Now you can Subscribe using RSS

Submit your Email

Saturday, 20 June 2015

Suasana bersahur dahulu dan sekarang

Ummul Azkee


SUASANA BERSAHUR DAHULU DAN SEKARANG

bersahur
google image

 SEBELUM KAHWIN

    Suasaan bersahur masa belum kahwin dengan selepas berkahwin memang berbeza sangat bagi UA.maklumlah UAadik beradik ramai.kalau bersahur memang penuh meja makan,kadang-kadang bergilir-gilir makan sebab tak cukup kerusi dan meja.huhuhu.
   Kalau bersahur suasana bersahur punyalah meriah macam makan malam.Lauk memang panas-panas sebab baru di masak,sebab umi UA memang sudah terbiasa bangun awal pagi dan masak lauk sebelum bersahur.Kata nya lebih berselera makan..sampaikan semua bertambah-tambah nasi.huhuhu..
   Itu meriah makan,belum lagi cerita betapa meriahnya waktu sahur dengan suara Walid(ayah UA panggil walid),mengejutkan kami tujuh beradik yang liat nak bangun sahur.Riuh sekampung nak kejutkan anak dara bangun sahur,hehehehe..Maisng-masing sahaja nak menguji kesabaran si ayah lah katakan.Hm..rindu pula masa dulu.hehehe..


SELEPAS KAHWIN

   Selepas kahwin,sudah semestinya banyak perubahan kan.Kalau dulu bersahur beramai-ramai,
sekarang sunyi sahaja tak semeriah dulu.Bersahur berdua,kadang-kadang seorang sebab suami UA kalau bersahur kadang-kadang minum air dan makan kurma sahaja.Anak-anak pula masih kecil lagi nak teman ibu dia bersahur,memang dia berdengkur lah waktu ibu dia bersahur kan.Memang tak meriah langsung rumah kalau bersahur di rumah sendiri ini,memag terasa masa mula berkawin dahulu.
   Begitulah suasana bersahur sekarang,setelah berkahwin.huhuhu..Makan pun lebih kurang sahaja,tak macam dulu,waktu hidup dengan keluarga besar UA.Meriah waktu bersahur dan berbuka,Hari raya jangan cakaplah,memang lagi meriah dan riuh rendah rumah dengan suara dan gelak tawa,gaduh-bergaduh antara kami adik beradik.







Ummul Azkee / Author & Editor

"A self motivated women with hundreds of challenge. Its all about how to get strength to face the challenge of life and to make dream come true. Arts is the way I motivate myself to be a strong women, remind me to stay positive in all challenge that will come in my life.Learning about realities of life that might comes and never give up."

3 comments:

  1. nanti ada anak2. meriah la balik.. hehehe

    ReplyDelete
  2. Hidup bagaikan roda ia. Berputar. Kalau dulu sahur sebagai anak. Sekarang bersahur sebagai seorang ibu. Bila anak dah besar akan kembali meriah

    ReplyDelete
  3. kan arzz..btul tu..anak ramai lg seronok dan meriahh.tunggu dorang besar..

    ReplyDelete

THANKS FOR THE LOVELY COMMENT. SO APPRICIATE IT..

Coprights @ 2016, Blogger Templates Designed By Templateism | Templatelib