Now you can Subscribe using RSS

Submit your Email

Wednesday, 29 July 2015

Iklan Raya mengusik jiwa

Ummul Azkee


Iklan Raya  Petronas





Rumah kampung Atuk dan wan


    Siapa pernah tonton iklan di atas?iklan raya di atas ini iklan raya Petronas  2014.Iklan raya ini iklan paling terbaik bagi UA.Nak tahu kenapa?sebab iklan ini mengingatkan UA pada rumah lama arwah atuk dan wan UA dahulu.Sama sangat!Waktu mula-mula tengok iklan ini,UA terus simpan dan hantar di whaspp umi.Umi pun kata sama sangat rumah itu dengan rumah atuk dengan wan UA.
sampaikan umi sebak tonton iklan ini sebab teringatkan arwah atuk dan wan.
    Sayang sekali semuanya tinggal kenangan.rumah itu kini tiada lagi dek kerana kemajuan kampung waktu itu.ia sudah dirobohkan dan tapak rumah itu kini padang bola...sedih pun ada apabila tengok iklan ini teringat arwah atuk dan wan,juga kenangan di rumah itu.
    Kenangan zaman kanak-kanak terimbau apabila menonton iklan raya petronas ini.Kenangan dengan atuk yang selalu duduk di kerusi malas di beranda rumah itu.UA dulu nakal lah juga selalu tak dengar cakap umi..selalu nak curi-curi keluar sebab nak main bawah rumah atuk..seronok main nyorok-nyorok bawah rumah itu,sejuk sahaja.hehehe..
     Yang paling UA ingat atuk bertindak menjadi jaga di beranda.kalau UA nak keluar di cubit guna jari kaki macam ketam..Apabila tengok kanak-kanak dalam iklan ini teringat diri sendiri.Seronok nya zaman itu..Rindunya sampaikan UA terfikir "kalaulah boleh bina kembali rumah kenangan itu"pasti seronok..sudah tentu umi,walid,pakcik dan makcik suka..hm..tak mustahil kan impian ini..
   



Ummul Azkee / Author & Editor

"A self motivated women with hundreds of challenge. Its all about how to get strength to face the challenge of life and to make dream come true. Arts is the way I motivate myself to be a strong women, remind me to stay positive in all challenge that will come in my life.Learning about realities of life that might comes and never give up."

2 comments:

  1. pcl masih lagi terbayang2..walau nampak view seakan kampung kelahiran namun suasananya sedikit berbeza dulu dan kini..kampung tetap kampung tetapi generasi silih berganti kian jauh meninggalkan keasliannya...

    ReplyDelete

THANKS FOR THE LOVELY COMMENT. SO APPRICIATE IT..

Coprights @ 2016, Blogger Templates Designed By Templateism | Templatelib