Now you can Subscribe using RSS

Submit your Email

Wednesday, 28 October 2015

Festival Sastera Kanak-kanak 2015 - Untuk kanak-kanak & Ibubapa

Ummul Azkee

FESTIVAL SASTERA KANAK-KANAK 2015


google image



   Siapa tahu tentang festival Sastera kanak-kanak ?Kalau tak tahu..UA mahu ceritakan serba sedikit tentang festival tahunan ini. UA pun baru sahaja tahu tentang festival ini tahun lepas.Bagus tau
festival ini, sesuai untuk dikunjungi keluarga yang mempunyai anak-anak, banyak ilmu boleh kita perolehi di sini.

  Sebelum bercerita lebih lanjut UA , sebenarnya Festival Sastera Kanak-kanak atau FSK ini dianjurkan oleh Kota Buku dengan kerjasama kementerian pendidikan, Petrosains,juga agensi kerajaan dan organisasi swasta. Tujuan Festival ini diadakan adalah untuk mengetengahkan sastera kanak-kanak dan memupuk budaya membaca di kalangan kanak-kanak.

   Festival Sastera kanak-kanak ini akan bermula esok ,29 Oktober 2015 sehingga hujung minggu ini,1 November 2015 bertempat di Dataran Underground, Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Tema bagi festival Sastera Kanak-kanak pada tahun ini adalah "One World, Many Stories".

  Seronok tau festival ini, ada macam-macam aktiviti untuk kanak-kanak dan juga seminar untuk ibubapa mendalami dunia sastera kanak-kanak .Ilmu ini berguna untuk ibubapa menambah ilmu tentang dunia buku kanak-kanak dan kepentingan nya pada anak-anak mereka. 


 Berikut adalah jadual seminar dan bengkel yang akan dijalankan sepanjang festival ini.



    JADUAL PENUH AKTIVITI FESTIVAL SASTERA KANAK-KANAK 2015


dari laman web fsk

  
  Jom ke sana.UA insyallah akan bawa anak-anak menyertai aktiviti menarik di sana hujung minggu ini.Mesti mereka seronok...


 Untuk maklumat lanjut bolehlah  bolehlah kunjungi laman web Festival Sastera Kanak-kanak di www.fsk.my atau hubungi no.yang terdapat di gambar.





Ummul Azkee / Author & Editor

"A self motivated women with hundreds of challenge. Its all about how to get strength to face the challenge of life and to make dream come true. Arts is the way I motivate myself to be a strong women, remind me to stay positive in all challenge that will come in my life.Learning about realities of life that might comes and never give up."

12 comments:

  1. Macam ohsem je tapi this week dah ada plan pulak. Camne ni, nnt UA buat liputan ye. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala..sorry aishah.lambat buat entri ini..mood tak dtg nak menulis.tadi baru perasan esok start.hmmm..thn lps pun saya tak dpt join.thn ni insyallah hari ahad je boleh pergi.insyallah tahun dpn nak juga pergi hari2 dgr seminar dia.

      Delete
  2. Replies
    1. tu la kak noor,moga2 diorang happy ...ibu pun happy juga boleh tambah ilmu.insyallah..

      Delete
  3. Kak UA.. dekat tak tempatnya dengan JUNCTION WALK?

    ReplyDelete
  4. erm..xsure la along..xpnh pergi..dia dkt bangunan sultan abdul samad tu rasanya..

    ReplyDelete
  5. Seronoknya. Zmn sekolah dlu minat sgt dgn sastera

    ReplyDelete
  6. menarik aktiviti ni utk kanak2 kann., ;p

    ReplyDelete
  7. Ya mapunnnnnnnn. Follower #100 Pengetua Mommy Irra rupenye. Haha :p
    Check jap kita follower no. brape..

    ReplyDelete
  8. hai...yaya datang dari Jom Kita Sembang Bersama 35 Blogger...salam perkenalan dari Yaya Cendana :)

    mohon komen murni di

    http://www.yayacendana.com/2015/10/asean-musical-extravaganza-2015-matic.html#comment-form

    terima kasih ^_^

    ReplyDelete
  9. Ala weekend ni macam busy je... Xdan nak join.. Kalo tak mesti hero2 enjoy! Takpa. Nanti share story ea UA..

    ReplyDelete
  10. Great post dear! Have a nice weekend:)

    irenethayer.com

    ReplyDelete

THANKS FOR THE LOVELY COMMENT. SO APPRICIATE IT..

Coprights @ 2016, Blogger Templates Designed By Templateism | Templatelib