Now you can Subscribe using RSS

Submit your Email

Thursday, 18 June 2015

Tampil Bergaya Dengan Kasut New Balance

Ummul Azkee


new balance sports shoes


New Balance?siapa yang tak mengenali jenama kasut ini?Rasanya rata-rata semua orang tahu akan kewujudan jenama kasut ini,bukan?New Balance adalah satu jenama kasut  sukan yang tak perlu diperkenalkan lagi di Malaysia dan menjadi pilihan penggemar sukan mahupun pencinta fesyen tidak mengira lelaki atau perempuan.Rekaan yang segar dan terkini menjadikan jenama kasut ini menjadi pilihan ramai.

Bila kita cakap tentang jenama kasut sukan terkemuka New Balance pasti kita sudah terbayang dengan koleksi kasut New Balance terkini bukan? Apatah lagi kerana koleksi terbaru kasut NB yang terbaru diperbuat dengan bahan yang sangat bermutu lantas mengekalkan reputasi jenama hebat ini dalam pasaran di seluruh dunia. Namun sebenarnya antara faktor utama yang membuatkan jenama New Balance lebih menyerlah dalam industri sukan dan fesyen adalah kerana rekaan kasutnya yang sangat cantik, segar dan cukup fashionable!
Malah apa yang menarik ialah sekarang ini New Balance telah tampil dengan koleksi kasut larian dan sneaker yang sangat lawa rekaannya. Cukup lawa untuk anda pakai sepanjang hari! Ya!ini bermakna anda boleh memakai kasut sukan New Balance ini bukan semata-mata untuk tujuan bersukan sahaja ya! Sebaliknya anda boleh pakai untuk hari-hari biasa walau ke mana sahaja anda mahu pergi.





Tapi pasti ramai tertanya-tanya bagaimana mahu tampil menarik dan bergaya dengan kasut sukan dari New Balance?Seperti yang kita sedia maklum,imej yang sporty sekarang cukup ‘in’ dalam dunia fesyen. Anda boleh gabungkan pakaian kegemaran anda bersama kasut New Balance Malaysia untuk dijadikan outfit yang lebih segar penampilannya. Tidak percaya? Jom tengok gambar di bawah.




Dengan mudah anda mampu  menonjolkan gaya fesyen yang lebih maskulin hanya dengan memakai sepasang kasut ‘sneakers dari New Balance. Kasut New Balance itu pasti akan memberikan sentuhan yang lebih unik ke atas keseluruhan persalinan anda!




Jika anda lebih meminati gaya kasual yang ringkas kasut sneaker New Balance merupakan pilihan yang terbaik. Ia mampu membuatkan anda kelihatan lebih berfesyen tanpa mengenepikan gaya kasual pilihan anda.



Ummul Azkee / Author & Editor

"A self motivated women with hundreds of challenge. Its all about how to get strength to face the challenge of life and to make dream come true. Arts is the way I motivate myself to be a strong women, remind me to stay positive in all challenge that will come in my life.Learning about realities of life that might comes and never give up."

3 comments:

  1. Kalau dulu selalu beli kasut NB yang cetak rompak. Masa tu NB pun belum terkenal. Sekarang kena cari yang original

    ReplyDelete
  2. cari arz jgn tak cri..di zalora pun adoo..senang,klik aja..

    ReplyDelete

THANKS FOR THE LOVELY COMMENT. SO APPRICIATE IT..

Coprights @ 2016, Blogger Templates Designed By Templateism | Templatelib