Now you can Subscribe using RSS

Submit your Email

Friday, 30 October 2015

Anugerah FSK | Tahniah kak Emila Yusof !

Ummul Azkee


SIAPA EMILA YUSOF ?



  UA pasti mesti ramai yang masih tak mengenali siapa Emila yusof kan, buat pengetahuan semua kak Emila yusof ini penulis buku dan ilustrator buku kanak-kanak di Malaysia yang makin dikenali di malaysia.Beliau telah meghasilkan lebih dari 50 buah buku kanak-kanak dan aktif meluaskan pasaran buku nya di luar negara. UA amat kagumi bakat serta perjuangan kak Emila meluaskan bakat melukisnya dalam bidang penulisan buku kanak-kanak.

  Semalam bermulanya Festival Sastera kanak-kanak 2015, dan satu Anugerah telah diadakan bagi menghargai mereka yang terlibat dalam bidang penulisan dan ilustrasi buku kanak-kanak dan ia telah disampaikan pada majlis perasmian Festival Sastera Kanak-kanak semalam.Antara yang menerima Anugerah festival sastera kanak-kanak 2015 adalah kak Emila Yusof.

Antara Anugerah Festival Sastera Kanak-kanak 2015 yang dimenangi oleh kak Emila Yusof adalah..


 PEMENANG PERTAMA : kategori Buku Awal Kanak-Kanak Terbaik 

                                 Karya : My Father's Farm



 PEMENANG KETIGA : kategori Buku Awal Kanak-Kanak Terbaik 

                              Karya  :  My Mother's Kitchen



PEMENANG PERTAMA : kategori Buku Bergambar Kanak-Kanak Terbaik

                                  Karya : Lagendary Princesses of Malaysia


 Buku kak Emila Yusof  yang bertajuk My Father's Farm juga terpilih dalam kategori Buku Pilihan Ibubapa.

  Kak Emila terpilih sebagai Ilustrator Buku Kanak-kanak Terbaik bagi Anugerah Festival Sastera Buku Kanak-Kanak 2015.Tahniah kak Emila yusof !Semoga menjadi sumber inspirasi pada kanak-kanak dan pada mereka yang baru berjinak-jinak dalam dunia penulisan serta ilustrasi buku kanak-kanak seperti UA.Moga terus Sukses!!!

 Pada yang ingin mengenali kak Emila dan melihat karya beliau boleh lah ikuti instagram kak emila di @emilayusof atau boleh kunjungi blog kak Emila di Emilatopia





    
   

Ummul Azkee / Author & Editor

"A self motivated women with hundreds of challenge. Its all about how to get strength to face the challenge of life and to make dream come true. Arts is the way I motivate myself to be a strong women, remind me to stay positive in all challenge that will come in my life.Learning about realities of life that might comes and never give up."

6 comments:

  1. Macam pernah dengar nama...tapi cik akak tak kenal ...
    Nilah orgnya...tahniah buat beliau

    http://sweetyzhanieyz83.blogspot.my/2015/10/jom-sembang-blogger-hari-2-bersama-44.html

    ReplyDelete
  2. Warghh..tumpang bangga dgn K.Emila..karya dia mmg best !!

    ReplyDelete
  3. mcm nk kene cari buku ni je ;)

    ReplyDelete
  4. Great post dear! Have a nice weekend:)

    irenethayer.com

    ReplyDelete
  5. Terima kasih kerana menulis artikel ini!

    ReplyDelete
  6. Assalammualikum wbt

    Salam kenal. Pertama kali jejak ke blog ni. Anyways..sy antara peminat penulis buku-buku di atas. Ada yang dah beli pun and ini juga kali pertama saya melihat beliau di blog anda. Heheh...Thank you for sharing..jemput singgah ke blog

    ReplyDelete

THANKS FOR THE LOVELY COMMENT. SO APPRICIATE IT..

Coprights @ 2016, Blogger Templates Designed By Templateism | Templatelib