Now you can Subscribe using RSS

Submit your Email

Wednesday, 15 July 2015

#cabaran20hari Nostalgia kad raya

Ummul Azkee


NOSTALGIA KAD RAYA


  Kalau mahu bercerita tentang nostalgia kad raya ini memang banyak..huhuhu..kalau dulu masa zaman sekolah,UA dengan kawan-kawan suka berbalas kad raya walaupun hari-hari jumpa di sekolah..hahaha..kelakar kan..siap tulis jemput datang rumah dalam kad raya lagi..tapi seronok apabila dapat banyak kad raya.hihihihihih..tak lupa juga bagi pada guru kelas dan juga guru kesayangan.seronok apabila teringat kembali waktu itu.

   Sepupu UA pun ada yang pos kad raya di rumah.Punyalah seronok dulu kalau ada surat nama sendiri.Lagi -lagi kalau waktu hampir raya..boleh agak mesti kad raya..hahahaha...


antara koleksi kad raya dari kawan-kawan sekolah dan sepupu dulu...UA masih simpan lagi hingga kini..memori ..memamg tersenyum-senyum kalau baca.hihihihi


 Teringat dulu,umi pernah bawa masuk pokok yang berdaun ke dalam rumah semata-mata sebab nak gantung kad raya..memang seronok masa itu.Umi melayan kami adik beradik sebab mahukan suasana hari raya di rumah sendiri..sebab di rumah nenek pun begitu juga.Disebabkan rumah nenek dekat dan pagi raya baru ke sana..maka, suasana raya di rumah sendiri itu pun penting..untuk menaikkan mood raya...hahahaha...contoh macam gambar di bawah ini..tapi gambar bawah ini ranting kan.UA dulu gantung pada pokok yang ada daun lagi ok...hahahaha..


google image




Zaman bercinta pun ada juga dapat kad raya tau!ehemmm...hehehehe...dan UA masih juga simpan hingga kini.Tergelak seorang kalau baca kad raya cintan cintun.muahhaha...tapi kad raya cintan -cintun UA tak ada bedak-bedak wangi ok!hahaha...

antara kad raya cintan cintun dari en.suami dari zaman bercinta..konon.hehehee..apa  yang ditulisnya itu rahsia...hahaha


Tahun ini UA baru sahaja dapat satu kad raya.Dari rakan EFG,Kak SA..Itu satu sahaja!Di rumah umi tak tahu lah ada ke tak..tunggu balik sana baru tahu..terima kasih kak S.A..seronok dapat kad raya...hihihihi








#Cabaran20hari #nostalgia kad raya #exchangefeedgroup #kbba


Ummul Azkee / Author & Editor

"A self motivated women with hundreds of challenge. Its all about how to get strength to face the challenge of life and to make dream come true. Arts is the way I motivate myself to be a strong women, remind me to stay positive in all challenge that will come in my life.Learning about realities of life that might comes and never give up."

3 comments:

  1. nostalgia sungguh cerita kad raya ni kan..he

    ReplyDelete
  2. Kad raya pengganti diri...seronok bila dapat kan...even dapat satu je pun

    ReplyDelete

THANKS FOR THE LOVELY COMMENT. SO APPRICIATE IT..

Coprights @ 2016, Blogger Templates Designed By Templateism | Templatelib