Now you can Subscribe using RSS

Submit your Email

Tuesday, 18 August 2015

Dinner in the Sky Malaysia -Alami makan malam yang unik!

Ummul Azkee


Dinner in the Sky -Malaysia

        Malam semalam UA ada menonton majalah3..Sebenarnya UA bukanlah peminat setia majalah3 tapi disebabkan topik minggu ini agak menarik jadi UA tontonlah.Ada satu perkara yang UA mahu kongsi di sini yang mungkin menarik perhatian mereka yang sukakan cabaran dan kelainan.

     Ok nak cerita tentang Dinner in the Sky yang UA rasa amat menarik dan unik .Dinner in the sky ini bukanlah seperti pengalaman menikmati makan malam biasa-biasa,bukan di menara tinggi mahupun anjung bangunan ya?tetapi makan malam di ruang udara atau terapung-apung sama seperti kita naik gondola,bayangkan kita makan malam di ruang udara yang luas berserta angin sepoi-sepoi bahasa,aman bukan..
  Aman tak aman juga lah,sebab dengan ketinggian yang luar biasa,bersebelahan dengan Menara Kuala Lumpur.Mampu kah kita makan dengan aman.huhuhu..di sinilah cabarannya ok.huhuhu..
     Ya,kita akan makan malam  di udara sambil menikmati suasana malam di kuala lumpur bersebelahan dengan Menara Kuala Lumpur,tergantung begitu seperti dalam gambar di bawah ini.

dinner in the sky Malaysia


       Buat pengetahuan semua,Dinner in the sky ini telah beroperasi di 43 buah negara dengan berlatar belakang bangunan ikon terkemuka di dunia dan Malaysia merupakan negara Asia pertama yang menganjurkan pengalaman unik ini yang pastinya menjanjikan pemandangan menarik Menara Kuala Lumpur dan juga Menara Berkembar Petronas 
       Bagi yang ingin mengalami pengalaman seumur hidup yang unik ini bolehlah membuat tempahan.Dinner in the Sky Malaysia ini telah bermula pada 1Ogos yang lepas dan akan beropererasi hingga 31Ogos2015.Untuk maklum lanjut mengenai acara makan malam ini boleh la klik sini.
UA?Dinner in the Sky?ermmm....seram juga sebenarnya,tapi akan di pertimbangkan...hehehehe..


menara kuala lumpur

       

Ummul Azkee / Author & Editor

"A self motivated women with hundreds of challenge. Its all about how to get strength to face the challenge of life and to make dream come true. Arts is the way I motivate myself to be a strong women, remind me to stay positive in all challenge that will come in my life.Learning about realities of life that might comes and never give up."

3 comments:

  1. wah bestnye.. tapi macam gayat ada gak.. huhu

    ReplyDelete
  2. Nampak best. Tapi takut tak sempat makan tgok2 dh jatuh bwh dah. Hahah

    ReplyDelete
  3. macam serremmm je, sambil makan, sambil urit dada..... erkkk

    ReplyDelete

THANKS FOR THE LOVELY COMMENT. SO APPRICIATE IT..

Coprights @ 2016, Blogger Templates Designed By Templateism | Templatelib