Now you can Subscribe using RSS

Submit your Email

Thursday, 29 October 2015

Apabila iman senipis kulit bawang

Ummul Azkee

APABILA IMAN SENIPIS KULIT BAWANG

google image

   Baru dua,tiga hari lepas kita dikejutkan dengan penemuan gadis berumur 17tahun yang dikelar , menurut  maklumat dari berita, motif pembunuhan adalah kerana perasaan cemburu seorang lelaki apabila gadis tersebut berkawan dengan lelaki lain. Apa hubungan antara suspek dan gadis tersebut pun tidak diketahui.

   Semalam, sekali lagi kita dikejutkan dengan penemuan bayi baru lahir yang di temui di dalam mesin basuh dipercayai ditinggalkan oleh ibunya secara sembunyi. Jika seorang ibu sanggup meninggalkan anaknya , besar kemungkinan ia dilakukan kerana ingin menyembunyikan kelahiran bayi tersebut.

   Di zaman moden dan teknologi kini yang dianggap bertamadun dan maju masih terdapat masalah sosial begini berlaku, malahan lebih teruk dan berleluasa. Kita boleh lihat bagaimana begitu mudah satu-satu tindakan itu dilakukan oleh kerana nafsu amarah, cemburu ,malu atau terdesak tanpa memikirkan impaknya di masa hadapan. Mengapa ya semua ini terjadi? Ada orang kata kerana kurang didikan agama, ada juga kata kerana teknologi yang makin mudah diakses menyebabkan ramai yang terpengaruh dengan sesuatu tindakan yang salah.

   Walauapapun apa orang kata, bukan masalah itu yang patutnya kita fokuskan tapi apa tindakan sewajarnya kita lakukan untuk membendung masalah ini dari berleluasa. Ya,mungkin ada yang kata kita sudah diakhir zaman tapi sebagai manusia yang prihatin rasanya kita memikirkan semula mengapa semua ini terjadi.

  Semuanya kerana iman, iman yang menipis senipis kulit bawang. Ramai yang mementingkan pemakanan yang sihat untuk anak-anak, sekolah yang bagus,tempat tinggal yang selesa,tapi ramai yang lupa makanan rohani juga penting untuk pembentukkan sahsiah. Mungkin akan ada yang kata, nak kata tak bagi didikan agama, kita hantar sekolah agama,belajar tentang halal haram, tetapi terjadi juga masalah ini.

  Tindakan menghantar anak sekolah agama, belajar selok belok agama itu memang tindakan yang wajar dan betul,Cumanya lumrah kita sebagai manusia memang kadangkala akan lalai.


MAKANAN ROHANI


   Hati manusia sememangnya sentiasa  perlukan makanan harian agar kita tidak lapar dan kebuluran. Cuba kita fikirkan kalau kita tengok mereka yang kebuluran di negara yang susah.Apa pun mereka sanggup makan,asalkan perut terisi.Begitu lah juga hati, hati kita ini perlu sentiasa diisi dengan makanan rohani agar kita masih boleh menentukan tindakan kita,samada betul atau tidak, halal atau haram.Makanan rohani ini penting agar kita sedar segala tindakan yang kita dan dapat mengelakkan kita dari bertindak di luar batas kemanusiaan.

  Tapi bagaimana mahu dapatkan makanan rohani ini?Ada banyak cara untuk kita dapatkan makanan ini,paling mudah adalah melalui pembacaan, sebulan sekali selain bacaan kesukaan,pastikan kita beli buku tentang kerohanian, untuk anak,carilah bahan bacaan berbentuk keagamaan,sekarang terdapat banyak bahan bacaan sebegini untuk anak-anak. Sentiasa dedahkan mereka pada pembacaan sebegini agar mereka sentiasa ingat tanggugjawab mereka sebagai seorang muslim.

  Selain itu luangkan masa kita untuk mendengar syarahan atau ceramah agama di masjid atau surau, bawa anak-anak agar mereka dapat mendengar sekali. Di rumah wujudkan suasana yang baik dengan pembacaan a-quran bersama-sama,solat berjemaah. Rumah yang selalu dibacakan dengan ayat-ayat al-quran akan menenangkan hati penghuninya.

  Elakkan dari tontonan cerita yang bertentangan dengan ajaran islam kerana anak-anak paling banyak belajar dari apa yang dilihatnya. Jika tidak dapat dielakkan,pastikan tontonan itu di bawah pengawasan kita,terangkan pada mereka mengapa kita tidak boleh mengikut sesuatu tindakan yang bertentangan. Jika anak bertanya tentang sesuatu kekeliruan, jawab dengan jujur walapun mungkin mereka tidak faham.

  Bagi anak remaja, jadikan lah mereka seperti sahabat kita,sesekali berborak dengan mereka, berbincang dan layan mereka seperti orang dewasa. Hormati mereka, tanyakan pendapat mereka sebelum mengambil sebarang keputusan mengenai jalan hidup mereka. Jangan berkuasa vato pada mereka kerana remaja lebih cenderung memberontak apabila dipaksa dan menjauhkan diri sekiranya mereka diprotes.Ambil tahu tentang aktiviti seharian mereka, sekali sekala keluar berhibur dengan mereka agar mereka rasa disayangi dan rasa dihargai oleh ibubapa. Wujudkan hubungan yang rapat antara ahli keluarga agar mereka tidak berasa sunyi dan bertindakan mencari hiburan di luar.

  Moga sedikit sebanyak coretan UA panjang lebar ini boleh membantu kita sama-sama menyelesaikan permasalahan sosial yang berleluasa kini.Kalau rasa ada nak tambah boleh je komen ya.

  


   

Ummul Azkee / Author & Editor

"A self motivated women with hundreds of challenge. Its all about how to get strength to face the challenge of life and to make dream come true. Arts is the way I motivate myself to be a strong women, remind me to stay positive in all challenge that will come in my life.Learning about realities of life that might comes and never give up."

3 comments:

  1. betul sangat Ummul, dunia semakin menakutkan kena kembali kepada akidah dan agama yang menjadi asas kehidupan, bersih hati dan minda ,in shaa allah .

    ReplyDelete
  2. moga kita semua dijauhkan dari perkara-perkara yang tidak baik....tugas berat kita mendidik anak2 dalam dunia yang semakin mencabar ni...

    ReplyDelete
  3. Salam Jumaat Ummul Azkee, perkongsian yang baik. Semoga kita dan ahli keluarga kita dilindungi dari fitnah Dajjal di akhir zaman. Aameen.

    Akak ada buat simple review di sini.. http://eetasams.blogspot.my/2015/10/post-31blogwalking-di-hari-jumaat-30.html

    ReplyDelete

THANKS FOR THE LOVELY COMMENT. SO APPRICIATE IT..

Coprights @ 2016, Blogger Templates Designed By Templateism | Templatelib