Now you can Subscribe using RSS

Submit your Email

Tuesday, 7 July 2015

#cabaran20hari Kenangan Terawih di Masjid zaman kanak-kanak

Ummul Azkee


  Kenangan Terawih di Masjid zaman kanak-kanak


 Kenangan terawih di masjid/surau zaman kanak-kanak.Sejujurnya zaman kanak-kanak UA tak pernah bersolat terawih di masjid ataupun surau.Seingat UA zaman kanak-kanak UA hanya bersolat terawih di rumah sahaja dan kelakarnya disebabkan mahukan suasana berterawih seperti di masjid UA akan buka siaran radio masjid yang berterawih.Pelik kan?macam itu pun boleh sebab walid memang tak galakkan umi UA berterawih di masjid katanya perempuan soalt di rumah sahaja.Maka,UA pun tak pernah lah bersolat terawih di masjid mahupun surau.
  
   Namun,semuanya berubah sewaktu zaman remaja setelah berpindah rumah lain,Rumah ni berhadapan dengan masjid..Setiap kali solat jumaat pasti penuh luar pagar rumah dengan motor sampaikan kami
memang tak boleh keluar..Suasana masjid di bulan puasa juga begitu,terasa kemeriahan ramadhan apabila melihat ramai orang berpusu-pusu ke masjid selepas waktu berbuka bagi menunaikan solat terawih.Disebabkan masjid hanya sekangkang kera sahaja maka umi tak melepaskan peluang
berterawih di masjid.walid pun izinkan dan pastinya UA jadi peneman setia umi berterawih di masjid bersama.Masih terbayang-bayang lagi di mata ini kenangan berterawih di masjid itu,memang sangat indah.sangat dekat dan suasana di hadapan rumah,melihat semua orang pergi untuk menghadap illahi memang sangat menenangkan hati.

   Suasana sebegitu tak mungkin akan UA lihat lagi di rumah umi kerana beberapa tahun berlalu,masjid itu telah bertukar tapak,dan kawasan rumah tak seperti dahulu,meriah apabila tibanya raamdhan.rindu rasanya hati ini....

#cabaran20hari #kenangan terawih di masjid #exchangefeedgroup #kbba

Ummul Azkee / Author & Editor

"A self motivated women with hundreds of challenge. Its all about how to get strength to face the challenge of life and to make dream come true. Arts is the way I motivate myself to be a strong women, remind me to stay positive in all challenge that will come in my life.Learning about realities of life that might comes and never give up."

2 comments:

  1. wah tak sangka betul betul depan rumah eh. syok juga gitu. tapi malu la kalau dah dekat x g kan hehe

    ReplyDelete

THANKS FOR THE LOVELY COMMENT. SO APPRICIATE IT..

Coprights @ 2016, Blogger Templates Designed By Templateism | Templatelib