Now you can Subscribe using RSS

Submit your Email

Friday, 29 May 2015

JUALAN GUDANG PERTENGAHAN TAHUN KARANGKRAF : 29-31MEI2015

Ummul Azkee


   Berita baik buat peminat buku dan novel semua...mulai hari ini 29Mei hingga Ahad 31Mei 2015,Karangkraf mengadakan Jualan Gudang Pertengahan Tahun 2015.Mari ramai-ramai ke sana.Memang murah!rugi kalau tak pergi beli,banyak boleh berjimat tahu!
  Buku #Projek100buku yang UA hasilkan ilustrasi nya pada salah satu buku pun ada tahu!Harga pun sangat rendah.Tak percaya?lihat gambar bawah ini..Memang murah gila!!!!!!!!!!hihhihi..Jadi jom borong..












Resepi Sambal goreng mudah,cepat dan sedap!

Ummul Azkee


    Siapa yang suka makan sambal goreng?tapi selalu rasa malas nk masak sebab nak kena tumbuk atau kisar bawang.Entri kali ini  UA nak kongsikan resepi sambal goreng paling mudah,cepat di masak dan sedap!Sangat mudah ok!bujang,anak dara,bapa-bapa semua pun boleh buat ini.hehehe..
     sambal goreng versi UA ini memang mudah sangat!tak perlu tumbuk bawang atau masak dengan lama...Mari lihat apa bahan-bahan yang diperlukan dan cara-caranya





 Bahan-bahan :

1 biji bawang besar -dipotong secara melintang
2/3sudu cili giling
segengam ikan bilis - digoreng
2biji kentang -digoreng
2 bungkus tempe -di goreng
1 sudu gula
sedikit garam


Cara-caranya :

Panaskan minyak.Kemudian masukkan bawang merah.kacau dan biarkan sebentar.
Kemudian,masukkan cili giling.pastikan api tidak terlalu besar.
masukkan gula dan kacau.
setelah itu masukkan kentang.kacau dan biarkan sebentar agar ia sebati dengan cili.
masukkan tempe pula,pastikan tutup api setelah digaul rata untuk mengelakkan tempe menjadi terlalu lembik.
akhir sekali masukkan ikan bilis dan gaul rata dan juga garam secukup rasa.

Siap!Mudah kan...Selamat Mencuba..

PENCARIAN SPONSOR GIVEAWAY EFG MEGA RAYA

Ummul Azkee
                                          

                                         Assalamualaikum dan salam sejahtera..



perhatian!perhatian!pengumuman penting...hehehe..





              jadi,sesiapa yang ada ingin menyumbang bolehlah hubungi no diatas..

terima kasihh...


Thursday, 28 May 2015

Keluarga baru UA

Ummul Azkee

    Setelah 5 hari orientasi,akhirnya UA diterima dalam keluarga baru UA,EFG atau Exchange Feed Group.Terima kasih pada semua ahli EFG yang ramah dan menerima UA dalam keluarga besar ini.
   Kalau nak tahu EFG adalah salah satu kumpulan blogger baru di Malaysia.Ia baru sahaja ditubuhkan
 pada awal tahun ini yang dinaungi oleh salah seorang blogger juga ibu kepada 3cahaya mata,IRRA.        Disebabkan UA ni masih baru dalam dunia blog,rasanya elok sangatlah menyertai keluarga baru ini,rasanya UA perlukan kenalan dari dunia yang sama,baru bersemangat untuk terus menulis.Selain itu,insyallah pelbagai ilmu tentang dunia blog boleh UA pelajari.Kalau sebelum ini tak tahu apa-apa, dan tak tahu nak tanya sesiapa,cuma google sahaja,sekarang UA boleh bertanya pada mereka yang berpengalaman jika ada kemusykilan tentang blog
   Di samping itu boleh menambah kenalan,bertukar-tukar pendapat serta berkongsi pengalaman masing-masing.Ahli EFG ini terdiri daripada peringkat umur juga latarbelakang berbeza,itu yang istimewanya.
       Tag line EFG "bukan sembang kosong" pastinya bertepatan dan sangat bersesuaian kerana kumpulan blogger ini bukan setakat kumpulan biasa tapi juga seperti satu keluarga besar yang saling bantu membantu dari segi ilmu blog,juga perniagaan dalam talian.
       Rasa bertuah dipertemukan dengan EFG,setelah menyertai kumpulan ini UA dapat lihat aura positif dalam kumpulan,insyallah moga kumpulan ini,dapat terus beri manfaat antara satu sama lain, berkekalan dan maju dari masa ke semasa.Insyallah,amin.

Wednesday, 27 May 2015

Peringatan Khas buat insan bergelar ibubapa

Ummul Azkee


   Beberapa hari lepas UA ada terlihat satu satu senarai peringatan tentang perihal anak-anak yang dikongsikan oleh rakan facebook.Tip yang diberikan sangat berguna dan ada buat UA tersentak apabila  membaca,sebab kadangkala UA sebagai seorang ibu adakalanya terlupa apabila terlalu sibuk dengan aktiviti harian.Kata-kata ini akan UA jadikan peringatan sentiasa untuk menjadi ibu yang terbaik untuk Afrina dan Adriana.Moga tidak terleka.Mari kita baca dan selalu beringat-ingat tentang anak-anak yang semakin lama semakin membesar dan tanpa kita sedari satu hari nanti akan pergi meninggalkan kita untuk menghadapi hari-hari kedewasaan mereka.

1— Jika melihat anakmu menangis, jangan buang waktu untuk mendiamkannya. Cuba tunjuk burung atau awan di atas langit agar dia melihatnya, dia akan terdiam. Kerana psikologi manusia saat menangis, adalah menunduk.
2— Jika ingin anak-anakmu berhenti bermain, jangan berkata: "Dah, sudah main, stop sekarang!". Tapi katakan kepada mereka: "Main 5 minit lagi yaaa". Kemudian ingatkan kembali:"Dua minit lagi yaaa". Kemudian barulah katakan:"Dah, waktu main sudah habis". Mereka akan berhenti bermain.
3— Jika anak-anak sedang bertelingkah atau menyebabkan keadaan riuh di sesuatu tempat, dan engkau ingin mengalih perhatian mereka, maka katakanlah: "siapa yang mau mendengar cerita ibu? angkat tangan..". Salah seorang akan mengangkat tangan, kemudian disusul dengan anak-anak yang lain, dan semuanya akan diam.
4— Katakan kepada anak-anak sewaktu mahu tidur:"tidur sayang.. besok pagi kan kita sholat subuh", maka perhatian mereka akan selalu ke akhirat. Jangan berkata: "Jom tidur, besok kan sekolah", akhirnya mereka tidak sholat subuh kerana perhatiannya adalah dunia.
5— Nikmati masa kecil anak-anakmu, kerana waktu akan berlalu sangat cepat. Kenakalan dan kekanak-kanakan mereka tidak akan lama, ia akan menjadi kenangan. Bermainlah bersama mereka, tertawalah bersama mereka, berguraulah bersama mereka.
6— Tinggalkan HP seketika, dan matikan juga TV. Jika ada teman yang menelefon urusan tak penting, katakan:"Maaf, saya sedang sibuk dengan anak-anak". Semua ini tidak menyebabkan jatuhnya wibawamu, atau hilangnya keperibadianmu. Orang yang bijaksana tahu bagaimana cara menyeimbangkan segala sesuatu dan menguasai pendidikan anak.
Selain itu, jangan lupa berdoa dan bermohon kepada Allah. Dengarkan doa kita didepan anak-anak supaya mereka tahu betapa pentingnya mereka pada kita.
Sumber FB : Nur Fathun

baju!oh baju!

Ummul Azkee
                         

google picture


       Sesiapa yang tak pernah memegang peranan sebagai suri rumah sepenuh masa mungkin menganggap kehidupan kami dirumah seharian sangat mudah,senang lenang dan tanpa stress.
Hakikatnya hanya kami yang tahu..Ini berdasarkan pengalaman UA sebagai suri rumah selama hampir 7 tahun.Akan tetapi alhamdulilah dari masa ke semasa UA akhirnya dapat sesuaikan diri dan berjaya menangani segala masalah dengan tenang.
        Tinggal seharian di rumah memang kelihatan macam selesa kan,tak perlu fikir tentang kerja atau kelam kabut sediakan segala keperluan keluarga sebelum keluar bekerja.Tapi hakikatnya,kami
yang tinggal di rumah ini segala kerja tak pernah selesai,kerja sentiasa ada menunggu di depan mata.kalau nak elakkan pandangan mata memang tak mampu kerana kehidupan kami hanya di dalam rumah.Segalanya di depan mata.Apabila setiap hari memandang benda yang sama.mula lah mata naik rimas.terutamanya bab baju.huhuhuhu.


        Baju!oh baju!hal berkaitan baju di rumah ini memang hal yang utama dalam sesebuah rumah. Bakul baju kotor itu memang takkan pernah kosong,kalau kosong pun beberapa saat sahaja.hihihi..
  Bermula dari mencuci,kemudian menyidai hinggalah ke melipat..fuh!memang mencabar dan menguji kesabaran.Kadangkala terbayang kan bagaimanalah ibu UA dulu membereskan hal baju kami 7 beradik dulu,mesti letih yang amat sangat,sedangkan UA yang baru dua orang anak ini pun rasa mengah.
huhuhu..Itu baru bab baju belum lagi bab pinggan mangkuk,ragam anak,makan minum dan banyak lagi lah.Hm..respek pada semua ibu-ibu seluruh dunia.Ada sememangnya kuat dan cekal.
       Setiap orang mesti ada benda yang dia dan tak suka kan,bagi UA bab melipat kain itu agak gemar nak buat,cuma  menyidai tu yang payah sikit,selalunya lepas menyidai kain mesti rasa letih semacam, mengantuk je lepas itu..hihihhiihi..
       Kalau hujung minggu tak ke mana bolehlah dibereskan semua baju-baju yang bertimbun,kalau tidak dan sibuk ke sana ke mari alamatnya membukitlah baju dalam bakul baju kotor itu.hihihihi..
Hujung minggu lepas kan UA sibuk dengan pelbagai urusan sampaikan kerja rumah dan baju kotor bertangguh-tangguh.Memang ambil masa seminggu nak menghabiskan hal baju ini.Lebih-lebihh lagi apabila dua tiga hari ini hujan lebat di kawasan rumah UA,baju pun lembap,tak kering.maka tak siap-siaplah mengerjakan baju-baju itu.huhuhuhu..
       Kalau dahulu,UA adalah rasa stress,tapi apabila difikirkan kembali,stress pun tak guna,sebab kerja rumah ini takkan habis sehinggahlah ke akhir hayat.Bezanya samada akan ada orang yang menyambung kerja rumah itu atau tidak.Jadi UA ambil pendekatan yang positif.Selagi ada kerja selagi itulah ada peluang tambah pahala,apabila kita fikirkan pahala yang akan kita perolehi,maka hilanglah perkataan "stress" dari kamus hidup kita.Fikirkan pahala yang akan bertambah setiap hari,kita pasti lebih ikhlas dan redha dengan setiap pekerjaan yang kita lakukan.Pada yang selalu stress itu cuba praktikkan,dan fikirkan pahala yang dapat dikumpul,insyallah hilang stress,dan hidup pun lebih gembira.


     

Monday, 25 May 2015

Afrina dan Adriana : Bersukan mengikut Sunnah

Ummul Azkee

      Apa itu sunnah?Bagi yang masih tak tahu,sunnah bererti "cara" atau "amalan.Sunnah nabi pula bererti cara hidup atau kebiasaan yang dilakukan dalam kehidupan seharian para Nabi dan Rasul.
Sunnah meliputi perbuatan,peribadi,akhlak mahupun perilaku.Sebenarnya banyak istilah sunnah ini,
kalau nak ketahui lebih lanjut boleh lah tanya pada mereka yang lebih arif seperti ustaz dan ustazah.Dalam entri kali ini UA cuma mahu fokuskan pada Bersukan mengikut sunnah.
    Tahukah kenapa ustaz ustazah selalu cerita tentang sunnah,Apa pentingnya sunnah dalam kehidupan kita?Sebenarnya sunnah ini jika kita amalkan dalam kehidupan kita,insyallah kita akan dapat pahala walaupun sekecil-kecil perbuatan,sebagai contoh bersukan.Seperti yang kita ketahui,zaman kini terdapat pelbagai sukan yang kita boleh ceburi sebagai hobi atau karier,tapi sukan yang boleh dikatakan popular pada zaman nabi dan rasul adalah berkuda dan memanah.Berenang pun sunnah juga.
Jadi sesiapa yang minat bersukan dan ingin menambah pahala bolehlah cuba dua jenis sukan ini.
Menyeronokkan juga tahu!Hujung minggu yang tengok Afrina dan orang lain memanah dan berkuda rasa macam seronok pula.

   Alkisahnya,hari sabtu dan ahad lalu,ayah UA ada buka booth untuk memberi peluang pada orang ramai mencuba sukan memanah di Festival Belia Meru yang diadakan di Meru klang.Ya,Ayah UA menjual pelbagai jenis alatan memanah pelbagai jenis.Ada jenis yang lama juga yang moden,aksesori pun ada.Pada hari itu sahaja ditawarkan RM5 untuk sekali main.Ramai juga yang berminat dengan sukan ini.dari kanak-kanak,remaja dan juga orang dewasa,semuanya mencuba dan nampak berseronok dengan sukan ini.Afrina pun termasuk sekali,teruja nak memanah.Jadi bagilah dia mencuba,ayah UA yang ajar.Suami UA ada juga cakap nanti tunggu lagi dua tiga tahun,apabila anak-anak besar sikit nak hantar ke kelas memanah.UA tak ada lah rasa macam teruja sangat mahu anak-anak bersukan memanah ini,tapi apabila tengok Afrina mencuba memanah,rasa macam bagus juga kalau anak-anak ada satu hobi seperti memanah ini.boleh mengajar mereka lebih fokus dan berdisplin.Hm..tunggu Afrina besar sikit baru masukkan dia kelas memanah atau persatuan lah...insyallah..





  Itu kisah pagi sabtu,sesudah selesai aktiviti memanah pada waktu petang.Malamnya ayah UA ajak pula kami ke DARC di Denai Alam,Sungai Buloh.Sudah beberapa kali juga ayah UA ajak ke sana,sibuk nak bawa cucu-cucu nya ke sana.tercapai juga hajat dia hari itu.DARC ini adalah satu tempat riadah untuk seisi keluarga.Ada pelbagai aktiviti boleh dilakukan di sini.Aktiviti utama di sini adalah menunggang kuda.Kelas untuk belajar menunggang kuda pun ada disediakan.Selain itu ada swimming pool,ruang untuk permainan memanah,dart dan juga snooker.Chalet pun ada disediakan jika kita mahu menginap di sana.Tak silap UA,pasar menjual sayur-sayuran pun ada disini.
  Selalunya ayah UA bersama adik lelaki UA ke sini belajar menunggang kuda.Kata Ibu UA,AYAH UA nak buat kelas memanah sambil menunggang kuda,bukan senang itu!insyallah moga niat ayah UA tercapai untuk Persatuan ini.




  Jadi malam itu anak-anak UA pun turut menunggang kuda buat pertama kali.Seronok Afrina dan Adriana menunggang kuda.Bukan menunggang kuda sahaja,bagi makan kuda sekali.hehehehehe...Riak wajah memang sangat teruja.hehehehe...Gembira rasanya apabila tengok anak-anak seronok walaupun masa itu penat sangat dari pagi ke sana sini.Insyallah nak juga mereka belajar menunggang kuda suatu hari nanti.Moga ada rezeki buat mereka.Amin.














amboi-amboi,Adriana senyum sampai ke telinga.hihhihihihihi...

                        





                        



kata hati : fikir yang baik-baik,doa yang baik-baik,insyallah yang akan jadi nanti semua baik-baik :)




Friday, 22 May 2015

Bagaimana Menjadikan Usia kita Sentiasa Bermanfaat

Ummul Azkee


   Selalunya setiap hari jumaat terdapat banyak program atau rancangan tv yang berbentuk keagamaan dan kerohanian disediakan di beberapa stesyen tv termasuklah siaran secara langsung Solat Jumaat  yang dimana kita boleh mendengar khutbah dari imam di masjid berkenaan.Jadi,sudah menjadi rutin setiap jumaat UA akan menonton nya sebagai menambah ilmu agama yang tak seberapa dan juga sebagai peringatan untuk diri sendiri yang kadangkala alpa,di samping itu anak-anak pun boleh mendengar sekali majlis ilmu ini walaupun masa itu tengah main,Pastinya pendengaran mereka tertumpu pada setiap kata-kata yang diucapkan oleh ustaz dan ustazah.Itu pun sudah memadai bagi UA.Jujur UA katakan kadangkala apabila mendengar rancangan agama anak pun selalu bertanya tentang perihal agama,tentang apa yang dibincangkan dalam rancangan itu.
   Jadi pada entri kali ini UA ingin berkongsi ilmu yang UA dapat melalui rancangan Al-Marraya di TV Alhijrah.sememangnya selain rancangan Tanyalah Ustazah di tv9,Al-Hidayah di Tv3,Al-Marraya juga menfokuskan persoalan dan isu wanita,megenai panduan,cara hidup,pemikan serta cerita tentang sejarah wanita-wanita solehah yang di sayangi oleh Allah swt.
   Jadi topik Al-Maaraya hari ini adalah HIDUP BERNILAI.Dan kebiasaan nya penonton dalam rancangan ini berpeluang bertanyakan soalan.Jadi soalan yang menarik minat UA adalah dari seorang adik ini yang bertanyakan "Bagaimana Menjadikan Usia Kita Sentiasa Bermanfaat".Berikut adalah empat cara paling mudah untuk menjadikan usia kita sentiasa bermanfaat.

  1.Memberi Sedekah

    Sedekah bukan sahaja meliputi derma berbentuk kewangan atau barang tetapi juga boleh diberikan dengan senyuman,pertolongan,juga mendoakan orang lain dengan niat yang baik dan penuh keikhlasan.Jadi jangan lupa untuk bersedekah walaupun hanya dengan melemparkan senyuman pada seseorang,sungguhpun orang itu tak kita kenali.sedikit pun tak merugikan malah menambah pahala.Mudahnya menambah pahala kan?
  Memberi pertolongan mengikut kemampuan bukan sahaja dari segi kewangan tetapi juga khidmat dari segi tenaga dan juga kemahiran yang kita ada,Sebagai contoh menjadi sukarelawan apabila diperlukan juga sekiranya kita mahir memasak,bolehlah kita memberi khidmat memasak di majlis anjuran  sesebuah masjid atau di kenduri kendara.



2.Menyeru Kepada Kebaikan

    Seperti yang kita ketahui sekarang terdapat pelbagai medium yang kita boleh gunakan untuk menyeru orang lain berbuat kebaikan.contohnya sekarang seperti facebook,twitter,instagram dan juga blog.Jadi tiada alasan untuk kita tidak menyeru orang berbuat baik dan melarang dari berbuat kejahatan.Janganlah berasa rendah diri sekiranya kita tak sebaik ustaz,ustazah mahupun alim ulama,maka kita merasakan kita tidak layak menasihati juga menyeru orang lain pada kebaikan.Bak kata ustazah itu jangan menunggu untuk diri kita untuk menjadi baik barulah kita mahu menyeru kepada kebaikan kerana sifat manusia itu tidak sempurna dan setiap manusia itu pasti ada berbuat kesilapan.Jadi,jangan lepaskan peluang menyebarkan kebaikan pada orang lain.bayangkan jika setiap perkataaan kebaikan yang kita sebarkan itu jika menyebabkan orang lain berubah dari melakukan kejahatan kepada kebaikan,betapa banyaknya manfaat dan pahala yang akan kita dapat.

3.Berbakti Kepada Ibubapa

    Perkara berbakti pada ibu bapa bukan sahaja hanya terhad pada ketika hayat ibubapa kita tetapi juga setelah mereka meninggalkan dunia ini.Seringkali kita lihat kebanyakan anak-anak sangat berbakti pada ibubapanya yang masih hidup tetapi terlupa berbakti setelah ketiadaan mereka  di dunia..Begitulah yang diperkatakan oleh ustazah dalam Al Maraaya,kita sebagai anak perlu sentiasa berbakti pada ibubapa kita tak terbatas hanya ketika hayat mereka tetapi juga setelah mereka meninggal dunia.Sebagai anak setiasalah sedekah Al-fatihah,Yassin pada ibubapa yang telah tiada.Sentiasa mendoakan mereka dijauhkan dari azab kubur,menjaga aurat dan juga solat demi kesejahteraan mereka di alam sana.

4.Silaturahim

    Bab silaturahim ini kadangkala dilupakan apabila berlaku pergaduhan dan salah faham antara ahli keluarga,jiran mahupun sahabat .Jadi untuk memastikan kita hidup dengan bahagia maka hendaklah kita memelihara silaturahim sesama kita.Sentiasa memaafkan kesalahan orang lain pada kita,meminta maaf walaupun kita tak bersalah kerana orang yang tidak sukakan permusuhan adalah orng yang sangat bahagia.Ia akan menambahkan berkat umur dan menolak kejahatan.Orang yang menyambung silaturahim bernilai di sis Allah.Dengan izin Allah menjadikan kita sihat dan gembira.

Jadi itulah empat cara mudah bagaimana menjadikan hidup kita bermanfaat.moga kita sama-sama dapat mempraktikkan dalam hidup kita demi kebahagian dunia akhirat.Amin..





\

Food Wars Asia : Nasi Lemak terbaik di Kuala Lumpur!

Ummul Azkee



       Selalunya malam jumaat UA bersama suami dan anak-anak lepas makan malam sudah tercegat depan tv menonton Asia's Got Talent,disebabkan minggu lepas episod akhir program itu maka malam ini agak bosan...huhuhu.tapi UA terjumpa satu lagi program yang menarik yang pastinya berkisahkan Asia juga iaitu Food Wars Asia.Cerita ini seronok juga..pasal restoran makanan tempatan yang popular di Malaysia dan juga Singapura.Rancangan ini ditayangkan di Food Network channel 728.Beberapa minggu lepas ada menonton rancangan ini yang mempertandingkan dua restoran Nasi Lemak yang terkenal di Kuala Lumpur.Kedua-dua restoran bersaing bagi menentukan hidangan terbaik dan tersedap diadili oleh juri yang berpengalaman dalam masakan dan juga makanan.

       Jadi,mesti semua nak tahu nama restoran dan gerai yang bertanding kan?Yang  pertama Nasi Lemak Tanglin,pernah dengar?serius,UA memang tak pernah dengar,tahu mahupun mencuba Nas Lemak Tanglin tapi tengok rancangan Food Wars ini memang terliur di buatnya.Jadi selepas goggle baru lah UA tahu rupanya terletak di Gerai no 6Kompleks Makan Tanglin,Jalan Cendrasari.KL City Centre.Kuala Lumpur.



Hah!ini lah rupa nasi lemak Taglin.Macam mana ?terliur tak?gambar ini UA ambil dari laman web Food Network..nampak sedap kan..dan di bawah ini lah pemilik Nasi Lemak Tanglin,Perniagaan Nasi Lemak Tanglin ini adalah perniagaan keluarga yang bermula sejak tahun 1948 dan sudah diturunkan hingga ke generasi ke tiga..Yang perempuan itu lah generasi ke tiga nya.Kira sudah lama lah kan..UA jer yang ketinggalan.huhuhuhu..



VS



Dan Restoran yang bersaing dengan Nasi Lemak Tanglin adalah Village Park Restaurant  yang terletak di 5, Jalan SS 21/37, Damansara Utama, 47400 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.Restoran ini dimiliki oleh pasangan suami isteri cina muslim.dan inilah rupa Nasi Lemak Village Park Restaurant.





   Kedua-duanya nampak sedap kan..pastinya dua Nasi Lemak ini mempunyai keistimewaan tersendiri dan resepi pun berbeza.UA dapatlah juga rahsia masakan nasi lemak kedua-dua nya.hahahahaah...
untunglah UA kan?.boleh tambah ilmu memasak..boleh masak sedap untuk keluarga macam masakan di kedai.jimat!hihihhi....Nak tahu yang mana menang sebagai Nasi Lemak Terbaik di Kuala Lumpur?jeng..jeng jeng...pemenang nya adalah Nasi Lemak Tanglin!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!huhuhu..da macam pengacara Food Wars Asia lah pula.hihihi.
   Apepun kalau nak tahu yang mana terbaik bagi deria rasa masing-masing boleh lah mencuba di kedua-dua lokasi Nasi Lemak ni ya.,tapi pastikan anda semua punyai kesabaran yang tinggi sebab melalui apa yang UA tonton di Food Wars,pelanggan memang sentiasa ada dan ramai,siap beratur..sedap sangat lah tu kan..jadi,jom..jalan-jalan cari makan..Insyallah UA pun akan ke sana untuk merasai sendri keenakan dan kehebatan Nasi Lemak yang terkenal di Kuala Lumpur.





     

Thursday, 21 May 2015

5 Kategori #projek100buku..Lebih mudah memilih!

Ummul Azkee


  Memandangkan dalam projek100buku ini mempunyai 100 buah buku,UA tahu memang agak sukar mahu memilih untuk membeli,tambahan pula semua tajuk-tajuk buku ini menarik dan comel-comel belaka ilustrasinya.UA pun hadapi masalah yang sama apabila di minta memilih buku yang sesuai Maka dengan inisiatif karangkaf sendiri mereka telah membahagikan buku-buku #projek100buku pada LIMA  kategori yang terdiri daripada 20 buah buku.Jadi senanglah nak memilih kan...selaamt memilih bagi yang berminat untuk membeli..beli buku dari setiap kategori pun boleh..satu RM3.00..Terima kasih!

             










Nisa dan buku baru...

Ummul Azkee


    Nisa?siapa pula nisa ni kan..hihihi..anak UA ada dua orang sahaja Afrina dan Adriana..mesti yang ada baca blog UA sebelum ini terfikir siapa Nisa pula ni.UA salah tulis nama ke..huhuhu.
   Buat pengetahuan semua Nisa ini anak rakan sekolah UA,juga pelanggan pertama UA yang membeli buku #Projek100buku.Baru sahaja UA hantar tempahan buku dari Nisa ini ahad yang lalu.
   Sebenarnya selama ini UA tak pernah terfikir pun nak berniaga sebab UA tak berapa pandai bab berniaga ini,nak kira modal,bajet,harga jualan dan untung.Tengok kawan-kawan berniaga macam seronok sahaja. pernah juga terdetik di hati ini mahu mencuba tapi tak temui produk yang menarik minat UA nak meniaga.Dalam hati selalu berkata-kata..'nak berniaga apa?" produk apa?' dan secara kebetulan terlibat dalam projek100buku ini tahun lepas dan diberi  peluang untuk berniaga dan menjual karya sendiri dan rakan-rakan lain oleh karangkraf. Maka UA tak lepaskan peluang.Tak sangka
pelanggan pertama UA seorang kanak-kanak.Rasa macam seronok pula jual buku untuk kanak-kanak yang comel-comel belaka  sambil itu boleh sebarkan ilmu untuk mereka.bertambah keseronokkan UA dan keterujaan untuk berniaga.
  Rasanya mungkin inilah produk yang paling dekat di hati UA untuk berniaga.Insyallah akan teruskan..doakan ya semua!kalau nak beli buku-buku dari #Projek100buku boleh email UA,nak komen di sini pun boleh.Untuk entri seterusnya UA akan review kategori buku-buku #projek100buku.ok.
  Sehingga itu mari lihat kegembiraan wajah Nisa bersama-sama bukunya.Ibunya kata dapat sahaja buku-buku itu terus baca.begitulah keterujaan Nisa dengan buku-buku barunya.Seronok rasa hati UA melihat gambar-gambar di bawah.Moga Nisa dapat ilmu yang berguna dari buku-buku yang UA jual
 Amin.









Minggu yang sibuk!!dan....Aktiviti hari ini..

Ummul Azkee
   
   Tiga hari blog UA sepi tanpa entri baru,rasa macam satu perasaan yang tak seronok apabila tak menulis beberapa hari di blog.Ahad malam yang lalu memang mahu menulis entri baru,tiba-tiba internet bermasalah pula,memang tak keruan UA dibuatnya.Rasa macam tak lengkap urusan harian apabila tak menulis di blog.huhuhu..Selepas dua hari barulah ok internet di rumah ini.hm..Dengan hujung minggu lalu yang sibuk ke sana ke mari,dari hari sabtu ambil tempahan buku di shah Alam kemudian hantar pada pembeli di klang.Ahad pula memenuhi jemputan perkahwinan di klang.fuh!
penuh jadual hujung minggu.mengalahkan menteri.hihhihi..minggu ini pun jadual sabtu ahad penuh!
   Dan hari ini pun UA ada aktiviti di luar.UA,anak-anak serta dua orang adik UA menghadiri majlis pelancaran Pameran Ilustrasi Buku bergambar di Artiseri Gallery di Seri Pacific Hotel,Kuala Lumpur.
Pameran ini bermula hari ini 20 Mei hingga 3 Jun 2015.

                                 


Pameran ilustrasi buku bergambar ini menampilkan tiga ilustrator Malaysia iaitu Emila Yusof,Evi Shelvia dan Mazni Md Ramly.Mereka bertiga berpengalaman dalam industri buku bergambar kanak-kanak dan telah menghasilkan lebih daripada 10 buku.Jadi hasil lukisan yang dipamerkan terdiri daripada ilustrasi buku bergambar yang telah diterbitkan dalam bentuk buku bergambar berserta hasil seni mereka yang lain.Jadi pada sesiapa yang berminat untuk melihat dan mendalami ilustrasi buku bergambar kanak-kanak boleh lah ke pameran ini.
Boleh juga bawa anak-anak ke sini  kerana ada di pamerankan juga buku-buku ilustrasi yang dihasilkan oleh ketiga-tiga ilustrator ini.Lihat sahaja Afrina dalam gambar di bawah,leka dengan buku-buku di pameran ini.Teruja melihat ada buku-buku yang telah dimiliki serta smenjelajah buku-buku lain yang belum pernah ditemui...
Gambar akhir itu kalau nak tahu Adriana merengek-rengek nak ajak naik bas..hahaha..anak..anak..

















                       

Saturday, 16 May 2015

Cerita Hari Guru saya,Selamat Hari Guru!

Ummul Azkee


        Selamat Hari Guru buat semua guru-guru di Malaysia,juga guru-guru di seluruh dunia.Moga segala pelajaran dan tunjuk ajar yang diberikan oleh guru-guru semua bermanfaat pada setiap muridnya.Hanya Allah yang dapat membalas setiap kesabaran dan ketabahan seorang guru dalam mendidik generasi akan datang menjadi manusia yang berguna pada bangsa dan juga agama.
       UA pasti setiap dari kita pasti akan mengimbau kenangan alam persekolahan apabila tiba hari guru kan?Tentunya ada kenangan yang tersemat dalam ingatan kita tentang guru-guru yang pernah mendidik kita dulu.Tidak kiralah yang manis mahupun pahit.
        Zaman persekolahan merupakan zaman yang penuh dengan keseronokan bagi UA.Walaupun kadangkala ada juga perasaan malas mahu bangun awal pagi dan bersiap.hehehe..mesti semua orang pernah ada perasaan macam ini kan,lebih-lebih lagi apabila sudah bercuti panjang.Malas dia memang tahap maksimum.Dulu masa di sekolah rendah UA kerap bertukar-tukar sekolah,jadi agak banyak juga kenangan dengan guru yang berlainan.Ada yang garang,ada yang kelakar dan juga ada yang baik sangat,sekali pun tak pernah marah.
      UA masih ingat lagi masa di sekolah dulu pasti ada pelbagai sambutan diadakan contohnya Hari kanak-kanak,Hari Guru,Hari Sukan dan macam-macam lagilah.Jadi selalunya apabila ada sambutan hari istimewa,pasti akan ada pelbagai pertandingan di sekolah.Seingat UA,masa UA tahun 5,bersempena hari guru di sekolah UA ada buat pelbagai pertandingan,pertandingan syair ,cipta pantun,drama,dan juga menulis karangan.Ceritanya bermula apabila guru kelas UA yang merupakan guru bahasa melayu menggalakkan UA menyertai pertandingan itu.UA masih ingat lagi namanya,Cikgu Norliza..Di antara murid dalam kelas UA,UA yang dipilih untuk menyertai pertandingn menulis karangan itu..UA pula masa itu memang masih hingusan lagi,tak berapa faham  mengapa perlu buat karangan masa sekolah dulu,walaupun dalam hati masa itu seronok juga menulis karangan,boleh berceloteh panjang sampai tak cukup satu helai kertas.Masa itu beria-ria dia mengajar UA cara menulis karangan yang baik.siap bagi isi-isi penting.UA pun sebagai anak murid patuh sahaja dengan apa yang di suruh,hihihi.naif betul dulu.

     Apabila sampai hari pertandingan.UA pun menulislah seperti yang diajar oleh cikgu Norliza.
Menulis ayat-ayat yang puitis dan menggagumkan.hihhiihihi.Tema dia tentulah Guru,tak silap UA perlu karang tentang jasa guru..Masa itu semua murid yang menyertai pertandingan menulis dalam satu kelas yang di sediakan.Meja pula disusun seperti dalam peperiksaan.Rasa macam dalam peperiksaan pun ada masa itu.Gemuruh semacam!pertama kali menyertai pertandingan katakan.
    Menunggu hari pengumuman pemenang memang meresahkan kalau kita menyertai pertandingan kan?mesti berharap untuk menang,dapat hadiah..biasalah masih budak,pasti seronok sangat kalau dapat hadiah.hhihihi.Pengumuman biasanya di buat waktu perhimpunan hari isnin.Jadi apabila tiba hari pengumuman lagi bertambah resah,gemuruhnya tak boleh dibayangkan.Jadi cuba teka UA menang atau tidak?hihihhi..mestilah menangkan,kalau tidak,tidaklah UA ingat kenangan ini hingga kini,siap ingat nama cikgu lagi.huhuhu..UA dapat tempat kedua dalam pertandingan menulis karangan itu.Kalau tidak dapat juara,tapi kerana satu kesilapan ayat UA terlepaslah gelaran juara.hahahaha..

                                 

  Nak dijadikan cerita,selepas penyampaian hadiah itu pula UA ada kelas Bahasa Melayu.punyalah cikgu Norliza itu marah,dalam kelas dia membebel-bebelkan UA sebab silap tulis pepatah melayu,yang satu ini "Guru ibarat lilin,membakar diri untuk menerangi orang lain" katanya UA tulis terbalik.UA pun tak ingat apa yang UA tulis.Aduhai!redha je la kena bebel,janji dapat hadiah kan!
hahahaha...



   Nak tahu tak hadiah apa?sebuah buku cerita dari siri pengembaraan Enid Blyton "DI ISTANA" 
versi bahasa melayu.Ceritanya sangat menyeronokkan.Buat pengetahuan semua itulah buku pertama UA.tapi sayangnya buku itu pun sudah hilang entah ke mana.Hajat hati mahu cari dan beli buku ini untuk mengingati kenangan manis di zaman persekolahan.Hmm..itulah cerita hari guru UA.panjang menjela..terima kasih pada yang sudi membaca!Untuk cikgu Norliza,terima kasih atas kenangan manis ini.Akhir kata,Saya sayang cikgu saya!

Friday, 15 May 2015

simple RM100 giveaway byigeni

Ummul Azkee

Walaupun sejak dari dulu UA tak berapa bertuah dari segi cabutan bertuah,giveaway atau pertandingan.UA tetap tak mahu putus asa dan mahu menyertai giveaway ini.Insyallah rezeki itu dari Allah,Kita cuba dan cuba lagi..huhuhuhu

               

hadiah dia..


Wang Tunai RM 20 (x2 Pemenang)

Topup RM 5 (x7 Pemenang)

Topup RM 10 (x3 Pemenang)

Total : 12 Pemenang


walaupun tak banyak mana tapi rezeki juga kalau menang kan?

sedikit itu lebih baik dari banyak tapi tak diberkati

betul ke tidak..?

syarat -syarat penyertaan pun taklah begitu susah kan..

klik sini untuk sertai..

SEGMEN JOM CATWALK BERSAMA PAPAGLAMZ

Ummul Azkee

         Selamat pagi!Salam jumaat untuk semua.Moga ceria hendaknya di hari yang barakah ini.Bersempena hari yang baik ini UA dengan ini menyertai Segmen Jom Catwalk Bersama Papaglamz.Insyallah moga murah rezeki dan terpilih untuk Catwalk bersama Papaglamz,tapi bukan UA yang catwalk tapi blog UA.huhuhu..

                               

Sesiapa yang nak join bolehlah klik sini


tarikh akhir esok ya!


El Gamma Penumbra Juara Asia's Got Talent 2015

Ummul Azkee


   Setelah beberapa minggu menonton rancangan Asia's Got Talent,malam ini berakhirnya Asia's Got Talent 2015.Rancangan realiti ini merupakan rancangan yang sentiasa di tunggu-tunggu UA,suami dan anak-anak setiap minggu.Jujurnya UA dan suami bukanlah peminat rancangan realiti hiburan lebih-lebih lagi rancangan realiti nyanyian.Akan tetapi melihatkan kelainan rancangan ini menarik minat kami untuk terus menonton dari minggu ke minggu.Tanpa bosan kami menonton sehinggalah ke peringkat akhir pada malam ini.
   Pada mulanya tentulah mahu menonton persembahan peserta dari Malaysia dan memberi sokongan pada mereka tapi malangnya Sada Borneo satu-satu nya wakil dari Malaysia yang mara ke peringkat semi akhir tidak berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir.Saingan begitu sengit antara semua peserta.Sememangnya semuanya sangat berbakat.
  Salah satu keistimewaan Asia's Got Talent ini adalah kepelbagaian hiburan yang bukan setakat nyanyian,tetapi juga kreativiti dari segi perbezaan muzik,tarian,silap mata dan juga lukisan.Atas keunikan dan kreativiti inilah yang membuatkan UA dan suami tertarik hati mahu terus menonton.



  Seperti yang diketahui El Gamma Penumbra yang merupakan peserta berkumpulan dari Filipina telah menjuarai Asia's Got Talent 2015.Mereka memenangi hadiah utama bernilai US$100 000 serta berpeluang membuat persembahan di Marina Bay Sands.
  Buat pengetahuan semua El Gamma Penumbra merupakan salah satu kumpulan peserta kegemaran UA,suami dan anak-anak.Sememangya kreativiti anak-anak muda dari Filipina ini sangat mengagumkan.
  Pada hari pertama mereka membuat persembahan dalam sesi uji bakat,kreativiti mereka terserlah.
Persembahan tarian mereka bukanlah persembahan tarian yang biasa kita lihat di televisyen.
Mereka menampilkan persembahan tarian yang menggunakan bayang-bayang dan yang menariknya ialah tarian bayang-bayang mereka ini mempunyai jalan cerita seperti satu kisah yang mempunyai mesej yang memberi kesedaran tentang realiti kehidupan masa kini,kemanusiaan dan tentang kemusnahan alam serta bencana yang terjadi atas kerakusan manusia.
  Bagi UA inilah persembahan hiburan terbaik yang pernah UA pernah tontoni.Hiburan yang bukan hanya sekadar untuk menghiburkan kita tetapi juga memberi kesedaran dan membuatkan kita berfikir sejenak tentang kehidupan kita.Rasanya kita,rakyat Malaysia memerlukan bakat kreatif serta rancangan berbentuk kesedaran sebegini di Malaysia dan bukan hanya hiburan semata-mata.Bakat yang bukan hanya bergantung pada kecantikan atau lunakan suara sahaja tetapi juga bakat yang mampu
memberikan inspirasi pada semua terutamanya pada generasi muda.

Berikut di bawah adalah video salah satu persembahan kreatif dari El Gamma Penumbra atau jika mahu menonton kesemua persembahan El Gamma Penumbra bolehlah ke YOUTUBE atau ke website
AXN












Wednesday, 13 May 2015

Mudahnya membeli di RAKUTEN.5 produk kegemaran yang ingin dimiliki!

Ummul Azkee


     Sejak dari dulu,sewaktu zaman persekolahan lagi UA memang gilakan barangan kraf dan juga alat tulis seperti pen berwarna-warni,pensel warna,krayon,warna air,warna poster.Kegilaan ini berterusan sehinggalah zaman universiti dan kini hobi ini kembali  apabila UA berjinak-jinak dengan ilustrasi buku kanak-kanak tahun lepas.Antara jenama produk alat tulis yang UA suka sekali adalah
STAEDTLER.Rasanya semua sedia maklum akan produk serta kualiti alat tulis STAEDTLER yang sangat popular di kalangan pelajar.Siapa yang tak pernah menggunakan produk ini,rasanya semua org pernah walaupun hanya sekadar pensel biasa mahupun pensel warna.

     Kini,STAEDTLER mempunyai pelbagai produk alat tulis,dan pastinya UA amat teruja untuk memiliknya.Namun satu masalah yang UA hadapi adalah mendapatkan produk baru dari
STAEDTLER,sangat susah!Inilah pengalaman yang UA lalui untuk dapatkan produk STAEDTLER
dari tahun lepas yang sehingga kini masih tak dapat dimiliki.Dari Tesco,ke Giant,kemudian ke Popular tak juga jumpa produk STAEDTLER yang UA mahukan itu.Dan dengan rasa kecewa terkuburlah hasrat hati mahu memiliki barang idaman UA itu.



     Namun begitu apa yang menggembirakan hati UA.semalam selepas terbaca tentang laman web Rakuten di blog cekgunorazimah.Maka,UA pun tergerak hati untuk melihat produk yang terdapat di laman web Rakuten.Gembira betul rasa hati ini apabila terjumpa produk STAEDTLER yang UA
idamkan,tak sabar nak dapatkan barang idaman hati.Setelah melawat dan melihat produk yang ada di laman web Rakuten ini.Maka ini lah antara 5 produk kegemaran UA di laman web Rakuten ini.
Insyallah akan dapatkan dalam masa terdekat ini.seronoknya!hehehe...




RM93.60

Inilah produk STAEDTLER yang UA cari di merata tempat tapi tak jumpa.Nasib di Rakuten ada,tak lah UA memendam rasa lagi.hihhihihihi.
-mata pen ini tersangatlah halus memang sesuai untuk melukis atau "doodle"
-pen ini berbentuk tiga segi dan sangat mudah untuk penulisan juga,
-dakwatnya takkan kering walaupun kita lupa tutup dengan penutup pen
-dan yang paling penting untuk UA pen ini kalis air
-ia juga mudah dicuci sekiranya terkena pada pakaian.
-terdapat 30 warna yang berlainan dan menarik.seronoklah UA melukis.hehehe..
tak percaya?cuba tonton video di bawah ini..







RM74.90

Ha!inilah produk kedua yang sangat menarik bagi UA,suka sangat!dari dulu memang suka set warna macam ini.Sangat mudah!
-mudah untuk di bawa ke mana-mana,sesuai untuk aktiviti melukis di luar(plein air)
-produk ini adalah produk profesional warna air berbentuk pensel.
-lengkap 1set dengan 12 warna pensel,1 berus lukisan,1pengasah pensel,1 pad kertas warna air dan 1bekas air.semua ada dalam satu set.ohhh mudahnya..




RM29.90


cop huruf ini memang menarik untuk buat barang kraf seperti kad dan juga cara menarik nak ajar anak-anak UA belajar tentang huruf.maka UA boleh guna untuk aktiviti kraf seperti buat kad dan berseronok belajar huruf dengan anak-anak.
-semuannya ada 30 termasuk huruf dan simbol
-termasuk dengan kotak kayu yang mudahkan penyimpanan.





RM 6.90 


satu lagi cop tapi bercorak yang menarik,ada 6 corak menarik untuk dipilih.boleh digunakan untuk buat kad atau kertas hadiah.menarik kan!





RM529


fuh!UA rasa inilah produk STAEDTLER yang paling dan tersangatlah menarik hati yang UA jumpa di Rukaten.Pen digital yang sangat versatil.kalau ada orang bagi ini pada UA,memang sayang sangatlah UA pada dia.hihhihihi...sebab UA kalau nak beli ini kena kumpul duit dulu..huhuhu..
kegunaan dia tersangat  meluas ok.cuba lihat  gambar di bawah ini.




-pen ini boleh diguanakn di mana-mana permukaan,termasuk kertas biasa
-kita boleh simpan tulisan atau lakaran kita pada kertas dan alihkan pada komputer,telefon pintar atau tablet.menarik kan?
-boleh simpan 100 mukasurat saiz A4
-boleh digunakan pada komputer yg ada sofware windows dan juga Mac
-juga sesuai untuk Blacberry,ipad dan iphone
-ada wireless data dan bluetooth untuk pc juga telefon pintar.
-boleh mengenalpasti 32 bahasa 
-boleh berfungsi sebagai mouse pada pc
-bateri di dicas mengunakan kabel USB.
oh menariknya!!!

jadi sesiapa yang berminat dengan produk yg UA ingin miliki,klik di sini untuk mula membeli di Rakuten!macam-macam ada..senang pun senang,sambil berbaring atas katil pun boleh.Tak perlu lagi cari merata tempat macam UA.hehehe..Rasa seronok sangat ni!Dapatlah UA beli kesemua lima produk kegemaran UA di Rakuten ini,rasanya 4 produk lain itu  insyallah boleh beli tapi yang no.5 itu harap-harap jadi kenyataan juga..huhuhu..
buat pengetahuan semua entri ini adalah untuk Peraduan Blogger ShopCoupons X Rakuten 




moga murah rezeki UA hendaknya..Amin.

Anda boleh mendapat produk-produk tersenarai di Rakuten Malaysia Post ini merupakan entry untuk Peraduan Blogger ShopCoupons X Rakuten. Anjuran ShopCoupons. Rakuten Voucher tajaan Rakuten Malaysia.


                                               Mari sertai blogger semua!!!!!
                                         

Coprights @ 2016, Blogger Templates Designed By Templateism | Templatelib