Now you can Subscribe using RSS

Submit your Email

Tuesday, 25 August 2015

Cerita di Sebalik Nama Ummu/Ummul

Ummul Azkee
Stacy peluk islam
google image
     Semalam kita dikejutkan dengan berita yang Stacy telah memeluk agama Islam,benar atau tidak kita tunggu kesahihan nya hari ini dalam sidang media.Dengar kata nama islam Stacy adalah Ummu Syaikhah Stacy Abdullah.Hampir sama dengan nama UA..Nama UA Ummul Azkee.Ia itulah nama sebenar UA tau!bukan nama samaran seperti tanggapan sesetengah orang.Sebab apa UA kata begitu,sebabnya ada orng ingat itu bukan nama sebenar UA..sedihh..
   Bagi yang tak tahu makna Ummul dalam bahasa arab bermaksud Ibu.Ummu atau Ummul maksudnya sama,Ibu..Hanya ejaan sahaja yang berlainan menurut kata Umi UA la.
   Menjadi pemilik nama ini agak mejadi perhatian sebenarnya.Waktu UA masih di awal persekolahan dalam tahun 1990,memang tiada langsung orang nama Ummul selain adik beradik UA.Jadi apabila di awal persekolahan,apabila cikgu minta perkenalkan diri.pasti orang akan pelik dengan nama Ummul,lebih-lebih lagi nama UA..Ummul Azkee..Pelik sebab tak ada orang nama macam tu agaknya.hm...memang tak jumpa lagi orang bernama Azkee.Ada orang kata macam nama lelaki..lagi la UA stress masa itu.
   Nama UA ini diberikan oleh arwah ayah saudara UA,pak teh.Pak teh memang fasih bahasa arab,dia pernah jadi guru bahasa arab secara sambilan di rumahnya.Dimana dia belajar dahulu UA pun tak pasti.
    UA ada 5 orang adik perempuan.dan nama kesemua mereka dimulai dengan nama Ummul..ada seorang sahaja nama bermula dari Ummu,diberikan sempena nama sahabat Nabi kalau tak silap iaitu Ummu Hani.Disebabkan semua nama awal sama,kalau di sekolah memang senang cikgu nak tahu yang kami ini adik beradik.Jadi selalulah diingati dan jadi perhatian.Ya,perhatian!Salah satu sebab UA rasa tak berapa selesa sebenarnya apabila jadi pemilik nama Ummul tapi lama kelamaan jadi lali pula.
   Lagi satu cerita yang mungkin agak lucu adalah apabila kawan sekolah menghubungi kami berlima di rumah,Mana tak nya,apabila mereka kata mahu bercakap dengan Ummul mesti yang menjawab akan bertanya "Ummul apa?Ummul yang mana?" hehehe..kebanyakan dari kawan-kawan kami berlima memang panggil Ummul di sekolah.Jadi mereka akan jadi terpinga-pinga sekejap sebab ada yang tak tahu dan ada lupa nama belakang kami.hihihihi..
   Kalau benarlah Stacy memilih nama Ummu,harap selepas ini tak adalah orang rasa pelik kan apabila dengan nama Ummul/Ummu tapi Azkee itu memang tak dapatlah nak buat apa..tak apa lah,janji ada makna yang baik.Redha!
 

Ummul Azkee / Author & Editor

"A self motivated women with hundreds of challenge. Its all about how to get strength to face the challenge of life and to make dream come true. Arts is the way I motivate myself to be a strong women, remind me to stay positive in all challenge that will come in my life.Learning about realities of life that might comes and never give up."

13 comments:

  1. Wawa suka orang nama ummu/ummul.. Seakan jia keibuan dizaman Rasulullah masih lagi wujud hari ini..

    Selalu kita dengar kisah nabi, ummu salamah, ummu suffian, dan byk lagi..

    Wawa belum ada anak, kalau dah ada anak, best juga letak name ummu humaira.. Konon2 nme anak aisya humaira..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe..nama aisya humaira pun sedap..hehehe..

      Delete
  2. AlhamduLILLAH.. nama yang baik UA.. :))

    ReplyDelete
  3. sedap nama ummul dan adik beradik,cantik sangat ,kawan anak kak ana ada dua orang ummul ingat sampai hari ni sebab nama mereka unik satu tu kawan kak long ummu nur isabella dan kawan adik ummu habibah..sedap kan :)

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah semua ibu ayah nak berikan nama yang baik pada anak-anak kan. Saya dulu nak bagi nama anak pon puas memikir nama-nama yang baik dan sesuai. Kezen saya pon saya family mak dia letak nama ummu. Nice name..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah makin ramai guna nama ni..xde lah nmpk pelik sgt kn..hehee

      Delete
  5. tak peliklah nama UA tu. saya pernah jumpa nama lagi pelik macam nama orang Indonesia. TUKUL ARWANA!

    ReplyDelete
  6. Glamour satu sekolah ye adik beradik semua nama Ummul. Cantik nama ummul azkee. Sedap disebut.

    Jemput singgah ke blog saya, VitaminSuci. Saya dah add link blog awak di bloglist saya. Terima kasih.

    ReplyDelete
  7. klau nama aina, ustaz selalu pnggil "aina, aina?" haha --> dimana aina dlm bhsa arab. tpi ada jugak dlm buku makna nama aina ialah mpunyai mata yg cantik. ahakk. >_<

    ReplyDelete

THANKS FOR THE LOVELY COMMENT. SO APPRICIATE IT..

Coprights @ 2016, Blogger Templates Designed By Templateism | Templatelib