Now you can Subscribe using RSS

Submit your Email

Saturday, 28 November 2015

doodle nama Afrina

Ummul Azkee


Doodle Nama


Doodle Nama Afrina


       Mood melukis UA sudah datang, hihi...sekarang ini UA terasa berminat seni doodle ini, terasa mahu jadikan hobi pula. Gigih UA tonton Utube cari tutorial doodle. Dari paten doodle sehinggalah rekaan doodle UA tonton untuk belajar dan tambah ilmu doddle ini. Kalau mahu tambah ilmu masak kita tonton rancangan masakan, mahu belajar doodle kita tonton tutorial doodle, hehe..

       Jadi beberapa hari lepas, UA mulakan dengan mengumpul dan melukis corak doodle terlebih dahulu. Lepas sahaja siap 30 paten doodle itu hari seterusnya UA mulakan rekaan doodle UA dengan mencari font dan melukis font yang UA suka. Sudah lama niat mahu buat doodle nama anak-anak , jadi UA mulakan dengan doodle nama Afrina. hihi..bukan main seronok lagi dia tengok ibu doodle nama dia, sampaikan dia kata mahu warnakan, tapi tidaklah bagi kan..lain kali ok! ini  pertama untuk awak Afrina, hihihi.. selepas siap doodle ini ibu buat yang lain untuk awak. huhu..

 Jadi langkah pertama UA lukis font dahulu guna pensel mengikut font yang UA pilih di dalam WORD , kemudian rasa sudah ok baru UA melukis kembali menggunakan pen.hasilnya sila lihat di bawah.




      Kemudian setelah itu baru UA fikirkan rekaan apa lagi mahu dilukis di doodle nama Afrina ini. Disebabkan UA baru berjinak-jinak dalam dunia ilustrasi kanak-kanak, UA fikir UA adalah lebih baik UA lukis karakter kanak-kanak pada doodle ini.Jadi UA cuba lukis Afrina dalam bentuk ilustrasi. Kenapa UA kata cuba, jujurnya UA agak sukar mahu menggambarkan wajah kanak-kanak dalam bentuk kartun yang comel sebab selalu nya UA melukis dalam bentuk sebenar. Faham tak? hehe.. Selepas mencuba beberapa kali terhasil lah ilustrasi Afrina seperti di bawah ini, Ada tak macam Afrina? Cuba komen sikit.hehe.. Sebelum itu UA lukiskan paten yang UA suka pada nama Afrina dan jadilah seperti didalam gambah dibawah.
   



    Selepas siapkan warna doodle nama Afrina ini, semestinya UA akan melukis doodle nama Adriana pula, barulah adil kan. hehe.. Lagipun Adriana sudah bertanya"ibu,bila ibu nak lukis untuk adik pula?,'' Hm..Cemburu dengan kakak la tu!hahaha.. oklah sampai jumpa di entri akan datang.Tata.

Ummul Azkee / Author & Editor

"A self motivated women with hundreds of challenge. Its all about how to get strength to face the challenge of life and to make dream come true. Arts is the way I motivate myself to be a strong women, remind me to stay positive in all challenge that will come in my life.Learning about realities of life that might comes and never give up."

23 comments:

  1. comel..boleh buat bisnes ni..hehehe

    ReplyDelete
  2. Wahh..cantik lah!! inspired juga..nanti boleh buat. Thank you for sharing yaaa

    ReplyDelete
  3. nice.. boleh ambik job dah ni.. hehehe

    ReplyDelete
  4. anak kak zi pun suka sungguh buat doodle ni....cantik tu ummul...boleh buat job

    ReplyDelete
  5. comel. teringat zmn sekolah dulu asyik tulis nama cara doodle ni..

    ReplyDelete
  6. nak jugek doodle name kite.. pleasee.. :)

    ReplyDelete
  7. nice entry. done follow, follow me back :)

    ReplyDelete
  8. Bisnes doodle UA. Comey je tengok doodle tu semua. Tapisebelum tu buat dulu utk EFG. Opppsssss, ekekeke :D

    ReplyDelete

THANKS FOR THE LOVELY COMMENT. SO APPRICIATE IT..

Coprights @ 2016, Blogger Templates Designed By Templateism | Templatelib