Now you can Subscribe using RSS

Submit your Email

Thursday, 27 August 2015

Selepas kehilangan MH370..

Ummul Azkee





  Sedar tak sedar selepas kehilangan pesawat MH370,banyak juga perubahan yang berlaku di Malaysia ni..Lebih-lebih lagi pekerja Malaysia Airlines.Hidup dalam kebimbangan tentang nasib jika di buang kerja.Mana tak nya sumber rezeki untuk menyara keluarga.Kakak saudara dan sepupu UA bekerja di Malaysia Airlines,memang mereka ini berdoa sentiasa agar perkara buruk tak terjadi pada mereka iaitu di buang kerja.Alhamdulilah rezeki masih memihak pada mereka.Namun masih juga perlu berpindah ke tempat baru dan suasana baru.
   Ingat lagi UA pada pagi kejadian itu berlaku,kami anak-beranak baru sahaja bangun dan En.suami pula malam sebelumya baru sahaja pulang dari bekerja di luar kawasan ke Sabah.Ke Sabah tentulah menaiki kapal terbang kan.Memang UA terkejut sangat waktu itu,mana tak nya baru sahaja En.suami pulang sudah terima berita buruk itu.


Ini gambar yang En.suami whsapp 3hari sebelum  pesawat MH370 hilang..masa itu baru je mendarat di Sabah.


    Sebelum En.suami ke Sabah pun UA risau,maklumlah naik kapal terbang kan.Walaupun dekat,apa sahaja kemungkinan boleh berlaku jika sudah Allah SWT takdirkan.Risau selagi En.Suami belum selamat sampai.Awal-awal sudah berpesan dengan En.suami.."Dah sampai terus telefon tau!".
    Sejak kejadian itu En.Suami pun tak berapa seronok kalau ditugaskan ke luar kawasan yang memerlukan dia menaiki kapal terbang,lebih-lebih lagi selepas kejadian satu lagi pesawat,MH17 terhempas setelah ditembak jatuh.Hm..begitulah impak nya dari kejadian MH370 dan juga MH17.
   Satu lagi yang UA perasan selepas kejadian kehilangan pesawat MH370 itu ,setiap hari pasti ada kapal terbang lalu kawasan rumah kami.Kalau bangun pagi mesti dengar bunyi kapal terbang lalu atas rumah..kuat pula bunyinya itu.Jadi trauma dan terbayangkan  macam-macam pula.
   Hm..mungkin bulan depan En.Suami akan ke Dubai.Risau sebenarnya..apapun kalau jadi En.Suami jadi ke sana doa sahaja yang mampu UA lakukan,Moga EnSuami selamat pergi dan balik,tak ada buat tangan dari sana pun tak apa,janji En.Suami selamat balik.Hm...

Ummul Azkee / Author & Editor

"A self motivated women with hundreds of challenge. Its all about how to get strength to face the challenge of life and to make dream come true. Arts is the way I motivate myself to be a strong women, remind me to stay positive in all challenge that will come in my life.Learning about realities of life that might comes and never give up."

4 comments:

  1. In sha Allah semuanya akan baik-baik saja...

    ReplyDelete
  2. sama macam sepupu kak ana, tapi alhamdulillah cuma bertukar tempat kerja dari subang ke klia :)

    ReplyDelete
  3. InsyaAllah semoga dilindungi Allah! Amin.

    VitaminSuci

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah semuanya baik baik saja

    ReplyDelete

THANKS FOR THE LOVELY COMMENT. SO APPRICIATE IT..

Coprights @ 2016, Blogger Templates Designed By Templateism | Templatelib