Now you can Subscribe using RSS

Submit your Email

Wednesday, 5 August 2015

Rumah bau kedai!!!wangi!!!

Ummul Azkee

lovelylace
google image


  Rumah UA bau kedai,bukan sebab pindah rumah baru mahupun di cat ..tetapi sebab UA letakkan wangian pot puri yang UA beli di Lovely Lace.Tahu kan Lovely lace tu kedai apa?ala kedai yang apabila kita lalu bau dia wangi sangat.huhuhuhu.Di kedai ini ada jual pelbagai jenis wangian dan potpuri mengikut pilihan ada.ada juga dijual patung beruang yang comel,wangian dan hadiah perkahwinan yang cantik juga barang hiasan rumah yang sangat cantik.Kebanyakan barangan di sini semuanya bertemakan renda dan juga ala inggeris,jadi kebanyakkan motif produk di lovely lace adalah bunga ros dan renda.



  Kalau mahu tahu nama wangian yang UA beli di lovely lace ini sama dengan wangian yang kita bau ketika lalu di hadapan kedai ini.Nama jenis wangian ini adalah "Teddy's dream".UA beli jenis cecair  kerana mahu letakkan pada potpuri.satu botol berharga RM18.Antara wangian lain yang menjadi pilihan adalah ros.Terdapat pelbagai jenis wangian di jual di sini.wangian dalam kereta pun ada,contoh wangian untuk kereta adalah seperti gambar di bawah.

Mengapa UA memilih lovely lace?kerana wangiannya tidak terlalu kuat,ini krateria penting UA kerana UA dan suami sensitif pada bau yang terlalu kuat.huhuhu..Ia juga tahan lama.Wangian penting untuk UA sebagai terapi minda kerana UA seharian dalam rumah.Kalau terbau bau yang kurang menyenangkan boleh menyebabkan stress dan juga cepat marah.huhuhuhu..

Ummul Azkee / Author & Editor

"A self motivated women with hundreds of challenge. Its all about how to get strength to face the challenge of life and to make dream come true. Arts is the way I motivate myself to be a strong women, remind me to stay positive in all challenge that will come in my life.Learning about realities of life that might comes and never give up."

3 comments:

  1. kak ana pun suka pi lavely lace ummul cantik2 dekonya kan :)

    ReplyDelete
  2. Saya dari dulu rasa pening kalau masuk ke kedai lovely lace ni tak tahu kenapa

    ReplyDelete
  3. kita suka bau dekat lovely lace tu. best sangat bau dia. hehehehhee..

    ReplyDelete

THANKS FOR THE LOVELY COMMENT. SO APPRICIATE IT..

Coprights @ 2016, Blogger Templates Designed By Templateism | Templatelib