Now you can Subscribe using RSS

Submit your Email

Tuesday, 4 August 2015

Adab-adab sebagai tetamu

Ummul Azkee


  Hari ini 19 syawal,UA pastinya ramai yang masih menerima jemputan ke rumah terbuka disana sini,Jadi UA rasa amat bersesuaian kiranya UA berceloteh mengenai adab-adab bertamu dalam islam.

Bab bertamu,undangan dan adab-adabnya

   Dalam islam,tetamu yang datang merupakan pembawa rezeki pada rumah yang dikunjungi dan kepulangannya membawa ampunan.Hak seorang tetamu untuk dilayan adalah selama tiga hari.
Selama itu,tuan rumah digalakkan agar menghormati dan melayani tetamu sebaik-baiknya.Lebih dari tiga hari layanan kita dianggap sebagai sedekah.

Adab sebagai tuan rumah

Jangan menunggu sehingga tamu datang,sebaiknya kita masak makanan kemudian mengundang orang untuk datang makan bersama kita.

Disunatkan bagi tuan rumah agar menemani tetamu makan.

Bila tetamu akan pulang maka disunatkan bagi tuan rumah untuk menghantarkannya sampai  ke pintu rumah.

Adab sebagai tetamu


.Pilih waktu yang sesuai untuk mengunjungi rumah kawan atau saudara mara

Sebaik-baiknya bawakan buah tangan untuk mereka.

Ucapkan salam sebelum masuk.tunggu sehingga tuan rumah menyambut salam.Berikan ruang untuk tuan rumah bersedia menjemput anda sebagai tetamu.

Ucapan salam yang dianjurkan oleh islam adalah sebanyak tiga kali,sekiranya tiada sahutan maka adalah digalakkan untuk pulang.
    
Jangan masuk ke rumah sehingga diizinkan.ditakuti ada ahli dalam rumah yang belum bersedia atau tidak menutup aurat.

bersalaman dengan tuan rumah dan seisi rumah sekiranya bukan mahram,elakkan bersalaman.

Makanlah apa yang dihidangkan oleh tuan rumah,jangan meminta sesuatu yang tidak dihidangkan.

Jika berpuasa selain ramadhan maka sebaiknya berbuka sekiranya dihidangkan makanan oleh tuan rumah.

Jaga adab sopan dan tingkah laku ketika bertamu.duduklah dengan tertib dan sopan.

Bercakaplah dengan suara yang lembut dan bersopan santun.Makan dan minum dengan sopan.

Jangan membuat bising atau ketawa dengan kuat.

Elakkan bertandang terlalu lama ditakuti akan menganggu tuan rumah.

Minta izin pada tuan rumah sekiranya ingin pulang,jangan lupa bersalaman dan ucapkan terima kasih atas layanan yang diberikan.


Bab undangan makan

Disunatkan dalam islam agar datang menghadiri jemputan atau undangan,jika diundang.

Jika ada dua undangan yang diterima,maka hadirilah undangan yang terdekat dengan rumah kita.

Jangan datangi suatu acara jika tidak diundang oleh tuan rumah.

Sebaiknya jangan hadiri jika diundang oleh orang fasik atau undangan pada acara yang mengadakan kemaksiatan.


Harap bermanfaat perkongsian UA kali ini dan memberi panduan agar kita sentiasa menjaga adab setiap masa dan keadaan.

Ummul Azkee / Author & Editor

"A self motivated women with hundreds of challenge. Its all about how to get strength to face the challenge of life and to make dream come true. Arts is the way I motivate myself to be a strong women, remind me to stay positive in all challenge that will come in my life.Learning about realities of life that might comes and never give up."

6 comments:

  1. Replies
    1. tq nani..idea dtg masa bincang dgn efgiers di tg..

      Delete
  2. Nice sharing...ada sesetengah org lupa adab menerima tetamu dan adab sbg tetamu kan...

    ReplyDelete
  3. Terima kasih atas perkongsian ini

    ReplyDelete
  4. wah very the nice kak ummul share pasal adab tetamu eheheh ^^,

    ReplyDelete
  5. kita klik2 iklan kak ummul sekali sini :)

    ReplyDelete

THANKS FOR THE LOVELY COMMENT. SO APPRICIATE IT..

Coprights @ 2016, Blogger Templates Designed By Templateism | Templatelib