Now you can Subscribe using RSS

Submit your Email

Sunday, 12 July 2015

#cabaran20hari aktiviti di pagi raya

Ummul Azkee


AKTIVITI DI PAGI RAYA


  Pagi raya selalunya pagi yang paling sibuk buat umi UA sejak dulu lagi.dari siapkan pakaian walid untuk solat sunat hari raya,kemas rumah dan juga sediakan juadah pagi untuk walid sebelum ke masjid.Cumanya apabila kami adik beradik sudah boleh berdikari,semua akan tolong umi apa yng patut.Biasanya akan ada salah seorang kena tinggal di rumah untuk kemas rumah kali terakhir pagi raya itu sebelum ke rumah nenek.
  Pagi raya selepas subuh memang riuh dah rumah..Walid balik dari solat subuh dia dah jerit suruh anak-anak dia bangun bersiap-siap ,Bangun!!!!!!!!hari ini hari raya..hehehehe..disebabkan anak-anak dia 6 orang anak dara,tahu-tahu jerla bersiap kan.hahahaha..itu yang dia suruh bangun awal,gosok baju raya kena bergilir,mandi pun bergilir-gilir..almaklum,ramai..hehehe..

  Tahun ini UA beraya di rumah umi dan walid sebab tahun lepas beraya di rumah mertua.Jadinnya pagi raya UA mula-mula sekali mestilah ke dapur dulu tolong umi sediakan juadah untuk dimakan sebelum pergi solat sunat di masjid.Lepas semua orang sudah ke masjid barulah kemas dapur sebelum bersiap.
  Selesai bab dapur siapkan anak-anak pula,dan akhir sekali barulah ibu nya bersiap..selaunya masa UA selesai jer bersiap,umi,walid suami  dan adik-adik pun pulang dari masjid.
 Aktiviti selepas itu mestilah bersalam-salaman dan bermaaf maafan antara satu sama lain.Kemudian,aktviti bergambar satu keluarga,aktiviti yang paling seronok buat UA dan keluarga.

   Selesai sesi bergambar barulah kami semua akan bergerak ke rumah nenek di pelabuhan klang,tapi tahun pasti terasa kelainannya kerana tahun ini merupakan tahun pertama kami beraya tanpa nenek.hm...sedihhh...

 Itulah aktiviti pagi raya UA... sekian..


#cabaran20hari #aktiviti pagi raya #exchangefeedsgroup #kbba




Ummul Azkee / Author & Editor

"A self motivated women with hundreds of challenge. Its all about how to get strength to face the challenge of life and to make dream come true. Arts is the way I motivate myself to be a strong women, remind me to stay positive in all challenge that will come in my life.Learning about realities of life that might comes and never give up."

2 comments:

THANKS FOR THE LOVELY COMMENT. SO APPRICIATE IT..

Coprights @ 2016, Blogger Templates Designed By Templateism | Templatelib