Now you can Subscribe using RSS

Submit your Email

Friday, 4 September 2015

Lukisan bunga ros untuk Umi

Ummul Azkee

LUKISAN BUNGA ROS UNTUK UMI



rose painting
ROSE ARE RED
arcylic on canvas


   Asalnya UA hasilkan lukisan ini adalah atas permintaan Umi.Umi sukakan bunga ros dan warna merah.Disebabkan anak dia ni boleh melukis,dan ambil seni halus masa belajar dahulu Umi peluang ini dengan buat permintaan pada UA untuk lukis dengan bagi gambar yang diambil dari majalah.Umi mahu gantung di rumah.Umi memang suka menghias rumah dan sukakan lukisan.Ingat lagi dahulu kalau ada kerja matapelajaran Seni umi lah yang bagi idea dan lukisan.Ya,umi boleh melukis cuma tak berpeluang belajar macam UA.Bakat melukis ini diwarisi dari umi.

rose painting


   Sebenarnya lukisan bunga ros yang UA lukis kecil,bersaiz A4,disebabkan gambar yang umi bagi terlalu kecil(lihat gambar diatas.kecil sangat kan.nak juling mata tengok masa lukis dan warna)UA ambil keputusan untuk kaji gambar itu dulu dan buat dalam saiz kecil.
   Umi mahukan lukisan bunga ini besar sebab mahu letakkan di ruang tamu,tapi UA belum ada kesempatan lagi mahu lukiskan pada kanvas yang besar.Insyallah dalam masa terdekat.Mahu beli kanvas dan siapkan secepat mungkin dan hadiahkan lukisan bunga ros ini pada hari jadi umi nanti.
    Permintaan umi ni  kalau tak tunaikan,rasa tak senang hati dibuatnya.Bukan selalu ada permintaan dan lagipun bukan  minta kereta ke atau apa-apa yang UA tak mampu..Kalau nak dibandingkan sebuah lukisan dengan penat lelah dia jaga UA dari kecil sampai besar,tak ada nilai apa pun lukisan UA itu kan.Jadi insyallah sebolehnya UA nak tunaikan permintaan umi yang satu ini.Moga dipermudahkan waktu nak siapkan lukisan ini nanti.
  
  Sesiapa nak tempah lukisan dari UA boleh email.UA di ummulazkee@gmail.com.Harga boleh runding ikut saiz.tapi UA tak ambil lukisan potret ya,.hanya nature sahaja.

Ummul Azkee / Author & Editor

"A self motivated women with hundreds of challenge. Its all about how to get strength to face the challenge of life and to make dream come true. Arts is the way I motivate myself to be a strong women, remind me to stay positive in all challenge that will come in my life.Learning about realities of life that might comes and never give up."

6 comments:

  1. subhanallah cantiknya hasil tangan dari ummul :)

    ReplyDelete
  2. Boleh bagi Along secara percuma tak? hehe

    ReplyDelete
  3. Ros lambang mah....ehhh.....lain plak bunyi dia kalau sambungkan

    ReplyDelete
  4. subhanallah Cantiknye lukisan kak Ummul.. kalau buat kat dinding lagi cantik ni.. :)

    ReplyDelete

THANKS FOR THE LOVELY COMMENT. SO APPRICIATE IT..

Coprights @ 2016, Blogger Templates Designed By Templateism | Templatelib