Now you can Subscribe using RSS

Submit your Email

Thursday, 8 October 2015

CABARAN 7HARI | gadjet tercinta

Ummul Azkee

CABARAN INSTABLOG 7HARI EFGKBBA


Gadjet tercinta

    Bercerita tentang gadjet ,UA pasti kini kebanyakkan orang memilikinya.Gadjet kini menjadi satu keperluan memudahkan segala urusan.Contoh paling mudah adalah urusan pekerjaan seperti menghantar e-mail.Kini melalui telefon pintar kita boleh menghantar dan menerima email dengan mudah.Tak perlu nak on pc atau komputer riba.

    UA pun tak terlepas dari memiliki gadjet.Gadjet pertama yang UA miliki adalah telefon pintar Blackberry Torch hadiah dari suami.Pada mulanya memang tiada keperluan untuk memilikinya,namun setelah khidmat aplikasi percuma seperti whatsapp diperkenalkan.nyata ia lebih menjimatkan dari khidmat pesanan ringkas.Dengan serendah rm20 sebulan,UA boleh berjimat dengan menggunakan perkhidmatan internet blackberry.Sudah hampir 4tahun UA menggunakan telefon pintar blackberry ini.dan jujurnya amat sayang dengan telefon ini.



   Walaupun sudah bertukar kepada telefon lain,telefon ini tetap menjadi kesayangan UA kerana hadiah dari suami dan banyak berjasa pada UA.Paling UA sukakan tentang telefon ini adalah kameranya yang menghasilkan gambar yang berkualiti.Kamera memang salah satu krateria terpenting bagi UA apabila ingin memiliki sesebuah telefon.kerana UA sukakan fotografi.Gambar di bawah ini adalah salah satu gambar yang UA ambil menggunakan telefon blackberry kesayangan UA.Baguskan kualitinya.
  Namun ada kekurangannya juga,biasalah tiada benda yang sempurna di dunia ini kan.Telefon ini bukan telefon android,jadi tak bolehlah nak muat turut aplikasi dari google play,Itulah antara sebab UA bertukar pada telefon lain.Walaubagaimana pun telefon ini tetap jadi gadjet tercinta UA sampai bila-bila.
 


   



Ummul Azkee / Author & Editor

"A self motivated women with hundreds of challenge. Its all about how to get strength to face the challenge of life and to make dream come true. Arts is the way I motivate myself to be a strong women, remind me to stay positive in all challenge that will come in my life.Learning about realities of life that might comes and never give up."

4 comments:

  1. wah cantiknya bunga tu Ummul. kak ana laa ni pun kembali berkebun hihi :)

    ReplyDelete
  2. Cantik bunga tu mcm kak ummul ;)

    ReplyDelete
  3. hadiah kan tu ..memang betul2 kenangan yg tak dpt dilupakan.., tentulahh paling syg...

    hehee

    ReplyDelete
  4. wow. BB. haha. honestly kita x pernah lagi pakai BB. tak reti nak pakai dengan keyboard dia yang kcik dulu2 tu. kita biasa pkai XPeria.

    ReplyDelete

THANKS FOR THE LOVELY COMMENT. SO APPRICIATE IT..

Coprights @ 2016, Blogger Templates Designed By Templateism | Templatelib