Now you can Subscribe using RSS

Submit your Email

Saturday, 6 June 2015

Tips Menghadapi Gempa Bumi

Ummul Azkee

Tips Menghadapi Gempa Bumi


  Seperti yang kita ketahui awal pagi semalam negara kita telah dikejutkan dengan berita berlakunya gempa bumi di Sabah.Dan mengikut berita baru yang UA baca terjadinya gegaran susulan lewat tengah malam semalam.UA pasti,sahabat serta saudara kita di sana merasa gementar dan mungkin sedikit panik bagi yang pertama kali mengalaminya.Jadi UA terpanggil memberikan beberapa tips sebagai persediaan bagi mereka yang menghadapi situasi cemas ini,juga pada mereka tidak pernah melalui pengalamn ini yang mungkin berada di kawasan berhampiran.

Sebelum Terjadinya Gempa

1.belajar cara menghadapi gempa bumi ini agar kita boleh mengambil tindakan yang cepat sekiranya    situasi ini terjadi

2.beritahu kaum keluarga dan sanak saudara tindakan yang harus dilakukan sekiranya gempa bumi terjadi.Nyatakan tempat-tempat yang selamat untuk berlindung apabila terjadinya gempa bumi dan tempat-tempat yang mesti dielakkan apabila berlakunya situasi gempa bumi itu.

3.Sediakan kelengkapan darurat seperti lampu suluh dan juga alat telekomunikasi seperti telefon bimbit.

4.Aturkan barang-barang di dalam rumah dengan baik.letakkan barang-barang berat di tempat yang lebih rendah,simpan barang-barang yang mudah pecah dalam almari yang berpintu serta elakkan  menggantung barang-barang berat ditempat istirehat seperti ruang tamu.

5,Jauhkan bahan-bahan yang mudah terbakar dari sumber api.

6.Semak atau ambil tahu tentang aliran bahan  yang utama seperti air dan juga elektrik.

Semasa Terjadinya Gempa


1.Sekiranya berada di dalam rumah atau bangunan,tetaplah berada di situ sehingga berhentinya gegaran.Segera ke tempat yang lebih selamat seperti di bawah meja yang kukuh dengan tujuan untuk mengelakkan barang-barang jatuh menimpa badan serta berada pada struktur bangunan yang paling kuat bagi mengelakkan runtuhan konkrit.Jauhkan diri dari tingkap,cermin yang besar,benda-benda yang tergantung dan juga barang berat yang mungkin akan menimba diri.

2.jika sedang memasak,matikan api dan segera berlindung di tempat yang selamat.

3.Jika berada di luar bangunan atau rumah,cari kawasan lapang yang jauh dari bangunan,tisng elektrik dan juga pokok yang berkemungkinan tubang semasa terjadi gempa.

4.Jika sedang memandu.segera ke tepi dan berhenti.Hindarkan diri dari jambatan,underpass,flyover,tiang elektrik dan juga pokok yang besar.Dan duduk di dalam kereta sehingga gempa berhenti.

Setelah Berlakunya Gempa

1.periksa keadaan diri sendiri dan segera dapatkan rawatan sekiranya mengalami kecederaan

2.periksa jika ada berlaku kerosakan,Beredar sekiranya bangunan mengalami kerosakan,segera tinggalkan bangunan tersebut dan jangan kembali sehingga pihak bertangggungjawab mengesahkan kawasan atau bangunan itu selamat.

3.Jika terhidu gas,hati-hati jangan sampai  menyalakan api aatau peralatan elektrik.

4.Matikan sumber elektrik terlebih dahulu untuk mengelakkan risko terkena kabel yang telah rosak atau putus.

Jadi itulah sedikit tips yang boleh dikongsikan,harap boleh memberi panduan pada mereka yang menghadapi situasi  ini atau sebagai persediaan di masa akan datang kerana Malang tidak berbau jadi ada baiknya kita memperolehi ilmu sebegini agar kita tahu apa yang boleh atau tidak sekiranya dalam situasi getir ini.




Ummul Azkee / Author & Editor

"A self motivated women with hundreds of challenge. Its all about how to get strength to face the challenge of life and to make dream come true. Arts is the way I motivate myself to be a strong women, remind me to stay positive in all challenge that will come in my life.Learning about realities of life that might comes and never give up."

0 comments:

Post a Comment

THANKS FOR THE LOVELY COMMENT. SO APPRICIATE IT..

Coprights @ 2016, Blogger Templates Designed By Templateism | Templatelib