Now you can Subscribe using RSS

Submit your Email

Monday, 7 September 2015

Bagaimana mahu jadi orang yang positif?

Ummul Azkee


BAGAIMANA MAHU JADI ORANG YANG POSITIF?



google image


     UA pasti ramai yang mahukan kehidupan yang bahagia dan gembira kan?tapi kadangkala apa yang berlaku tak seperti yang kita rancangkan dan itu sedikit sebanyak membuatkan kita kecewa,
sedih dan berputus asa dengan apa yang berlaku.Dengan semua perasaan negatif itu kita lupa bahawa itulah kehidupan,berwarni warni,penuh dengan pelbagai cabaran dan dugaan serta emosi yang mematangkan diri.Untuk menghadapi cabaran kehidupan kita  perlu sentiasa positif dan tidak menjadikan setiap cabaran hidup itu alasan unutk kita putus asa atau negatif dengan setiap perkara.
Menjadi orang yang positif memerlukan semangat dan keazaman dalam diri.Jadi Bagaimana ya mahu menyuntik aura positif dalam diri,agar kita lebih bersemangat dan bersedia hari-hari mendatang yang penuh cabaran tanpa kekecewaan.
  Antara perkara yang UA aplikasikan untuk  memastikan UA tidak putus asa dan sentiasa positif  adalah..

-PERMULAAN HARI
  Mulakan hari setiap pagi dengan niat ingin maju dan bermanfaat pada orang lain.Panjatkan doa pada Allah Swt setiap pagi agar dipermudahkan segala urusan dan mohon kekuatan untuk tabah menghadapi setiap dugaan.

-QUOTES
   Cari dan baca satu quotes yang positif setiap hari,quotes tentang positiviti  boleh membangkitkan aura positif dalam diri kita.Terdapat banyak quotes yang mampu membuatkan kita menghadapi kehidupan dengan lebih bersemangat dan positif.

-SUMBER INSPIRASI
    Ikuti akaun media sosial mereka yang berjaya,samada sama dengan bidang yang anda ceburi ataupun tidak.Biasanya mereka akan berkongsi tips kejayaan,dan pengalaman mereka sebelum mencapai kejayaan  dan baca setiap kata-kata positif dan tips kejayaan mereka agar kita sentiasa ingat,kejayaan tak mudah untuk capai dan cabaran hidup itu pasti dilalui oleh semua orang.


FIKIRAN DAN SANGKAAN
-jangan fikirkan perkara buruk yang akan berlaku,fikirkan perkara baik yang akan terjadi dalam setiap tindakan yang kita ambil.Bersangka baik,dan letakkan sepenuh pergantungan hidup kita pada Allah Swt kerana Dialah sebaik-baik perancang.


ANGAN-ANGAN DAN IMPIAN
-Angan-angan itu tak salah untuk kita asalkan di selarikan dengan tindakan.Tetapkan impian kita dan cuba tulis impian jangka pendek dan jangka panjang samada setahun,5tahun ataupun 10tahun yang ingin dicapai,bergantung pada kemampuan diri,agar kita lebih positif,bersemangat dan fokus dalam hidup.


IKHLAS DAN REDHA
-Apabila rancangan yang kita lakukan tidak berjalan dengan baik,Jangan terlalu kecewa.ikhlas kan hati kita,redha dengan ujian dan cabaran yang Allah Swt berikan.Dengan perasaan itu kita akan lebih tenang,tidak berputus asa dengan hidup.dan sentiasa gembira.




Ummul Azkee / Author & Editor

"A self motivated women with hundreds of challenge. Its all about how to get strength to face the challenge of life and to make dream come true. Arts is the way I motivate myself to be a strong women, remind me to stay positive in all challenge that will come in my life.Learning about realities of life that might comes and never give up."

8 comments:

  1. nice sharing ... kena la selalu positif kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya..bru lah hidup sentiasa ceria kn..

      Delete
  2. thanx dear atas motivasi pagi ni..yelah kdg2 mood sekejap ok, sekejap down..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. most welcome..hehe..sure punya mood bertukar2 kn.huhu

      Delete
  3. positif di pagi hari, sepanjang hari memang best. betul tu

    ReplyDelete
  4. thanks for the monday motivation...

    ReplyDelete
  5. be positif my dear, supaya tersingkir jauh yang negatif dalam hidup, in shaa allah .

    ReplyDelete

THANKS FOR THE LOVELY COMMENT. SO APPRICIATE IT..

Coprights @ 2016, Blogger Templates Designed By Templateism | Templatelib