Now you can Subscribe using RSS

Submit your Email

Monday, 10 August 2015

Jam tangan tanpa bateri

Ummul Azkee




  Apabila sebut tentang jam tangan pasti rata-rata kita semua memilikinya kan?Jam itu penting bagi mereka yang sibuk dan sentiasa mementingkan masa dan mempunyai jadual harian yang padat.Akan tetapi jam tangan juga pada masa ini diklasifikasikan sebagai aksesori oleh golongan lelaki terutamanya.Perempuan pula bagaimana?Biasanya perempuan lebih suka menjadikan barang kemas sebagai aksesori.Kalau ada pun ada yang menjadikan jam tangan sebagai aksesori mungkin hanya segelintir sahaja.

   Pada masa kini terdapat pelbagai pilihan jam tangan di pasaran.Ada pula pelbagai jenis dan bentuk besesuaian dengan semua usia,samada muda mahupun dewasa.Kalau nak tahu,UA juga merupakan peminat jam tangan sebenarnya.Kalau di minta memilih barang kemas atau jam tangan,UA akan memilih jam tangan.hehehe..begitulah minatnya UA pada jam tangan tapi tidaklah sehingga ada koleksi jam tangan yang pelbagai.


seiko
jam tangan kesayangan UA


  UA hanya ada satu sahaja jam tangan.Jam tangan ini satu-satu nya barang yang sudah lama UA gunakan dan menjadi barang kesayangan hingga kini.Sudah 7 tahun bersama UA.Jam tangan ini ada ceritanya yang tersendiri kerana UA beli sewaktu mula bekerja dan merupakan bonus pertama yang UA perolehi waktu bekerja tak lama dahulu,Masa itu belum lagi berkahwin.

  Istimewa nya jam tangan ini ia tidak menggunakan bateri.atau disebut jam tangan automatik.
Kelebihan jam ini adalah kita tak perlu lah risau tentang bateri.Jam tangan ini takkan mati atau berhenti selagi kita memakainya.Masa mula beli dahulu UA sampai bawa tidur.hehehe...
Yang tak seronoknya tentang jam tangan ini adalah,apabila kita buka atau tak menggunakannya ia akan berhenti.itulah kelemahan jam tangan ini.setiap kali mahu pakai kena betulkan masa dan jarumnya.

  Motif UA bercerita tentang jam tangan ini,hanya mahu berkongsi cerita tentang barang kesayangan UA,juga minat UA pada jam tangan.Anda pula bagaimana?Minat tak jam tangan?Jom kongsi sikit pengalaman anda tentang jam tangan di kotak komen..Nak juga tahu..



Ummul Azkee / Author & Editor

"A self motivated women with hundreds of challenge. Its all about how to get strength to face the challenge of life and to make dream come true. Arts is the way I motivate myself to be a strong women, remind me to stay positive in all challenge that will come in my life.Learning about realities of life that might comes and never give up."

5 comments:

  1. hehe acik plk x blh pkai jam tangan.. gatal2 di bahagian pergelangan tangan

    ReplyDelete
  2. UA, saya pun ada jam tangan automatik gini.. tapi, sekali tu Yusuf bagi jatuh ..uwaa.... nangisss.. langsung jammed.. huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. UA punya jam pun pnh jatuh,terus rosak..tpi lepas repair ok..sebulan juga la msuk hospital.huhuhu

      Delete
  3. Mai suka jam tangan tapi kalau pakai je mesti gatal..huhu

    ReplyDelete

THANKS FOR THE LOVELY COMMENT. SO APPRICIATE IT..

Coprights @ 2016, Blogger Templates Designed By Templateism | Templatelib