Now you can Subscribe using RSS

Submit your Email

Saturday, 29 August 2015

Langkah pertama tanamkan semangat cintakan negara pada anak-anak kecil

Ummul Azkee

    Selamat petang semua..selamat bercuti,lusa kita akan menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-58 yang bertemakan #SehatiSejiwa.Kemeriahan sambutan Kemerdekaan makin terasa apabila di televisyen ditayangkan drama-drama yang menyemarakan kecintaan kita pada negara.Semangat cintakan negara sepatutnya wujud dalam hati semua sebagai rakyat Malaysia.
  Makna dan erti  kemerdekaan sebenar sepatutnya kita tanamkan dalam diri anak-anak kita sejak dari kecil lagi.
  Tindakan pertama yan kita boleh ambil untuk menanamkan semangat cintakan negara adalah memperkenalkan identiti kita sebagai rakyat Malaysia terutama sekali identiti kita sebagai bangsa melayu yang kaya dengan budaya kesopanan dan adat ketimuran.
  Kini kita lihat akhlak anak-anak zaman ini makin di luar kawalan.Pelbagai masalah tentang anak-anak muda kita yang ketandusan akhlak terpampang di akhbar juga di televisyen.Langkah awal patut di ambil sejak dari kecil,bak kata pepatah melayu "melentur buluh biar dari rebungnya".Jadi ibubapa berperanan penting bagi memastikan anak-anak kita mempunyai jati diri sebagai rakyat Malaysia dan apa yang penting lagi sebagai bangsa melayu yang penuh adat kesopanan.
  Dengan adanya pelbagai media elektronik masakini kita sebagai ibubapa perlu bijak memilih bagi memastikan segala kemudahan yang ada ini tidak merosakkan moral anak-anak kita.
  Pengaruh televisyen amat kuat,jadi ambil perhatian apa yang anak anda tonton hatta walaupun kartun sekali pun,kerana melalui pemerhatian UA terdapat kartun yang tidak bersesuaian dengan umur anak-anak kita.Walaupun kartun tetapi unsur kedewasaan masih ada.sebagai contoh terdapat adegan "loving"dan "kissing".Jadi pantau apa yang anak anda tonton.Selain dari itu kekasaran yang keterlaluan dalam cerita aksi patut dielakkan.Anak-anak belajar dari apa yang di lihat,jadi hati-hati.
 Jadi UA mahu kongsikan langkah pertama yang boleh lakukan untuk tanamkan semangat cintakan negara pada anak-anak kecil.


google image

1.Kenalkan Bendera Malaysia pada mereka.

  Bukan setakat kenalkan sahaja,tetapi ceritalah yang kita sekarang ni tinggal di negara Malaysia.
Bendera ini bendera negara kita.Berbual-bual la dengan anak-anak tentang perihal negara kita,
katakan mengapa perlu sayangkan negara,walaupun mungkin mereka tak berapa faham.Jawab setiap pertanyaan anak-anak kecil sekiranya mereka ada perasaan ingin tahu sesuatu.Beri jawapan yang jujur agar mereka tidak terkeliru.Kalau anak UA,apabila nampak bendera Malaysia,dia tak kata bendera,tapi dia kata."ibu..Malaysia."bolehlah tu kan.



2.Pilih bahan bacaan yang mengambarkan negara Malaysia.

    Perkara pemilihan bahan bacaan mungkin nampak mudah bagi kita sebagai ibubapa tapi sebenarnya ia turut memainkan peranan penting pada anak-anak kita.Melalui pembacaan anak-anak mempelajari tentang perkara disekelilingnya.Contoh bahan bacaan yang baik bagi perkenalan budaya,cara hidup dan perkara berkaitan Malaysia adalah seperti buku-buku #Projek100buku.
Antara buku yang UA rasakan mengambarkan masyarakat kita adalah seperti buku-buku di atas.UA dapat lihat kesan pembacaan buku "Cempaka di taman bunga" pada Afrina apabila dia kenal jenis bunga yang di lihat di sekeliling dia selepas UA membacakan buku itu pada dia.



google image

3.Menonton kartun Upin Ipin bersama anak-anak

     Pada pandangan UA kartun Upin Ipin amat  bagus unutk anak-anak kita.Ia mengambarkan tentang kehidupan masyarakat melayu.Syukur yang kartun ini menjadi fanomema di Malaysia.Setiap kanak-kanak di Malaysia mengenali mereka.Menonton kartun ini menambahkan ilmu anak-anak tentang apa yang terdapat di Malaysia.tentang buahan-buahan tempatan,perbezaan budaya antara melayu dan cina,tentang permainan yang dahulunya popular padan zaman lalu,UA suka menonton cerita ini dengan anak-anak,sambil tengok UA akan bercerita tentang permainan zaman kanak-kanak UA,aktivit megaji di surau seperti yang ditunjukkan dalam cerita ini,bercerita lanjut tentang ketupat,wau dan macam-macam lagi yang di tonton di dalam cerita itu.Sekaligus membuatkan anak-anak suka dengan kehidupan di kampung da aktivitinya.Apa yang paling mengujakan anak-anak tahu apa itu pantun.



google image
4.Bawa mereka ke tempat bersejarah

   Bawa mereka ke tempat bersejarah,sebagai contoh Tugu negara,,Dataran Merdeka,Muzium Negara dan banyak lagi.Ceritakan peristiwa yang berlaku di situ dahulu,ceritakan juga kesusahan orang dulu sebelum mereka lahir.Cara hidup mereka agar mereka lebih mengerti kemerdekaan yang sebenar.
Kenalkan pada mereka pemimpin-pemimpin yang berperanan penting sebelum dan selepas merdeka.
Dengan ilmu -ilmu itu sedikit sebanyak akan menanamkan semangat cintakan negara pada anak-anak.

 Rasanya banyak lagi cara untuk kita tanamkan semangat cintakan negara pada anak-anak kita tetapi rasa nya ini lah 4 langkah yang paling mudah untuk kita lakukan agar dapa kita tanamkan semangat cintakan negara pada mereka.

  Sekian,Moga perkongsian ini memberi manfaat pada ibubapa di luar sana.Selamat Hari Kemerdekaan yan ke-58.



Merdeka!Merdeka!Merdeka!

                                     
  






                                                                                                         





Ummul Azkee / Author & Editor

"A self motivated women with hundreds of challenge. Its all about how to get strength to face the challenge of life and to make dream come true. Arts is the way I motivate myself to be a strong women, remind me to stay positive in all challenge that will come in my life.Learning about realities of life that might comes and never give up."

4 comments:

  1. bagus tips UA ni.. in shaa ALLAH boleh lia apply kat anak-anak :))

    Resepi Cheesecake Oreo di sini

    ReplyDelete
  2. Terima kasih UA atas perkongsian. Terus cari colouring picture untuk aktiviti mengajar petang ni. Nak pupuk semangat anak murid sambut merdeka esok.

    Sertai August Top Commentator Giveaways! Masih belum terlambat, berakhir esok. Komen mana-mana entri lepas dan berpeluang menangi produk Shaklee. Klik VitaminSuci untuk sertai. TQ!

    ReplyDelete
  3. Hai Ummul! KakLin suka tips Ummul ni.. rancangan kartun tu, boleh tambah juga 'Kampung Boy'.. sesambil bagi anak-anak rasa kehidupan anak-anak kampung :D

    ReplyDelete

THANKS FOR THE LOVELY COMMENT. SO APPRICIATE IT..

Coprights @ 2016, Blogger Templates Designed By Templateism | Templatelib