Now you can Subscribe using RSS

Submit your Email

Tuesday, 28 July 2015

Aku Takkan Maafkan kau!

Ummul Azkee


AKU TAKKAN MAAFKAN KAU!


sakit hati



    Biasa tak dengar ayat ini..."Aku takkan maafkan kau!" atau ayat di bawah ini.
 "Sampai MATI aku takkan maafkan dia!!!"
biasa dengar dalam drama televisyen kan?tapi hakikatya dalam dunia realiti pun ada ya..UA pernah mendengar dua ayat ini,dari siapa rasanya tak perlu lah diceritakan.Dan sampai satu masa UA pun pernah terikut kata-kata ini.Waktu itu usia masih muda,belum kenal dunia,belum matang,apabila mendengar dari orang,kita pun terikut sekali.Begitulah manusia dengan nafsu amarahnya apabila di hina dan diainiaya,kata-kata dihamburkan sesedap rasa.Namun sedikit demi sedikit pandangan UA berubah seiiring dengan ilmu dan juga usia yang semakin lama semakin bertambah.
  Sempena bulan raya ini,UA rasa sesuai rasanya kita bercerita tentang antara dendam dan kemaafan.
Hari raya bukan hanya tentang berpakaian cantik lagi bergaya mahupun acara makan-makan sahaja,ia nya lebih dari itu.Hari raya ini peluang untuk kita saling bermaaf-maafan sesama kita,eratkan
silaturahim,yang retak di sambung kembali.Jangan kerana keegoaan diri,bertahun-tahun berdendam dan masih berdegil dengan luka yang masih terpahat di hati.Apabila hati kita disakiti,UA faham bertapa luka nya hati ini,tapi jangan rugikan hidup ini dengan mengenang keburukan yang orang lain lakukan pada kita.muhasabah diri!kasihani mereka,mungkin tanpa sedar mereka melakukan kesilapan.Doakan mereke bertemu hidayah!Hargai setiap mereka yang hadir dalam hidup kita.
  Ketahuilah,sedangkan Allah s.w.t yang maha berkuasa itu lagi maha Pemaaf pada hamba-hambanya inikan  lagi kita yang sememangnya hamba yang sentiasa berbuat dosa dan melakukan kesilapan.
 Elakkan ayat ini "sampai mati aku takkan maafkan dia!"Jangan sampai kata-kata kita ini yang tak mahu memberikan kemaafan menjadi asbab tertangguhnya urusan kita ke syurga  di akhirat nanti dek kerana menunggu maaf dari orang yang berbuat salah dengan kita.Nauzubillah.Semua ini bukan hanya kata-kata kosong tetapi UA ketahui dari mereka yang arif tentang agama.
 Jangan sombong dan angkuh kononnya "nanti kau carilah aku diakhirat" Allahu!kasihani saudara-saudara kita,rendahkan hati,kita hanya hamba.


hari raya 2015


Pada yang masih berdendam,moga Allah swt lembutkan hatimu memberi kemaafan.Hidup pasti bahagia tanpa dendam.





Ummul Azkee / Author & Editor

"A self motivated women with hundreds of challenge. Its all about how to get strength to face the challenge of life and to make dream come true. Arts is the way I motivate myself to be a strong women, remind me to stay positive in all challenge that will come in my life.Learning about realities of life that might comes and never give up."

7 comments:

  1. maafkan kak ana ye ummul sekiranya pernah mengguris rasa.. sayang adik2 EFG sangat2 :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak anna tak de guriskn hati umul pun..kak anna ku syg sweet selalu..

      Delete
  2. terbasuh sikit diri KG baca entri ni ummul...smlm lg baca pagi ni baru sempat komen

    ReplyDelete
  3. SA antara mangsa keadaan ..kawan tu x nak maafkan SA WALAU APA PUN TERJADI...walaupun SA dah lama maafkan dia...biar la...itu antara dia dan tuhan kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. xpe la kak S.A,moga satu hri nnti Allah lembutkan hati dia maafkan akk

      Delete

THANKS FOR THE LOVELY COMMENT. SO APPRICIATE IT..

Coprights @ 2016, Blogger Templates Designed By Templateism | Templatelib