Wajah baru,Semangat baru!
Semalam hari sibuk kami sekeluarga.ke sana ke mari sebab hari sabtu en.suami kerja.ada perasmian untuk unit rumah baru di Kuala Lumpur.En.suami bekerja di syarikat hartanah di Kuala Lumpur.
Mulanya kami ke Tesco membeli belah barang dapur,lama juga di sana beli barang untuk seminggu sebab kalau tak beli memang agak payah nak keluar sebab selalu hari kerja,lepas maghrib baru en.suami akan sampai rumah dari tempat kerja dia.
Selepas ke Tesco pergi makan tengahari,kemudian balik keluarkan semua barang yang di beli di Tesco dan gerak ke Perpustakaan awam berdekatan rumah sebab buku pinjaman nak kena pulangkan setelah 2 minggu pinjam.Layan anak baca buku di sana,sambil itu pilih buku untuk di pinjam lagi.
Hampir satu jam disana.Kemudian suami pergi gunting rambut.Tak tahu pun dia nak gunting rambut.
UA pun ikut sahaja lah kan.hehehe..Afrina dan Adriana pula teruja lebih sebab tak pernah ikut babah dia pergi gunting rambut.
Waktu nak balik tu saja je UA kata nak gunting rambut,lepas itu en.suami pun terus ajak cari kedai gunting rambut yang sesuai.Afrina dengar dia pula yang seronok dan kata nak potong rambut juga.
Jadinya tanpa dirancang,kami bertiga potong rambut semalam.hihihihi..
Mula nya macam was-was je nak bagi Afrina potong rambut pendek(tak pernah potong pendek)tapi sebab dia selalu tak selesa sebab cuaca panas maka UA relakan je la.Sayang sebenarnya rambut dia tu.Panjang..hehehe..Selesai je potong rambut bukan main ceria lagi dia.kejap-kejap pegang rambut,
kejap-kejap tengok cermin.hehehe..kelakar!
Pagi tadi nak pergi sekolah pun ceria semacam,maklumlah berwajah baru.semangat pun baru..
huhuhu..Mari tengok tranformasi rambut Afrina sebelum dan selepas..
SEBELUM
SELEPAS
Kurang sikit nampak bambam pipinya.hehe..sila abaikan segala roti dan pinggan atas meja ..bersepah sungguh.hihihihi..
Hehe comel..bdk2 rasa nya lebih cute dgn rambut pendek
ReplyDeletemmg elok rambut pendek kn budak2..klau panjang selekeh pun iya..sebelum ni dia taknak gunting rambut..nak rmbut mcm elsa katanya..lps tu panas tak selesa.hihihi
Deletealaaaaa...sayangnya dia dah potong rambut....nampak muka nakal la UA...
ReplyDeleteheheehe..hilang sudah ayunya..
Deleteafrina potong rambut ye..comel dah tuu sayang :)
ReplyDeleteikut muka ibu nya... senyum pun sama... :)
ReplyDelete