Now you can Subscribe using RSS

Submit your Email

Saturday, 8 August 2015

Kebimbangan hati seorang ibu..

Ummul Azkee



  Beberapa hari lepas kita dikejutkan dengan berita kelahiran bayi tak sah taraf oleh kanak-kanak perempuan 11tahun.Nauzubilah!!Perkara ini amat mengejutkan kita semua terutama sekali insan yang begelar ibubapa.Akan tetapi melihatkan persekitaran zaman kini dengan pelbagai  teknologi sememangnya tak mustahil perkara ini terjadi.

  UA sebenarnya bukan mahu menunding jadi pada sesiapa,tetapi mahu kita fikirkan sedalam-dalamnya dimana kah silapnya sehingga perkara ini terjadi.Sebagai ibu kepada dua anak perempuan yang sedang membesar kebimbangan itu semestinya wujud dan UA pasti semua ibubapa diluar sana pun alami perasaan yang sama.Usia 11tahun itu pada UA terlalu muda untuk seorang kanak-kanak terjerumus dalam perkara yang dilarang.Di usia ini seharusnya mereka masih lagi bersekolah,
berseronok,bermain dengan kawan-kawan ataupun menonton kartun dengan dalam jagaan ibubapa atau penjaga.Pada pandangan anda,mengapa ia terjadi?

  Maaf nak kata,sebenarnya terlalu banyak faktor mengapa ini terjadi.Terlalu banyak pendedahan pada media sosial juga menjadi punca utama masalah ini.Jangan ambil mudah apabila ia berkaitan sahsiah anak-anak.Sekecil-kecil tindakan yang kita mahu ambil fikirkan impaknya pada anak-anak kita seperti kebimbangan kita apabila melihat anak kita yang sedang sakit.Ingatkan dalam diri kita,
Anak itu AMANAH dari Allah yang perlu kita jaga sebaiknya.Ia bukan hak kita,ia hadiah/pinjaman Allah pada kita yang mana satu hari akan ditanya satu hari kelak.Bahkan tubuh badan yang kita miliki ini juga bukan milik kita,dan kita akan ditanya bagaimana kita manfaatkannya di dunia ini.

  Kawal pergaulan anak-anak kita,berikan mereka ilmu tentang ajaran islam yang sebenar dan terangkan mengapa sesuatu tindakan itu tidak patut dilakukan.Kalau boleh,jangan jadikan gajet sebagai ganjaran untuk anak-anak bersemangat dalam pelajaran.Pengunaan gajet atau telefon pintar di kalangan kanak-kanak dan remaja sebenarnya lebih mendedahkan anak-anak kita kepada perkara negatif.UA bukan berkata kosong,tapi bukti nya telah AU lihat sendiri.Anak-anak muda,yang masih bersekolah di sekolah rendah mahupun di sekolah menengah tanpa segan silu meluah rasa,berkongsi foto yang tidak sepatutnya di media sosial.

  Awasi anak-anak sekiranya mereka menonton televisyen lebih-lebih lagi kanak-kanak.Kini,terlalu banyak unsur negatif diterapkan yang akan mempengaruhi minda anak-anak,bukan setakat dalam filem barat malahan drama dan juga kartun turut ada.Sebagai ibubapa yang punya rasa tanggungjawab berikan perhatian pada mereka,jadikan mereka sahabat kita.jangan alihkan perhatian pada sesuatu yang membuatkan mereka makin jauh dari kita dan leka dengan dunia mereka sendiri.
Jangan sampai Nasi menjadi bubur.

 Akhir sekali,setelah segala usaha daya kita lakukan,jangan pernah lupa untuk sentiasa mendoakan anak-anak kita agar sentiasa dalam peliharaan Allah S.W.T dari perbuataan mungkar.Moga luahan rasa bimbang seorang ibu ini membuka mata semua untuk lebih prihatin dengan permasalahan anak-anak kita di zaman ini.

Ummul Azkee / Author & Editor

"A self motivated women with hundreds of challenge. Its all about how to get strength to face the challenge of life and to make dream come true. Arts is the way I motivate myself to be a strong women, remind me to stay positive in all challenge that will come in my life.Learning about realities of life that might comes and never give up."

0 comments:

Post a Comment

THANKS FOR THE LOVELY COMMENT. SO APPRICIATE IT..

Coprights @ 2016, Blogger Templates Designed By Templateism | Templatelib