Now you can Subscribe using RSS

Submit your Email

Thursday, 13 August 2015

KHAS BUAT SI KIDAL | mereka ini pelik atau istimewa?

Ummul Azkee

13 0gos,Hari kidal Sedunia | World Left Handers Day


world left handers day
google image


    Selamat Hari Kidal Sedunia,buat mereka yang menggunakan tangan kiri dalam melakukan segala aktiviti harian mereka,terutama ketika menulis,melukis atau memotong juga menggunting.Ya,Hari ini si Kidal di raikan satu dunia.
   Tahu tak mengapa mereka diraikan pada hari ini?Tujuannya adalah untuk memberi peluang pada si kidal,memberitahu semua orang betapa bangga nya mereka menjadi seorang yang kidal.Ia juga sebagai
satu cara untuk meningkatkan kesedaran tentang isu harian yang dihadapi oleh mereka yang
menggunakan tangan kiri.

DUNIA INI DICIPTA UNTUK SI TANGAN KANAN

     Samada kita sedar atau tak,kebanyakkan alatan di dunia ini dicipta untuk mereka yang menggunakan tangan kanan.Oleh kerana itu,mungkin ramai yang merasakan orang yang kidal ini nampak pelik apabila mereka melakukan sesuatu kerja seperti memotong,menggunting ataupun mengupas kentang.Tak mudah mahu gunakan sesuatu alatan yang diciptakan untuk mereka yang bertangan kanan ya.kekok sangat!Sebab itu apabila orang kidal membuat pekerjaan mereka nampak pelik.
  UA bukan cakap kosong sebab keadaan ini di alami oleh UA sendiri.Setiap kali kalau buat kerja mesti kena tegur..eh,kenapa guna tangan kiri..kidal ya?."Ya!saya si kidal yang pelik 'berkata-kata UA sendiri dalam hati..erkkk..Akhirnya rahsia UA terbongkar hari ini.huhuhu..


left handers day


  Biarpun kidal dianggap pelik oleh sesetengah orang,dan mungkin juga dianggap sebagai satu kelemahan sehinggakan kadangkala ada ibubapa yang sedaya upaya memaksa anak mereka
menggunakan tangan kanan atas pelbagai alasan.Hakikatnya kidal juga satu anugerah yang di kurniakan oleh pencipta sebagai satu keistimewaan.Ini dibuktikan wujudnya mereka berjaya dan terkenal dalam bidang-bidang yang diceburi.

 FAKTA MENARIK UNTUK SI KIDAL    

 Hari Tangan Kiri Sedunia diraikan bermula 13 Ogos 1976 oleh Persatuan Tangan Kiri Antarabangsa.

7 % daripada populasi manusia di dunia adalah bertangan kiri.

Selain digelar "Lefties", si kidal ni jugak digelar "Southpaws".

Seorang daripada 4 orang angkasawan Apollo adalah kidal.

4 daripada 5 orang pencipta asal Macintosh adalah kidal.

George W.Bush, Bill Clinton dan Barack Obama adalah seorang yang kidal.

Pablo Picasso, Isaac Newton, Albert Einstein, Leonardo DaVinci, Michelangelo juga kidal.

Orang yang bertangan kiri, adalah lebih mudah melihat apabila dalam air berbanding yang tangan kanan.

Kebanyakan peralatan dicipta untuk orang yang bertangan kanan contohnya, pemetik api dapur.

Ada beberapa syarikat yang mengeluarkan barangan khas untuk mereka yang kidal.


  
        Akhir kata ,biar macam mana pelik atau berbezanya kita daripada orang lain.Jangan ada perasaan rendah diri mahupun sombong,kerana kita semua mempunyai keistimewaan yang tersendiri.Yang paling penting adalah yakin dengan kebolehan masing-masing.Betul tak?


 

Ummul Azkee / Author & Editor

"A self motivated women with hundreds of challenge. Its all about how to get strength to face the challenge of life and to make dream come true. Arts is the way I motivate myself to be a strong women, remind me to stay positive in all challenge that will come in my life.Learning about realities of life that might comes and never give up."

5 comments:

  1. kidal is istimewa. sy ada kawan kidal boleh main gitar mcm org tak kidal. hebat.

    ReplyDelete
  2. Untung orang tangan kidal ni ye..tapi yanie tangan kanan..

    ReplyDelete
  3. amboii..siap ada hari istimewa.. hehehe.. masa sekolah dulu memang unik tengok orang yg menulis pakai tangan kiri.. kat u pulak diorang punya meja exam, meja besar, sebab meja lipat tu susah diorg nak tulis..huh..untung betul..

    ReplyDelete
  4. abang sulung dan adik bongsu sy kidal. adik ipar KG dua org kidal...mereka berbeza pada kita yang guna tangan kanan..heheheh

    ReplyDelete
  5. kidal utl hal2 lain ok lagi , tapi kalau makan cuba la guna tangan kanan...

    ReplyDelete

THANKS FOR THE LOVELY COMMENT. SO APPRICIATE IT..

Coprights @ 2016, Blogger Templates Designed By Templateism | Templatelib