Now you can Subscribe using RSS

Submit your Email

Sunday, 30 August 2015

PENULISAN | Antara bakat dan minat,yang mana lebih penting?

Ummul Azkee

PENULISAN | ANTARA BAKAT DAN MINAT

menulis
google image



     UA baru sahaja berjinak-jinak dengan dunia penulisan,sebelum ini tak pernah terfikir pun akan terlibat dalam dunia penulisan.Dunia UA hanya tertumpu pada Seni sahaja sebelum ini.Zaman universiti pun mengambil jurusan Seni Halus,jadi ilmu tentang penulisan itu memang tiada.
    Baru-baru ini adalah mencuba menulis cerpen.Saja mahu mencabar diri,mencuba samada berbakat ataupun sebaliknya.Waktu mahu memulakan penulisan cerpen itu barulah nak baca nota bimbingan berkarya yang UA ambil dari laman web penerbitan buku mengenai penulisan cerpen.
    Disitu ada lah tulis tentang ciri-ciri cerpen dan tentang sifat-sifat penulis dan bagaimana mahu menjadi penulis.Dalam penulisan itu terbaca satu percanggahan pendapat  yang pada pandangan UA menarik.Ia mengenai pandangan oleh mereka yang berpengalaman dala dunia penulisan tentang ciri-ciri yang perlu ada pada seorang penulis,antara bakat dan minat mana yang lebih penting.Jadi UA rasa mahu berkongsi dengan semua..

"SN Keris Mas menyebutkan bakat sangat penting sementara SN A. Samad Said menyatakan bakat kurang penting tetapi usaha dan minat lebih penting."


 Jadi apa pandangan  semua?Minat atau bakat?mana yang lebih penting?Pada UA dua-dua perlu ada dalam diri penulis.bakat adalah satu bonus,anugerah dari Allah Swt dan jika diiringi dengan minat mampu menghasilkan karya yang terbaik.Namun jika kita tiada bakat tapi mempunyai minat,dengan usaha insyallah kita pun mampu menjadi penulis yang hebat.Penulisan bagi UA seperti seni lukis juga,Ada orang punya bakat melukis namun tak semua yang berminat untuk meneruskan bakat yang mereka ada.Ada pula yang tak punya bakat,namun berminat untuk berkarya dan berusaha mempelajarinya dengan belajar atau mengikuti kelas.Dengan bimbingan dan latihan,juga usaha ada yang lebih berjaya lebih dari mereka yang mempunyai bakat.Pada mereka yang rasa diri mereka tak berbakat,jadi jangan berputus asa,jika ada ada minat dan usaha,apapun tak mustahil untuk dikecapi.Nak tahu apa yang perkara penting yang perlu ada pada seorang penulis?baca di bawah..


PERKARA PENTING YANG PERLU ADA PADA SEORANG PENULIS

: mesti peka dengan keadaan sekeliling,keadaan yang dilalui oleh manusia setiap hari dan berusaha 
  menzahirkan keadaan mereka melalui penulisan.

:mestilah suka pada kata-kata supaya setiap bait tulisan yang ditulis mampu mengharukan pembaca.

:mestilah meminati dunia penulisan,dan mengasingkan diri dengan tulisannya agar dapat melihat apa yang baik dan buruk tulisannya.

:harus ada sikap yang teliti.

:mestilah menjadikan tulisannya sebagai amalan harian,bukan sekali sekala.

:mestilah menulis kerana mahu menulis,bukan kerana tujuan lain,misalnya kewangan.

:mesti berani menghadapi cabaran.Tidak berputus asa apabila karya ditolak tetapi menjadikan ia sebagai dorongan untuk terus menulis.

BAGAIMANA MAHU JADI PENULIS


:ada bakat dan juga minat.

:ada keinginan untuk menulis.

:rajin membaca 

"Pembacaan akan melibatkan penamatan dan akan menimbul idea pertama. Hal ini diakui oleh ramai penulis seperti Anwar Ridhwan dan Khadijah Hashim.  Pembacaan akan memberi idea untuk berkarya."

:Ada cita-cita mahu jadi penulis

:mempunyai hasrat atau harapan yang akan menjadi pendorong untuk menulis.


Jadi sudah tahu tip...mari teruskan..menulis dan terus menulis..


Ummul Azkee / Author & Editor

"A self motivated women with hundreds of challenge. Its all about how to get strength to face the challenge of life and to make dream come true. Arts is the way I motivate myself to be a strong women, remind me to stay positive in all challenge that will come in my life.Learning about realities of life that might comes and never give up."

8 comments:

  1. Takde apa yang nak diperbetulkan lagi dengan penulisan UA diatas tu, semuanya saya setuju belaka. Teruskan...

    ReplyDelete
  2. tip yang bagus.. kite minat tapi tak rajin..hihi

    ReplyDelete
  3. Asalam ya Ummul, Tq datang terjah blog Etuza ya..salam kenal...

    ReplyDelete
  4. Saya suka menulis walaupun tahap penulisan saya tidaklah sebaik mana..bakat saya tidak tahu pulak berada kat mana..ada orang kata kat public speaking..punulisan pula ke laut

    ReplyDelete
  5. Nice tips kak ummul. Thanks for sharing this ;)

    ReplyDelete
  6. Perkongsian yang baik. Ada bakat, tiada minat pun tak menjadi. Ada minat, tapi tiada bakat tiada masalah kerana masih boleh belajar. Ada bakat, ada minat satu kelebihan.

    ReplyDelete
  7. Betul2, setuju...nona pun suke menulis, tp depends pd mood, bila ok, memang banyaklah idea, cuma nanti lari lari tatabahasa..... sis, sudah mempunyai buku ? jika ada, mehla komen kt blog, nk tgk buku yg ditulis tu..... hhehee...novel cinta, novel fixi..memg suke bca..

    ReplyDelete
  8. penting ada minat... walau kurang bakat pada awalnya tapi minat boleh terus mendorong untuk menajamkan bakat.

    kalau ada bakat, tapi xde minat umpama pohon tanpa buah jua lah ia.....huhu

    ReplyDelete

THANKS FOR THE LOVELY COMMENT. SO APPRICIATE IT..

Coprights @ 2016, Blogger Templates Designed By Templateism | Templatelib