Now you can Subscribe using RSS

Submit your Email

Wednesday, 2 September 2015

Cabaran 30hari | Apa faedahnya?

Ummul Azkee

CABARAN30HARI


        Malam tadi,tengah pening cari idea untuk entri.tiba-tiba terbaca tentang cabaran 30hari dari satu blog.Tak semena-mena terfikir apa tujuan cabaran ini kan,sekadar memberikan jalan
penyelesaian pada orang yang tiada idea untuk menulis macam UA ni,sekadar untuk suka-suka atau bagaimana?
  Fikir punya fikir UA teringat satu artikel yang UA pernah baca di satu laman web seni dan UA ada catat di satu buku UA iaitu tentang cara mengubah habit atau rutin harian kita.Ia berbunyi seperti ini..

      "its take approximately 21days to condition ourself to make a habit automatic."

    Maknanya unuk mengubah habit atau rutin harian ,kita memerlukan sekurang-kurangnya 21 hari.Jadi UA rasa dengan adanya Cabaran 30hari ini akan boleh membuatkan kita lebih fokus dengan impian kita.Misalnya kita mahu mencapai matlamat menjadi blogger.Untuk menjadi blogger kita perlu sentiasa menulis,jadi dengan cabaran 30hari,menulis dengan 1tajuk entri setap hari boleh membuatkan kita fokus dan konsisten dalam penulisan blog.Lama kelamaan setelah lebih 21 hari insyallah ia akan menjadi habit kita,yang mana waktu itu  kita akan rasa janggal jika ia tinggalkan ataupun tidak dilakukan walaupun dalam masa satu hari.Menarik juga kan.tapi kena pastikan kita konsisten menulis sehingga melepasi 21 hari.ok.Insyallah,akan berhasil.
    Jadi pada siapa ada impian nak berubah dan punya impian dalam sesuatu bidang bolehlah mulakan dengan cabaran30hari.UA rasa UA pun mahu lakukan perkara yang sama dari segi penulisan blog dan skill melukis UA yang tak terasah dek kerana tak konsisten.Dengan Cabaran ini mungkin boleh mengubah UA dari kadang-kadang melukis,kadang-kadang tak kepada melukis setiap hari..Jom mulakan cabaran diri hari ini.


Antara cabaran 30hari yang UA goggle semalam..

google image


google images


google images

google image




Banyak kan cabaran30hari ni?Pilih sahaja mana yang memang kena dengan minat dan jiwa anda..

                                       Mari kita mencabar diri sendiri...


   

Ummul Azkee / Author & Editor

"A self motivated women with hundreds of challenge. Its all about how to get strength to face the challenge of life and to make dream come true. Arts is the way I motivate myself to be a strong women, remind me to stay positive in all challenge that will come in my life.Learning about realities of life that might comes and never give up."

18 comments:

  1. Betul tu.. Utk jadikan habit blh juga amalkan selama 40 hari..")

    ReplyDelete
  2. wah macam menarik je. best quote kak ummul kasi tu. nanti kita nak try

    ReplyDelete
  3. Wah, boleh dijadikan panduan mementenkan diri nih...

    ReplyDelete
  4. baru tau pulak tentang 21 hari tu. patut la benda yang nak buat kadang-kadang susah nak konsisten. baru buat kejap dah tinggal separuh jalan. huhu...

    ReplyDelete
  5. Bagusnya...btul tu..lama2 akan melekat habit tu. Contohnya nak buat entry setiap hari,nak baca al quran setiap hari blehla mulakan. Benda baik buat ape tangguh2 ye x? Tapi mlm2 wajib saya tulis plan esok punya..takut tersasar. Maklumla byk godaan

    ReplyDelete
  6. Kalau dah ada tajuk senang je nak tulis kan. Kalau tak ada tajuk tu yang pening. Nak fikir tajuk je dah setengah jam. Heheh thats what happen to me. Always..

    ReplyDelete
  7. haha dah tak larat kut nak sahut cabaran lagi, penat haha :)

    ReplyDelete

THANKS FOR THE LOVELY COMMENT. SO APPRICIATE IT..

Coprights @ 2016, Blogger Templates Designed By Templateism | Templatelib