Now you can Subscribe using RSS

Submit your Email

Thursday, 15 October 2015

Tentang Azam,cita-cita dan matlamat hidup

Ummul Azkee

AZAM DAN CITA-CITA


google image

AZAM BARU

   Baru semalam kita menyambut tahun baru dalam bulan Islam.UA pasti ada dikalangan kita akan meletakkan azam,cita-cita mahupun matlamat untuk dicapai di masa hadapan.Semua orang mahukan kehidupan yang lebih baik,yang terbaik.Dan semua orang mampu dan mudah mengatakan azam,cita-cita mahupun matlamat,namun untuk mencapai setiap yang diimpikan bukan semudah mengatakannya.Ramai yang gagal dalam mencapai matlamat yang ingin mereka capai kerana tidak mempunyai ilmu tentang cara memajukan diri atau kurang semangat mahupun keyakinan dalam diri.UA pun tak terlepas dari kegagalan itu.tapi itu bukan alasan untuk kita berputus asa untuk mengubah diri kita mahupun kehidupan.

  Bermacam-macam azam yang kita semua impikan bukan?Bukan sahaja dari segi ingin meningkatkan taraf hidup seperti mahu beli rumah, tetapi juga dari segi sikap kita,mahu jadi manusia yang lebih baik ataupun mahu  meningkatkan ibadah kita demi menjadi seorang hamba yang taat padaNya.Semuanya tidak mustahil asalkan kita ada kesedaran dalam diri.Itu lebih baik dari kita hidup bertahun-tahun tanpa punya matlamat dan cita-cita.Saban tahun berlalu namun tiada perubahan yang kita lakukan,Alangkah sia-sianya hidup.Lebih sedih lagi jika kita tidak tahu matlamat atau tujuan kita hidup di dunia ini.


CITA-CITA

   Dari kecil lagi kita diasakkan dengan persoalan cita-cita hinggakan kita tidak tahu apa dan mengapa kita perlu ada cita-cita,hinggakan matlamat untuk mencapai cita-cita itu pun kita tak tahu,kalau ada pun semuanya hanyalah kerana kesenangan hidup.


Selalu kita dengar orang kata..

   "Dah besar nanti jadilah doktor,gaji banyak..senang lenang hidup nanti."


Jarang kita dengar orang kata..


   "Jadilah doktor,boleh beri manfaat pada orang lain,bantu orang..Allah pun sayang."


  Jujur UA katakan UA pun pernah terlepas pandang tentang ini.Menulis cita-cita sekadar kerana minat dan impian,tanpa niat untuk apa cita-cita itu ingin dikecapi.Adakah hanya untuk kemahsyuran dan kesenangan hidup atau memberi manfaat pada orang lain.
 Namun kini UA sedar yang setiap apa yang kita mahukan,yang kita azamkan seharusnya diiringi dengan niat untuk memberi manfaat pada orang lain dan mencapai redhaNya.Sebolehnya UA ingin terapkan ini dalam diri anak-anak.
 Tak salah jika kita mempunyai cita-cita,tapi fikirkan kembali niat hati kita untuk mencapai cita-cita kita itu..samada untuk kemahsyuran hidup ataupun demi redhaNya.


 


Ummul Azkee / Author & Editor

"A self motivated women with hundreds of challenge. Its all about how to get strength to face the challenge of life and to make dream come true. Arts is the way I motivate myself to be a strong women, remind me to stay positive in all challenge that will come in my life.Learning about realities of life that might comes and never give up."

4 comments:

  1. Cita-cita murni, inshaAllah mendorong kita untuk jadi lebih baik. =)

    ReplyDelete
  2. semoga kita akan sentiasa menjadi yang terbaik hari demi hari ummul, in shaa allah.

    ReplyDelete
  3. Apa pun bidang yang kita ceburi sandarkan niat sepenuhnya untuk bantu orang lain dan iklas kerana Allah

    ReplyDelete
  4. ya, yang penting tetapkan hati dan iman kita untuk menjadi apa yang terbaik untuk Sang Pencipta. Semoga dipermudahkan apa jua yang Ummul cita-citakan.. aamiin.. :)

    ReplyDelete

THANKS FOR THE LOVELY COMMENT. SO APPRICIATE IT..

Coprights @ 2016, Blogger Templates Designed By Templateism | Templatelib