Now you can Subscribe using RSS

Submit your Email

Wednesday, 3 June 2015

Tips Membeli barang keperluan secara bijak dan teratur

Ummul Azkee
  UA pasti ramai orang lebih-lebih lagi yang sudah berkeluarga dan mempunyai anak-anak akan keluar membeli barang keperluan di pasaraya setiap bulan.Dengan kos perbelanjaan yang tinggi dan masa yang terhad pasti kita akan ke satu pasaraya besar yang mempnyai pelbagai pilihan.sebagai contoh Tesco untuk membeli semua barang keperluan,bukan?Jadi UA mahu kongsikan tips membeli barang keperluan dengan cepat dan teratur.
  Biasanya setiap bulan UA dan suami akan membeli barang keperluan rumah untuk sebulan.Jadi,Ada beberapa perkara yang UA buat sebelum pergi membeli barang keperluan secara bijak dan teratur.



1.Memeriksa stok barang yang masih ada di rumah.

-tujuannya adalah untuk mengelakkan kita membeli barang yang masih ada sekaligus dapat mngurangkan kos pembelian barang setiap bulan.
-untuk mengenalpasti barang yang keperluan yang telah tiada.


2.Senaraikan barangan yang mahu dibeli

-kelebihannya adalah untuk mengelakkan kita beli barang yang tidak diperlukan.
-sebagai panduan untuk mencari barang yang mahu dibeli.
-bertindak sebagai "reminder"untuk kita yang kadang-kadang lupa barang yang mahu dibeli.
-biasanya UA sediakan senarai mengikut kategori dan mengikut rak-rak yang UA lewati dahulu bermula dari pintu masuk untuk mengelakkan berulang alik ke tempat yang sama.

3.Agihkan barang mengikut kategori.


 -susun dan agihkan barang mengikut kategori seperti makanan basah,makana kering,produk pembersihan dan juga produk penjagaan badan.
-tujuannya supaya senang apabila kita mahu susun barangan mengikut kategori di kaunter pembayaran dan mengelakkan barang makanan bercampur aduk dengan produk pembersihan dan apabila sampai di rumah pun senang mahu simpan barang,tak perlu nak mencari-cari.

4.Semak harga barang sebelum dan selepas membeli

- ini penting bagi mengelakkan kita membayar pada harga yang salah atau mengetahui kesilapan pada sistem kaunter.perkara ini selalu terjadi pada UA apabila membeli belah,jadi hati-hati ya semua.pastikan ada jadi pengguna yang bijak,kalau tidak kita yang rugi.
-semak senarai barang dan harga selepas membuat pembayaran dan adukan pada khidmat pelanggan sekiranya berlaku kesilapan.jangan lupa kita mempunyai hak untuk memilih.


Itulah antara tips membeli belah dari UA harap tips ini memberi sedikit sebanyak faedah pada semua..sekian.



  


  

Ummul Azkee / Author & Editor

"A self motivated women with hundreds of challenge. Its all about how to get strength to face the challenge of life and to make dream come true. Arts is the way I motivate myself to be a strong women, remind me to stay positive in all challenge that will come in my life.Learning about realities of life that might comes and never give up."

6 comments:

  1. saya cuba nak ikut trend orang sekarang berbelanja barang² keperluan. Sekali shopping penuh trolley tak cukup satu. Tapi tak jadi sebab tak tau nak beli apa... rela keluar beli setiap hujung minggu.

    ReplyDelete
  2. Biasanya penuhi stok rumah sebulan sekali, memang follow step ni.
    #clickclicknufnang

    ReplyDelete
  3. bagus tips ni. selalunya main ambik ja...

    ReplyDelete
  4. pcl,ummul pun kalau pergi shooping brg keperluan mmg smpai 2 trolley..huhuhuhu

    ReplyDelete
  5. ya, buat senarai dulu.. yang tu memang ain amalkan..
    cuma bab nak bandingkan harga tu kadang malas skit... hehehehee.. selalunya agak2 je.. :p

    ReplyDelete
  6. terbaik tips2 ni kalau xnak menyesal di kemudian hari. lagi2 kalau keluarga besar.

    ReplyDelete

THANKS FOR THE LOVELY COMMENT. SO APPRICIATE IT..

Coprights @ 2016, Blogger Templates Designed By Templateism | Templatelib