Now you can Subscribe using RSS

Submit your Email

Tuesday, 22 September 2015

Resepi sarapan mudah | scrambled eggs(ala malaysia) untuk memikat suami

Ummul Azkee

RESEPI SARAPAN MUDAH | SCRAMBLED EGGS ALA MALAYSIA UNTUK MEMIKAT SUAMI


        Selamat pagi semua,oleh kerana sekarang waktu pagi dan waktu macam ini mesti ramai yang sedang bersarapan atau sedang fikir mahu masak apa untuk sarapan kan.Maka UA mahu kongsikan resepi sarapan yang sangat mudah.Tak sampai 5 minit pun boleh siap.Resepi mudah  scrambled eggs ala malaysia untuk memikat suami.Terpikat ke?ahahaha..cubalah dulu ya..Scrambled eggs ini resepi umi UA,sejak dari kecil kalau sarapan selalu makan scrambled eggs ini dengan roti,memang sedap makan panas-panas.Scrambled eggs umi UA ini tak macam scrambled eggs mat salleh tu ya.
Scrambled eggs ini ala malaysia tau!Pedas dan dimasak dengan bawang merah,bawang putih dan juga cili giling.Pedas!memang kena dengan selera orang melayu gitu.huhuhuhu..
     Cara nak masak dia senang sahaja tau..jom terjah resepinya.mudah sangat!


RESEPI SARAPAN MUDAH |SCRAMBLED EGGS ALA MALAYSIA


  BAHAN-BAHAN

  2 biji telur
  1biji bawang besar
  3ulas bawang pitih
  3 sudu cili giling
  garam
  gula



CARA-CARA

 1.Panaskan minyak,kemudian masukkan bawang merah dan bawang putih ke dalam kuali,masak hingga keperangan.
2.Masukkan cili giling dan kacau hingga garing.Setelah itu masukkan gula dan garam.kacau rata.
3.masukkan telur dan kacau rata.Siap,

hidangkan panas-panas untuk di makan bersama roti kosong,memang mudah!menyelerakan dan ringkas untuk sarapan.


Selamat mencuba..




Ummul Azkee / Author & Editor

"A self motivated women with hundreds of challenge. Its all about how to get strength to face the challenge of life and to make dream come true. Arts is the way I motivate myself to be a strong women, remind me to stay positive in all challenge that will come in my life.Learning about realities of life that might comes and never give up."

11 comments:

  1. Sha kalau malas masak tapi nak jugak makan, masak scramble egg macam ni jugak. Makan dengan nasi panas, peh. Best nye..

    ReplyDelete
  2. sedap ni ummul.. makan dgn bubur atau nasi putih pun best nih

    ReplyDelete
  3. menu ni makan ngan nasi pun sedap.. ngan roti pun sedap.. Yummy!

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, letak dalam roti gulung ngapppp kihkih

      Delete
  4. sedap makan dengan sos dan mayo kan ummul :)

    ReplyDelete
  5. nanti nak try la.. salam perkenalan ye sis.. sy follow sini :)

    ReplyDelete

THANKS FOR THE LOVELY COMMENT. SO APPRICIATE IT..

Coprights @ 2016, Blogger Templates Designed By Templateism | Templatelib