Rombongan sekolah ke Smart Junior chef
Ceritanya hari ini Afrina ada rombongan sekolah hari ini.Ini kali ke dua Afrina sertai rombongan sekolah,tahun lepas ke Platinium Negara.Tahun ini dia ke Smart Junior Chef yang terletak di Bandar Kinrara,Puchong.
Afrina memang suka bab masak memasak ini,selalu kalau ibu dia nak buat biskut ke,karipap ke dia yang teruja lebih nak uli tepung.terpengaruh dengan rancangan masak yang selalu ibu dia tonton di tv itupun yer..hehehe..pernah juga dia cakap mahu jadi chef."Cita-cita Na nak jadi chef!"katanya.
Nampaknya tercapai lah cita-cita dia hari ini.macam chef pastri lagaknya,uli tepung buat biskut katakan.Seronok pula ibu tengok,khusyuk semua buat biskut ye..hehehe..mari tengok gelagat Afrina dan kawan-kawan buat biskut..
Buat pengetahuan semua,Smart Junior Chef ada menganjurkan kelas memasak buat kanak-kanak bermula dari umur 4tahun.Jangan terkejut!tapi rasanya pendedahan awal anak-anak kepada dunia masakan jika mereka minat tidak terlalu awal rasanya.Jika diasah dari awal,tak mustahil mereka berjaya dalam bidang ini.Di sini ada 3 kategori kelas di sediakan iaitu Junior chef(4-6thn)masa 1.5jam,Senior Chef(6-17thn)masa 2jam dan Master Chef (11-17THN)2jam.Jadi kalau ada terlihat kecenderungan anak pada dunia masakan,apakata hantar mereka belajar memasak di sini.pasti banyak ilmu yang boleh mereka pelajari.Silap haribulan lagi handal masak dari kita.huhhu..
Kalau ada ibu bapa yang berminat bolehlah lawati facebook di sini atau layari web di sini untuk lebih maklumat.
Jadi mahu tengok tak hasil biskut Afrina hari ini...taraaaaaa....
comelnye biskut dier....
ReplyDeleteWah...kecik2 dh ade pendedahan tentang masakan...cumel jerr..hehe
ReplyDelete