Now you can Subscribe using RSS

Submit your Email

Monday, 17 August 2015

Cara-cara untuk buat kita lebih bersemangat pada hari ISNIN

Ummul Azkee
Iove monday


       Salam pagi Isnin,Selamat mula bekerja semula setelah dua hari bercuti di hujung minggu.
Selalunya apabila sudah bercuti dua hari ini,apabila tiba Isnin ramai yang lemau dan mengalami 'monday blues'.hehehe..Ha!mari sini UA nak kongsi sikit kenapa kita perlu lebih bersemangat pada hari isnin.


1.HARI PERTAMA HARI YANG MENYERONOKAN

       Rasanya sejak kecil lagi kita sudah tahu dan diberitahu bahawasanya hari Isnin merupakan hari pertama setiap minggu,kan?Jadi UA berpendapat sepatutnya,seharusnya kita rasa seronok mahu mulakan hari pertama setiap minggu,dan berazam menjadikan hari pertama itu lebih baik dari minggu yang sebelumnya..Kalau rasa masih rasa tak bersemangat,imbas kembali hari pertama kita bekerja,bayangkan bagaimana terujanya kita untuk memulakan perkara baru pada hari itu.


2.SUASANA NYAMAN DAN TENANG

     Samada kita perasan atau tidak,selalunya suasana dan keadaan pada hari Isnin lebih nyaman dan tenang.Setelah bercuti dua hari,yang mana selalunya hari minggu kebanyakkan orang akan bangun lewa.Kita akan bangun awal untuk bersiap ke tempat kerja,paastinya kita akan menikmati udara segar apabila keluar awal ke tempat kerja bukan?Jadi nikmati suasana itu dengan sebaiknya.Pasti kita lebih bersemangat di pagi hari Isnin dan tenang untuk memulakan setiap pekerjaan.


3.PAKAI PAKAIAN KEGEMARAN
    Setiap dari kita pasti ada pakaian kegemaran.Jadi untuk menaikkan mood atau semangat untuk bekerja pada hari isnin pakailah pakaian kegemaran anda.Mesti rasa lagi bersemangat ke tempat kerja.


4.AKTIFKAN MUZIK
   Dengarkan muzik rancak dan riang gembira dari lagu cinta jiwang yang menyedihkan di pagi hari.pasti hari Isnin kita lebih bersemangat dan gembira.


5.WAKTU MAKAN
   Bersarapan sebelum ke tmpat kerja,perut yang kosong pun menjadi faktor utama kita kurang bersemangat untuk bekerja.

  Jadi kalau ada rasa tak bersemangat hari in..amalan tip-tip di atas,mana tahu boleh ubah mood anda semua di hari isnin..


Ummul Azkee / Author & Editor

"A self motivated women with hundreds of challenge. Its all about how to get strength to face the challenge of life and to make dream come true. Arts is the way I motivate myself to be a strong women, remind me to stay positive in all challenge that will come in my life.Learning about realities of life that might comes and never give up."

8 comments:

  1. i love monday..hehe. terfolo plak..maklum la housewife

    ReplyDelete
  2. Salam...
    Singgah petang...
    huhu..tapi minggu nie permulaan hari yg paling tak best bler...
    kena buat kerja ngan bukan kerja kitaaaa....:(

    ReplyDelete
    Replies
    1. sabar yer nieyl....anggap jer keje2 sedekah..

      Delete
  3. Semangat tapi ngantuk ya amat..tido kul 4.30pagi. dok draft blog

    ReplyDelete
  4. tips yang bagus untuk di amalkan ummul :)

    ReplyDelete
  5. Perkongsian yang menarik dalam membugarkan 'mood monday'. Terima kasih dalam salam perkenalan dari http://travelogisma.blogspot.jp/

    ReplyDelete
  6. hihihi...mungkin kena panggil "Monday Rainbow" kot. hikhikhik :D

    ReplyDelete

THANKS FOR THE LOVELY COMMENT. SO APPRICIATE IT..

Coprights @ 2016, Blogger Templates Designed By Templateism | Templatelib