Now you can Subscribe using RSS

Submit your Email

Saturday, 19 September 2015

Kelas memasak chef cilik ibu di Smart Junior Chef

Ummul Azkee

KELAS MEMASAK DI SMART JUNIOR CHEF


     Selamat malam semua,selamat berhujung minggu.Hari ini hujung minggu UA diisi dengan membawa anak-anak ke kelas masak percubaan di Smart Junior Chef.Bersempena ulangtahun pertama penubuhan kelas memasak ini hari ini,Smart Junior menawarkan kelas memasak percuma untuk 100 orang.Jadi ibu tak lepaskan peluang untuk Afrina dan Adriana berseronok dengan kelas ini memandangkan mereka berdua ini memang berminat dengan dunia masakkan,selalu di rumah kalau ibu mahu buat donut,cupcake,pizza dan macam-macam lagi memag beria-ia mahu membantu.
     Buat pengetahuan semua ini kali kedua Afrina sertai kelas memasak,sebelum ini Afrina sertai kelas memasak ini bersama rakan-rakan sekolah,pada rombongan sekolah yang lalu.boleh baca di sini.
     Buat Adriana ini merupakan pengalaman pertamanya.Mari lihat gambar-gambar mereka khusyuk membuat kek bulan hari ini.Seronok Afrina dan Adriana hari ini,walaupun Adriana mulanya takut-takut,maklum lah pertama kali berdikari sebab selama ini berkepit sahaja dengan ibu.huhuhuhu..Nasib ada kakak Afrina yang menemani dan ajar adik dia.Hari ini akan jadi kenangan yang manis buat Afrina,Adriana,ibu dan babah.Insyallah nanti akan hantar kamu berdua ke kelas memasak ini akan datang.
      Terima kasih Smart Junior Chef untuk kenangan manis ini.Pada sesiapa yang ingin tahu maklumat lanjut mengenai Smart Junior Chef boleh ke halaman facebook Smart Junior Chef.



Ummul Azkee / Author & Editor

"A self motivated women with hundreds of challenge. Its all about how to get strength to face the challenge of life and to make dream come true. Arts is the way I motivate myself to be a strong women, remind me to stay positive in all challenge that will come in my life.Learning about realities of life that might comes and never give up."

4 comments:

THANKS FOR THE LOVELY COMMENT. SO APPRICIATE IT..

Coprights @ 2016, Blogger Templates Designed By Templateism | Templatelib