Now you can Subscribe using RSS

Submit your Email

Friday, 18 September 2015

Adab mendengar khabar angin

Ummul Azkee

ADAB MENDENGAR KHABAR ANGIN

media sosial
google image

  Zaman kini terdapat pelbagai medium yang membolehkan kita mengetahui pelbagai berita dan maklumat seperti media sosial.contohnya facebook,twitter,instagram.Tak lupa juga televisyen,akhbar dan juga blog.Lambakan maklumat  yang sangat mudah di akses tidak semuanya benar dan boleh kita percaya dengan mudah.Oleh itu,pentingnya untuk kita tahu adab menerima berita atau khabar angin tentang sesuatu perkara.UA mengetahui tentang adab mendengar khabar angin ini dari artikel  dari satu ruangan akhbar,agama mega yang ditulis oleh Umar Muhammad Noor.Moga boleh jadi panduan buat semua sebelum mempercayai khabar angin.

berbisik
goggle image

ADAB MENDENGAR KHABAR ANGIN


1.Abaikan,jangan pedulikan.Sebagai seorang muslim kita dianjurkan agar tidak mengambil peduli tentang berita-berita yang tidak diketahui kesahihannya.Masa sepatutnya digunakan untuk perkara yang bermanfaat sahaja.Rujuk surah Al-Maidah ayat 51 tentang celaan Allah swt tentang sifat yahudi yang suka mendengar dan mengedarkan tentang cerita dusta.Sifat kita sebagai muslim sepatutnya berbeza dengan sifat yahudi.

2.Tahan diri dari bagi komen ataupun kenyataan tentang berita tersebut kerana setiap kenyataan yang kita keluarkan akan dipersoalkan di akhirat kelak.

   Allah swt berfirman :

          "Janganlah engkau ikuti perkara yang tidak kamu miliki ilmu tentangnya.Sesungguhnya pendengaran,penglihatan dan hati suatu hari nanti akan dipersoalkan".(Al-Isra:26)

3.Jangan ikutkan prasangka buruk,jangan hanya khabar angin kita membenci dan terus mempercayai .Suka memperturutkan prasangka, adalah salah satu sifat orang kafir yang Allah cela dalam firmanNya :
             
                 Mereka tidak lain hanya memperturutkan prasangka belaka.(al-Najm:28)


4.Wajib mengkaji berita dengan sempurna,jangan mudah percaya sebelum mendengar pelbagai versi berita itu dari pelbagai pihak.

5.Jangan menceritakan kembali khabar tersebut kepada orang yang belum mengetahuinya.Sebaiknya usahakan agar berita itu hanya diketahui pada orang tertentu iaitu pihak yaang bertanggungjawab untuk melaksanakan hukuman.Semakin sedikit orang yang tahu,semakin sedikit impak buruk yang terhasil darinya.Menceritakan suatu khabar tanpa usul periksa adalah sikap yang sangat dibenci.
Rasullullah saw bersabda:

    Cukuplah dosa bagi seseorang apabila ia menceritakan semua berita yang ia dengar(tanpa ditapis terlebih dahulu) RIWAYAT MUSLIM




  Moga kita semua sentiasa beringat setelah mengetahui adab-adab mendengar khabar angin dari prespektif islam.

Ummul Azkee / Author & Editor

"A self motivated women with hundreds of challenge. Its all about how to get strength to face the challenge of life and to make dream come true. Arts is the way I motivate myself to be a strong women, remind me to stay positive in all challenge that will come in my life.Learning about realities of life that might comes and never give up."

10 comments:

  1. so true Ummul.. kalau tak pasti berita tu sahih atau tak, jangan lah sebarkan.. dan kalau betul sekalipun jangan lah kita cepat nak buat kesimpulan dan komen ikut emosi kita..

    dusshhh... zaman media social ni makin teruk khabar2 angin tersebar.. apa nak jadi lah.. haaiihhhh... :(

    ReplyDelete
  2. betul tu ummul, jangan cepat percaya, selidik dahulu kesahihannya kan. perkongsian yang baik :)

    ReplyDelete
  3. sekarang ni macam2 khabar angin yang kita dan tak boleh dipercayai..hhu

    ReplyDelete
  4. sekarang ni macam2 khabar angin yang kita dan tak boleh dipercayai..hhu

    ReplyDelete
  5. setuju.. jangan cepat sangat percaya walaupun dengan org paling kita rapat sekali.
    KULIT LEMBUT, GEBU DAN CERAH DENGAN ESP

    ReplyDelete
  6. Betul sangat.. yang terbaik bila dah dengar/baca tu jangan simply terus judge (kalau tak sure).. take 5, siasat dulu.. kalau tak sure juga diam lebih baik.. :)

    ReplyDelete
  7. Nice sharing... Betul2 kena kaji dulu berita yg diterima sebelum dihebahkan kepada org ramai..

    ReplyDelete
  8. Thanks sharing kak ummul :) rumours is everywhere. Kena hati2.

    ReplyDelete
  9. panduan buat yang suka nak jadi 1st yang menyampai...

    ReplyDelete

THANKS FOR THE LOVELY COMMENT. SO APPRICIATE IT..

Coprights @ 2016, Blogger Templates Designed By Templateism | Templatelib