagi tapi rasanya sahaja yang mahu dikongsi sebab rasa dah tergoda dengan gambar-gambar diatas..gluppp..


#Cabaran20hari HARI KEEMPAT menu wajib bulan puasa #exchange feed group #kbba




Monday, 29 June 2015

#Cabaran20hari resepi hidangan sahur paling ringkas,cepat,mudah dan menyelerakan

Ummul Azkee

Resepi hidangan sahur yang mudah,cepat dan menyelerakan


    Apabila terbaca tajuk hari ketiga cabaran20hari ini,iaitu resepi hidangan sahur paling ringkas,serta merta resepi ikan bilis kentang goreng kicap lah yang terlintas dalam fikiran UA,baru minggu lepas masak lauk ini untuk bersahur,waktu itu memang buntu mahu makan apa untuk bersahur.Bangun-bangun untuk bersahur terus dapat idea masak lauk ini.Apalagi terus lah masuk dapur dengan mamai.hehehehe..Memang senang nak masak lauk ini tahu,semudah ABC.Tak sampai 5minit dah siap!
dan paling penting menyelerakan,UA sampai bertambah-tambah makan nasi walaupun sahur berseorangan.Resepi ini sebenarnya resepi umi UA,dahulu kalau umi tak masak,inilah lauk yang selalu UA masak untuk makan.Memang senang sangat.Nak tahu resepi?mari UA bagi..boleh cuba!sedap tahu!



ikan bilis kentang goreng kicap


IKAN BILIS KENTANG GORENG  BERKICAP

 BAHAN-BAHAN

 Bawang merah  1biji
 Bawang putih    2ulas
 ikan bilis            segengam
 kentang              2biji
 cili padi             ikut  kepedasan yang anda mahu
 kicap                 secukupnya


CARA-CARA

1.Mula-mula goreng ikan bilis dan kentang
2.Panaskan minyak,kemudian,tumis bawang merah,bawang putih dan cili
3.seterusnya masukkan kicap,kuantiti kicap mengikut banyak mana kentang dan ikan bilis
   kalau UA suka smpai hitam.
4.masukkan kentang,gaul smpai sebati,kemudian tutup api
5.akhir sekali masukkan ikan bilis dan gaul rata..siap!

Kalau ikut UA kadang-kadang suka lebihkan minyak macam dalam gambar di atas itu jika tiada lauk berkuah..minyak dan kicap bergabung memang sedap!

senang kan...cubalah yer,memang sedap!


Sunday, 28 June 2015

#cabaran20hari pengalaman sahur zaman kanak-kanak

Ummul Azkee


sunnah bersahur
google image

PENGALAMAN SAHUR ZAMAN KANAK-KANAK


  Berceita tentang pengalaman sahur,UA rasa semua orang ada pengalaman masing-masing yang takkan boleh dilupakan.Mungkin ada yang pengalamannya manis,ada pula mungkin pahit.Tapi bagi UA pengalaman sahur yang paling UA ingat adalah pengalaman bersahur waktu zaman kanak-kanak.
Selalunya zaman kanak-kanak lah zaman yang paling kita kenang kan.maklumlah zaman kanak-kanak
zaman yang penuh gelak tawa,zaman naif ,tak tahu tentang hakikat hidup sebenar.Yang tahu hanya main,makan tidur..ye tak??hikhik..

  Bersahur bagi kebanyakkan orang adalah satu benda yang amat berat dan payah kan bukan?Lebih-lebih lagi kanak-kanak.UA pun kadang-kadang tak terlepas juga dengan tabiat malas bersahur ini.tapi malas macam mana pun pasti bangun untuk bersahur sebab sudah terbiasa dari kecil lagi tak pernah tinggal sahur.


google image


  Dulu,semasa  zaman kanak-kanak memang UA lah paling liat mahu bangun sahur.Berkali-kali walid kejutkan pun tak bangun-bangun.Lagi sayang tidur masa itu.huhuhuhu..kasihan walid apabila teringat balik.hikhik.kadang-kadang sampaikan walid  pam air di muka sebab mahu pastikan UA dan adik-adik bangun bersahur.Macam itu sekali dia buat sebab mahu anak-anak dia bersahur.Dia tak mahu anak dia rasa letih sangat di siag hari.Satu lagi sebab sahur kan sunnah,jadi walid sebolehnya mahu anak-anak ikuti sunnah seperti yang sepatutnya.Dapat pahala dengan mudah katanya.

  Suasana bersahur  dulu sebelum kahwin memang sangat meriah!macam makan malam!Umi masak lauk sedap-sedap macam makan malam.Semua lauk-pauk segar dan panas sebab umi masak sebelum sahur.Kami adik-beradik yang walaupun liat mahu bangun sahur ini pun jadi berselera makan.sampai bertambah-tambah.hehehe..Ditambah pula kami adik-beradik semua makan bersama dengan umi dan walid lagi lah bertambah berselera kan.

  Selepas selesai sahur memang kami semua tak tidur,sebab walid tak bagi.Kalau tidur memang akan kena bebel..Jadi biasanya lepas sahur,unutk hilangkan mengantuk kami adik-beradik akan berborak-borak dengan umi,Umi pun ceritalah tentang suasana puasa,bersahur dan beraya masa zaman muda-muda dulu.Sampai lah azan berkumandang barula berhenti..hehehe.. 

  Itulah pengalaman bersahur zaman kanak-kanak UA,selalu memang akan terkenang saat itu sebab sekarang bersahur sendiri sahaja tak semeriah dulu dengan adik-beradik,umi dan walid.Kalau ada peluang pun bersahur bersama mungkin sekali dua,itupun tak semua ada sebab ada yang sambung belajar,ada yang sudah berkahwin kan.

Pengalaman sahur anda semua pula bagaimana?mestilah lagi menarik bukan..?Mari berkongsi cerita!

#cabaran20hari 



   


Saturday, 27 June 2015

#Cabaran20hari Apa erti Puasa pada anda?

Ummul Azkee

APA ERTI PUASA


perkara yang perlu dan tak perlu dalam bulan ramadhan
google image

Apa erti puasa pada anda?


 Puasa dalam bahasa arab bermaksud 'menahan diri'

 Manakala dari segi syarak pula bermaksud '"menahan diri daripada makan, minum dan perkara-perkara yang membatalkan puasa bermula daripada terbit fajar  sehingga terbenam matahari berserta niat".

 Mengikut pemahaman UA tentang erti puasa ini,dari sejak kecil hinggalah dewasa berubah mengikut kematangan dan ilmu yang kita perolehi. Kalau dulu masa zaman kanak-kanak apa yang terlintas di fikiran masa itu,Puasa itu ertinya kita tak boleh makan atau minum sepanjang bulan ramadhan.Pasti semua pun fikir macam itu kan dulu masa zaman kanak-kanak.huhuhu..Selain itu kita tak tahu apa faedahnya puasa.Mengapa perlu berpuasa?Pasti dahulu semua itu bermain dalam fikiran kita,kan?

 Selepas itu,semakin dewasa kita di didedahkan sedikit demi sedikit tentang erti kata sebenar puasa.Di alam persekolahan kita didedahkan dengan ilmu-ilmu tentang puasa dalam erti puasa yang sebenar mengikut agama.Kalau dulu kita tak nampak apa faedahnya puasa,melainkan hanya lapar dan dahaga,semakin hari semakin kita mengerti tentang erti puasa yang sebenar dalam ajaran Islam.

Bagi UA puasa ini bukan setakat menahan diri dari makan dan minum sahaja.Puasa ini juga bermaksud kita juga perlu menahan diri kita dari perkara-perkara yang negatif  yang dilarang atau tidak disukai dalam islam.Itulah erti puasa secara keseluruhannya.

Selain dari tidak makan dan tidak minum.Kita juga perlu menahan diri kita dari tidak menipu,
mengumpat,mengadu domba,bergaduh,berkata perkataan yang buruk.

Puasa menjadikan kita manusia yang sentiasa taat dalam melaksanakan setiap perintahNya,melatih diri kita menjadi manusia yang sabar dan tabah dalam menghadapi pelbagai dugaan dan cabaran.


Itulah Erti puasa bagi UA,ada bagaimana??Mari kongsikan...#cabaran20hari

Asam pedas untuk dia

Ummul Azkee

Asam Pedas untuk Dia...



asam pedas


  Sesiapa yang lihat gambar asam pedas UA ini dalam gambar di atas ini,mesti fikir macam tak sedap je kan..hikhik..Ini asam pedas yang UA masak beberapa haril lepas untuk hidangan berbuka dan sahur sekali.Maaflah ye gambar memang tak berapa nak selera untuk dilihat,sebab memang ini sahaja gambar yang sempat diambil,itupun setelah ikannya habis di makan.huhuhu.Tapi jangan pandang pada rupa ok,cubalah rasa dulu..huhuhuhu.
  Encik.suami kata sedap..paling sedap sepanjang perkahwinan kami.Cukup rasa katanya asam pedas UA kali ini.Sebelum ini,banyak kali juga cuba masak tapi kelaut..huhuhuhu..Suami UA ini juri tetap di rumah,,kalau UA masak dialah yang mengadilinya sedap ke,..tak sedap ke..kurang itu ke,kurang ini ke..Almaklum Encik suami memang suka makan,jadi,sebab itu banyak komennya.hikhik..tapi dalam pada komen itu,UA cuba perbaiki kekurangan masakan UA.Memang selalu UA yang tanya,Ok tak?sedap tak?Memang jawapan jujur lah yang dapat kan..hehehe..Kalau dulu rasa kecil hati juga apabila di komen itu,di komen ini tentang masakan tapi sekarang UA rasa elok juga ada orang komen jujur,boleh perbaiki masakan sendiri.
  UA ini terus terang dulu sebelum kahwin memang tak berapa pandai masak lauk-pauk.Masak yang ringkas-ringkas hentam keromo boleh lah sikit-sikit.Tapi selepas kahwin semangat mahu belajar masak menggunung tinggi sebab dalam hati mahu suami dan anak-anak makan dari air tangan UA.Kalau sudah niatnya macam itu mestilah kena bersemangat kan sebab mahu pastikan setiap masakan sedap untuk dimakan sekeluarga.
 Jadi,dari hari ke hari sambil masak,sambil belajar.Kalau rasa kurang di tambah apa yang patut.Kira macam eksperimen juga masak memasak ini.Kena banyak praktis dan rajin  mencuba.Selalunya UA google resepi yang tak pernah dicuba.Kalau sedap di teruskan,jika tak menepati citarasa sendiri ubah ikut selera suami dan anak-anak.
 Setakat ini UA rasa misi UA untuk sentiasa masak masakan yang sedap untuk keluarga tercapai dengan usaha tanpa henti sampaikan Afrina anak UA  cakap 'Ibu ni selalu masak sedap-sedap hari-hari.'Dengar dia cakap macam itu rasa gembira sangat sebab impian mahu berikan yang terbaik untuk keluarga tercapai.Dan yang paling penting Asam pedas untuk Dia ,suamiku..lulus ujian rasa akhirnya..
Seronok sangat!Jadi pada sesiapa yang tak pandai masak atau baru nak belajar masak untuk keluarga jangan putus asa ya!Cuba dan terus mencuba..Practice Make Perfect!!!!!!!!!!

Friday, 26 June 2015

#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015

Ummul Azkee




Sesungguhnya cabaran dan dugaan itu hadir untuk menguji kekuatan kita. Kali ini, #Cabaran20Hari untuk menguji adakah anda blogger TEGAR?

#Cabaran20Hari adalah cabaran selama 20 hari di mana setiap hari anda perlu membuat entri menggunakan tajuk yang di beri beserta kata kunci atau keyword   #Cabaran20Hari di dalam setiap entri.

Cabaran akan bermula pada esok, 27 Jun 2015 sehingga 16 Julai 2015. 

Wahh!! Dah mula? 

Ya! 

Jom sahut cabaran ini!

#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015
#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015  Hari 1 - 6

#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015
#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015 Hari 7 - 13

#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015
#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015 Hari 14 - 20 

Saguhati akan diberi kepada 10 penyertaan awal yang berjaya menghabiskan ke semua cabaran mengikut tajuk dan tarikh yang diberi. Penyertaan terbuka kepada semua Blogger.

Saguhati akan diberitahu kemudian. Apa tunggu lagi??

Jom mula sekarang!

Happy blogging!


Mencari hikmah disebalik ujian

Ummul Azkee


HIKMAH DI SEBALIK UJIAN




  Beberapa hari lepas rumah UA gelap gelita sebab ada masalah dengan bekalan elektrik.Pukul 1 masa tu,dengan cuaca yang panas memang bersauna kami anak beranak.Anak-anak apalagi merengeklah kan sebab terganggu tidurnya.Sabar jela masa itu,dugaan..
 UA sebenarnya sudah 5 tahun duduk di rumah sekarang,memang tak pernah ada masalah macam ini,dua hari juga lah rumah bergelap.Masa itu fikir mungkin dah terlalu lama suis-suis digunakan dan tiba masanya memang akan rosak juga.Fikir positif sahaja masa itu.
 Nak masak untuk berbuka pun bergelap,goreng ikan pun tak tahu da masak ke belum.huhuhhu.. Sahur bercahayakan lilin,berbuka pun sama,ala-ala candle light dinner gitu.hihihihi.Anak-anak seronok lah nampak lilin kan.semangat nak berbuka.huhuhuhu..macam-macam..
  Apabila diduga macam ini,memang kita yang sudah terbiasa bersenang lenang akan rasa hidup begitu susah kan.Hm..Masa itu terfikir orang dulu-dulu masa zaman nenek  kita lagi susah..Jadi,sesekali kita susah kenalah banyak bersabar kan.Boleh juga mengajar anak-anak agar lebih tabah.Terangkan pada mereka hidup ini bukan tempat bersenang lenang.Di sinilah kita akan diduga dengan bermacam-macam kesusahan walaupun selalunya kesenangan yang kita nikmati.
 Kesusahan itu mengajar kita untuk lebih sabar dan tabah.Kalau dulu,UA rasa tak mahu anak-anak susah,tapi persepsi sekarang mungkin berbeza,.Rasanya tak salah sesekali anak-anak kita bersusah payah kerana kesusahan akan membuatkan anak-anak kita lebih mengerti makna dan tujuan hidup ini.
Yang paling penting kita sebagai ibubapa perlu bijak memberi pemahaman pada mereka tentang kehidupan.



Thursday, 25 June 2015

Yang di nanti tiba akhirnya..

Ummul Azkee

Syoknya membeli belah di Zalora.



   Petang isnin yang lalu dalam pukul 5,barang yang di beli di Zalora  akhirnya tiba.UA sebenarnya bukanlah nak menunggu sangat sebab ingatkan akan sampai keesokkan harinya ,sebab selalunya barangan yang di beli di dalam talian ini biasanya lewat,tetapi sebab Zalora sentiasa memberikan info dari masa ke semasa melalui sms yang barang akan sampai pada hari itu,maka UA pun menunggulah,
risau juga penghantar barang tersesat,Sebab pernah terjadi sebelum ini barang yang di beli dari internet tak sampai,Alhamdulilah,nampaknya servis penghantaran dari Zalora amat bagus sekali.UA sangat berpuas hati.

Pengalaman pertama membeli belah di Zalora

   Zalora?memang UA tahu kewujudan Zalora sebagai kedai dalam talian ini,tapi tak pernah tergerak hati  mahu melayari web ini.Semuanya bermula  minggu lepas UA ada terima voucher dari Zalora,  alhamdulilah rezeki bulan ramadan.selepas itu  apa lagi ,beberapa hari jugalah UA mencuci mata di Zalora,Hehehe..Akhirnya UA dapat juga buat pilihan barang yang mahu di beli di Zalora.

  Mana taknya, rambang mata kalau pergi melawat laman web Zalora ini.Semua barang tak kiralah samada baju,kasut,seluar,selendang atau aksesori wanita mahupun lelaki semuanya cantik-cantik belaka dan memang memenuhi citarasa UA.

  Hari jumaat malam selesaikan bayaran menggunakan voucher,petang Isnin pun tibalah barangan yang dibeli.Memang cepat,tak sangka secepat itu servisnya.Nak tahu apa UA beli??hihihi..disebabkan belum ada baju raya,UA belilah Baju kurung dari etchic chic..memang cantik-cantik baju raya di Zalora!Tak percaya?Pergilah ke web http://www.zalora.com.my/  memang rambang mata!hehehe..




  UA pastinya selepas ini akan membeli belah lagi di Zalora.Memang syok!Cadangnya mahu beli kasut pula lepas ini.Sudah siap letak di Wishlist lagi,hanya perlu klik Add to bag dan buat pembayaran sahaja,tapi kalau kita mahu bayar semasa penghantaran(COD)pun boleh,memang mudahkan.huhuhu..

  Membeli belah di  atas talian ini memang memudahkan UA.lagi-lagi UA  ini,ibu kepada dua anak kecil kan sebab kadang-kala agak sukar mahu membeli belah di pusat membeli belah,dengan ragam anak-anak memang agak kelam kabut.
  Selain itu perlu pula  berjalan mencari dari satu kedai ke satu kedai,sampai kaki sakit dan lenguh.
hehehe.Di pusat membeli belah pun kalau mahu membuat pilihan barang pun agak sukar  kalau jarak antara satu kedai dengan kedai yang lain yang jauh.

  Dengan adanya kedai atas talian seperrti Zalora ini,memang sangat membantu,tak perlu terburu-buru.Setiap masa pun boleh membeli belah.Pagi,tengahari,petang atau tengah malam,mengikut waktu kita yang lapang,tak perlu risau tentang waktu operasi kedai..Mahu buat pilihan pun senang,senarai ukuran setiap saiz ada disediakan,jadi bolehlah UA mengukur sendiri untuk buat piliihan saiz,Tak perlu nak mencuba.Bab -bab mencuba semasa membeli memag UA tak berapa gemar sebenarnya sebab mcam leceh.huhuhu..

   Di Zalora pun kalau barang yang dibeli tak muat atau tak menepati kehendak kita,kita boleh pulangkan atau tukarkan dalam masa 30hari.Lama kan!tak perlu tergesa-gesa pergi tukar barang atau saiz seperti membeli di pusat membeli belah.Dan bayaran pos takkan di kenakan sekiranya kita berbelanja RM75 keatas.Dari situ boleh berjimat dari segi kos penghantaran.Memang banyak kelebihannya membeli belah di Zalora.Terpengaruh tak?Jom cuci mata di Zalora,ada yang berkenan boleh beli!!!hehehehe...

Wednesday, 24 June 2015

. Kekal Berseri @ Cantik dengan Madeena Skincare by Helenz Signature

Ummul Azkee
---------------
Anda ingin kelihatan lebih anggun bergaya di Aidil Fitri ini? Malu dengan masalah jerawat anda? Anda mempunyai kulit muka kusam?

Jika anda ada masalah itu jangan pergi dari sini


Jawapan ada di sini!!


Lihat apa yang terjadi pada kulit muka mereka ini. Semakin bersinar dan berseri.

Testimoni Helenz Signature Produk Kecantikan Madeena Skincare Terbukti Berkesan
Testimoni Madeena Skincare by Helenz Signature

Madeena Skincare by Helenz Signature

Testimoni Helenz Signature Produk Kecantikan Madeena Skincare Terbukti Berkesan
Logo Helenz Signature

Memperkenalkan Madeena Skincare by Helenz Signature. Produk yang disahkan Halal, mendapat jaminan KKM dan juga diformulasikan dengan teknologi terkini dengan menggunakan bahan semulajadi.

             

Manfaat Madeena Skincare by Helenz Signature

Testimoni Helenz Signature Produk Kecantikan Madeena Skincare Terbukti Berkesan
Madeena Skincare by Helenz Signature

Dapatkan Madeena Skincare by Helenz Signature yang mampu:-
  1. Mencerahkan dan Melembapkan Kulit
  2. Mengecutkan Jerawat dan Menghilangkan Jeragat
  3. Menghilangkan Whitehead dan Blackhead
  4. Menghilangkan Kulit Kusam dan Tidak Bermaya
  5. Menghilangkan Kesan Lebam di Bawah Mata
  6. Menyingkirkan Minyak Berlebihan Pada Wajah
  7. Merawat Tekstur Kulit dari Dalam
  8. Melindungi Kulit Muka dari sinaran terus UV
  9. Menghilangkan Garis-Garis Halus dan Kedutan Pada Wajah
  10. Menjadikan Wajah Lebih Cantik, Berseri dan Tampak Muda!

Harga Madeena Skincare by Helenz Signature

Dengan hari raya yang akan datang tidak lama lagi, marilah kita mempersiapkan penampilan kita.

Harga yang ditawarkan amat berbaloi. 5 in 1 complete set dengan harga RM150 dan mampu menaikkan seri muka anda. Ianya sangat BERBALOI

Testimoni Helenz Signature Produk Kecantikan Madeena Skincare Terbukti Berkesan
Madeena Skincare by Helenz Signature

Testimoni Madeena Skincare by Helenz Signature


Testimoni Helenz Signature Produk Kecantikan Madeena Skincare Terbukti Berkesan
Testimoni Produk Kecantikan Madeena Skincare Terbukti Berkesan


Jadi, apa tunggu lagi?


Cara pembelian Madeena Skincare

Pembelian boleh di buat terus dengan menghubungi:

1. Helenz Signature HQ
013-3155373 (Aishah) (Whatsapp/call)

2. Facebook page
Helenz Signature Official

3. Instagram
@helenzofficial

4. Website
www.helenz.my

PERHATIAN!TAWARAN ISTIMEWA...


Khas untuk pembaca blog housewifearts,saya ada kuota voucher diskaun RM20 untuk mereka yang pertama kali nak mencuba Helenz Signature. Harga biasa ialah RM150. Selepas tolak diskaun, jadi RM130 saja. SANGAT BERBALOI kan? Dengan harga tersebut, boleh dapat 5 in 1 Helenz Signature Skincare Set. Free Poslaju pulak tu.
.
Namun, anda harus tahu, voucher ini Khas untuk 5 Pembeli terawal Sahaja. Anda harus cepat bertindak.. Jangan sampai Hq reply 'Maaf, kupon diskaun dah habis'.
.
Whatsapp kod ini sekarang: HSD130 dan hantar ke 013-3155 373
.
Jom jadi yang terawal untuk mendapatkan diskaun Khas ini.
.
Helenz Signature, Menyempurnakan Kejelitaanmu....



Agent & Stokis diperlukan
Disamping wajah anda menjadi lebih cantik dan berseri, anda juga boleh menjana pendapatan bersama Helenz Signature. Jom Whatsapp segera ke 013-3155373 (Aishah)


Testimoni Helenz Signature Produk Kecantikan Madeena Skincare Terbukti Berkesan
As seen on

Nantikan juga kemunculan

MADEENA SKINCARE
by
HELENZ SIGNATURE
pada 
13 JUN 2015
dalam
NASI LEMAK KOPI O

Monday, 22 June 2015

Rezeki di bulan Puasa,lain yang di tunggu lain yang tiba..

Ummul Azkee





 Hari ini UA menunggu barang yang di pesan dari kedai online,sebenarnya tidaklah nak menunggu sangat tapi kedai online itu hantar notis di email macam akan sampai hari ini.
Tunggu punya tunggu barang lain yang sampai.Dapat Rexona Deodrant spray dengan voucher watson dari laman web Woop.Terkejut juga sebab memang ada tebus barang tapi losyen.Rupanya memang dapat barang ini kalau mendaftar dan buat survey di web WOOP.Siapa yang mahu barang yang sama  mendaftarlah di laman web http://www.woop.my/index/main. Dapat barang percuma,boleh lah berjimat sikit kan...terima kasih pada ANIZ yang war war kan di blog ya..








Sunday, 21 June 2015

Susuk Moden?ada ke?

Ummul Azkee
produk penjagaan wajah halal
google image


  Mesti semua tertanya-tanya,masih ada ke orang gunakan susuk untuk kekal awet muda dan cantik.UA pun kurang pasti ada ke tak?UA pun sekarang gunakan susuk tahu..tapi susuk moden lah yer..hehehe..
Nak tahu susuk moden tu apa?Ha,ni nak cerita,sekarang ini UA sedang mencuba produk Safi Rania Gold untuk penjagaan wajah agar kekal berseri dan kelihatan muda jelita gitu.Safi Rania Gold inilah susuk moden.Suami UA lah yang panggil susuk dulu..terikut sudah..hehehe..susuk moden ini diyakini selamat dan suci tahu dan paling penting halal.
  Safi Rania Gold ini adalah produk anti penuaan yang berfungsi sebagai penjagaan kulit wajah agar kekal cerah dan muda.Safi Rania Gold mengandungi bio nano emas 24k,protein sutera yang menjadikan kulit lebih anjal dan lembut.Produk ini boleh digunakan seawal 25 tahun yer..UA jer terlambat menggunakannya..Umur dah masuk 30++ baru  tersedar diri yang umur sudah makin meningkat dan makin tua.hihhiihi.

safi rania gold
dari web safi

safi rania gold


  Safi Rania Gold ada pelbagai produk ya..seperti gambar kedua dari atas.mula-mula pening juga mahu memilih yang mana satu,banyak produknya.tapi akhirnya UA memilih 3 produk asas dahulu sebagai percubaan.UA baru sahaja gunakan produk ini,hampir sebulan.Alhamdulilah rasa kulit muka lebih cerah berseri dan juga lembap.terasa muda sentiasa.huhuhu..insyallah akan beli produk lain di masa akan datang.

Penghargaan Google sempena Hari Bapa

Ummul Azkee


Selamat Hari Bapa


Buat Walid dan En.Suami

Selamat Hari Bapa buat semua bapa-bapa di seluruh dunia.Hari ini secara rasminya sambutan Hari bapa di sambut di seluruh pelusuk dunia.Walaupun anda hero yang tak didendang,yang mungkin kurang ditonjolkan pengorbanannya berbanding ibu-ibu .ketahuilah anda adalah hero sentiasa menjadi hero terbaik buat anak-anak.

UA dengan walid 

Selamat Hari bapa buat ayah tersayang,walid  UA yang sentiasa menyokong setiap perkara yang UA mahukan serta impikan,menjadi penyelamat di saat sukar juga manusia yang tak pernah jemu menasihati
UA agar berjaya di dunia dan akhirat.Walid sentiasa menjadi hero terbaik buat UA.Terima Kasih!!!!!

Tak lupa juga buat suami tercinta,yang sentiasa menyayangi anak-anak UA sepenuh hati sehinggakan kedang-kadang UA rasa cemburu dengan kemesraan seorang bapa pada anak-anaknya.hehehe......









Penghargaan Google buat bapa-bapa seluruh dunia

Jika ada yang sesiapa yang perasan,pagi ini,di google ada terpapar gambar yang comel antara bapa dan anak di tengah-tengah perkataan google di atas kotak pencarian.Ini merupakan satu cara google menunjukkan penghargaan mereka buat semua bapa-bapa di di seluruh dunia.Ternyata Bapa-bapa takkan pernah di lupakan oleh semua.Anda Superhero di hati anak-anak ya!!!ingat itu selalu..






Pada yang telah ketiadaan bapa di dunia ini,jangan terlalu bersedih,sentiasa sematkan di hati untuk kembali bertemu dan bersama di dunia abadi.Syurga illahi.Sentiasa ingat akan mereka dan anda masih boleh menjadi anak yang berbakti dan soleh mahupun solehah dengan menjaga aurat,ibadah serta selalu berdoa untuk kesejahteraan mereka di alam sana.



Saturday, 20 June 2015

Suasana bersahur dahulu dan sekarang

Ummul Azkee


SUASANA BERSAHUR DAHULU DAN SEKARANG

bersahur
google image

 SEBELUM KAHWIN

    Suasaan bersahur masa belum kahwin dengan selepas berkahwin memang berbeza sangat bagi UA.maklumlah UAadik beradik ramai.kalau bersahur memang penuh meja makan,kadang-kadang bergilir-gilir makan sebab tak cukup kerusi dan meja.huhuhu.
   Kalau bersahur suasana bersahur punyalah meriah macam makan malam.Lauk memang panas-panas sebab baru di masak,sebab umi UA memang sudah terbiasa bangun awal pagi dan masak lauk sebelum bersahur.Kata nya lebih berselera makan..sampaikan semua bertambah-tambah nasi.huhuhu..
   Itu meriah makan,belum lagi cerita betapa meriahnya waktu sahur dengan suara Walid(ayah UA panggil walid),mengejutkan kami tujuh beradik yang liat nak bangun sahur.Riuh sekampung nak kejutkan anak dara bangun sahur,hehehehe..Maisng-masing sahaja nak menguji kesabaran si ayah lah katakan.Hm..rindu pula masa dulu.hehehe..


SELEPAS KAHWIN

   Selepas kahwin,sudah semestinya banyak perubahan kan.Kalau dulu bersahur beramai-ramai,
sekarang sunyi sahaja tak semeriah dulu.Bersahur berdua,kadang-kadang seorang sebab suami UA kalau bersahur kadang-kadang minum air dan makan kurma sahaja.Anak-anak pula masih kecil lagi nak teman ibu dia bersahur,memang dia berdengkur lah waktu ibu dia bersahur kan.Memang tak meriah langsung rumah kalau bersahur di rumah sendiri ini,memag terasa masa mula berkawin dahulu.
   Begitulah suasana bersahur sekarang,setelah berkahwin.huhuhu..Makan pun lebih kurang sahaja,tak macam dulu,waktu hidup dengan keluarga besar UA.Meriah waktu bersahur dan berbuka,Hari raya jangan cakaplah,memang lagi meriah dan riuh rendah rumah dengan suara dan gelak tawa,gaduh-bergaduh antara kami adik beradik.







Friday, 19 June 2015

Dugaan di bulan ramadhan.

Ummul Azkee
google image


  Salam ramadhan untuk semua.Dua tiga hari ini semangat mahu menulis berkurangan sedikit.Sehari sebelum puasa UA tak sihat.Selsema teruk Jadi walaupun ada masih menulis di blog ini,tapi tidaklah berceloteh panjang seperti selalu.
  Itulah dugaan pertama ramadhan kali ini buat UA.Allah sw.t mahu menduga kekuatan diri barangkali.
samada redha atau tidak dengan ujian yang tak seberapa ini.Barangkali mahu melihat usaha diri UA ini untuk melakukan ibadah walaupun kesihatan tak mengizinkan.
   Hari ini telah masuk hari ke dua kita berpuasa dan kesihatan UA makin bertambah baik.Alhamdulilah.
Usaha mahu segera pulih dimakbulkan dengan usaha mencari penawar selsema ini.Amalan meminum air madu suam menunjukkan hasil.
  Kehidupan sebagai ibu dan isteri di bulan ramadhan ini mencabar ya!Dua kali ganda sibuk nya dari hari biasa.Mahu sediakan juadah berbuka puasa,ditambah lagi dengan lauk pauk untuk bersahur,
memang tak menang tangan di buatnya.Melayan kerenah anak-anak lagi.Begitulah mencabarnya dugaan di bulan ramadhan.dengan keadaan inilah kita di uji,bersabar atau tidak..mampukah kita menahan amarah apabila berpuasa.Moga kita tabah ya ibu-ibu semua.Insyallah besar ganjaran pahala nya,berlipat kali ganda pahala diberikan oleh Allah s.wt.Moga-moga kita dapat menjalani ibadah puasa dan juga amalan-amalan lain seperti bersolat terawih dan bertadarus Al-Quran dengan sehabis baik.Amin.


   

Giveaway bersama Wayne Harraz

Ummul Azkee


Mari sertai...mana tahu menang kan...


 http://www.wayneharraz.com/2015/06/segment-giveaway-bersama-wayne-harraz.html
klik banner untuk sertai



                                                              Syarat penyertaan"


1. Buat entri bertajuk 


"Giveaway bersama Wayne Harraz"

2. Copy dan Pastekan Banner/Gambar yang kat atas tu dan link kan ke entry ni

3. Follow blog

4. Follow Instagram

5. Add friend Facebook
ewentostylo

Penyertaan di buka dari:


18/6/2015 sehingga 30/6/2015



Pemenang yang bertuah akan memenangi:


2x Kupon RM10 OFF Papa John







Thursday, 18 June 2015

Tampil Bergaya Dengan Kasut New Balance

Ummul Azkee


new balance sports shoes


New Balance?siapa yang tak mengenali jenama kasut ini?Rasanya rata-rata semua orang tahu akan kewujudan jenama kasut ini,bukan?New Balance adalah satu jenama kasut  sukan yang tak perlu diperkenalkan lagi di Malaysia dan menjadi pilihan penggemar sukan mahupun pencinta fesyen tidak mengira lelaki atau perempuan.Rekaan yang segar dan terkini menjadikan jenama kasut ini menjadi pilihan ramai.

Bila kita cakap tentang jenama kasut sukan terkemuka New Balance pasti kita sudah terbayang dengan koleksi kasut New Balance terkini bukan? Apatah lagi kerana koleksi terbaru kasut NB yang terbaru diperbuat dengan bahan yang sangat bermutu lantas mengekalkan reputasi jenama hebat ini dalam pasaran di seluruh dunia. Namun sebenarnya antara faktor utama yang membuatkan jenama New Balance lebih menyerlah dalam industri sukan dan fesyen adalah kerana rekaan kasutnya yang sangat cantik, segar dan cukup fashionable!
Malah apa yang menarik ialah sekarang ini New Balance telah tampil dengan koleksi kasut larian dan sneaker yang sangat lawa rekaannya. Cukup lawa untuk anda pakai sepanjang hari! Ya!ini bermakna anda boleh memakai kasut sukan New Balance ini bukan semata-mata untuk tujuan bersukan sahaja ya! Sebaliknya anda boleh pakai untuk hari-hari biasa walau ke mana sahaja anda mahu pergi.





Tapi pasti ramai tertanya-tanya bagaimana mahu tampil menarik dan bergaya dengan kasut sukan dari New Balance?Seperti yang kita sedia maklum,imej yang sporty sekarang cukup ‘in’ dalam dunia fesyen. Anda boleh gabungkan pakaian kegemaran anda bersama kasut New Balance Malaysia untuk dijadikan outfit yang lebih segar penampilannya. Tidak percaya? Jom tengok gambar di bawah.




Dengan mudah anda mampu  menonjolkan gaya fesyen yang lebih maskulin hanya dengan memakai sepasang kasut ‘sneakers dari New Balance. Kasut New Balance itu pasti akan memberikan sentuhan yang lebih unik ke atas keseluruhan persalinan anda!




Jika anda lebih meminati gaya kasual yang ringkas kasut sneaker New Balance merupakan pilihan yang terbaik. Ia mampu membuatkan anda kelihatan lebih berfesyen tanpa mengenepikan gaya kasual pilihan anda.



Wednesday, 17 June 2015

10 things I hates about you!

Ummul Azkee


  Siapa pernah menonton filem 10 thing I hates about you!??cerita ini UA tonton waktu zaman universiti dulu,sekitar tahun 2002,sebenarnya sudah lama di tayangkan iaitu pada tahun1999.
  Beberapa hari lepas cerita ini ada ditayangkan di astro,jadi mengimbaulah kenangan lama waktu muda mudi dahulu.hihihi.Filem ini dibintangi oleh Julia stiles dan Heath Ledger yang berkisahkan cinta yang sangat romantik,kelakar  dan manis bagi UA,dan UA sebenarnya lebih tertarik dan sukakan sajak yang di baca oleh heroin cerita ini di akhir cerita,sangat menarik.Kebencian yang menipu.hihihihi..
Sesiapa yang pernah menonton cerita ini,mesti faham kenapa ia bertajuk 10 things I hates about you!Mari baca sajak yang menarik ini..Rasanya kalau kita marahkan pasangan kita pun macam inilah,tengah marah cakap lah benci..benci..lepas itu,akhirnya sayang juga!!Marah-marah sayang..hehehehe..


google image

Jadi penulis?terbitkan novel sendiri?bagaimana?

Ummul Azkee

Peluang menjadi Penulis/Novelis


     Siapa ada cita-cita untuk jadi Penulis?mahu terbitkan novel hasil penulisan sendiri?UA rasa di sinilah platform yang terbaik buat pengkarya untuk mencuba.Hantarkan karya anda pada Karangkraf dengan melayari laman web ilham.karangkraf.com. mualakn langkah dengan pendaftaran terlebih dahulu kemudian ikuti pula langkah-langkah menghantar manuskrip seperti yang tertulis di gambar di.Terdapat pelbagai genre buku yang boleh dipilih mengikut kesesuaian karya yang dihasilkan.
     Hasil penulisan yang dihantar dan berpotensi  akan berpeluang diterbitkan dan karya akan dibaca oleh sesiapa sahaja.Jadi jangan tunggu lagi,bagi yang mempunyai karya yang menarik,hantarkan sekarang.Pada yang tiada dan belum bermula,mulakan menulis sekarang!




Tuesday, 16 June 2015

Lily umi,Dari foto menjadi lukisan

Ummul Azkee

Lily Umi..

Dari fotografi menjadi lukisan


  Ok,hari ini UA mahu cerita tentang seni lukis dan fotografi.Sebenarnya fotografi dan lukisan berkait rapat dan bersatu dalam seni lukis dan seni reka.Dan kedua-dua bidang ini memerlukan sentuhan magik dan kreativiti  bagi menghasilkan satu karya yang memukau dan bermakna.,Melalui lukisan dan fotografi kita boleh menyampaikan sesuatu mesej atau cerita apabila dilihat dengan pandangan mata.

 UA memang sukakan fotografi dan lukisan.Jadi selalunya kalau UA sukakan sesuatu objek UA akan abadikan dalam bentuk fotografi mengikut komposisi yang UA suka.Dan selepas itu,sekiranya UA dapati yang objek tersebut menarik untuk dilukis maka UA akan lukis objek tersebut mengikut komposisi yang sesuai dengan sesuatu lukisan.

 Tahu tak yang gambar memang memainkan peranan penting bagi setiap pelukis?memang ada yang melukis hanya dengan melihat  terus objek terus,tetapi kebanyakkan nya akan menyimpan gambar sebagai rujukan lukisan,seperti UA.

  Gambar bunga lily dibawah itu di ambil dari halaman rumah umi UA hanya menggunakan blackberry.Hasilnya memang memuaskan kan? .Umi memang sukakan bunga. dan suka menanam pelbagai jenis bunga.sebab tengok lily ini cantik sangat,teruja pula nak melukisnya.

 Lukisan yang dihasilkan sama mengikut gambar atau objek yang realistik dipanggil realism.Jadi langkah yang biasa di ambil untuk menghasilkan lukisan realistik ialah melalui fotografi seperti lukisan Lily umi yang UA hasilkan ini.Dan aktiviti melukis diluar tanpa menggunakkan foto disebut "Plain air".UA tak begitu gemar plain air sebab...ketar bila melukis depan orang..tak boleh fokus..huhuhuhu..Untuk lukisan Lily Umi ini UA mengunakkan medium pensel warna pada kertas lukisan..buat pengetahuan semua lukisan ini telah dipamerkan pada Pameran Pensel Warna Malaysia 2014 di Menara Kuala Lumpur dan merupakan aktitivi pameran pertama yang UA sertai.Untuk cerita mengenai Pameran itu boleh baca di sini


                                                      Dari  FOTOGRAFI...


 Akhirnya......

 MENJADI LUKISAN....




Lily Umi

Pencil colour on paper

-------------------------------------------------------------------------


Coprights @ 2016, Blogger Templates Designed By Templateism | Templatelib