Now you can Subscribe using RSS

Submit your Email

Monday, 9 November 2015

Tips menulis dari Andrea Hirata,Penulis Laskar Pelangi

Ummul Azkee

TIP MENULIS NOVEL



google image


Tip menulis dari Andrea Hirata


  Semalam UA  belek-belek buku nota tip penulisan kepunyaan UA, waktu itu sedang mencatat nota tentang langkah dan tip menulis buku kanak-kanak dari sebuah buku yang UA pinjam dari perpustakaan. UA terjumpa satu catatan tip penulisan dari Andrea Hirata,penulis buku Laskar pelangi,sebuah novel yang telah difilemkan dan menjadi sangat popular.

  Seingat UA catatan tips itu UA tulis selepas menonton video satu temubual bersama Andrea Hirata di stesen televisyen di indonesia yang dikongsikan di laman facebook Yusof gajah tahun lepas.Buat pengetahuan semua Pak yusof banyak berkongsi tips penulisan di lamannya dan sangat memberi inspirasi pada UA untuk menulis.Nak tahu tak apa tipnya?jom baca..



1. KARANGAN SENDIRI

      Penulisan yang kita hasilkan perlulah hasil karangan dan kreativiti kita sendiri. Idea dan buah fikiran kita sendiri,dan bukan ditulis melalui pembacaan penulisan lain. atau copy dan paste karya orang lain.



2. CERITA UNIVERSAL

     Cerita dan penulisan kita itu perlulah tahan lama,tidak basi atau dalam erti kata lain tidak lapuk di makan zaman.Selain itu penulisan kita haruslah seperti kita melihat gambar, harus jelas dan terperinci. Contohnya, jika seseorang menaiki kereta.perlulah di jelaskan nama kereta,model,pandangan kiri kanan,muzik yang diputarkan.



3. KEGHAIRAHAN DAN MINAT

     Sentiasa tanya dalam diri kita, mengapa kita menulis?Adakah kerana cintakan dunia penulisan atau ada sebab disebaliknya kerana menulis memerlukan komitmen yang tinggi dan tak mudah untuk menulis sesuatu yang mampu menarik hati dan diterima oleh masyarakat.



4. TULIS SESUATU YANG BERMAKNA

      Tetapkan dalam diri untuk menulis sesuatu yang bermakna,sesuatu yang boleh membuatkan orang bersemangat.Tulis sesuatu yang memberi impak pada orang lain, kerana penulisan mempunyai kuasa yang boleh membuatkan persepsi seseorang tentang sesuatu berubah. Selain itu pastikan juga penulisan kita di tulis secara sederhana, realistik dan memberi impak semudah mungkin.



   Harap perkongsian tentang tips menulis dari Andrea Hirata ini bermanfaat buat semua.teruskan menulis dan pastikan ia memberi impak positif pada semua.








   




Ummul Azkee / Author & Editor

"A self motivated women with hundreds of challenge. Its all about how to get strength to face the challenge of life and to make dream come true. Arts is the way I motivate myself to be a strong women, remind me to stay positive in all challenge that will come in my life.Learning about realities of life that might comes and never give up."

8 comments:

  1. nice tips... rajin menulis apa pun boleh....

    ReplyDelete
  2. menarik tips ni UA...KG suka mengarang cerpen masa sekolah...

    ReplyDelete
  3. Tips yg menarik UA... Nanti nak cari gak la ... Thanks Na

    ReplyDelete
  4. arrgghh..!! rindu nak baca karya Adrea Hirata.
    memang superb tips dia bagi kan.. expecially bab minat dan keghairahan tu.. kalau tak betul2 bersemangat, alamatnya novel tak siap2 dan sangkut setengah jalan la.. hehehehee... :)

    ReplyDelete
  5. Passion dan something useful for others membuatkan seseorang penulis itu berjaya menyelami pembaca :)
    Sha pernah tengok Laskar Pelangi je, baca novelnya belum lagi. Nak cari la lepas ni.

    ReplyDelete

THANKS FOR THE LOVELY COMMENT. SO APPRICIATE IT..

Coprights @ 2016, Blogger Templates Designed By Templateism | Templatelib