Now you can Subscribe using RSS

Submit your Email

Wednesday, 23 September 2015

Petua Merawat Batuk,Selsema dan Sakit Tekak tanpa Ubat

Ummul Azkee

PETUA MERAWAT BATUK,SELSEMA DAN SAKIT TEKAK

google image

   Dalam bulan september ini negara kita dilitupi dengan jerebu yang sangat teruk hingga menyebabkan sekolah-sekolah ditutup oleh kerana IPU yang tinggi.Jerebu menyebabkan ramai diantara kita mengalami sakit tekak,batuk,selsema,sakit dada,sakit kepala,sesak nafas ataupun demam.Lebih teruk lagi,jerebu juga menyebabkan serangan asma terjadi pada mereka yang sememangnya ada penyakit itu.Golongan yang paling mudah terdedah pada sakit ini adalah kanak-kanak dan orang tua,golongan dewasa pun apa kurangnya.UA pun tak terlepas mengalami sakit tekak,selsema,batuk dan juga sakit kepala minggu yang lalu,tapi tak mahu ke klinik untuk dapatkan rawatan dan ubat.UA lebih selesa memilih rawatan tanpa ubat.
   Bukan apa,selama ini,beberapa tahun hidup UA banyak bergantung pada ubat kerana sakit kulit Enzema dan juga resdung.Rasa sudah terlalu banyak makan ubat sampaikan satu tahap UA tersedar yang makan ubat bukan satu cara yang baik untuk menyembuhkan kerana ubat mengandungi dadah walaupun bukan dalam dos yang membahayakan.Jadi UA bertukar pada rawatan dan juga amalan pemakanan yang lebih baik.

google image

    Petua yang UA amalkan pada diri dan juga anak-anak jika mengalami sakit tekak,batuk dan selsema adalah dengan meminum air madu suam dan kadangkala kalau ada limau kasturi UA akan perahkan pada air madu,memang akan lebih segar dan sedap di minum,rasa lega.Madu berperanan untuk memgeluarkan kahak dan air suam berperanan untuk melegakan tekak yang sedang sakit.UA kalau tengah selsema,batuk atau sakit tekak satu hari akan minum 2-3kali sehari.Memang lega sangat lepas minum.Dan dalam masa seminggu akan beransur pulih selsema,batuk ataupun sakit tekak yang UA alami.Alhamdulilah!

google image


   Sebenarnya meminum madu suam ini walaupun tak sakit,sangat elok diamalkan setiap pagi,kerana ia akan membuatkan kita lebih segar dan bertenaga.Sememangnya madu antara yang wajib UA beli tiap bulan kerana UA amalkan minum setiap hari.Madu itu kan makanan sunnah dan memang banyak kebaikannya.
Amalan minum air madu suam bersama perahan limau kasturi dua kali sehari(pagi dan malam) juga dikatakan bagus untuk mereka yang mahu menurunkan berat badan.Pada yang belum pernah mencuba bolehlah amalkan,insyallah akan nampak kesan dan perubahan,namun jangan lupa pada Allah juga kita meminta kerana hanya Dia yang berkuasa memberi kesembuhan. :)


     

Ummul Azkee / Author & Editor

"A self motivated women with hundreds of challenge. Its all about how to get strength to face the challenge of life and to make dream come true. Arts is the way I motivate myself to be a strong women, remind me to stay positive in all challenge that will come in my life.Learning about realities of life that might comes and never give up."

7 comments:

  1. Bagus ni. Selamat Hari Raya Aidiladha dari Nani :)

    ReplyDelete
  2. Btul tu...Saya pun sllu amalkan madu ni. Kahak anak kalau btuk2 cpt je cair...nak2 madu asli..smpai saya jual madu asli sbb sllu guna madu.hehehe..lgpun elok utk minda.

    ReplyDelete
  3. saya selalu hampir nak buat. Tapi......................................ada suara halus mengarahkan saya berjumpa doktor....huhuuu

    ReplyDelete
  4. madu makanan sunnah, pasti diyakini khasiatnya,salam aidil adha buat ummul sekeluarga :)

    ReplyDelete
  5. Madu tu banyak mana cik?1 sudu ke?

    ReplyDelete

THANKS FOR THE LOVELY COMMENT. SO APPRICIATE IT..

Coprights @ 2016, Blogger Templates Designed By Templateism | Templatelib