Now you can Subscribe using RSS

Submit your Email

Thursday, 20 August 2015

Matlamat aku jadi blogger

Ummul Azkee

Matlamat aku jadi blogger

blogger menaip
google image


Entri denda dari Puan pengetua ExchangeFeedsGroup

   Sebelum UA menulis tentang matlamat UA jadi blogger,UA nak beritahu ini adalah entri denda dari puan pengetua exchangefeedgroup sebab tak cukup 31 entri bulan lepas.Ya,ada denda..Ini satu cara untuk menjadikan semua ahli efg lebih fokus dan berdisplin dalam penulisan blog.Jadi UA dengan tangan terbuka menulis entri ini.Tajuk pun sesuai sangat,buat kita terfikir apa matlamat kita jadi blogger.Sekarang,UA nak bongkar rahsia hehehe..


  Sebenarnya UA sudah lama di dedahkan dengan dunia blogger,sejak dari sebelum kahwin lagi.En.suami dulu ada menyatakan pendapat dia supaya UA bina satu blog sendiri untuk mempromosikan karya seni UA.tapi pada masa itu UA kurang ilmu dan keyakinan dengan blog ini.sebab masa itu blogging belum lagi menjadi satu gaya hidup yang dikenali seperti sekarang.
Sebelum ini UA ada juga menulis blog,tapi tak konsisten seperti sekarang kerana tiada matlamat yang jelas mengapa menulis blog.Bermula tahun ini baru UA bersemangat menulis,dan ambil keputusan untuk serius menulis blog walaupun ilmu blogging kosong.sehinggalah UA ambil keputusan
menyertai Exchangefeedsgroup dan ilmu UA pun bertambah hari demi hari.Jadi mengapa UA jadi blogger?apa matlamatnya..

MATLAMAT AKU JADI BLOGGER..

pertama : mestilah mahukan pendapatan atau income.Oleh kerana UA suri rumah,dengan menjadi seorang blogger,UA boleh menambahkan pendapatan dari rumah hanya dengan mempromosikan produk melalui pengiklanan melalui blog dan media sosial.


 kedua : berkongsi cerita tentang pengalaman hidup sebagai isteri,ibu dan anak seni juga mempromosikan karya seni dan ilustrasi buku kanak-kanak UA.


ketiga : UA mahu tingkatkan skill penulisan,dengan menulis kita boleh memperbaiki gaya penulisan kita dari masa ke semasa.Menjadi penulis ini juga seperti pemikir,ia  membuatkan kita sentiasa berfikir dan mencari jalan tentang bagaimana mahu  menarik orang membaca hasil penulisan kita.


 keempat : sebarkan ilmu yang bermanfaat dan memberikan kesedaran pada setiap
 pembaca tentang sesuatu perkara yang UA fikirkan patut diperbaiki bersama.


 kelima  : sebagai satu cara menambah pahala sebagai saham akhirat dengan penulisan yang bermanfaat.







          Itulah matlamat UA jadi blogger,ada pula apa matlamatnya ya???tepuk dada,tanya hati...


                      Siap sudah entri denda...Mummy irra jangan lupa baca..huhuhu.




         



                

Ummul Azkee / Author & Editor

"A self motivated women with hundreds of challenge. Its all about how to get strength to face the challenge of life and to make dream come true. Arts is the way I motivate myself to be a strong women, remind me to stay positive in all challenge that will come in my life.Learning about realities of life that might comes and never give up."

17 comments:

  1. Hehe...hebat lah kak ummul...matlamat yg jelas...kipidap...hehe

    ReplyDelete
  2. bagus matlamat ni.. chaiyok2 kak ummul gojess :D

    ReplyDelete
  3. semoga matlamat tercapai
    teringat awal2 berblog.. matlamat untuk cari duit jer.. hahaha

    ReplyDelete
  4. Salam singgah sini...best sharing u semoga segala matlamat tercapai hendaknya :)

    ReplyDelete
  5. matlamat yang jelas.....dah clickclicknuffnang

    ReplyDelete
  6. Matlamat yang jeles. InshaAllah, penulisan yang bermanfaat kepada orang, ,menjana saham akhirat =)

    ReplyDelete
  7. hihi, klik2 nuffnang utk jadikan matlamat UA termakbul~ =)

    ReplyDelete
  8. alhamdulillah..moga menjadi yang terbaik dan dimakbulkan impian..aamin

    ReplyDelete
  9. matlamat bagus tu.. mcm jue dulu sebab nak simpan kenangan n nanti anak2 leh baca balik apabila depa besar kelak.. sekali blog trafic naik mencanak disebabkan noxxa terus jadi semangat nak update tau..

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah... moga termakbul semua matlamat UA... good luck... (^_^)

    ReplyDelete
  11. cane nak join group tu ye..best gak ada orang rotan. baru rajin update. hehe

    ReplyDelete

THANKS FOR THE LOVELY COMMENT. SO APPRICIATE IT..

Coprights @ 2016, Blogger Templates Designed By Templateism | Templatelib