Now you can Subscribe using RSS

Submit your Email

Friday, 14 August 2015

Apabila orang biasa-biasa,tiba-tiba jadi kaya..

Ummul Azkee

aku kaya raya ini
google image


  Sebenarnya UA dapat idea menulis entri ini selepas menonton cerita Aku Kaya Raya Ini.Mula-mula tak minat pun nak tengok,tapi sebab kelakar tengok la juga.Seronok juga cerita ini,ada mesej yang pentingnya.
Bagi UA cerita yang baik  mempunyai mesej dan ada pengajaran yang boleh di sampaikan pada yang menontonnya.Impak dari sebuah cerita yang baik boleh membuatkan kita berfikir baik buruk sesuatu perkara,memotivasikan diri kita,juga  memberikan aura positif dalam diri.Bukan membuatkan kita makin leka dan bermimpi di siang hari.

   Jadi cerita ini sebenarnya mengenai seorang lelaki yang sudah berkahwin yang hidup sederhana,dan selalu kesempitan wang,Dia mempunyai isteri dan dua anak remaja lelaki dan perempuan.Walaupun selalu kesempitan wang,mereka selalu bersama dan bahagia.
   Satu hari itu dia dapat rezeki terpijak oleh kerana keprihatinan dia menolong menyelamatkan adik kepada seorang jutawan dari china.Dia menerima imbuhan 50juta.
Serta merta kehidupan lelaki ini berubah.Berita dia menjadi jutawan segera terus tersebar luas apabila seorang jiran membuka cerita pada mereka yang lain.Lelaki itu yang pada mulanya mahu menyembunyikan kekayaan tepaksa akur apabila isteri nya sendiri bangga kerana suaminya yang kini kaya raya.
  Selepas itu apalagi,dengan tak semena-mena adik lelaki tersebut yang bergelar dato datin yang selama berpuluh tahun tak pernah menziarahi,tiba-tiba muncul di rumah mereka mengaku saudara.Si datin mula mempengaruhi si isteri bersosial sana sini sehingga mengabaikan si suami.Yang anak-anak pula sibuk berhibur bersama rakan-rakan di luar.Yang si Dato pula mula mempengaruhi si suami untuk bekerjasama dan melabur dalam perniagaan.
   Dari hari ke hari,Si lelaki mulai gusar tentang isteri dan anak-anak yang mula tak mempedulikan dirinya.Masing-masing sibuk dengan urusan masing-masing bersosial tak tentu masa.Yang si isteri sehingga lupa tanggunjawab di rumah.Si anak pula bebas ke sana ke mari tak tentu masa.Rumah mereka yang dulu riuh kini sunyi dan ibarat hotel.Usaha si lelaki ini menegur isteri dan anak-anaknya juga tak dihiraukan.Dia ibarat tak wujud dalam kehidupan mereka.
  Sehinggalah akhirnya si isteri,anak lelaki dan perempuan di uji dengan kejadian yang tak diingini yang membuatkan mereka sedar yang mereka telah melampaui batas dan lupa diri dengan kekayaan dimiliki.

  Pada pendapat UA cerita ini agak klise tapi menarik kerana cerita dan watak-watak yang dimainkan membuatkan UA berkata 'realiti hidup sebenar pun begini'.Kebanyakkan orang yang dulu nya hidup sederhana,apabila tiba-tiba kaya mulalah lupa diri,berhibur tak ingat dunia.Abaikan suruhan agama,batas-batas pergaulan tak dijaga,lupa tanggungjawab,abaikan suami,abaikan anak-anak.Inilah realiti,hidup ibarat di syurga.Apapun ok,asalkan gembira.Terlupa yang dunia ini sementara.


kalau aku kaya
google image



 "Kaya?semua orang mahu kaya...tapi kalau kaya membuatkan aku lupa,kalau kaya membuatkan aku lebih berdosa,lebih baik aku hidup bersederhana.
  Tetapi andai aku ditakdirkan satu hari nanti aku kaya harta,aku harap aku juga kaya jiwa dan takkan lupa yang aku dulu orang biasa-biasa yang akhirnya kaya.." ;)




 



Ummul Azkee / Author & Editor

"A self motivated women with hundreds of challenge. Its all about how to get strength to face the challenge of life and to make dream come true. Arts is the way I motivate myself to be a strong women, remind me to stay positive in all challenge that will come in my life.Learning about realities of life that might comes and never give up."

5 comments:

  1. hish..bilaa laaa nak kaya ni ummul..hahahhaa.. kalau kaya nanti jangan lah lupa diri makin tamak haloba

    ReplyDelete
  2. mcam best je cite tu.. seronok plak bace Ua tulis..:)

    betul tu, kekayaan yang berpaksikan pada Allah insyaAllah bermanfaat dan kita dpt beri manfaat pada org lain pula..")

    ReplyDelete
  3. yang kita miliki di dunia ni hanyalah sementara, carilah yang harta untuk bekalan ke sana...

    ReplyDelete
  4. wahh ua ke penulis skrip cite tu? Huntungg laa

    ReplyDelete

THANKS FOR THE LOVELY COMMENT. SO APPRICIATE IT..

Coprights @ 2016, Blogger Templates Designed By Templateism | Templatelib