Now you can Subscribe using RSS

Submit your Email

Thursday, 25 June 2015

Yang di nanti tiba akhirnya..

Ummul Azkee

Syoknya membeli belah di Zalora.



   Petang isnin yang lalu dalam pukul 5,barang yang di beli di Zalora  akhirnya tiba.UA sebenarnya bukanlah nak menunggu sangat sebab ingatkan akan sampai keesokkan harinya ,sebab selalunya barangan yang di beli di dalam talian ini biasanya lewat,tetapi sebab Zalora sentiasa memberikan info dari masa ke semasa melalui sms yang barang akan sampai pada hari itu,maka UA pun menunggulah,
risau juga penghantar barang tersesat,Sebab pernah terjadi sebelum ini barang yang di beli dari internet tak sampai,Alhamdulilah,nampaknya servis penghantaran dari Zalora amat bagus sekali.UA sangat berpuas hati.

Pengalaman pertama membeli belah di Zalora

   Zalora?memang UA tahu kewujudan Zalora sebagai kedai dalam talian ini,tapi tak pernah tergerak hati  mahu melayari web ini.Semuanya bermula  minggu lepas UA ada terima voucher dari Zalora,  alhamdulilah rezeki bulan ramadan.selepas itu  apa lagi ,beberapa hari jugalah UA mencuci mata di Zalora,Hehehe..Akhirnya UA dapat juga buat pilihan barang yang mahu di beli di Zalora.

  Mana taknya, rambang mata kalau pergi melawat laman web Zalora ini.Semua barang tak kiralah samada baju,kasut,seluar,selendang atau aksesori wanita mahupun lelaki semuanya cantik-cantik belaka dan memang memenuhi citarasa UA.

  Hari jumaat malam selesaikan bayaran menggunakan voucher,petang Isnin pun tibalah barangan yang dibeli.Memang cepat,tak sangka secepat itu servisnya.Nak tahu apa UA beli??hihihi..disebabkan belum ada baju raya,UA belilah Baju kurung dari etchic chic..memang cantik-cantik baju raya di Zalora!Tak percaya?Pergilah ke web http://www.zalora.com.my/  memang rambang mata!hehehe..




  UA pastinya selepas ini akan membeli belah lagi di Zalora.Memang syok!Cadangnya mahu beli kasut pula lepas ini.Sudah siap letak di Wishlist lagi,hanya perlu klik Add to bag dan buat pembayaran sahaja,tapi kalau kita mahu bayar semasa penghantaran(COD)pun boleh,memang mudahkan.huhuhu..

  Membeli belah di  atas talian ini memang memudahkan UA.lagi-lagi UA  ini,ibu kepada dua anak kecil kan sebab kadang-kala agak sukar mahu membeli belah di pusat membeli belah,dengan ragam anak-anak memang agak kelam kabut.
  Selain itu perlu pula  berjalan mencari dari satu kedai ke satu kedai,sampai kaki sakit dan lenguh.
hehehe.Di pusat membeli belah pun kalau mahu membuat pilihan barang pun agak sukar  kalau jarak antara satu kedai dengan kedai yang lain yang jauh.

  Dengan adanya kedai atas talian seperrti Zalora ini,memang sangat membantu,tak perlu terburu-buru.Setiap masa pun boleh membeli belah.Pagi,tengahari,petang atau tengah malam,mengikut waktu kita yang lapang,tak perlu risau tentang waktu operasi kedai..Mahu buat pilihan pun senang,senarai ukuran setiap saiz ada disediakan,jadi bolehlah UA mengukur sendiri untuk buat piliihan saiz,Tak perlu nak mencuba.Bab -bab mencuba semasa membeli memag UA tak berapa gemar sebenarnya sebab mcam leceh.huhuhu..

   Di Zalora pun kalau barang yang dibeli tak muat atau tak menepati kehendak kita,kita boleh pulangkan atau tukarkan dalam masa 30hari.Lama kan!tak perlu tergesa-gesa pergi tukar barang atau saiz seperti membeli di pusat membeli belah.Dan bayaran pos takkan di kenakan sekiranya kita berbelanja RM75 keatas.Dari situ boleh berjimat dari segi kos penghantaran.Memang banyak kelebihannya membeli belah di Zalora.Terpengaruh tak?Jom cuci mata di Zalora,ada yang berkenan boleh beli!!!hehehehe...

Ummul Azkee / Author & Editor

"A self motivated women with hundreds of challenge. Its all about how to get strength to face the challenge of life and to make dream come true. Arts is the way I motivate myself to be a strong women, remind me to stay positive in all challenge that will come in my life.Learning about realities of life that might comes and never give up."

2 comments:

THANKS FOR THE LOVELY COMMENT. SO APPRICIATE IT..

Coprights @ 2016, Blogger Templates Designed By Templateism | Templatelib