Now you can Subscribe using RSS

Submit your Email

Friday, 21 August 2015

Peristiwa penting di Hari jumaat

Ummul Azkee

HARI JUMAAT,PENGHULU SEGALA HARI


             Kerap kali kita mendengar kata-kata dari mereka yang berilmu bahawa hari jumaat itu penghulu segala hari,tapi tahukah kita mengapa hari jumaat dikatakan penghulu segala hari dalam Islam.Jadi UA mahu kongsikan.Hari jumaat sangat istimewa dalam islam kerana terdapat peristiwa penting yang berlaku pada hari tersebut.Antaranya adalah..

1.Hari jumaat merupakan hari dimana Allah S.W.T menciptakan Adam,manusia pertama.

2.Pada hari ini jumaat jugalah Allah mengusir Adam dari syurga ke bumi setelah Adam terpedaya   dengan bisikan syaitan.

3.Pada hari jumaat juga Allah S.W.T  mematikan Adam.

4.Pada hari jumaat,ada satu saat yang mana apabila kita sebagai hambaNya meminta atau berdoa,pasti akan dimakbulkan oleh Allah asalkan pada saat tersebut.Saat yang mana kita sendiri pun tidak ketahui.

5.Dikatakan akan terjadinya Hari kiamat(HR Ahmad,Abu Daud

   Begitu istimewanya hari jumaat sehingga adanya amalan yang disarankan oleh islam yang mana apabila dilakukan akan memperolehi pahala dari Allah S.W.T.Mari baca dan amalkan adab-adab di hari jumaat di bawah ini dan diamalkan dalam kehidupan.Pahala ini,umpama kita menabung,
walaupun sedikit tetapi jika berterusan melakukannya semakin lama akan makin bertambahlah tabungan kita.Semua adab dan amalan disunatkan bagi mengingati bahawasanya hari jumaat adalah hari raya bagi umat muslimin yang harus dihormati


AMALAN DI HARI JUMAAT

1.Bagi menghormati hari jumaat,kita mulakan langkah dan mempersiapkan diri pada hari khamis dengan seperti memotong kuku dan juga memotong rambut.

2.Disunatkan memakai wangi-wangian(HR bukhari)

3.dianjurkan memakai pakaian yang terbaik.(HR bukhari)

4.Dianjurkan membaca surah Al-Kahfi sebelum atau sesudah jumaat

5.dianjurkan agar memperbanyakkan berselawat ke atas Rasullullah S.A.W




  Moga perkongsian ini bermanfaat buat semua.Sekiranya ada  amalan lain yang mungkin UA tertinggal disini..bolehlah kongsi dengan komen di bawah ya..sama-sama kita berkongsi ilmu..

Salam Jumaat buat semua.











Ummul Azkee / Author & Editor

"A self motivated women with hundreds of challenge. Its all about how to get strength to face the challenge of life and to make dream come true. Arts is the way I motivate myself to be a strong women, remind me to stay positive in all challenge that will come in my life.Learning about realities of life that might comes and never give up."

6 comments:

  1. Wana singgah sini dan salam jumat..

    Tq perkongsian ni..

    ReplyDelete
  2. singgah petang & happy weekend kak ummul..

    ReplyDelete
  3. wawa singgah cni.. jom perbanyakkan doa dihari jumaat..")

    ReplyDelete

THANKS FOR THE LOVELY COMMENT. SO APPRICIATE IT..

Coprights @ 2016, Blogger Templates Designed By Templateism | Templatelib