Now you can Subscribe using RSS

Submit your Email

Thursday, 22 October 2015

Menulis buku untuk yang tersayang?

Ummul Azkee

Simpan kenangan dengan menulis buku



  Buku! Siapa yang suka baca buku? Sila angkat tangan!hehe.. Ua sememangnya pencinta buku. Dari zaman belajar hingga kini kalau nampak buku feel dia memang lain. Sanggup tak makan asalkan dapat beli buku. Kalau pergi kedai buku jangan cakaplah, rasa nak borong semua. huhu..
  Teringat waktu zaman belajar,sanggup pinjam buku tebal-tebal dan pikul buku banyak-banyak walaupun kolej nuh jauh berkilo meter.hihi..

   Apabila membaca isi kandungan sesuatu buku dan tertarik dengan kulit buku yang kreatif, Ua rasa kagum dengan mereka yang terlibat dalam dunia penulisan dan penerbitan buku. Selalu terdetik di hati "bagaimana ya proses menghasilkan sesuatu buku?". Bagaimana ya mahu menulis buku?". Perasaan ingin tahu tu dari hari ke sehari makin membuak-buak gitu.


 Semenjak ada anak, setiap bulan pasti Ua akan belikan buku cerita untuk anak-anak. Pantang ada jualan buku, pasti Ua tak ketinggalan untuk membeli sehinggakan kini banyak juga koleksi buku kanak-kanak di rumah ini. Ada lebih dari 50 buah.

  Melihatkan buku bergambar kanak-kanak yang berwarna warni dan ilustrasi yang comel keinginan menulis dan melukis ilustrasi buku kanak-kanak datang tanpa disedari. Ada sesuatu yang terdapat dalam buku itu yang membuatkan Ua terfikir untuk menghasilkan buku kanak-kanak hasil buah tangan sendiri. Tahu apa dia?Cuba lihat gambar di bawah...



    Kebanyakkan buku bergambar keluaran luar negara di muka surat hadapan pasti akan ada tulis tulisan pada siapa buku ini didedikasikan. Melalui mesej di atas Ua ketahui yang kebanyakkan penulis menulis buku-buku bergambar kanak-kanak ini sebagai tanda kasih dan ingatan mereka pada yang tersayang. Sememangnya sesuatu perkara yang sangat sweet untuk dilakukan kerana bukan mudah nak menghasilkan sesuatu buku walaupun buku cerita kanak-kanak.

  Jadi Ua pun simpan hasrat yang sama. Mahu hasilkan buku untuk didedikasikan pada insan tersayang dalam hidup Ua..
Buat masa ini teringin mahu hasilkan buku untuk didedikasikan pada Afrina dan Adriana sebagai tanda sayang Ua pada mereka berdua. Ua tahu pasti tak mudah nak capai hasrat ini. Doakan ya moga-moga impian Ua yang satu ini tercapai.

    Ada sesiapa yang mahu lakukan perkara ya sama tak? Kalau ada yang mempunyai hasrat begitu tak mustahil tau! Kita boleh hasilkan buku buah tangan kita sendiri asalkan kita ada niat dan usaha. Nanti di entri akan datang Ua kongsikan cara dan langkah-langkah menghasilkan buku bergambar kanak-kanak yang Ua pelajari dari sifu Ua, Yusof Gajah.






 

Ummul Azkee / Author & Editor

"A self motivated women with hundreds of challenge. Its all about how to get strength to face the challenge of life and to make dream come true. Arts is the way I motivate myself to be a strong women, remind me to stay positive in all challenge that will come in my life.Learning about realities of life that might comes and never give up."

14 comments:

  1. UA, saya suka beli buku jugak. And currently pendatang tetap public library - every 3 weeks pinjam 6 buku (wpun tak semua baca habis lol) and yes, teringin jugak nak tulis buku untuk anak2. nak tulis harapan2, perasaan2 yg kita rasa kat mereka sekarang for us to refelct bila dah tua/dewasa nanti.

    buku kanak2 mcm tak reti sgt, but UA dah bg saya idea! tq. actually kami selalu spend time lukis sambil cerita2 every night as part of our homeschooling activity. might as well keep all the silly stories and compile them - make a book kann

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita sama..hehe..saya pun setiap dua minggu pergi library n pinjam buku..

      Nnti saya share psl cara menulis buku kanak-kanaj k..inspirasi kadang2 boleh kita dpt dr anak2 kita juga..

      Delete
  2. Semoga tercapai hasrat kak ummul :)

    ReplyDelete
  3. InsyaAllah moga-moga impian Ua tercapai. Aamin.

    ReplyDelete
  4. InsyaAllah moga-moga impian Ua tercapai. Aamin.

    ReplyDelete
  5. Waktu belajaq dulu mummy pernah buat buku kanak-kanak sbg assignment.. dari cover design sampai la story line.. Syokk oo... tp la ni tak dan nak wat semua tu.. mummy wat blog je dedicated tuk hero2.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. mummy xnak buat blog mummy tu jdkan buku keeew ;p

      Delete
    2. Wah..buat assigmnt?msti byk ilmu psl buku kanak2 ni

      Delete
  6. wak dh bukukan blog., hehe2 buat kenangan jer

    ReplyDelete
  7. Suka dengan penulisan entry akak ni... !! saya harap dapat belajar sesuatu daripada blog akak. Saya masih baru di dunia blog

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq..insyallah.akk pun masih bru juga..sama2 kita belajar ya. . :)

      Delete

THANKS FOR THE LOVELY COMMENT. SO APPRICIATE IT..

Coprights @ 2016, Blogger Templates Designed By Templateism | Templatelib