Now you can Subscribe using RSS

Submit your Email

Monday, 14 September 2015

Resepi sihat | ikan siakap stim

Ummul Azkee

RESEPI MUDAH IKAN SIAKAP STIM

sebelum di masak.




selepas makan..
.hehehe..tak sempat ambil gambar dah ngappp..






    Selamat petang semua.Lagi beberapa jam waktu kerja akan habis kan .UA pasti ibu-ibu bekerja di luar sana itu terfikir-fikir mahu masak apa untuk makan malam ini.Jadi UA nak kongsikan resepi mudah,sihat dan menyelerakan,iaitu resepi mudah ikan siakap stim.



BAHAN-BAHAN

1ekor ikan siakap

1 1/2 bawang merah
1  batang serai
2  inci halia
2 biji tomato
2 biji cili merah
1 sudu makan lada hitam
1 biji limau nipis


CARA-CARA

Pastikan ikan siakap direndam dengan asam jawa atau limau nipis secukupnya bagi menghilangkan hanyir.

tumbuk atau kisar bahan-bahan seperti bawang merah.halia dan serai(hiris halus sebelum tumbuk atau kisar)hingga lumat.

lumurkan bahan tadi pada ikan bersama lada hitam dan garam.perap dalam 10minit.

kemudian masukan tomato yang di potong dan cili yang di hiris bersama ikan dan stimkan ikan selama 20 minit.

perahkan limau nipis 5minit sebelum ikan masak.


Siap untuk dimakan.

  Ikan siakap stim ini sedap di makan panas-panas.Lagi elok kalau kita stim 20 minit sebelum makan.Sedap juga makan bersama tempe goreng rangup cara UA,boleh lihat resepi di sini.
Selamat mencuba!memang sedap dan menyelerakan.paling penting sihat tanpa minyak.














Ummul Azkee / Author & Editor

"A self motivated women with hundreds of challenge. Its all about how to get strength to face the challenge of life and to make dream come true. Arts is the way I motivate myself to be a strong women, remind me to stay positive in all challenge that will come in my life.Learning about realities of life that might comes and never give up."

11 comments:

  1. lain sikit dengan cara kak ana ummul, pasti sedap bila kita gunakan ikan siakap yang lemak ni kan :)

    ReplyDelete
  2. Masya allah. Silap masuk entri....terus lapo

    ReplyDelete
  3. ikan siakap kalau buat stim limau memang sedap...makan panas-panas

    ReplyDelete
  4. tambah asam boi pon lg sedap ...nyumss

    ReplyDelete
  5. Wahh sedapnya... Nanti mummy nak try wat gaklahh..

    ReplyDelete
  6. tak berminat nak tahu cara masak,cuma nak tanya...ni masak sendiri ke?

    ReplyDelete
  7. Wahhh sedapnye.... tq share resepi

    ReplyDelete
  8. mmg sedap siakap steamed ni. menu sihat

    ReplyDelete
  9. memang sedap ni.. makan hari-hari and jangan makan benda lain.. confirm kurus la kot.. hehehehehee... :)

    ReplyDelete
  10. Saya pling suka siakap steam lemon!
    Aduih boleh tmbah 3 pinggan

    ReplyDelete

THANKS FOR THE LOVELY COMMENT. SO APPRICIATE IT..

Coprights @ 2016, Blogger Templates Designed By Templateism | Templatelib