Now you can Subscribe using RSS

Submit your Email

Thursday, 30 July 2015

"I LOVE YOU TOO.."

Ummul Azkee


  Rasanya lama UA tak bercerita tentang telatah anak-anak..kali ini UA mahu bercerita tentang Adriana yang sedang berjinak-jinak berbahasa inggeris.Nanti boleh baca balik cerita di sini tentang anak-anak apabila mereka sudah besar.Maklumlah terlalu banyak kenangan membesarkan anak-anak..pasti akan ada yang terlupa.

  Tindak tanduk Adriana banyak dipengaruhi kakak dia,Afrina.UA ingat lagi bagaimana bermulanya Afrina berminat untuk bercakap dalam bahasa inggeris.Semuanya bermula apabila dia bertemu dengan anak kawan en.suami,yang merupakan anak kacukan inggeris-cina.Seperti selalu yang kita lihat,pasti anak kacukan ini akan bercakap dalam bahasa inggeris.Waktu mereka bertemu dan berborak UA lihat mereka berdua berborak macam itik dan ayam bercakap.huhuhuhu.Afrina berbahasa melayu,anak kawan en.suami pula bebahasa inggeris.Maka,UA lah yang jadi jurubahasa mereka berdua.Kanak-kanak kan,kalau berjumpa walaupun tak kenal pasti mahu berkawan dan main bersama walaupun tidak memahami bahasa antara satu sama lain.huhuhu..

  Sejak dari hari itu,UA dan suami lihat Afrina banyak mengomel seorang diri dalam bahasa inggeris dan suka mengikut ayat-ayat bahasa inggeris yang dia dengar dari cerita kartun dan senang memahami apabila menonton kartun mahupun apabila mendengar en.suami berbual di telefon.UA dan en.suami yang mahu gunakan bahasa inggeris sebagai bahasa rahsia pun xboleh..mesti dia tahu!


  Ok,berbalik pada Adriana,dia pun sudah terikut-ikut kakak dia mahu mempelajari dan bercakap dalam bahasa inggeris.Kebiasaanya setiap malam sebelum tidur pasti Afrina akan bersalaman dan berpelukan,dengan UA dan en.suami dan ayat wajib semestinya..'Good night,ibu..love you!,dan pasti nya UA akan balas" love you too!".Kalau tak dia takkan tidur dan akan tunggu sampai UA balas ucapankan selamat malam dia.huhuhuhu..Buat pengetahuan,kebiasaan ini bermula secara spontan dan semestinya Afrina yang mulakan.huhuhhu...

  Adriana pun tak mahu terlepas untuk berbuat perkara yang sama,ucapkan selamat malam pada UA,tapi yang kelakarnya,walaupun dia yang mulakan ucapan selamat malam itu, mesti dia akan sebut."Good night,ibu...love you too,ibu.." Puas UA betulkan ayat dia,kalau dia yang mulakan cakap kena kata "I love you,ibu.."tapi dia tetap juga mahu sebut"I love you too,ibu..."
huhuhuhu..UA pun layan je lah dengan membalas I love you too..hahahaha..





Ummul Azkee / Author & Editor

"A self motivated women with hundreds of challenge. Its all about how to get strength to face the challenge of life and to make dream come true. Arts is the way I motivate myself to be a strong women, remind me to stay positive in all challenge that will come in my life.Learning about realities of life that might comes and never give up."

0 comments:

Post a Comment

THANKS FOR THE LOVELY COMMENT. SO APPRICIATE IT..

Coprights @ 2016, Blogger Templates Designed By Templateism | Templatelib